Example: confidence

BAB LIMA PEMIKIRAN KESAINTIFIKAN 5.1 Pengenalan

311 bab lima PEMIKIRAN KESAINTIFIKAN Pengenalan Budaya mempunyai pengaruh yang kuat ke atas cara berfikir seseorang sehingga bertindak sebagai kerangka fikiran manusia. Bahasa dan kesusasteraan yang merupakan sebahagian daripada budaya, memancarkan PEMIKIRAN sesebuah masyarakat secara timbal balik (Ainon Mohd & Abdullah Hassan, 2005:18-21). Dalam hal ini, kesusasteraan menjadi kenderaan utama dalam proses pengekalan budaya, membongkarkan kepelbagaian PEMIKIRAN yang wujud dalam kalangan masyarakat tersebut. Bab kelima ini memuatkan kajian tentang PEMIKIRAN KESAINTIFIKAN MTA berdasarkan puisi-puisi KTK. Pengkaji menstrukturkan kerangka bab ini seperti berikut:- Pendefinisian konsep PEMIKIRAN KESAINTIFIKAN .

Perbincangan dalam bab lima dimulakan dengan pendefinisian konsep Pemikiran Kesaintifikan. Kajian terhadap bidang Pemikiran Kesaintifikan adalah sangat luas. Oleh itu, pengkaji terpaksa menyempitkan perbincangan tentang konsep Pemikiran Kesaintifikan kepada dua skop yang terperinci iaitu penjelasan tentang pemikiran logik dan Pemikiran

Tags:

  Mail, Pengenalan, Pengenalan 1, Perbincangan, Pemikiran, Bab lima pemikiran kesaintifikan 5, Kesaintifikan, Bab lima

Information

Domain:

Source:

Link to this page:

Please notify us if you found a problem with this document:

Other abuse

Transcription of BAB LIMA PEMIKIRAN KESAINTIFIKAN 5.1 Pengenalan

1 311 bab lima PEMIKIRAN KESAINTIFIKAN Pengenalan Budaya mempunyai pengaruh yang kuat ke atas cara berfikir seseorang sehingga bertindak sebagai kerangka fikiran manusia. Bahasa dan kesusasteraan yang merupakan sebahagian daripada budaya, memancarkan PEMIKIRAN sesebuah masyarakat secara timbal balik (Ainon Mohd & Abdullah Hassan, 2005:18-21). Dalam hal ini, kesusasteraan menjadi kenderaan utama dalam proses pengekalan budaya, membongkarkan kepelbagaian PEMIKIRAN yang wujud dalam kalangan masyarakat tersebut. Bab kelima ini memuatkan kajian tentang PEMIKIRAN KESAINTIFIKAN MTA berdasarkan puisi-puisi KTK. Pengkaji menstrukturkan kerangka bab ini seperti berikut:- Pendefinisian konsep PEMIKIRAN KESAINTIFIKAN .

2 PEMIKIRAN KESAINTIFIKAN berdasarkan Teori SPB4K PEMIKIRAN KESAINTIFIKAN dalam KTK Analisis PEMIKIRAN KESAINTIFIKAN MTA berdasarkan KTK perbincangan dalam bab lima dimulakan dengan pendefinisian konsep PEMIKIRAN KESAINTIFIKAN . Kajian terhadap bidang PEMIKIRAN KESAINTIFIKAN adalah sangat luas. Oleh itu, pengkaji terpaksa menyempitkan perbincangan tentang konsep PEMIKIRAN KESAINTIFIKAN kepada dua skop yang terperinci iaitu penjelasan tentang PEMIKIRAN logik dan PEMIKIRAN 312 KESAINTIFIKAN sepertimana digariskan dalam Teori SPB4K. Konsep PEMIKIRAN KESAINTIFIKAN dan PEMIKIRAN logik yang diperjelaskan dalam bab ini diperincikan seperti berikut:- i. Konsep PEMIKIRAN KESAINTIFIKAN dan PEMIKIRAN logik ii.

