Example: dental hygienist

Daftar & Menang @MyASNB 2018 (“Kempen”)

Daftar & Menang @MyASNB 2018 ( Kempen ) Terma dan Syarat Kelayakan 1. Kempen in dianjurkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (No. Syarikat 47457-V) ( ASNB ). 2. Kempen ini akan bermula pada 19 April 2018 sehingga 31 Ogos 2018 ( Tempoh Kempen ). ASNB berhak untuk mengubah, menangguhkan, menjadualkan semula atau melanjutkan Tempoh Kempen atas budi bicara mutlaknya. 3. Kempen ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia kecuali semua kakitangan Kumpulan Permodalan Nasional Berhad ( PNB ) iaitu kakitangan Permodalan Nasional Berhad, ASNB, Pelaburan Hartanah Nasional Berhad, PNB Merdeka Ventures Sdn. Berhad dan PNB Management Services Sdn. Berhad.

1. Sehingga sebanyak seratus enam puluh (160) hadiah boleh dimenangi bagi Kempen ini.

Information

Domain:

Source:

Link to this page:

Please notify us if you found a problem with this document:

Other abuse

Transcription of Daftar & Menang @MyASNB 2018 (“Kempen”)

1 Daftar & Menang @MyASNB 2018 ( Kempen ) Terma dan Syarat Kelayakan 1. Kempen in dianjurkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (No. Syarikat 47457-V) ( ASNB ). 2. Kempen ini akan bermula pada 19 April 2018 sehingga 31 Ogos 2018 ( Tempoh Kempen ). ASNB berhak untuk mengubah, menangguhkan, menjadualkan semula atau melanjutkan Tempoh Kempen atas budi bicara mutlaknya. 3. Kempen ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia kecuali semua kakitangan Kumpulan Permodalan Nasional Berhad ( PNB ) iaitu kakitangan Permodalan Nasional Berhad, ASNB, Pelaburan Hartanah Nasional Berhad, PNB Merdeka Ventures Sdn. Berhad dan PNB Management Services Sdn. Berhad.

2 4. Untuk layak menyertai Kempen ini, peserta mesti memenuhi syarat-syarat berikut: (i) Peserta mestilah seorang pemegang unit ASNB; (ii) Peserta mestilah mendaftar di portal MyASNB; dan (iii) Pendaftaran mesti dibuat dalam Tempoh Kempen. 5. Pendaftaran yang dibuat diantara 19 April hingga 30 April 2018 akan digabungkan bersama pendaftaran pada bulan Mei 2018 bagi tujuan pemilihan pemenang. Tiada pemenang akan dipilih bagi bulan April 2018. Hadiah 1. Sehingga sebanyak seratus enam puluh (160) hadiah boleh dimenangi bagi Kempen ini. 2. Hadiah: i. Iphone X (64GB) Sehingga empat puluh (40 ) unit Iphone X (64GB) akan diberikan, di mana sehingga sepuluh (10 ) pemenang akan dipilih secara bulanan dalam tempoh masa empat (4) bulan.

3 Ii. Ipad New (128GB) Sehingga empat puluh (40) unit Ipad New (128GB) akan diberikan, di mana sehingga sepuluh (10 ) pemenang akan dipilih secara bulanan dalam tempoh masa empat (4) bulan. iii. Samsung S9 (64GB) Sehingga empat puluh (40 ) unit Samsung S9 (64GB) akan diberikan, di mana sehingga sepuluh (10 ) pemenang akan dipilih secara bulanan dalam tempoh masa empat (4) bulan. iv. Samsung Tab S3 (32GB) Sehingga empat puluh (40 ) unit Samsung Tab S3 (32GB) akan diberikan, di mana sehingga sepuluh (10 ) pemenang akan dipilih secara bulanan dalam tempoh masa empat (4) bulan. 3. Setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) unit hadiah sepanjang Tempoh Kempen.

4 4. Pemenang akan dipilih secara bulanan sepanjang Tempoh Kempen. 5. Pemenang akan dipilih secara rawak melalui sistem yang diuruskan oleh pihak ASNB. 6. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai. ASNB berhak untuk mengganti dengan hadiah lain yang sama nilainya pada bila-bila masa atas budi bicara mutlaknya. 7. Pemenang-pemenang akan dimaklumkan serta dihubungi melalui telefon/telefon bimbit atau mana -mana kaedah komunikasi yang sesuai yang dipilih oleh ASNB. Sekiranya pemenang gagal dihubungi oleh ASNB selepas tiga (3) kali percubaan, kemenangan peserta tersebut akan dibatalkan dan peserta tidak layak untuk menerima hadiah. 8. Hadiah akan dihantar menggunakan perkhidmatan pos/penghantaran, tiga (3 ) bulan selepas setiap bulan Kempen berlalu.

5 Lain-lain Terma dan Syarat 1. Dengan menyertai Kempen ini, peserta telah bersetuju dengan Terma dan Syarat Kempen ini. Keputusan ASNB, sebagai penganjur, adalah muktamad dan sebarang rayuan dan/atau pertikaian tidak akan dilayan. 2. Peserta juga bersetuju bahawa melalui penyertaan mereka di dalam Kempen ini, peserta membenarkan ASNB dan ASNB berhak untuk menggunakan nama, butiran peribadi dan gambar pemenang untuk tujuan pengiklanan dan publisiti, menurut peruntukan perundangan berkaitan, tanpa membayar sebarang kos atau pampasan. 3. Semua pemenang Kempen ini bertanggungjawab ke atas segala cukai, kadar, fi atau sebarang bayaran yang mungkin dikenakan ke atas mereka menurut undang-undang berkaitan dengan hadiah-hadiah dan Kempen ini.

6 4. ASNB tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau kerugian, samada secara langsung atau tidak langsung, yang berlaku berkaitan dengan Kempen ini. ASNB juga tidak boleh dipertanggungjawabkan jika berlaku sebarang kejadian bencana semula jadi, peperangan, rusuhan, mogok, sekatan, tindakan perindustrian, kebakaran, banjir, kemarau, ribut, kegagalan teknikal atau sistem atau sebarang kejadian yang di luar kawalan ASNB. 5. ASNB berhak untuk meminda, memendekkan, membatal, menggantung atau menamatkan Kempen ini secara keseluruhan atau sebahagian atau untuk mengubah, memadam atau menambah mana-mana Terma dan Syarat pada bila-bila masa dengan memberi notis empat belas (14) hari terlebih dahulu melalui atau media sosial ASNB.

7 6. ASNB tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan atas sebarang kerugian yang ditanggung oleh peserta yang berpunca secara langsung atau tidak langsung daripada penyertaan peserta dalam Kempen ini. 7. Terma dan Syarat Kempen ini akan mengatasi mana-mana peruntukan atau kenyataan berkaitan Kempen ini yang terkandung dalam mana-mana bahan-bahan promosi samada bercetak atau elektronik. 8. Terma dan Syarat Kempen ini tertakluk pada undang-undang Malaysia. 9. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan atau konflik di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu bagi Terma dan Syarat Kempen ini, versi Bahasa Inggeris akan terpakai.


Related search queries