Example: barber

Institusi Raja-Raja Melayu: Peranannya dalam Memelihara ...

Nazri Muslim121 International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman) 2(2), 2014: 121 - 127 Institusi Raja-Raja Melayu: Peranannya dalam Memelihara Kedudukan Islam dari Sudut PerlembagaanNAZRI MUSLIMABSTRAKP emerintahan beraja telah sedia wujud dalam sistem sosial di negeri-negeri Melayu sejak berabad-abad sistem beraja ini, raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran negerikhususnya sebelum penjajahan Inggeris. Apabila persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun1957, Institusi pemerintahan beraja itu diteruskan dengan beberapa pindaan supaya disesuaikan dengan konsepdemokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.

Malayan Union, Penasihat Undang-Undang, Setiausaha Kewangan dan dipengerusikan oleh Gabenor Malayan Union (Tunku Abdul Rahman 1984). Meskipun Malayan Union telah dibubarkan, idea ini tidak dibuang tetapi diteruskan oleh Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dengan penubuhan Majlis Raja-raja di bawah Perlembagaan itu. Majlis

Tags:

  Union, Hole, 1948, Persekutuan, Malayan, Malayan union

Information

Domain:

Source:

Link to this page:

Please notify us if you found a problem with this document:

Other abuse

Transcription of Institusi Raja-Raja Melayu: Peranannya dalam Memelihara ...

1 Nazri Muslim121 International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman) 2(2), 2014: 121 - 127 Institusi Raja-Raja Melayu: Peranannya dalam Memelihara Kedudukan Islam dari Sudut PerlembagaanNAZRI MUSLIMABSTRAKP emerintahan beraja telah sedia wujud dalam sistem sosial di negeri-negeri Melayu sejak berabad-abad sistem beraja ini, raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran negerikhususnya sebelum penjajahan Inggeris. Apabila persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun1957, Institusi pemerintahan beraja itu diteruskan dengan beberapa pindaan supaya disesuaikan dengan konsepdemokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.

2 Institusi beraja juga dikaitkan dengan persoalan agama kerana,mereka adalah ketua agama di negeri masing-masing dan bertanggungjawab menjaga agama Islam serta sebarangpindaan yang ingin dibuat terhadap agama Islam perlu mendapat perkenan Raja-Raja dahulu. Rasional perananMajlis Raja-Raja dalam soal ini ialah perlembagaan hanya menekankan persoalan pentadbiran negara. Maka, dalam hal persoalan agama dibiarkan untuk dikendalikan oleh Institusi beraja. Makalah ini akan melihat perananinstitusi beraja dalam menjaga kedudukan Islam berdasarkan Perlembagaan persekutuan kunci: Institusi Raja-Raja Melayu, Islam, Perlembagaan persekutuan Malaysia, etnikABSTRACTM onarchy was inherent in the social system of the Malay states since a number of centuries.

3 According to themonarchy, the king has absolute power in every government and state administration, especially before Britishcolonisation. When the Federation of Malaya gained independence in 1957, the institution of the monarchy iscontinued with some changes to suit the concept of parliamentary democracy and constitutional monarchy. Institutionof monarchy is also linked to the question of religion because they are religious leaders in their respective states andis responsible for keeping the religion of Islam as well as any amendments to be made against the religion of Islammust first gain the consent of the kings.

4 The rationale for the role of the Conference of Rulers on this matter is that theconstitution only emphasises on the nation s administration. Thus, the institution of monarchy is left to attend tomatters related to religion. This article will examine the role of the institution of monarchy in charge of Islam inaccordance with the Federal Constitution of words: Institution of Malay Rulers, Islam, the Constitution of the Federation of Malaysia, ethnicPENGENALANP emerintahan beraja memang telah sedia wujuddalam sistem sosial di negeri-negeri Melayu sejakberabad-abad lamanya. Menurut sistem beraja ini,raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiappemerintahan dan pentadbiran negeri dengan dibantuoleh pembesar-pembesar yang dilantik khususnyasebelum penjajahan Inggeris.

5 Sebelum Perang DuniaKedua, walaupun berada dalam penjajahan British,sultan-sultan merupakan pemerintah yang berdaulatdan memiliki kuasa penuh di dalam negeri masing-masing. Namun pada masa yang sama, dalambeberapa perjanjian dengan British, sultan perlu untukmenerima nasihat daripada pegawai British yangdilantik sebagai Residen atau Penasihat Britishkecuali yang menyentuh tentang agama Islam(Abdul Monir Yaacob 1996). Keadaan demikianberlanjutan sehinggalah apabila diperkenalkanMalayan union pada tahun 1946 di mana Sultanhanya berkuasa dalam adat istiadat Melayu danagama Islam sahaja dan kuasa pentadbiran negeridipegang oleh Gabenor.