3 Pendekatan PEMIKIRAN KESAINTIFIKAN iii. Kaedah-kaedah dalam PEMIKIRAN KESAINTIFIKAN dan PEMIKIRAN logik iv. Pandangan sarjana tentang konsep PEMIKIRAN logik v. Sejarah perkembangan ilmu logik vi. Ciri-ciri PEMIKIRAN logik vii. Kepentingan PEMIKIRAN logik Pemahaman terhadap kedua-dua konsep iaitu PEMIKIRAN KESAINTIFIKAN dan PEMIKIRAN logik adalah penting untuk dikupaskan sebelum mendekati dan membuat analisis terhadap PEMIKIRAN KESAINTIFIKAN MTA menerusi KTK. Konsep PEMIKIRAN KESAINTIFIKAN Frasa PEMIKIRAN KESAINTIFIKAN dapat dileraikan kepada dua istilah iaitu PEMIKIRAN dan saintifik. Istilah PEMIKIRAN membawa maksud segala hasil dari aktiviti otak, akal atau minda manakala istilah saintifik diertikan sebagai suatu sistem atau susunan dalam proses PEMIKIRAN (Mohd Yusof Hasan, 2002:1).

4 PEMIKIRAN KESAINTIFIKAN ialah satu sistem PEMIKIRAN yang tersusun, sistematik kerana ianya dibina berdasarkan kaedah-kaedah saintifik yang berhubung dengan jurusan sains dan teknologi (Mohd Yusof Hasan, 313 2007:13). PEMIKIRAN KESAINTIFIKAN yang diperjelaskan dalam bab ini, adalah berdasarkan PEMIKIRAN logik seperti mana yang ditekankan dalam Teori SPB4K. Salah satu istilah yang berkaitan dengan PEMIKIRAN KESAINTIFIKAN ialah istilah sains . Istilah sains berasal daripada perkataan Latin iaitu scientia yang bermakna pengetahuan (Ainon Mohd & Abdullah Hassan, 2003:217). Sains merupakan sebuah ilmu berdasarkan kebenaran yang boleh dibuktikan atau fakta-fakta pemerhatian yang menepati hukum-hukum umum melalui kaedah-kaedah penemuan yang boleh dipercayai.

5 Ilmu sains merupakan sebuah bidang yang memahami sesuatu keadaan atau fenomena sesuatu benda berdasarkan pandangan alam ikutan dengan menerapkan kaedah-kaedah sains seperti intuisi, heuristik, hikmah dan sebagainya (Habibah Abdul Wahab, 2008:100). Secara tradisi, PEMIKIRAN KESAINTIFIKAN berkisar tentang formulasi dan perbincangan soalan, pemerhatian, data yang dikumpul, hipotesis, ujikaji dan teori. PEMIKIRAN KESAINTIFIKAN memerlukan penguasaan beberapa komponen berfikir seperti kebolehan membuahkan bukti empirikal, teknik berfikir secara rasional, praktikal dan logikal dan juga kebolehan berfikir secara intuitif, kreatif, kritis dan skeptik.

6 Kesemua komponen ini memerlukan daya berfikir yang mampu membuahkan soalan dan jangkaan atau tekaan yang kreatif untuk melahirkan jawapan yang baik. Secara rumusannya, PEMIKIRAN KESAINTIFIKAN dapat digunakan bagi menilai sesuatu idea secara sistematik (Azlina Zainal & Munir Shuib, 2007:127). PEMIKIRAN KESAINTIFIKAN merupakan intipati kajian yang mengutamakan bukti, bagi mempertahankan sesuatu pandangan dengan mengkaji sebab dan akibat. Ia mencari kaitan antara sesuatu perkara dan peristiwa dari segi sebab dan akibat. Kesimpulan hanya dibuat 314 selepas segala persoalan dinilai dari setiap sudut maklumat. PEMIKIRAN KESAINTIFIKAN bersifat linear iaitu menjalankan tindakan secara berperingkat-peringkat dan sistematik.

