Example: marketing

KEPENTINGAN KEMAHIRAN PENGURUSAN RISIKO DALAM …

1 KEPENTINGAN KEMAHIRAN PENGURUSAN RISIKO DALAM KALANGAN PEMIMPIN PENDIDIKAN DAN IMPLIKASINYA KEPADA PEMBANGUNAN KAPASITI YANG BERKESAN Md Rahaimi Rashid@Yaacob Marzita Abu Bakar, PHD1 Wan Zaliha Othman, PHD2 Mahathir Fansuri Azizan Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia ABSTRAK PENGURUSAN RISIKO dan implikasinya terhadap kemampuan melaksanakan fungsi dan objektif organisasi telah menjadi isu utama yang diberi penekanan pada hari ini. PENGURUSAN RISIKO tidak terhad kepada penyelarasan aktiviti bagi mengurangkan berlaku kerugian semata-mata, malah melibatkan aktiviti penyelarasan bersepadu bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh mengganggu operasi organisasi termasuk aktiviti pembangunan kapasiti untuk meningkatkan professional warga organisasi.

Pandemik Covid-19 adalah merupakan wabak yang sedang melanda negara dan di seluruh dunia dan ia amat memberi kesan kepada individu, institusi keluarga, organisasi, poilitik, sosial dan ekonomi negara. Pandemik Covid-19 yang bermula di bandaraya Wuhan, China pada pertengahan Disember 2019 telah merebak ke 180

Tags:

  Snakes, Covid

Information

Domain:

Source:

Link to this page:

Please notify us if you found a problem with this document:

Other abuse

Transcription of KEPENTINGAN KEMAHIRAN PENGURUSAN RISIKO DALAM …

1 1 KEPENTINGAN KEMAHIRAN PENGURUSAN RISIKO DALAM KALANGAN PEMIMPIN PENDIDIKAN DAN IMPLIKASINYA KEPADA PEMBANGUNAN KAPASITI YANG BERKESAN Md Rahaimi Rashid@Yaacob Marzita Abu Bakar, PHD1 Wan Zaliha Othman, PHD2 Mahathir Fansuri Azizan Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia ABSTRAK PENGURUSAN RISIKO dan implikasinya terhadap kemampuan melaksanakan fungsi dan objektif organisasi telah menjadi isu utama yang diberi penekanan pada hari ini. PENGURUSAN RISIKO tidak terhad kepada penyelarasan aktiviti bagi mengurangkan berlaku kerugian semata-mata, malah melibatkan aktiviti penyelarasan bersepadu bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh mengganggu operasi organisasi termasuk aktiviti pembangunan kapasiti untuk meningkatkan professional warga organisasi.

2 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan peruntukan yang besar saban tahun bagi aktiviti pembangunan kapasiti warga KPM. Aktiviti pembangunan kapasiti ini perlu dijalankan dengan berkesan supaya pembangunan profesional warga KPM tetap dilaksanakan walaupun wujud gangguan yang ketidaktentuan luar jangka. KEMAHIRAN mengurus RISIKO akan menyelaras pelan tindakan sebagai satu kawalan dalaman melalui tindakan pencegahan dan pemulihan bagi mengatasi masalah dan kelemahan yang dihadapi. Kata kunci: PENGURUSAN RISIKO , pemimpin pendidikan, pembangunan kapasiti, ketidakpastian PENDAHULUAN Pandemik covid -19 adalah merupakan wabak yang sedang melanda negara dan di seluruh dunia dan ia amat memberi kesan kepada individu, institusi keluarga, organisasi, poilitik, sosial dan ekonomi negara.

3 Pandemik covid -19 yang bermula di bandaraya Wuhan, China pada pertengahan Disember 2019 telah merebak ke 180 buah negara seluruh dunia melibatkan lebih juta kes dengan 197,245 kematian sehingga 25 April 2020 (WHO, 2020). Semua negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian penyebaran virus berkenaan termasuk Malaysia. Kebanyakan kakitangan swasta atau kakitangan awam kecuali bidang 2 pekerjaan perlu, diarahkan melaksanakan kerja dari rumah sehingga sekatan dibuka semula. Sehingga artikel ini ditulis, PKP telah dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020. Situasi ini merupakan ketidakpastian yang tidak dijangka oleh kebanyakan individu atau organisasi dan hal ini boleh menghalang pencapaian matlamat sesebuah organisasi.

4 Bagi agensi yang terlibat dengan arahan PKP, tiga persoalan utama ingin diutarakan; Adakah sekatan ini menghalang pelaksanaan aktiviti yang telah dirancang? Jika begitu, apakah kesan terhadap pencapaian objektif agensi atau Kementerian berkaitan? dan; Bagaimana cara untuk menangani ketidakpastian ini dan kenapa perkara ini penting kepada organisasi? Individu ataupun organisasi sentiasa berhadapan dengan RISIKO sepanjang perjalanan kehidupan. RISIKO adalah sebahagian daripada kehidupan kerjaya individu dan organisasi (Azhar Susanto & Meiryani, 2018). Takrifan RISIKO pada hari ini telah berkembang luas dan bukan terhad kepada satu definisi sahaja.