6 Akibat dari penentangan olehorang Melayu, Perlembagaan malayan Uniondibubarkan dan digantikan dengan PersekutuanTanah Melayu pada tahun 1948 . Menerusiperlembagaan baru ini, hak-hak sultan telahdikembalikan semula kepada mereka. Mereka diberihak untuk mengambil tahu hal-hal berkenaan denganpembuatan undang-undang. Kedudukan InstitusiBeraja ini kemudian diperkukuhkan lagi dalamPerlembagaan persekutuan 1957 menerusi konsepRaja Berperlembagaan. Institusi Beraja ini termasukdalam apa yang dinyatakan oleh Mohd Salleh Abas(1985) sebagai unsur-unsur tradisi dalamperlembagaan dan merupakan sebahagian daripada122 Nazri Muslimkontrak sosial dalam kalangan rakyat unsur tradisi ini merangkumi agama Islam,kedudukan istimewa orang Melayu, bahasa Melayudan Institusi beraja.

7 Faridah (2007) menganggapunsur tradisi ini sering kali menjadi polemik dalammasyarakat Malaysia yang bersifat pelbagai etnikdan mengalami pasang surut dalam situasi tertentuseperti pilihan raya. Perbahasan dalam kalanganrakyat terhadap Institusi beraja seperti campurtangan dalam politik, bidang kuasa menurutperlembagaan, konsep raja berperlembagaan danketua agama Islam telah menimbulkan suasana yangkurang selesa dalam kalangan rakyat (Ibrahim Ismail2003).PERNYATAAN MASALAHW alaupun pelbagai langkah telah diambil sepertipendedahan mengenai perlembagaan dalam subjeksejarah di peringkat sekolah dan kursus PengajianMalaysia atau Kenegaraan Malaysia di peringkatInstitusi Pengajian Tinggi, namun unsur-unsur tradisiini terus menjadi polemik dalam masyarakat yangmemperlihatkan langkah tersebut masih belummampu menjelaskan perkara ini.

8 Sistem pendidikandan media massa tidak digunakan untuk mempromosipersefahaman yang lebih baik antara etnik (SyedHusin Ali 2008). Adakah situasi ini berpunca keranaia tidak diterangkan dengan baik melalui sistempendidikan, media massa mahupun institusimasyarakat?Polemik isu-isu ini menunjukkan tahappengetahuan dan kefahaman rakyat Malaysia masihlagi rendah dan kurang dihayati, tidak seperti manaberlaku semasa persetujuan mengenai kontrak sosialdalam merangka Perlembagaan persekutuan TanahMelayu (Awang Sariyan 2008). Kesedaran dankefahaman yang rendah terhadap unsur-unsur tradisiini selaras dengan pendapat Tun Dr.

9 MahathirMohamed yang mahukan kefahaman tentangkontrak sosial antara kaum yang telah wujud dinegara ini sejak sebelum mencapai kemerdekaanperlu ditingkatkan. Menurut beliau, tindakan tersebutadalah perlu bagi mengelakkan perselisihan antarakaum terutama apabila timbul isu-isu perkauman yangdibesar-besarkan (Anon. 2001).Kenyataan ini disokong oleh Tun AbdullahAhmad Badawi yang menegaskan bahawakegagalan melaksanakan kontrak sosial di kalanganrakyat merupakan punca kepada konflik di beberapanegara dunia (Firdaus Abdullah 2006). Pendapatyang sama juga diluahkan oleh Raja Dr. Nazrin Shahmengenai kebimbangan terhadap kecenderunganrakyat negara ini yang semakin hilang sifat tolakansur menyebabkan wujud pemisahan masyarakatmengikut etnik dan agama di mana terdapatkumpulan masyarakat yang tidak senang hatiterhadap layanan istimewa manakala kumpulan lainmelihat layanan istimewa itu hak yang tidak bolehdipersoalkan (Anon.)

10 2007). Beliau turutmencadangkan golongan muda perlu memahamiPerlembagaan persekutuan yang menjamin haksetiap rakyat Malaysia, sekali gus menyumbang kearah meneruskan kejayaan dalam pembinaan negaradan menjaga hubungan antara selari dengan titah ucapan Yang di PertuanAgong semasa merasmikan Mesyuarat PertamaPenggal Kedua Parlimen Ke-12 di Dewan Rakyatyang menjelaskan sejarah kemerdekaan danPerlembagaan persekutuan perlu dijelaskan kepadagolongan muda supaya mereka lebih memahami asaspembentukan negara (Anon. 2008). Adakahpermasalahan ini memperlihatkan tahappengetahuan dan kefahaman serta penghayatangenerasi muda semakin berkurangan terhadapkontrak sosial yang telah dipersetujui bersamasemasa menggubal perlembagaan dahulu?