Example: stock market

BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …

BAB A1. PENGENALAN MUAMALAT ISLAM . HASIL PEMBELAJARAN. Pada akhir bab ini, calon akan dapat: Memahami konsep ISLAM , matlamat (maqasid) dan sumber-sumber syariah. Memahami larangan-larangan dalam MUAMALAT ISLAM . Memahami dan menerangkan peraturan-peraturan kontrak MUAMALAT . PENGENALAN . Perkataan ' ISLAM ' dalam bahasa Arab bermaksud penyerahan , dan berasal daripada perkataan yang membawa maksud keamanan . Dalam konteks agama, ISLAM bermakna penyerahan sepenuhnya kepada kehendak Allah (SWT). ISLAM bukanlah agama semata- mata tetapi suatu "deen", yang bermaksud 'cara hidup'. Ia merangkumi dimensi jasmani dan rohani dalam kewujudan manusia. Allah (SWT) telah menegaskan kesempurnaan ISLAM dalam ayat Al-Quran yang berikut;. Maksudnya: "Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan ni'mat Ku kepada kamu dan Aku redhai ISLAM menjadi agama untuk kamu".

1 BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir bab ini, calon akan dapat: Memahami konsep Islam, matlamat (maqasid) dan sumber-sumber syariah. Memahami larangan-larangan dalam muamalat Islam. Memahami dan menerangkan peraturan-peraturan kontrak muamalat. A1.1 PENGENALAN

Information

Domain:

Source:

Link to this page:

Please notify us if you found a problem with this document:

Other abuse

Transcription of BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …

1 BAB A1. PENGENALAN MUAMALAT ISLAM . HASIL PEMBELAJARAN. Pada akhir bab ini, calon akan dapat: Memahami konsep ISLAM , matlamat (maqasid) dan sumber-sumber syariah. Memahami larangan-larangan dalam MUAMALAT ISLAM . Memahami dan menerangkan peraturan-peraturan kontrak MUAMALAT . PENGENALAN . Perkataan ' ISLAM ' dalam bahasa Arab bermaksud penyerahan , dan berasal daripada perkataan yang membawa maksud keamanan . Dalam konteks agama, ISLAM bermakna penyerahan sepenuhnya kepada kehendak Allah (SWT). ISLAM bukanlah agama semata- mata tetapi suatu "deen", yang bermaksud 'cara hidup'. Ia merangkumi dimensi jasmani dan rohani dalam kewujudan manusia. Allah (SWT) telah menegaskan kesempurnaan ISLAM dalam ayat Al-Quran yang berikut;. Maksudnya: "Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan ni'mat Ku kepada kamu dan Aku redhai ISLAM menjadi agama untuk kamu".

2 (Al-Maidah: 3). Konsep ISLAM Pada asasnya, ISLAM merangkumi aqidah (kepercayaan), syariah (undang-undang) dan akhlak (kod moral/adab). Konsep syariah bukan sahaja mentadbir manusia dalam menjalankan hidupnya bagi merealisasikan kehendak Ilahi, tetapi meliputi semua tingkah laku; spiritual, mental serta fizikal. Oleh itu, prinsip-prinsip syariah bukan saja mengenai undang-undang tetapi meliputi keseluruhan cara hidup yang merangkumi kepercayaan (iman) dan amalan (amal), tingkah laku peribadi, undang-undang dan sosial. Oleh itu, ISLAM juga dikenali sebagai syariah al-kubra yang merangkumi cara hidup yang telah ditentukan oleh Allah (SWT). 1. Syariah al-kubra boleh dibahagikan seperti berikut: ISLAM Aqidah Shariah Akhlaq Fiqh Fiqh Fiqh Fiqh Ibadat MUAMALAT Munakahat Jinayat Kewangan ISLAM Aqidah Aqidah ditakrifkan sebagai kepercayaan tanpa sebarang ragu-ragu atau syak terhadap Allah (SWT), para Rasul-Nya dan Para Malaikat- Nya, Hari Akhirat, Kitab Suci serta dan Qada dan Qadar.