5 Sejak tahun 1950-an, RISIKO yang didefinisikan DALAM skop program angkasa, nuklear dan kewangan (Eriksson, 2010) telah berkembang ke bidang pembinaan, klinikal, perubatan dan tenaga (Hopkins, 2010). Berikutan peredaran masa dan perkembangan pengetahuan, konsep RISIKO telah digunakan DALAM kebanyakan bidang pengetahuan yang seterusnya membawa kepada penerokaan dan pembangunan struktur PENGURUSAN RISIKO (Nicolae, 2011). Begitu juga DALAM bidang pendidikan, kementerian pendidikan turut mengambil inisiatif dan memainkan peranan untuk menguruskan RISIKO DALAM organisasi. Menurut Kamus Dewan, (DBP, 2002) RISIKO bermaksud kemungkinan mendapat bahaya atau kerugian.

6 Takrifan RISIKO banyak dikaitkan dengan ketidakpastian iaitu perihal yang tidak pasti. Menurut Hillson (2016) RISIKO adalah ketidakpastian yang jika berlaku akan memberi kesan terhadap pencapaian objektif. Definisi ini sehaluan dengan takrifan MS ISO 31000:2018 yang menyatakan bahawa RISIKO adalah kesan ketidakpastian terhadap kemampuan organisasi mencapai objektifnya (MS ISO 31000, 2018). Kesan RISIKO terhadap pencapaian objektif organisasi boleh jadi kesan negatif dikenali sebagai ancaman ataupun kesan positif yang dikenali sebagai peluang (Hillson, 2016). RISIKO adalah penyebab utama ketidakpastian DALAM organisasi.

7 RISIKO juga menyebabkan kebarangkalian berlakunya kerosakan, kecederaan, kerugian atau kejadian negatif akibat kelemahan dalaman atau luaran organisasi yang boleh ditangani melalui perancangan awal. DALAM konteks ini, RISIKO merujuk kepada halangan atau cabaran yang boleh mengganggu keupayaan penyampaian perkhidmatan secara berkesan terutamanya berkaitan pencapaian visi dan misi yang ditetapkan. Visi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera". Visi ini boleh dicapai jika RISIKO dapat diuruskan secara bersepadu melalui aktiviti mengenal pasti, menganalisis, menilai dan merawat RISIKO .

8 Oleh yang demikian, KPM perlu memastikan guru mengajar dan murid belajar supaya misi dan visi tercapai. 3 Antara RISIKO yang muncul adalah kegagalan murid mendapat pendidikan berkualiti seperti keciciran, ponteng sekolah, buli dan masalah disiplin. Selain itu, sekiranya guru tiada integriti, tidak dapat memberi pendidikan sempurna kepada murid dan mengambil sikap pilih kasih dan sebagainya boleh menyebabkan halangan bagi pencapaian misi dan visi. Hal ini boleh menyebabkan negara DALAM keadaan tidak sejahtera yang merupakan kegagalan besar kepada pembangunan insan, bangsa, dan negara. Organisasi akan terdedah kepada RISIKO mengalami kerugian atau kegagalan di samping objektif organisasi tidak tercapai jika tiada PENGURUSAN RISIKO .

9 Keadaan ini berlaku kerana tiada perancangan dibuat bagi mengurus RISIKO secara sistematik melalui sistem kawalan atau pencegahan yang sesuai. Tindakan mengurus RISIKO walaupun menerusi pendekatan meminimakan RISIKO sudah cukup untuk membantu organisasi kekal berada di landasan tepat agar terus relevan dengan fungsi dan objektif yang ditetapkan. Menurut Hitesh. B., (2019) PENGURUSAN RISIKO adalah satu proses mengenal pasti, menganalisis dan menilai apa-apa sahaja perkara yang boleh memberi ancaman atau peluang kepada organisasi. RISIKO ini adalah akibat daripada pelbagai faktor seperti ketidakpastian kewangan, faktor PENGURUSAN strategik, liabiliti guaman, kemalangan, dan bencana alam.

10 Dengan kata lain, PENGURUSAN RISIKO adalah satu amalan untuk menganalisis potensi RISIKO pada masa hadapan bagi membuat penilaian dan mengambil keputusan yang perlu terhadap RISIKO berkenaan. Bagi sesetengah organisasi, penekanan terhadap PENGURUSAN RISIKO DALAM tadbir urus baru sahaja dilaksanakan. Walaupun begitu, pengalaman tahun-tahun sebelumnya sangat berguna dan diperlukan sebagai sempadan dan pengajaran buat organisasi. Menurut Kendall and Stuart (1979 DALAM Coleman, 2011), PENGURUSAN RISIKO adalah suatu seni menggunakan masa lampau sebagai pelajaran (lesson learned) untuk mengurangkan nasib malang yang telah dilalui organisasi bagi mengeksploitasi peluang kejayaan masa hadapan.


Related search queries