Example: biology

Impak Pembangunan Infrastruktur ke atas Pembangunan ...

JGD Journal of Governance and Development 16 , 2011 (16 - 36) Impak Pembangunan Infrastruktur ke atas Pembangunan Komuniti Penduduk di Daerah Pendang dan Kubang Pasu, Kedah Darul Aman, malaysia Noraniza Binti Yusoff* Azlizan Talib Yusuf Pon Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara malaysia , 06010 Sintok, Kedah *Corresponding author; email: ABSTRAK Pembangunan Infrastruktur di sesuatu kawasan bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk termasuk peningkatan dalam pendapatan, peningkatan dalam taraf pekerjaan dan pendidikan.

meningkatnya persaingan dan integrasi jaringan pengeluaran dan pemasaran global. Sehubungan ini, syarikat Malaysia juga perlu sentiasa proaktif dan mencari peluang pelaburan baru di dalam dan di luar negara. Tumpuan perlu diberikan kepada pembangunan soft infrastructure termasuk meningkatkan kualiti modal insan, keupayaan R&D serta sistem ...

Tags:

  Malaysia, Infrastruktur, Integrasi

Information

Domain:

Source:

Link to this page:

Please notify us if you found a problem with this document:

Other abuse

Transcription of Impak Pembangunan Infrastruktur ke atas Pembangunan ...

1 JGD Journal of Governance and Development 16 , 2011 (16 - 36) Impak Pembangunan Infrastruktur ke atas Pembangunan Komuniti Penduduk di Daerah Pendang dan Kubang Pasu, Kedah Darul Aman, malaysia Noraniza Binti Yusoff* Azlizan Talib Yusuf Pon Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara malaysia , 06010 Sintok, Kedah *Corresponding author; email: ABSTRAK Pembangunan Infrastruktur di sesuatu kawasan bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk termasuk peningkatan dalam pendapatan, peningkatan dalam taraf pekerjaan dan pendidikan.

2 Justeru kajian Impak Pembangunan Infrastruktur ke atas Pembangunan komuniti penduduk di Daerah Pendang dan Kubang Pasu memfokuskan kepada beberapa objektif antaranya ialah pertama mengkaji Impak Pembangunan Infrastruktur ke atas Pembangunan komuniti penduduk di Daerah Kubang Pasu dan Pendang dan mengenal pasti pertalian antara penerima kesan dengan aspek demografi. Kajian adalah berbentuk kuantitatif yang dilakukan ke atas 366 orang responden di empat buah Kampung di Daerah Kubang Pasu dan empat buah Kampung di Daerah Pendang menggunakan borang kaji selidik.

3 Hasil kajian menunjukkan bahawa taraf hidup responden kedua-dua daerah masih rendah dari segi pendapatan, pekerjaan dan taraf pendidikan. Hasil kajian turut menunjukkan bahawa golongan berpendidikan rendah dan bekerja sendiri kurang menggunakan beberapa kemudahan yang telah disediakan khususnya kemudahan komunikasi. Berdasarkan teori Frishchmann, Infrastruktur kurang memberi kesan ke atas daya keluaran dan komuniti kurang kebolehan untuk berkongsi kemudahan Infrastruktur . Keadaan ekonomi dan sosial yang rendah juga boleh dikaitkan dengan luaran yang positif iaitu apabila seorang individu atau firma yang membuat keputusan tidak menerima manfaat penuh daripada keputusan dalam Pembangunan Infrastruktur .

4 Secara keseluruhan berdasarkan kepada penyataan 5 dan 6 teori Pembangunan yang dipengaruhi Infrastruktur mencadangkan peralihan besar dalam perbelanjaan kerajaan ke arah Infrastruktur yang akan menjana kesan wajar melalui kewujudan tahap kecekapan pelaburan awam yang cukup tinggi. Jika tahap kecekapan tentang pelaburan rendah maka kesan langsung tentang Infrastruktur awam ke atas keluaran agak terhad. Katakunci: Pembangunan Infrastruktur , Pembangunan komuniti, taraf hidup, Impak Infrastructure Development Impact on Inhabitant Community Development at Kubang Pasu and Pendang District, Kedah Darul Aman, malaysia ABSTRACT Infrastructure development in an area intended to improve the standard of living, including the increase in revenue, an increase in employment status and education.

