Example: dental hygienist

BUKU PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA BAGI …

PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL KOMPLEKS STUDIO MERDEKA, JALAN HULU KELANG, : 03 BUKU PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA BAGI PENJAWAT FINAS Unit Audit Dalam FINAS(Dikemas kini pada 15 Januari 2016) PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA KOMPLEKS STUDIO MERDEKA, JALAN HULU KELANG, 68000 AMPANG, SELANGOR DARUL : 03-41041300 NO. FAKS : 03-41075216 LAMAN WEB: BUKU PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA BAGI PENJAWAT FINASD isediakan Oleh: Unit Audit Dalam FINAS (Dikemas kini pada 15 Januari 2016) PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL 68000 AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN BUKU PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA BAGI PENJAWAT FINAS Buku PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH Masa Bagi Penjawat FINAS Kemas kini pada 15 Januari 2016 Unit Audit Dalam FINAS Buku PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH Masa Bagi Penjawat FINAS Kemas kini pada 15 Januari 2016 Unit Audit Dalam FINAS KANDUNGAN BIL.

membuat cuti gantian atas kelulusan Ketua Pengarah. 10.2 Tuntutan cuti gantian satu (1) hari persamaan sembilan (9) jam kerja lebih masa. 11. PENUTUP D engan penjelasan tersebut, diharapkan penjawat FINAS dapat melaksanakan tanggungjawabnya dengan lebih jujur dan berintegriti ketika membuat tuntutan elaun.

Tags:

  Cuti, Gantian, Gantian cuti

Information

Domain:

Source:

Link to this page:

Please notify us if you found a problem with this document:

Other abuse

Transcription of BUKU PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA BAGI …

1 PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL KOMPLEKS STUDIO MERDEKA, JALAN HULU KELANG, : 03 BUKU PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA BAGI PENJAWAT FINAS Unit Audit Dalam FINAS(Dikemas kini pada 15 Januari 2016) PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA KOMPLEKS STUDIO MERDEKA, JALAN HULU KELANG, 68000 AMPANG, SELANGOR DARUL : 03-41041300 NO. FAKS : 03-41075216 LAMAN WEB: BUKU PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA BAGI PENJAWAT FINASD isediakan Oleh: Unit Audit Dalam FINAS (Dikemas kini pada 15 Januari 2016) PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL 68000 AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN BUKU PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA BAGI PENJAWAT FINAS Buku PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH Masa Bagi Penjawat FINAS Kemas kini pada 15 Januari 2016 Unit Audit Dalam FINAS Buku PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH Masa Bagi Penjawat FINAS Kemas kini pada 15 Januari 2016 Unit Audit Dalam FINAS KANDUNGAN BIL.

2 PERKARA MUKA SURAT KANDUNGAN i 1. PENDAHULUAN 1 2. LATAR BELAKANG 1 3. KEADAAN YANG MEMBOLEHKAN KERJA LEBIH MASA 1 4. KELAYAKAN ELAUN LEBIH MASA 2 5. KADAR ELAUN LEBIH MASA 3 6. PENOLAKAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA 5 7. CARA MENGEMUKAKAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA 6 8. TEMPOH MENGEMUKAKAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA 7 9. KELAYAKAN ELAUN LEBIH MASA BAGI PEMANDU 7 10. cuti gantian 8 11. PENUTUP 8 RUJUKAN 9 iiii Buku PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH Masa Bagi Penjawat FINAS Kemas kini pada 15 Januari 2016 Unit Audit Dalam FINAS 1. PENDAHULUAN BBBBuku PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH Masa Bagi Penjawat FINAS ini adalah merupakan PANDUAN asas dan memaklumkan peraturan yang berkaitan dengan TUNTUTAN ELAUN LEBIH masa untuk penjawat FINAS yang layak. 2. LATAR BELAKANG Peraturan-peraturan TUNTUTAN ELAUN LEBIH masa sekarang berasaskan Perintah Am Bab G 1974 (Waktu Bekerja dan LEBIH Masa).

