Example: quiz answers

BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …

BUKU PANDUAN . PENDAFTARAN . PELAJAR . POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH. (POLIMAS). DISEMBER 2017. 1. PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU. LULUSAN SPM, SIJIL POLITEKNIK DAN SIJIL KOLEJ KOMUNITI. ISI KANDUNGAN. Ucapan Timabalan Pengarah Akademik ..4. Proses BAHAGIAN A : MAKLUMAT AM. Latar belakang POLIMAS ..6. Bagaimana ke POLIMAS ?..7. Apakah program pengajian yang ditawarkan di POLIMAS? ..8. BAHAGIAN B : ATURAN PENDAFTARAN PELAJAR . Tarikh Pengesahan Hadir Daftar PELAJAR Lepasan SPM ..9. Tarikh Pengesahan Hadir Daftar PELAJAR Lepasan SIJIL ..10. Bayaran yuran kemasukan ..11. B-3 Cara bayaran yuran ..11. B-4 PENDAFTARAN atas talian (online) .. 12-15. Senarai semak sebelum PENDAFTARAN .. 16-17. Proses PENDAFTARAN (sah hadir daftar PELAJAR ) ..18. Rupa diri PELAJAR semasa mendaftar ..19. Maklumat lain berkaitan ..20. Minggu Suai Kenal (MSK) ..20. BAHAGIAN C : BORANG PENDAFTARAN PELAJAR . C-1 PANDUAN mengisi Borang HEP .. 21-22. BAHAGIAN D : PENDAFTARAN ASRAMA (KAMSIS).

4 Assalamualaikum w.r.t dan salam sejahtera, Syabas dan tahniah diucapkan kepada saudara/i dari warga POLIMAS kerana telah berjaya ditawarkan tempat pengajian di

Tags:

  Ditawarkan

Information

Domain:

Source:

Link to this page:

Please notify us if you found a problem with this document:

Other abuse

Transcription of BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …

1 BUKU PANDUAN . PENDAFTARAN . PELAJAR . POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH. (POLIMAS). DISEMBER 2017. 1. PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU. LULUSAN SPM, SIJIL POLITEKNIK DAN SIJIL KOLEJ KOMUNITI. ISI KANDUNGAN. Ucapan Timabalan Pengarah Akademik ..4. Proses BAHAGIAN A : MAKLUMAT AM. Latar belakang POLIMAS ..6. Bagaimana ke POLIMAS ?..7. Apakah program pengajian yang ditawarkan di POLIMAS? ..8. BAHAGIAN B : ATURAN PENDAFTARAN PELAJAR . Tarikh Pengesahan Hadir Daftar PELAJAR Lepasan SPM ..9. Tarikh Pengesahan Hadir Daftar PELAJAR Lepasan SIJIL ..10. Bayaran yuran kemasukan ..11. B-3 Cara bayaran yuran ..11. B-4 PENDAFTARAN atas talian (online) .. 12-15. Senarai semak sebelum PENDAFTARAN .. 16-17. Proses PENDAFTARAN (sah hadir daftar PELAJAR ) ..18. Rupa diri PELAJAR semasa mendaftar ..19. Maklumat lain berkaitan ..20. Minggu Suai Kenal (MSK) ..20. BAHAGIAN C : BORANG PENDAFTARAN PELAJAR . C-1 PANDUAN mengisi Borang HEP .. 21-22. BAHAGIAN D : PENDAFTARAN ASRAMA (KAMSIS).

2 D-1 PENDAFTARAN KAMSIS .. 23-24. Borang PENDAFTARAN KAMSIS ..25. Borang Pengesahan Borang Perjanjian Tatatertib (Salinan KAMSIS) ..27. Borang Perjanjian Tatatertib (Salinan PELAJAR ) ..28. Borang Akuan Penerimaan / Penyerahan Bilik ..29-30. Borang Aku Janji Tatatertib 2. Butir Diri PELAJAR ..32. Borang Rayuan Asrama ..33. Peraturan KAMSIS .. 34-37. BAHAGIAN E : PENDAFTARAN KOKURIKULUM. E-1 PENDAFTARAN 38. BAHAGIAN F : MAKLUMAT BANTUAN KEWANGAN PELAJAR . F-1 Senarai Bantuan Kewangan .. 39. Syarat PTPTN ..39. Kaedah Permohonan PTPTN .. 40-43. Permohonan Biasiswa .. 44. BAHAGIAN G : LAMPIRAN. Borang Permohonan Kad PELAJAR .. 45. Kad PELAJAR Sementara .. 46. Borang Aku Janji PELAJAR POLIMAS ..47-49. Borang Soal Selidik Minggu MSK ..50. Peta Kawasan Berhampiran 3. UCAPAN TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK. POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH. Assalamualaikum dan salam sejahtera, Syabas dan tahniah diucapkan kepada saudara/i dari warga POLIMAS kerana telah berjaya ditawarkan tempat pengajian di politeknik bagi sesi ini.

