Example: stock market

BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Kajian

1 BAB 1 PENGENALAN Latar Belakang Kajian pendidikan merupakan satu aspek yang dititikberatkan oleh masyarakat di seluruh dunia sejak zaman dahulu. Menurut Vaizey (1967), Education is important, therefore, not only to help our children, to give them better lives, to improve the society in which we live, to enable this country to go forward paying its way and competing internationally; but it is essential if we are to survive in a changing, technical and scientific age ( 12). pendidikan bukan sahaja dapat mempengaruhi kita secara individu bahkan seluruh bangsa dan negara (Vaizey, 1967). pendidikan merupakan asas pembangunan dan perkembangan individu yang seterusnya akan membawa inovatif serta kemajuan kepada bangsa dan negara menuju ke arah merealisasikan wawasan negara. Menurut Azizi, Yusof dan Amir Hamzah (2005), pendidikan merupakan teras yang dapat menjamin penghasilan sumber manusia untuk memenuhi pelbagai sektor dalam sesebuah negara.

Kebangsaan. Falsafah Pendidikan Negara adalah satu kumpulan konsep, prinsip serta nilai yang menjadi asas kepada amalan-amalan pendidikan di Malaysia (Ragbir Kaur, 2008). Ia menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan (Mok Soon Sang, 2005).

Tags:

  Pendidikan, Altar, Belakang, Kebangsaan, Kajian, Pengenalan, Falsafah, 1 pengenalan 1, 1 latar belakang kajian, Falsafah pendidikan

Information

Domain:

Source:

Link to this page:

Please notify us if you found a problem with this document:

Other abuse

Transcription of BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Kajian

1 1 BAB 1 PENGENALAN Latar Belakang Kajian pendidikan merupakan satu aspek yang dititikberatkan oleh masyarakat di seluruh dunia sejak zaman dahulu. Menurut Vaizey (1967), Education is important, therefore, not only to help our children, to give them better lives, to improve the society in which we live, to enable this country to go forward paying its way and competing internationally; but it is essential if we are to survive in a changing, technical and scientific age ( 12). pendidikan bukan sahaja dapat mempengaruhi kita secara individu bahkan seluruh bangsa dan negara (Vaizey, 1967). pendidikan merupakan asas pembangunan dan perkembangan individu yang seterusnya akan membawa inovatif serta kemajuan kepada bangsa dan negara menuju ke arah merealisasikan wawasan negara. Menurut Azizi, Yusof dan Amir Hamzah (2005), pendidikan merupakan teras yang dapat menjamin penghasilan sumber manusia untuk memenuhi pelbagai sektor dalam sesebuah negara.

2 Proses pendidikan juga dapat melahirkan insan yang berdisiplin, jujur serta berakhlak mulia. falsafah pendidikan Negara yang diumumkan secara rasmi pada 1988 adalah teras serta paksi utama dasar sistem pendidikan negara kita. falsafah 2 pendidikan Negara ini juga merupakan landasan kepada Dasar pendidikan kebangsaan . falsafah pendidikan Negara adalah satu kumpulan konsep, prinsip serta nilai yang menjadi asas kepada amalan-amalan pendidikan di Malaysia (Ragbir Kaur, 2008). Ia menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan (Mok Soon Sang, 2005). Menurut falsafah pendidikan Negara, pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

3 Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mendapat kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Aspek intelek dilihat melalui konteks pencapaian akademik yang meliputi kemahiran asas, sentiasa berusaha meningkatkkan ilmu pengetahuan, berpemikiran kreatif serta kritis demi menjana idea-idea yang bernas (Azizi et al., 2005). Dengan itu jelaslah sistem pendidikan negara kita menjurus ke arah melahirkan individu yang perlu mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang di samping perkembangan rohani dan emosi iaitu aspek personaliti yang sihat supaya dia mampu memberi sumbangan kepada kesejahteraan serta kemajuan bangsa dan negara. Bagi negara Malaysia, sektor pendidikan memang dipandang serius dan diberi perhatian memandangkan kita sekarang berada dalam pertengahan perjalanan 3 ke arah Wawasan 2020.

4 Hal ini dapat dibuktikan oleh Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010), Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015) dan Misi Nasional (2006-2020) yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 31 Mac 2006. Pembangunan modal insan berminda kelas pertama telah ditetapkan sebagai salah satu daripada lima teras utama dalam Misi Nasional yang berhala tuju untuk merealiasasikan Wawasan 2020. Dalam penjelasan yang diberikan, Modal insan berminda kelas pertama yang dimaksudkan di sini ialah ..mesti mempunyai pembangunan secara holistik, menekankan pembangunan ilmu pengetahuan, .. dan juga sikap yang progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi (Misi Nasional, 2006-2010: 16). Masyarakat berminda kelas pertama yang dimaksudkan pula adalah masyarakat yang berpengetahuan, mampu berdaya saing, berbudaya kerja cemerlang, berintegriti dan memiliki kekuatan moral (Rancangan Malaysia Kesembilan).

5 Selain itu, juga dinyatakan dalam Misi Nasional bahawa kejayaan masa hadapan negara bergantung kepada kualiti modal insan yang dimiliki dari segi intelek dan juga keperibadian (Rancangan Malaysia Kesembilan). Pembangunan dan pengekalan modal insan bertaraf dunia yang berkelayakan tinggi, kreatif, inovatif dan berkemahiran sebagai salah satu teras strategik Rancangan Malaysia Kesepuluh telah mencerminkan bahawa pendidikan masih memainkan peranan yang sangat penting dalam membangunkan negara kita. Daripada falsafah pendidikan Negara, Rancangan Malaysia Kesembilan, Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Misi Nasional, jelas menunjukkan penekanan 4 aspek ilmu pengetahuan dalam polisi kerajaan. Masyarakat modal insan yang diimpiankan pada masa depan perlu berkualiti dari segi ilmu pengetahuan serta mempunyai perkembangan aspek-aspek personaliti yang cemerlang supaya dapat menghadapi cabaran, pengaruh dan persaingan dan tidak melenyapkan jati diri bangsa dan negara akibat daripada hanyutan arus globalisasi.