3 Kerja LEBIH masa adalah bermaksud kerja-kerja yang dijalankan di luar waktu bekerja biasa yang ditetapkan kepada seseorang penjawat. Kerja LEBIH masa hendaklah bagi kerja-kerja bersifat rasmi sahaja, iaitu menjalankan tugas-tugas jawatannya dan Perbadanan, tetapi bukan untuk menjalankan tugas-tugas bersifat peribadi atau personel. Penjawat bererti penjawat FINAS yang dilantik ke jawatan tetap / sambilan / kontrak. Semua anggota dalam kumpulan sokongan layak dibayar ELAUN LEBIH masa. 3. KEADAAN YANG MEMBOLEHKAN KERJA LEBIH MASA Ketua Jabatan dikehendaki menentukan supaya sesuatu TUNTUTAN bayaran LEBIH masa itu hendaklah bagi kerja-kerja yang sangat mustahak dan tidak boleh dibuat secara sewenang-wenangnya sahaja. Corak kerja LEBIH masa juga adalah meliputi semua jenis tugas seperti perkhidmatan kaunter, pemprosesan, penyeliaan dan pengawasan dengan tertakluk kepada syarat-syarat kerja seperti berikut: i.

4 Kerja-kerja kecemasan ii. Kerja mustahak dan tidak boleh ditangguhkan pada hari berikutnya sebab penangguhan itu boleh memudaratkan perkhidmatan. 1111 Buku PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH Masa Bagi Penjawat FINAS Kemas kini pada 15 Januari 2016 Unit Audit Dalam FINAS iii. Kerja-kerja yang dikehendaki dibuat oleh anggota melebihi daripada tugas biasanya; dan iv. Kerja-kerja yang perlu diuruskan dalam jangka masa yang terhad. KELAYAKAN ELAUN LEBIH MASA Perhatian hendaklah diberikan kepada had maksima kerja LEBIH masa yang diluluskan oleh undang-undang: Tidak melebihi daripada 1/3 daripada gaji pokok penjawat. Kelonggaran untuk menuntut LEBIH daripada 1/3 daripada gaji pokok jika memenuhi syarat-syarat berikut: (a) Semua penjawat yang terlibat dalam sesuatu urusan di tempat yang sama telah menjalankan LEBIH masa yang melibatkan perlangkauan had 1/3 daripada gaji bersih bulanan.

5 (b) Penjawat yang tidak mahu membuat kerja-kerja LEBIH masa telah membuat pengakuan sebegitu dengan surat. (c) Sesuatu keadaan yang difikirkan sangat-sangat munasabah tetapi terkeluar daripada PANDUAN di (a) dan (b). (d) TUNTUTAN hendaklah diperakukan oleh pegawai Tingkatan Tertinggi dalam Kumpulan A (Gred 48). Penjawat FINAS yang layak menuntut bayaran LEBIH masa dan diarah menjalankan kerja-kerja LEBIH masa di luar kawasan ibu pejabat adalah layak menuntut bayaran LEBIH masa dan juga ELAUN - ELAUN tugas rasmi (seperti ELAUN makan, harian, sewa hotel, ELAUN perjalanan kenderaan dan sebagainya) tertakluk kepada peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan dalam Pekeliling Perbendaharaan WP dan WP 2222 Buku PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH Masa Bagi Penjawat FINAS Kemas kini pada 15 Januari 2016 Unit Audit Dalam FINAS Penjawat FINAS yang layak menuntut bayaran LEBIH masa ialah seperti berikut: Urus setia yang mengendalikan kursus/ seminar / bengkel / mesyuarat.

6 Pegawai yang bercuti rehat tetapi cuti rehat dibatalkan dan diarahkan bertugas LEBIH masa oleh Ketua Jabatan. 5. KADAR ELAUN LEBIH MASA Terdapat dua tempoh kerja LEBIH masa iaitu kerja siang dan kerja malam mengikut taksiran seperti berikut: i. Kerja Siang bermakna sebarang giliran bertugas tambahan yang dikerjakan di antara jam 6 pagi hingga 10 malam. ii. Kerja Malam bermakna sebarang giliran bertugas tambahan yang dikerjakan di antara jam 10 malam hingga 6 pagi. Kadar sejam TUNTUTAN ELAUN LEBIH masa bagi seseorang penjawat adalah diperolehi seperti berikut: Formula kiraan bayaran ELAUN LEBIH masa adalah seperti berikut: i. Penjawat bergaji tetap bulanan Gaji Pokok x 12 x k x Bilangan Jam 313 x 8 3333 Buku PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH Masa Bagi Penjawat FINAS Kemas kini pada 15 Januari 2016 Unit Audit Dalam FINAS ii.