3 Kami warga POLIMAS berharap agar saudara/i akan menghargai peluang ini untuk menempa kecemerlangan yang berterusan. Kami berharap saudara/i akan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk memperolehi kecemerlangan dalam kursus masing-masing bertetapan dengan misi politeknik menghasilkan tenaga kerja separa professional berkualiti bagi menampung keperluan industri. Saudara, saudari sekalian, Tahniah sekali lagi kerana terpilih daripada puluhan ribu pemohon yang lain untuk memasuki politeknik. Kesyukuran dan keazaman perlulah berterusan jika saudara/i inginkan kejayaan yang pasti menjaminkan kesejahteraan masa depan. Harapan ayah bonda, keluarga dan juga harapan kami di POLIMAS adalah untuk melihat saudara/i memperolehi pengetahuan dan keputusan cemerlang di akhir pengajian sebagai tanda kejayaan. Ingatlah wajah ayah bonda yang tanpa jemu memastikan anaknya menjadi insan berguna. Oleh itu, jadikanlah jasa baik, kasih sayang dan budi yang dicurahkan sebagai pendorong untuk saudara/i terus cemerlang.

4 Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengingatkan saudara/i agar membaca dengan teliti dan patuhilah segala arahan dalam buku PANDUAN ini. Pastikan semua persediaan disediakan dengan sempurna. Pastikan semua dokumen yang diperlukan seperti dokumen asal dan salinan dokumen yang disahkan, gambar berukuran passport, begitu juga dengan pembayaran yuran pengajian dan bayaran PENDAFTARAN . Lakukanlah tindakan awal bagi memastikan kehendak berkenaan dipenuhi. Kerjasama dan jasa baik saudara/i mematuhi arahan akan membantu kelancaran sistem PENDAFTARAN . Untuk pengetahuan bakal PELAJAR sekalian, POLIMAS telah pun dianugerahkan dengan Sijil Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9000 : 2008 dan pensijilan semula daripada SIRIM QAS. International. Seiring dengan penjenamaan semula POLITEKNIK jelas menunjukkan pendidikan yang ada di politeknik adalah pendidikan yang berkualiti. Oleh itu, berusahalah menggapai kecemerlangan bersama POLITEKNIK. Wahai pewaris ilmu buktikan kata-kata ini, Imej membentuk personaliti, personaliti mencerminkan disiplin, disiplin menentukan akal, akal mempengaruhi tingkah laku, tingkah laku cemerlang menentukan akal yang cemerlang.

5 Sekian, selamat mendaftar. Lt. Kol. Bersekutu (PA) Bakri Bin Baharom : Pengarah POLIMAS. 4. PROSES DAFTAR DI POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH. (POLIMAS) JITRA, KEDAH DARUL AMAN. Perhatian: Sila lakukan semakan dan bayaran sebelum hadir mendaftar. Kegagalan anda mendaftar online seperti yang diarahkan boleh dianggap sebagai menolak tawaran. SEMAK STATUS PENDAFTARAN . DI LAMAN WEB PENDAFTARAN ONLINE PELAJAR . a) Semak Status PENDAFTARAN anda Layak Mendaftar b) Semak Jumlah Bayaran yang perlu dijelaskan. Bayaran hendaklah dilakukan segera sebelum PENDAFTARAN online. PEMBAYARAN YURAN DI BANK ISLAM. Sila ikut kaedah bayaran yang ditetapkan. SILA LAKUKAN BAYARAN SEBELUM DAFTAR ONLINE. AMARAN: BAYAR JUMLAH YANG TERTERA DI SLIP JUMLAH BAYARAN. SAHAJA. DAFTAR ONLINE. Selepas 24 jam Bayaran dilakukan. Sila lakukan PENDAFTARAN online di laman SELESAI ONLINE. Cetak Slip Pengesahan PENDAFTARAN Bersedia untuk Sah Hadir Daftar Cetak & Lengkapkan Borang HEP 1-HEP 6. Rujuk Senarai Semak PENDAFTARAN di Buku PANDUAN PENDAFTARAN 5.

6 BAHAGIAN A. MAKLUMAT AM. Baca maklumat am berikut dengan teliti dan sila ambil tindakan yang sewajarnya agar proses PENDAFTARAN anda sebagai PELAJAR di politeknik ini dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna. Latar Belakang Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS). Politeknik Sultan Abdul Halim Mu`adzam Shah (POLIMAS) merupakan salah satu Logo pertama daripada politeknik yang ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah program pendidikan teknik dan vokasional. Ia bertujuan untuk melatih para lulusan Sijil Pelajaran Malaysia bagi memenuhi permintaan tenaga kerja profesional dalam bidang kejuruteraan dan perdagangan. Kini semua politeknik yang sedang dan akan beroperasi diletakkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Politeknik ke 4 di Malaysia ini telah ditubuhkan pada bulan Februari 1984. Pada masa itu ia dikenali sebagai Politeknik Alor Setar (POAR) yang menggunakan kemudahan-kemudahan di Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional di Alor Setar.