7 Metod ini digunakan untuk menjumpai penemuan baru dengan menggunakan beberapa hipotesis (Ainon Mohd & Abdullah Hassan, 2003:236-237). PEMIKIRAN KESAINTIFIKAN terbit daripada suatu set peraturan yang bersifat nyata dan langsung. Ia digunakan sebagai alat untuk memproses maklumat dan menjelaskan perkara-perkara tersirat. ( Philips, 1999:84). PEMIKIRAN KESAINTIFIKAN juga digunakan untuk mempertahankan ataupun menolak sebarang hujahan dengan mengemukakan cadangan atau pandangan (Ainon Mohd & Abdullah Hassan, 2001:217). PEMIKIRAN KESAINTIFIKAN bertujuan untuk memperolehi ilmu pengetahuan yang mencakupi segala bidang, hasil daripada proses proses pembangunan dan penyelidikan yang berterusan (Alias Azhar & Rahimin Affandi Abdul Rahim.)

8 2010:5-6). Secara holistiknya, kaedah ini bergantung kepada fakta yang munasabah menurut perspektif PEMIKIRAN manusia dan berdasarkan logik penaakulan akal manusia itu sendiri. Topik yang menjadi fokus di sini, ialah elemen PEMIKIRAN KESAINTIFIKAN yang digarapkan oleh MTA sebagai PEMIKIRAN dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini boleh dikenalpasti menerusi penganalisisan KTK. Pendekatan Kajian Saintifik Kajian saintifik bukan hanya merangkumi pengumpulan maklumat, konsep, idea berguna atau kajian sistematik terhadap alam semulajadi, malah merupakan kaedah yang digunakan untuk menyelidik dan mendalami ilmu alam semulajadi. Walaupun terdapat pelbagai cara untuk mendalami ilmu alam semulajadi, namun kajian saintifik merupakan 315 satu-satunya kaedah yang boleh menjana pengetahuan yang boleh dipercayai disebabkan kebenaran pengetahuan tersebut telahpun dicabar dan dibuktikan oleh kaedah yang boleh dipercayai (Ainon Mohd & Abdullah Hassan, 2003:221-222).

9 Bagi tujuan mendalami ilmu tersebut, beberapa pendekatan dapat diaplikasikan semasa proses PEMIKIRAN KESAINTIFIKAN . Antara pendekatan yang dapat diaplikasikan ialah kaedah memerhati, membuat inferens, berkomunikasi, mentafsir maklumat dan membuat hipotesis. PEMIKIRAN KESAINTIFIKAN merupakan satu daya usaha bercorak penyelidikkan untuk menemui pengetahuan baru. Terdapat dua kelompok pemikir saintifik. Golongan pertama menggunakan kaedah intuisi, manakala golongan kedua pula menggunakan kaedah logik. Hal ini dapat dijelaskan melalui jadual seperti berikut:- Jadual : Kaedah-Kaedah Dalam PEMIKIRAN KESAINTIFIKAN Kaedah Intuisi Kaedah Logik Golongan ini mencipta hipotesis terlebih dahulu sebelum mengetahui fakta-faktanya.

10 Mereka mengemukakan hipotesis, yang diuji kemudian untuk menentukkan kesalahan-kesalahannya. Golongan ini mengumpulkan data sehingga mereka mempunyai bukti yang cukup untuk membuat hipotesis dan menggunakan kaedah logik induktif, di mana mereka melakukan penyelidikan langkah demi langkah secara sistematik. Golongan ini digelar penerka. Golongan ini digelar pengumpul. Golongan ini dapat menghasilkan reka cipta berdasarkan intuisi untuk menjumpai penemuan-penemuan baru. Mereka hanya menggunakan fakta dan logik untuk membuktikan bahawa penemuan mereka adalah benar. Golongan ini belum tentu memiliki kepintaran yang luar biasa.