Example: bachelor of science

Isu-Isu Masalah Disiplin Pelajar - Faculty of Education

Isu-Isu Masalah Disiplin Pelajar : Pendekatan Dan Penyelesaian Chin Pek Lian Low Li Chueen Vivian Low Yen Yeong Abstrak Isu Masalah Disiplin Pelajar masih lagi hangat diperkatakan di kalangan masyarakat hari ini. Peranan institusi kekeluargaan adalah setaraf dengan peranan institusi sekolah dalam membentuk mental dan rohani Pelajar . Kertas kerja ini membincangkan Isu-Isu Masalah Disiplin Pelajar sejak kebelakangan ini. Punca utama yang menyebabkan Masalah Disiplin ialah ibu bapa mengabaikan tanggungjawab mereka dalam memberi kasih sayang kepada anak-anak mereka. Dalam masa yang sama, ibu bapa juga tidak melaksanakan tugas mereka dalam mengurus dan mengawal tingkahlaku anak-anak mereka. Ibu bapa harus mewujudkan saluran komunikasi yang sihat dengan anak-anak.

Muka surat 1/11 Isu-Isu Masalah Disiplin Pelajar : Pendekatan Dan Penyelesaian Chin Pek Lian Low Li Chueen Vivian Low Yen Yeong Abstrak Isu masalah disiplin pelajar masih lagi hangat diperkatakan di kalangan masyarakat hari ini.

Tags:

  Disiplin

Information

Domain:

Source:

Link to this page:

Please notify us if you found a problem with this document:

Other abuse

Transcription of Isu-Isu Masalah Disiplin Pelajar - Faculty of Education

1 Isu-Isu Masalah Disiplin Pelajar : Pendekatan Dan Penyelesaian Chin Pek Lian Low Li Chueen Vivian Low Yen Yeong Abstrak Isu Masalah Disiplin Pelajar masih lagi hangat diperkatakan di kalangan masyarakat hari ini. Peranan institusi kekeluargaan adalah setaraf dengan peranan institusi sekolah dalam membentuk mental dan rohani Pelajar . Kertas kerja ini membincangkan Isu-Isu Masalah Disiplin Pelajar sejak kebelakangan ini. Punca utama yang menyebabkan Masalah Disiplin ialah ibu bapa mengabaikan tanggungjawab mereka dalam memberi kasih sayang kepada anak-anak mereka. Dalam masa yang sama, ibu bapa juga tidak melaksanakan tugas mereka dalam mengurus dan mengawal tingkahlaku anak-anak mereka. Ibu bapa harus mewujudkan saluran komunikasi yang sihat dengan anak-anak.

2 Selain ibu bapa, pihak sekolah dan guru mempunyai peranan dan tanggungjawab tertentu yang saling bergantung antara satu sama lain. Pendekatan dan penyelesaian bagi Masalah Disiplin Pelajar juga dibincangkan dalam kertas kerja ini. ABSTRACT. The issue of disiplinary problems are something everyone talks about. Family institution is as important as the school institution. This paper discusses the issues on discipline problem we face nowadays. The main causes of disiplinary problem is parents neglect their responsibilities. Parents have the important role of providing love to their children while at the same time manage and control the behaviour of their children. It is also important for parents to develop healthy communication with their children.

3 Apart from parents, the schools and teachers have their specific and interdependent roles and responsibility in handling the discipline problem. This paper also discusses the solutions for handling discipline problems. PENGENALAN. Kementerian Pelajaran mendedahkan bahawa kira-kira 76,300 atau peratus daripada tujuh juta Pelajar di negara ini terbabit dalam pelbagai Masalah Disiplin (Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, 2005). Kita dapat melihat setiap sekolah yang ada di rantau Asia ini mahupun di pelusuk dunia ini 80 peratus daripada Masalah - Masalah yang dihadapi oleh setiap sekolah ialah Masalah Disiplin iaitu gejala salah laku Pelajar yang serius. Kemerosotan Disiplin Pelajar terutamanya Pelajar sekolah menengah perlu dipandang serius oleh semua pihak agar ia tidak berlanjutan.

4 Malah sikap terbuka sesetengah sekolah yang mendedahkan kes salah laku Pelajar mereka, perlu dipuji dan dicontohi. Jika disorok sampai bilapun Masalah ini tidak dapat diselesaikan. (Sharifah Rinah , 2005). Muka surat 1/11. Salah laku yang ditunjukkan oleh Pelajar banyak ragam, seperti datang lambat ke sekolah, ponteng kelas, mencalarkan kereta guru, tidak memakai lencana sekolah dan tidak menghormati guru. Semuanya melibatkan Masalah Disiplin yang kecil dan masih boleh diperbaiki dan boleh dikatakan Pelajar ini Pelajar nakal. Tetapi lain pula halnya dengan memukul guru, mengugut bunuh, merokok, menghisap dadah atau ganja, merompak dan banyak lagi yang belum didedahkan. Ini bukan lagi perbuatan nakal, ini namanya samseng atau gangster.