7 Penjawat bergaji hari / sambilan Gaji Pokok x 12 x 23 x k x Bilangan Jam 313 x 8 Di mana k bergantung pada faktor-faktor seperti di jadual berikut JADUAL 1: KADAR GANDAAN K PERIHAL PENJAWAT TETAP PENJAWAT SAMBILAN KADAR GANDAAN k Hari Biasa Siang ( mlm) Siang ( ) 1 1/8 ( ) Malam ( ) Malam ( ) 1 ( ) Hari cuti Rehat (Sabtu & Ahad) Siang ( mlm) Siang ( ) 1 ( ) Malam ( ) Malam ( ) 1 ( ) Hari Kelepasan Am Siang ( mlm) Siang ( ) 1 ( ) Malam ( ) Malam ( ) 2 ( ) Nota Tambahan: Bagi pekerja Contract For Service, gaji pokok perlu dirujuk kepada Unit PSM atau Bahagian Kewangan terlebih dahulu. TUNTUTAN kadar ELAUN LEBIH masa pada hari cuti atau kelepasan am adalah seperti berikut: Bagi penjawat yang diarah bertugas di luar kawasan ibu pejabat pada hari cuti rehat, TUNTUTAN bayaran LEBIH masa hendaklah mengikut mana terletaknya ibu pejabat pegawai berkenaan.

8 Contohnya jika pegawai berkenaan beribu pejabat di FINAS UK (di mana hari Ahad adalah hari rehat minggunya), dan diarahkan bekerja pada hari Ahad semasa menjalankan tugas di Johor (di mana hari Jumaat adalah hari rehat mingguan), maka penjawat 4444 Buku PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH Masa Bagi Penjawat FINAS Kemas kini pada 15 Januari 2016 Unit Audit Dalam FINAS adalah layak menuntut bayaran LEBIH masa pada hari Ahad itu atas kadar hari rehat mingguan. Penjawat FINAS yang bertugas secara giliran layak menuntut bayaran LEBIH masa atas kadar hari kelepasan am berdasarkan pada hari giliran bertugas. Sekiranya cuti hari kelepasan am jatuh pada hari minggu (Ahad) maka hari kelepasan am tersebut hendaklah ditunda kepada hari keesokannya. 6.

9 PENOLAKAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA TUNTUTAN ELAUN LEBIH masa lapan (8) jam dan ke atas dalam sehari akan ditolak sejam sebagai waktu rehat, solat dan makan keran waktu ini tidak termasuk dalam TUNTUTAN ELAUN LEBIH masa. Bagi penjawat FINAS yang sedang menanggung kerja, TUNTUTAN kerja LEBIH masa hanya boleh dibayar selepas 2 jam 15 minit dari waktu kerja hakiki. TUNTUTAN yang kurang dari 1 jam sehari adalah tidak boleh dituntut. Tempoh TUNTUTAN ELAUN LEBIH masa hendaklah genap iaitu 15 minit, 30 minit dan 45 minit (Contoh 4 jam 47 minit = 4 jam 45 minit) Waktu-waktu yang tidak diambil kira untuk TUNTUTAN ELAUN LEBIH masa ialah seperti berikut: i. Dari jam petang hingga petang (Isnin Khamis). ii. Dari jam tengah hari hingga petang (Jumaat). 5555 Buku PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH Masa Bagi Penjawat FINAS Kemas kini pada 15 Januari 2016 Unit Audit Dalam FINAS 7.

10 CARA MENGEMUKAKAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA Dokumen berikut adalah wajib disertakan bagi melancarkan proses semakan dan pembayaran: i. Salinan kad perakam waktu / thumb print yang telah disahkan. ii. Borang TUNTUTAN ELAUN LEBIH masa. iii. Surat arahan kerja LEBIH masa. iv. Jadual kerja (penjawat bekerja secara giliran). v. Pengesahan daripada pegawai kumpulan A bagi TUNTUTAN kerja LEBIH masa melebihi 1/3 gaji pokok. vi. Salinan buku log kenderaan, buku penghantar surat (pemandu / PAP). vii. Lain-lain dokumen yang berkaitan. Semua salinan dokumen perlu disahkan dan salinan kad perakam waktu yang tidak jelas, ditulis tangan, bertindih atau tiada rekod masuk / keluar sama sekali perlu disertakan surat penjelasan yang disahkan Ketua Bahagian / Ketua Unit.


Related search queries