6 Pada masa yang sama, objektif kedua Bajet 2007 juga bermatlamat meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama . Usaha ini bertujuan untuk memastikan negara kita dapat terus bersaing dan berdaya tahan dalam zaman ekonomi sejagat yang berlandaskan pengetahuan dan bertunjangkan sains dan teknologi (Bajet 2006). pendidikan dan pembangunan sumber manusia adalah kunci kepada peningkatan daya saing negara (Ismail, 2005). Menurut Pelan Induk Pembangunan pendidikan 2006-2010, pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketrampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020. Memandangkan aspek pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam menjayakan masa depan negara kita maka kerajaan telah menambahbaikkan sistem pendidikan negara secara menyeluruh, dari peringkat prasekolah hinggalah ke peringkat universiti.

7 Salah satu langkah yang telah diambil oleh kerajaan ialah transformasi dari Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ke Kurikulum Standard Sekolah Rendah mulai tahun 2011. Pada masa yang sama, sebanyak bilion ringgit iaitu merupakan 21% daripada 5 keseluruhan Bajet 2007 telah diperuntukkan untuk memantapkan lagi sistem pendidikan dan latihan. Dalam Bajet 2009 pula, sebanyak RM billion atau sebanyak 23% daripada keseluruhan bajet diperuntukkan untuk sektor pendidikan . Secara tidak langsung faktor pencapaian akademik juga turut diberi perhatian oleh pelbagai lapisan masyarakat dan kerajaan terutamanya ibu bapa serta Kementerian Pelajaran Malaysia memandangkan hubungan rapat antara pendidikan dan pencapaian akademik. Kepentingan pencapaian akademik telah menjadi semakin ketara apabila diumumkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh bahawa Program pembiayaan pengajian di peringkat ijazah kedoktoran atau MyBrain15 akan digerakkan bagi mencapai 18,000 kelulusan PhD pada 2015 nanti.

8 Menurut Research Center on Academic Success [CRIRES] (2005), pencapaian akademik membawa maksud pencapaian pada tahap tertentu yang diperoleh oleh individu dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan serta kemahiran. Tahap tersebut telah ditetapkan berdasarkan umur, proses pembelajaran yang telah dilalui serta kemampuan individu berkenaan dengan aspek pendidikan , kelayakan dan sosialiasasi. Pencapaian akademik sentiasa menjadi kayu pengukur kepada jumlah ilmu pengetahuan yang diperoleh seseorang. Hakikat ini bukan sahaja bertepatan untuk alaf ini yang dikuasai oleh revolusi teknologi maklumat, tetapi telah dibuktikan sebelum revolusi, malahan juga akan memainkan peranan utamanya pada masa hadapan iaitu era globalisasi yang diwujudkan akibat daripada perkembangan ilmu. 6 Pencapaian akademik juga merupakan elemen yang penting dan amat dipandang serius oleh ibu bapa dan masyarakat dalam konteks kehidupan hari ini yang berorientasikan pendidikan , berpaksikan intelek serta bersikap pemburuan sijil (Nor, 2004).

9 Selain itu, pencapaian akademik yang baik juga merupakan paspot untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi tempatan serta luar negeri malahan untuk mendapatkan pekerjaan (Lim, 1998). Berdasarkan Teori Ekologikal Bronfenbrenner (1979, 1989, 1995), faktor biologi dan faktor persekitaran memainkan peranan yang penting dalam perkembangan seseorang dari segi fizikal, psikologi dan kognitif. Teori ini menjelaskan bahawa perkembangan seseorang individu dipengaruhi oleh interaksi dua hala antara seseorang individu tersebut dengan sistem persekitaran dan antara satu sistem persekitaran dengan sistem persekitaran yang lain. Teori beliau mengandungi lima sistem persekitaran bermula dari interaksi secara langsung dengan agen persekitaran yang paling asas dan rapat seperti keluarga, ibu bapa hingga ke agen persekitaran yang lebih luas konteksnya seperti jiran dan media massa (Santrock, 1998; Berk, 2000).

10 Maka sudah tentu pencapaian akademik yang berkait rapat dengan perkembangan kognitif seseorang dipengaruhi oleh faktor faktor seperti konsep kendiri akademik, konsep kendiri bukan akademik, status sosioekonomi keluarga, gaya keibubapaan, jantina serta lokasi sekolah. Semua faktor tersebut mempunyai hubungan yang rapat serta saling mempengaruhi dalam sistem persekitaran. 7 Konsep kendiri yang dikategorikan kepada akademik dan bukan akademik dapat memberi kesan ke atas pencapaian akademik. Seseorang akan menggunakan konsep kendirinya apabila dia meramal sama ada dia akan berjaya atau gagal dalam sesuatu perkara (Habibah & Noran, 2006). Menurut Rohaty (1992), konsep kendiri yang positif dapat mempertingkatkan pencapaian akademik. Konsep kendiri dipengaruhi oleh jantina, status sosioekonomi keluarga dan gaya keibubapaan yang diamalkan oleh ibu bapa.


Related search queries