7 Operasi pengurusan kemudiannya dipindahkan ke kampus tetap di Bandar Baru Darulaman, Jitra dan dirasmikan pada 23 Mac 1989 oleh KDYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Mu`adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah Logo kedua Darulaman. Pada peringkat awal penubuhannya, POLIMAS mengambil 120 orang PELAJAR sahaja. Kini POLIMAS menawarkan lebih 29 kursus pada peringkat Sijil, Diploma dan Diploma Lanjutan dalam bidang kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan mekanikal, perdagangan dan teknologi maklumat untuk lulusan SPM, lulusan sijil politeknik dan lulusan sijil Kolej Komuniti. Sejak penubuhannya, POLIMAS telah berjaya mengeluarkan lebih 20,000 orang graduan. Mulai 1989, sistem semester mula diperkenalkan di POLIMAS dengan pengambilan dua kali setahun. Logo sekarang Visi POLIMAS. Menjadi institusi kecemerlangan TVET yang sejajar dengan keperluan industri Misi POLIMAS. Menyediakan akses kepada program TVET berkualiti dan diiktiraf bagi melahirkan modal insan yang holistik,berdaya keusahawanan serta berdaya saing sejajar keperluan industri di peringkat glokal 6.

8 Bagaimana ke Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS) ? Anda boleh menuju dengan mudah ke POLIMAS dengan berpandukan kepada pelan lokasi di bawah : Rajah A-1 :Pelan lokasi POLIMAS. 7. Apakah program pengajian yang ditawarkan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS) ? Politeknik Sultan Abdul Halim Mu adzam Shah atau singkatannya POLIMAS, merupakan politeknik ketiga yang dibangunkan. POLIMAS merupakan institusi pengajian tinggi yang menawarkan pengajian ke peringat diploma bagi PELAJAR - PELAJAR lepasan SPM, PELAJAR lepasan Sijil Politeknik dan PELAJAR lepasan Sijil Kolej Komuniti. POLIMAS menawarkan pelbagai program pengajian sepenuh masa mengikut jabatan akademik masing-masing. Berikut adalah jabatan akademik yang terdapat di POLIMAS. berserta program pengajian yang ditawarkan . POLIMAS mempunyai lima jabatan akademik iaitu (i) Jabatan Kejuruteraan Awam, (ii) Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, (iii) Jabatan Kejuruteraan Elektrik, (iv) Jabatan Perdagangan dan (v) Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

9 Jabatan Kejuruteraan Awam menawarkan lima program pengajian diploma sepenuh masa termasuk ;. (i) Diploma Kejuruteraan Awam (ii) Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan (iii) Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah (iv) Diploma Seni Bina (v) Diploma Ukur Bahan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal menawarkan lima program pengajian diploma sepenuh masa: (i) Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan). (ii) Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Plastik). (iii) Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Loji). (iv) Diploma Kejuruteraan Mekatronik Jabatan Kejuruteraan Elektrik menawarkan dua program pengajian diploma sepenuh masa: (i) Diploma Kejuruteraan Elektronik (ii) Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi). (iii) Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik Jabatan Perdagangan menawarkan dua program pengajian diploma sepenuh masa: (i) Diploma Akauntansi (ii) Diploma Pemasaran Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi menawarkan satu program pengajian diploma sepenuh masa: (i) Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital).

10 8. BAHAGIAN B. ATURAN PENDAFTARAN PELAJAR . B. 1. TARIKH PENGESAHAN HADIR DAFTAR PELAJAR LEPASAN SPM. Tahniah diucapkan kepada semua bakal PELAJAR program diploma Politeknik Sultan Abdul Halim Mu adzam Shah (POLIMAS). Anda dinasihatkan membaca maklumat dan arahan di lampiran ini dengan teliti supaya semua urusan pada hari PENDAFTARAN berjalan dengan lancar. TARIKH PENGESAHAN HADIR DAFTAR PELAJAR LEPASAN SPM. Kepada semua PELAJAR yang ditawarkan asrama atau tanpa asrama, anda dikehendaki hadir mendaftar secara rasmi pada tarikh dan masa berikut: Tarikh Daftar : 20 NOVEMBER 2017 (ISNIN). Masa : pagi tengah hari Tempat : Dewan Sri Mas, POLIMAS. Sebelum hadir mendaftar, anda perlu melakukan PENDAFTARAN online di halaman PENDAFTARAN online POLIMAS seperti berikut Semua PELAJAR diwajibkan mengikuti Minggu Suai Kenal (MSK) yang akan bermula 20 - 23 NOVEMBER 2017. Untuk perhatian semua calon dan ibubapa, semua jenis bayaran yang telah dibayar, tidak dibenarkan dituntut. 9. B.


Related search queries