Example: confidence

BAB I PENGENALAN 1.1 Pendahuluan - UM

1 BAB I PENGENALAN Pendahuluan Boneka sebagai alat pedagogi untuk pengajaran di peringkat prasekolah adalah sangat unik dan mempunyai kebaikan untuk kanak-kanak. Penggunaan boneka untuk pengajaran dapat mempertingkatkan intrapersonal dan interpersonal kanak-kanak (Berk, 2006; Koster, 2005; Hirsh, 2004). Hal ini demikian kerana boneka yang digunakan sebagai prop lakonan dalam aktiviti drama tika kanak-kanak melibatkan bahasa, seni visual, drama, muzik dan pergerakan fizikal yang dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan perasaan dan berinteraksi dengan kanak-kanak yang lain (Machado, 2003; Coody, 1997).

yang dijalankan, beliau telah merangka dan menghasilkan satu set modul pengajaran yang . 5 menggunakan boneka dalam bilik darjah sebagai garis panduan untuk guru-guru prasekolah yang dapat membantu pembelajaran kanak-kanak. Euker (1991) juga menggalakkan ...

Tags:

  Pendahuluan 1, Pendahuluan, Pengajaran, Pengenalan, Bab i pengenalan 1

Information

Domain:

Source:

Link to this page:

Please notify us if you found a problem with this document:

Other abuse

Transcription of BAB I PENGENALAN 1.1 Pendahuluan - UM

1 1 BAB I PENGENALAN Pendahuluan Boneka sebagai alat pedagogi untuk pengajaran di peringkat prasekolah adalah sangat unik dan mempunyai kebaikan untuk kanak-kanak. Penggunaan boneka untuk pengajaran dapat mempertingkatkan intrapersonal dan interpersonal kanak-kanak (Berk, 2006; Koster, 2005; Hirsh, 2004). Hal ini demikian kerana boneka yang digunakan sebagai prop lakonan dalam aktiviti drama tika kanak-kanak melibatkan bahasa, seni visual, drama, muzik dan pergerakan fizikal yang dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan perasaan dan berinteraksi dengan kanak-kanak yang lain (Machado, 2003; Coody, 1997).

2 Memandangkan kebaikan dan nilai pendidikan yang ada pada boneka, maka kajian ini dilaksanakan untuk membangunkan Modul Drama tika Boneka Kanak-kanak untuk pengajaran di peringkat prasekolah. Modul ini seterusnya diimplementasikan dan penilaian dilaksanakan untuk mengenal pasti kanak-kanak menggunakan boneka dalam interaksi mereka semasa dan selepas aktiviti penggunaan boneka, mengenal pasti perubahan sikap kanak-kanak daripada segi intrapersonal dan interpersonal sebelum dan selepas penggunaan boneka.

3 Modul Drama tika Boneka Kanak-kanak yang dibangunkan dalam kajian ini mengandungi sembilan projek iaitu (i) projek membina boneka, (ii) projek membina pentas boneka, (iii) projek perwatakan dan emosi, (iv) projek muzik dan pergerakan, (v) projek Pendahuluan dan perkembangan cerita, (vi) projek konflik dan pengakhiran cerita, 2 (vii) projek latihan persembahan, (viii) projek persembahan dan (ix) projek menonton semula persembahan berdasarkan Model Reka bentuk Pembelajaran Konstruktif Gagnon dan Collay (2006) yang mempunyai enam elemen iaitu (i) situasi, (ii) kumpulan, (iii) hubungan, (iv) tugasan, (v) pameran dan (vi) refleksi.

4 Teori yang mendasari kajian ini ialah teori konstruktif Piaget (1966) dan Vygotsky (1978). Teori konstruktif dan Model Reka bentuk Pembelajaran Konstruktif Gagnon dan Collay (2006) dipilih dalam kajian ini kerana selaras dengan keperluan amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak dalam Kerangka Konsep Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010). Proses pembangunan Modul Drama tika Boneka Kanak-kanak dalam kajian ini adalah berdasarkan modifikasi Model Reka bentuk Instruksi Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino (2002) serta Pendekatan Pembangunan Modul Russell (1974).