5 Bukan seorang dua yang membuat kerja ini tetapi semestinya berkumpulan. Kumpulan inilah yang dikatakan kumpulan samseng. Dari samseng kecil-kecilan akhirnya menjadi kongsi gelap. Masalah Disiplin di sekolah kini adalah pada tahap yang sangat membimbangkan. Isu-Isu Masalah Disiplin . Dewasa ini, Masalah Disiplin semakin hari semasa berleluasa. Pada tahun 1977, banyak kes yang keluar di akhbar mengenai kesalahan yang dilakukan oleh Pelajar - Pelajar sekolah seperti Ugut Guru di luar Sekolah 565 orang Pelajar Kongsi Gelap, Pelajar Sepak Guru, Pelajar Ketua Gangster, Curi, Samseng sekolah ditahap serius, 1,719 Pelajar melakukan Jenayah ditahan, dan banyak lagi kes yang dilakukan oleh Pelajar , bukan saja pada tahun 1977, tapi hinggalah pada tahun 2005 ini.

6 Berdasarkan Berita Harian pada 12 Julai 2001 yang lalu telah melaporkan bahawa dalam tempoh 10 tahun antara 1989. hingga 1998 kadar jenayah membabitkan remaja lelaki dan Pelajar meningkat sebanyak 35 peratus dan 25 peratus bagi remaja perempuan. Menurut Marzita Abdullah (2004), sepanjang tahun 2002 sehingga 2004. sebanyak 5,807 Pelajar diperiksa dalam operasi ponteng sekolah (Ops Sayang) yang dijalankan oleh polis di seluruh negara. Sebanyak 4,097 orang (71 peratus) Pelajar lelaki dan 1,710 Pelajar perempuan terlibat dalam pemeriksaan sepanjang operasi berkenaan. Bagaimanapun, daripada statistik tersebut, jumlah Pelajar perempuan yang diperiksa semasa operasi itu adalah melebihi Pelajar lelaki di Pulau Pinang.

7 Di Kuala Terengganu pada 9 Ogos 2005 yang lepas, seorang remaja 17 tahun, bekas Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Negara, selepas membakar kereta Proton Wira milik guru Sainsnya, beliau bertindak lagi, kali ini cuba membakar kereta Mercedes-Benz milik bekas pengetua sekolahnya pula. Marzuki Yusoff (2005) pula membincagkan satu lagi kes di mana seorang Pelajar lelaki tingkatan empat Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor yang kehilangan buah pinggang kirinya baru-baru ini setelah dibelasah sekumpulan Pelajar di asrama sekolahnya. Penglibatan Pelajar sekolah di negara kita dalam kes merokok, dadah, lari dari rumah dan judi bukanlah perkara yang baru. Bagi kesalahan menyalahgunakan dadah yang dilakukan oleh Pelajar sekolah bagi tahun 1999 ialah sebanyak 328 kes manakala bagi tahun 2000 ialah sebanyak 448 kes.

8 Di antara jenis-jenis dadah yang dikesan di kalangan Pelajar ialah ganja, heroin, pil ectasy, menghidu gam, meminum ubat batuk dan lain-lain bahan yang mempunyai kesan-kesan dadah. Akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh melaporkan bahawa 10 orang Pelajar ditahan dalam serbuan polis yang disyaki ponteng dan menghidu gam. Masalah merokok di kalangan Pelajar pula semakin bertambah bilangannya dari sehari ke sehari. Akhbar Berita Harian bertarikh 1998 melaporkan terdapat lebih 7000 murid tahun 4 telah merokok diseluruh negeri. Terdapat beberapa sebab Pelajar merokok seperti ingin menonjolkan imej yang hebat dan kedewasaan, ingin mencuba, dan mengikut tingkah laku ibu bapa, pengaruh rakan sebaya dan iklan serta mudah diperolehi di pasaran.

9 Manakala satu lagi kesalahan yang selalu melibatkan para remaja ialah lari atau hilang dari rumah. Statistik untuk tahun-tahun kebelakangan ini menunjukkan remaja yang lari atau menghilangkan dari rumah semakin membimbangkan Masalah ini Muka surat 2/11. mungkin akan menyebabkan wujudnya Masalah yang lebih besar apabila mereka menghadapi kesulitan hidup setelah dari dari rumah seperti terlibat dalam pelacuran, pelayan di kelab malam atau disco dan sebagainya. ( ). Seks bebas dan jenayah seksual di kalangan Pelajar kini semakin menular dan membimbangkan kita terutamanya Pelajar di kawasan bandar dan kota . Apa yang menyedihkan kita ialah penglibatan mereka mula dikesan seawal usia 13 tahun ketika mereka mereka berada di tingkatan satu dan dua.

10 Seorang guru Disiplin di sebuah sekolah menengah mendedahkan bahawa beliau menemui kondom yang disimpan dalam beg oleh Pelajar wanita di sebuah sekolah di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Kondom itu ditemui ketika pemeriksaan mengejut dilakukan di sekolah tersebut Peningkatan pembabitan remaja perempuan dalam aktiviti maksiat juga adalah satu lagi petanda bahawa keruntuhan akhlak remaja di Malaysia bertambah serius. Seorang lagi guru di sebuah sekolah di Kuala Lumpur mendedahkan bahawa beliau pernah membuat tinjauan di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada waktu malam dan merasa sungguh terkejut kerana mendapati pelajarnya, lelaki dan perempuan meneguk minuman keras tanpa segan silu di khalayak ramai. Beliau juga mendedahkan terdapat seorang Pelajar wanita di sekolahnya terlibat dalam pengedaran pil ecstasy.


Related search queries