3 Ia merupakan asas utama dalam ISLAM dan titik permulaan untuk menjadi seorang Muslim yang baik. Ia dapat dilihat dengan aktiviti- aktiviti yang dilakukan oleh seseorang Muslim itu sendiri. Nabi Muhammad (saw) menjelaskan bahawa ISLAM adalah seperti sebuah bangunan di mana asasnya ialah aqidah. Asas aqidah dalam ISLAM ialah enam rukun iman (rukun al-iman). Akhlaq Amalan kebaikan, moral, dan adab dalam teologi dan falsafah ISLAM . Ia merangkumi hubungan antara manusia dan Allah (SWT), antara manusia dan manusia dan antara manusia dan makhluk lain. Syariah Syariah ialah satu set peraturan yang diperolehi daripada al-Quran dan hadith-hadith sahih (sunnah) Nabi Muhammad (saw) dan pendapat ilmiah (ijtihad) berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Syariah mengandungi kategori dan perkara-perkara mengenai undang- undang ISLAM yang dikenali sebagai cabang fiqh (perundangan ISLAM ).

4 2. Fiqh Ibadat Peraturan penyucian mengenai hubungan antara manusia dan Allah (SWT) seperti solat, puasa, zakat, jihad dan beberapa bentuk ibadah lain yang termasuk di bawah tajuk ini. Fiqh Munakahat Peraturan berkaitan dengan undang-undang kekeluargaan seperti perkahwinan, perceraian, harta pusaka, penjagaan dan perkara- perkara lain yang berkaitan. Fiqh Jinayat Ia dikenali sebagai undang-undang jenayah dalam ISLAM , merangkumi kesalahan besar seperti persetubuhan haram (zina), kecurian (sariqah), pembunuhan, dan lain-lain. Fiqh MUAMALAT Peraturan yang mengawal transaksi perdagangan antara pihak-pihak yang terlibat. Objektif Syariah (Maqasid al Syariah). Maqasid ialah perkataan dalam bahasa Arab yang bermaksud matlamat atau tujuan. Dalam konteks ISLAM , ia merujuk kepada objektif yang ditetapkan oleh syarak dalam mensyariatkan hukum.

5 Menurut Imam al-Ghazali matlamat syariah adalah untuk menggalakkan kesejahteraan seluruh manusia, dengan menjaga iman mereka (deen), diri mereka (nafs), akal mereka (a'qal), keturunan mereka (nasl ) dan harta benda mereka (mal). Apa sahaja yang boleh memastikan perlindungan daripada lima prinsip ini demi kepentingan awam, ia adalah sewajarnya. Terdapat lima maqasid (objektif) seperti berikut: - Pemeliharaan Keterangan / Catatan Agama Pemeliharaan dan perlindungan deen (agama) di dalam semua keadaan. Contoh: Mempertahankan agama ISLAM terutamanya jika ia diserang oleh musuh-musuh ISLAM . 3. Nyawa Pemeliharaan dan perlindungan keselamatan nyawa manusia didalam semua keadaan. Contoh: Dalam usaha untuk melindungi nyawa manusia, hukuman yang berat dikenakan ke atas mereka yang membunuh orang.

6 Keturunan Pemeliharaan dan perlindungan keturunan dan kehormatan didalam semua keadaan. Contoh: ISLAM melarang pengikutnya berzina atau berkelakuan tidak bermoral. Akal Pemeliharaan dan perlindungan intelek dan minda di dalam semua keadaan. Pemeliharaan akal ialah melindunginya dari perkara-perkara yang boleh merosakkan dan menjejaskan fungsi serta keupayaan berfikir. Contoh: Pengambilan minuman keras atau seumpamanya akan memberi kesan negatif kepada fungsi otak. Harta Pemeliharaan dan perlindungan harta didalam semua keadaan. Contoh: Inisiatif dan perancangan pro-aktif dalam melindungi harta benda terhadap musibah atau bencana. Klasifikasi Manfaat Objektif Syariah Cendiakawan/ulama ISLAM telah membahagikan keseluruhan masalih - merangkap - maqasid kepada tiga kategori kepentingan dalam susunan menurun: Tahsiniyyat Kurang Penting (perhiasan).