5 Thus the infrastructure impact study on the development of communities in the District of Kubang Pasu and Pendang focusing on several objectives of which are first to JGD Journal of Governance and Development 17 , 2011 (16 - 36) examine the impact of infrastructure on the development of communities in the District of Kubang Pasu and Pendang and identify relationship between the recipient of the effects of demographic aspects. Form of quantitative research is conducted on 366 respondents in the four village in the District of Kubang Pasu and four village in the District Pendang using the survey form.

6 The results showed that respondents living standard of the area is still low in terms of income, employment and educational status. The study also showed that the less educated and self-employed less use some facilities provided, especially communication facilities. Based on Frishchmann theory, infrastructure less impact on productive and community less ability to share infrastructure. Low economic and social conditions may also be associated with positive externalities namely when an individual and firm that decided not to receive the full benefit of the result in infrastructure development.

7 As a whole based on the expression 5 and 6 of development theory that affected by infrastructure proposed major shift in government spending towards infrastructure that will generate possible effect through existence adequate high efficiency level of public investment. If efficiency level of investment is low then direct impact of public infrastructure on output quite limited. Keyword: intrastructure development, community development, standard of living, impact PENGENALAN Pembangunan komuniti bagi masyarakat luar bandar di malaysia bukan lagi sesuatu isu yang baru, bahkan ianya menjadi sebahagian daripada pengisian dasar%dasar Pembangunan negara.

8 Sebagai contohnya jika dilihat daripada Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (1971 hingga 1990) mengandungi pelbagai dasar seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Perindustrian Negara dan Dasar Pertanian Negara yang menekankan kepada Pembangunan komuniti bumiputera. Penekanan terhadap Pembangunan komuniti bumiputera tersebut merangkumi aspek ekonomi dan sosial seperti peningkatan pendapatan, pendidikan dan ekuiti ( malaysia Kita, 2004). Hubungan Pembangunan komuniti dengan penyediaan Infrastruktur boleh digambarkan melalui mewujudkan rangkaian pengangkutan, komunikasi dan meningkatkan kemudahan bekalan air, elektrik dan pembentungan bagi memberi tumpuan kepada pelaburan dan industri untuk meningkatkan pendapatan dan ekuiti komuniti.

9 Pertubuhan Bangsa%bangsa Bersatu (PBB) memberi definisi Pembangunan komuniti iaitu Pembangunan masyarakat merupakan proses yang mana usaha manusia dalam masyarakat digabungkan dengan usaha%usaha badan kerajaan dan bukan kerajaan untuk memperbaiki taraf ekonomi, sosial dan kebudayaan masyarakat supaya kemajuan ini nanti akan mewujudkan Pembangunan negara keseluruhannya . Di bawah Agenda 21 Tempatan (Local Agenda 21), komuniti terdiri daripada orang awam, pengguna, Badan Bukan Kerajaan (Non Governmental Oganization atau NGO), CEO, Jabatan Penduduk (Resident Associations) badan%badan profesional, media massa dan lain%lain institusi ( ).

10 Komuniti menurut South Gloucestershire Council (2003), adalah lokaliti (kedudukan sesuatu kawasan) seperti kejiranan yang mana berkongsi identiti budaya serta meliputi sekumpulan manusia yang berkongsi pengalaman komuniti yang biasa serta berkongsi minat. Lerner (1999), mendefinisikan komuniti sebagai satu kumpulan manusia yang mempunyai sesuatu yang sama berdasarkan tempat, minat dan identiti. Berdasarkan tempat, komuniti adalah satu kumpulan manusia yang tinggal di suatu tempat yang sama, sama ada besar atau kecil dan dengan bilangan penduduk berjuta orang atau hanya sedikit orang.