5 Pengkaji memilih pendekatan ini untuk membangunkan modul dalam kajian ini kerana pendekatan ini memberi tumpuan untuk projek dalam bilik darjah dan memberi kesan kepada proses pedagogi kanak-kanak prasekolah. Selain itu, pendekatan ini juga menekankan bahawa Modul Drama tika Boneka Kanak-kanak yang dibangunkan perlu mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan sebelum diimplementasikan. Oleh itu, pengkaji membangunkan Modul Drama tika Boneka Kanak-kanak dengan berdasarkan empat langkah yang merangkumi (i) menganalisis keperluan kanak-kanak dan menyatakan objektif modul, (ii) reka bentuk kandungan modul, (iii) pengesahan pakar dan pencapaian kesahan modul serta (iv) mencuba modul dan kebolehpercayaan modul.

6 3 Pengkaji berharap dengan berpandukan kepada teori konstruktif Piaget (1966) dan Vygotsky (1978), Model Reka bentuk Pembelajaran Konstruktif Gagnon dan Collay (2006) serta modifikasi Model Reka bentuk Instruksi Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino (2002) serta Pendekatan Pembangunan Modul Russell (1974), Modul Drama tika Boneka Kanak-kanak dapat dibangunkan untuk diimplementasikan oleh guru-guru prasekolah dan seterusnya penilaian dilaksanakan dengan jayanya. Latar belakang kajian Aktiviti boneka dapat melatih kanak-kanak prasekolah mengaplikasikan, mengekspresikan dan mengapresiasi seni (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003; Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010).

7 Di Malaysia, kegiatan boneka untuk pendidikan telah pun bermula sejak 80-an di perpustakaan. Boneka digiatkan di bawah program yang ditaja oleh Perpustakaan Negara Malaysia dan juga Pustaka Bimbingan Kanak-kanak. Semenjak itu, beberapa kumpulan turut aktif dalam kegiatan boneka sejak 1984 sehingga kini. Antaranya kumpulan Perpustakaan Awam Selangor, Perpustakaan Awam Melaka, Perpustakaan Awam Kedah, Perpustakaan Public Bank dan Kajian Sains Institut Teknologi MARA (Shahaneem, 1985; Loy, 2004).

8 Selain itu, kumpulan Teater ABROS (Puppet Theatre Kuala Lumpur Malaysia), kumpulan Si Nuri Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Majlis Teater Malaysia (TEMA), kumpulan boneka Nurul dan Rahim, Allan and Friends, Do Do Children s Theatre dan PuppetKu s Theatre juga aktif dalam persembahan teater boneka. Agensi seni persembahan seperti Actor Studio, Five Arts Centre, Gardner and Wife Production, kumpulan teater Need Entertainment, Integrated Expressions and Little Eyes 4 Play House dan The Jumping Jelly Beans juga menggabungjalinkan boneka dalam persembahan teater kanak-kanak.

9 Kumpulan teater boneka dari negara luar seperti Jepun, Sepanyol, Australia, Taiwan dan China juga dijemput membuat persembahan di sekitar Lembah Klang. Kegiatan ini dimeriahkan lagi dengan kemunculan rancangan-rancangan boneka popular di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM). Manakala pelbagai pihak turut bekerjasama menganjurkan bengkel boneka seperti Bengkel Antarabangsa Ketiga Teater Kanak-kanak Di Asia, Kuala Lumpur dan bengkel anjuran Persatuan Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Persatuan Sekolah Rendah Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim dan Jabatan Drama dan Filem, Kolej New Era, Kajang (Loy, 2004).

10 Agensi kerajaan dan agensi swasta seperti Persatuan Tadika Malaysia, Jabatan Kemajuan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Malaysia, institusi perguruan dan universiti-universiti tempatan seperti Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi Mara dan Akademi Seni, Budaya dan Warisan telah memperkenalkan kursus-kursus yang berkaitan dengan boneka kepada pelajar mereka. Senario sebegini tentu sekali menghendaki guru-guru prasekolah melengkapkan diri dengan penggunaan boneka sebagai alat pedagogi di prasekolah (Loy, 2004).


Related search queries