7 Contohnya kereta mewah, barang kemas, dan sebagainya Hajiyyat (keperluan). contohnya pendidikan yang baik, rumah yang selesa, dan sebagainya Lebih Daruriyyat (asas) Penting contohnya makanan, pakaian, perlindungan. 4. Sumber Syariah Secara umum, sumber syariah terbahagi kepada dua, iaitu sumber-sumber yang dipersetujui oleh ulama (adillah muttafaq 'alaih) dan sumber-sumber yang tidak dipersetujui oleh ulama. Sumber-sumber yang dipersetujui oleh ulama adalah sumber yang digunakan untuk mengeluarkan peraturan mengenai sesuatu perkara atau masalah yang berlaku. Sumber-sumber ini diterima oleh ulama tanpa apa-apa perbezaan pendapat di kalangan mereka dari segi turutan atau kebolehgunaan. Terdapat empat sumber undang-undang yang dipersetujui oleh majoriti ulama seperti berikut: Sumber Keterangan / Catatan Al-Quran Al-Quran adalah firman Allah (SWT) yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad (saw) dalam bahasa Arab melalui malaikat Jibril (as).

8 Al- Quran adalah sumber rujukan utama dalam syariah. Ia adalah mu'jizat (makna yang mungkin tidak difahami oleh orang) dan tidak berubah dan dipelihara oleh Allah (SWT). Sunnah Menurut muhaddithun atau pakar hadith, sunnah merujuk kapada sebarang tingkah laku Nabi Muhammad (saw) termasuk perbuatan beliau, kata-kata beliau, perbuatan beliau yang tidak melarang dan tidak menegah. Ia boleh dibahagikan kepada tiga kategori1: a. Sunnah Qawliyyah (Sunnah melalui Perkataan). Contoh: apabila Nabi Muhammad (saw) dengan jelas berkata, "Solatlah seperti yang engkau lihat aku bersolat". b. Sunnah Fi'liyyah (Sunnah melalui Perbuatan). Jenis sunnah ini terdiri daripada perbuatan dan arahan sebenar Nabi, seperti cara beliau mendirikan solat, berpuasa, menjalankan upacara haji, atau transaksi yang dilaksanakan seperti jual beli dan urus niaga kewangan.

9 C. Sunnah Taqririyyah (Sunnah melalui Persetujuan). Sunnah ini terdiri daripada perbuatan dan kata-kata para sahabat di hadapan Nabi atau yang sampai kepada 1. Aznan Hasan, Asas Syariah dalam Kewangan ISLAM , ms 29. 5. pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad (saw) boleh disimpulkan daripada berdiam diri menandakan tingkah laku tersebut dibenarkan. Nabi Muhammad (saw) tidak akan berdiam diri kepada perkara-perkara yang dilarang. Ijma ' Ijma' istilah dalam bahasa Arab yang merujuk kepada persetujuan sebulat suara di kalangan mujtahidun selepas kewafatan Nabi Muhammad (saw).2. Qiyas Qiyas merujuk kepada penggunaan hukum asal (hukum) yang telah ditetapkan dalam kes yang lebih awal mengenai isu semasa di mana undang-undang adalah senyap. 3.

10 Undang-Undang Mandatori (Hukum Taklifi). Undang-undang mandatori (hukum taklifi) adalah undang-undang yang menghuraikan tentang arahan, larangan dan pilihan untuk melaksanakan atau meninggalkan aktiviti/pekerjaan. Menurut istilah ISLAM , tindakan seorang Muslim mesti dipandu oleh kelima-lima hukum (al-ahkam al-khamsah) yang diklasifikasikan sebagai berikut: Klasifikasi Hukum Penerangan Wajib (wajib) Istilah wajib bermaksud tindakan yang mesti dilaksanakan oleh sesaorang muslim. Contoh: mendirikan solat dan berpuasa pada bulan Ramadhan. Dari segi teknikal, ia merupakan satu perbuatan yang dituntut oleh Allah (SWT). dengan syarat-syarat yang harus dipatuhi. Mandub (disyorkan) Mandub ditakrifkan sebagai tuntutan Allah (SWT) di mana melakukan sesuatu perbuatan mendapat pahala dan tidak salah jika meninggalkannya.


Related search queries