Example: biology

Kesan aktiviti pertanian terhadap kualiti air - ukm.my

The Malaysian Journal of Analytical Sciences, Vol 10, No 2 (2006): 233-242 Kesan aktiviti PENANAMAN PADI terhadap kualiti AIR Mohd Rozali Othman 1, Mohd Talib Hj. Latif 2, Abdullah Samat2, Muhamad Sanusi Sulaiman 3 1 Program Kimia, Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kabangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA 2 Program Sains Sekitaran, Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kabangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA 3 Jabatan Alam Sekitar, Aras 3 - 7, Blok C4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan , 62662 Putrajaya. Abstrak. Kajian kualiti air di kawasan sawah padi di Sungai Burung, Tanjung Karang, Selangor telah dijalankan untuk melihat Kesan penanaman padi ke atas kualiti air.

Mohd Rozali Othman et al. KESAN AKTIVITI PENANAMAN PADI TERHADAP KUALITI AIR Bahan pencemaran yang dibebaskan oleh aktiviti pertanian boleh dibahagikan kepada beberapa kelas,

Tags:

  Paid

Information

Domain:

Source:

Link to this page:

Please notify us if you found a problem with this document:

Other abuse

Transcription of Kesan aktiviti pertanian terhadap kualiti air - ukm.my

1 The Malaysian Journal of Analytical Sciences, Vol 10, No 2 (2006): 233-242 Kesan aktiviti PENANAMAN PADI terhadap kualiti AIR Mohd Rozali Othman 1, Mohd Talib Hj. Latif 2, Abdullah Samat2, Muhamad Sanusi Sulaiman 3 1 Program Kimia, Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kabangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA 2 Program Sains Sekitaran, Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kabangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA 3 Jabatan Alam Sekitar, Aras 3 - 7, Blok C4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan , 62662 Putrajaya. Abstrak. Kajian kualiti air di kawasan sawah padi di Sungai Burung, Tanjung Karang, Selangor telah dijalankan untuk melihat Kesan penanaman padi ke atas kualiti air.

2 Sebelas stesen persampelan yang merangkumi tempat-tempat air masuk, air dalam petak sawah, air yang keluar dan air yang keluar sebelum ke sistem saliran umum telah dipilih. Parameter kajian adalah terdiri daripada parameter in-situ, parameter fizik dan kimia yang terdiri dari suhu, pH, oksigen terlarut, keperluan oksigan biokimia (BOD), keperluan oksigen kimia (COD), pepejal terampai, nitrogen ammonia, fosfat, nitrat, sulfat, sulfida, dan logam-logam Cd, Pb serta Zn. Hasil kajian mendapati terdapat sesetengah parameter yang meningkat semasa air keluar manakala parameter seperti suhu dan kekeruhan menurun, namun perbezaanya adalah tidak bererti. Ini menunjukkan kesedaran petani di kawasan berkenaan dalam penggunaan baja dan racun makhluk perosak adalah tinggi, namun pencemaran tetap berlaku walaupun pada tahap yang rendah.

3 Keputusan kajian juga mendapati bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar pada 1996 bahawa aktiviti pertanian bukan lagi mendatangkan masalah pencemaran utama perlu difikirkan semula. Abstract. A study on impact of padi plantation activities on water quality was carried out at Sungai Burung, Tanjung Karang, Selangor at a total of eleven stations located at water inlet, in the padi field area, outlet an at irrigation channel before joining with other domestic waste water. Selected water quality parameters namely temperature, pH, dissolved oxygen, biological oxygen demand (BOD), chemical oxygen demand (COD), suspended solid, phosphate, nitrate, sulfate, sulfide, ammoniacal nitrogen and heavy metals (cadmium, lead and zink) were chose.

4 Results show that there are an increase in some parameters when the water passed the padi fields, while temperature and turbidity were decreases, however its differences was not significant. Key words: agriculture, discharge, water quality Pendahuluan Malaysia seperti juga dengan negara-negara membangun lain, tidak terlepas dari masalah pencemaran, antaranya ialah pencemaran air dan udara. Kerosakan sekitaran mula dirasai berikutan negara mencapai kadar pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang begitu pesat dalam pelbagai sektor seperti perindustrian, perbandaran, pertanian , perlombongan, pelancongan dan sebagainya [1]. Secara amnya terdapat empat punca utama pencemaran iaitu buangan domestik, buangan perindustrian dan perlombongan, pelepasan dari larian permukaan dari aktiviti pertanian dan hakisan [2].

5 Lazimnya, pengagihan kuantiti air adalah berkaitan dengan kualitinya secara langsung [3]. Pencemaran air boleh menghadkan punca air bersih. Hampir 67% daripada sungai yang dipantau telah tercemar dan kebanyakannya dicemari oleh pepejal organik, logam berat dan lain-lain [4]. Untuk tujuan penambahan bahan makanan, sektor pertanian telah dimajukan secara besar-besaran melalui penggunaan baja untuk mempercepatkan tumbesaran dan meningkatkan hasil tanaman, begitu juga dengan penggunaan pelbagai jenis racun makhluk perosak. Penggunaan baja lebih daripada yang sepatutnya atau kawalan yang tidak baik akan mengakibatkan pencemaran terhadap sekitaran terutamanya bagi sistem akuatik.

6 Penilaian kualiti air bukan sahaja berdasarkan kepada kegunaan air tetapi juga kepada kepekatan pelbagai juzuk dalam jasad air berkenaan [5]. Antara unsur utama yang terdapat dalam baja yang digunakan untuk tujuan pertanian ialah nitrat, dimana ia akan diambil oleh tumbuhan untuk membina protein sel dan ia adalah antara sumber utama nutrien untuk pokok padi [6]. Disamping itu logam-logam berat juga boleh terhasil daripada aktiviti pertanian . Antaranya ialah logam kadmium dan zink. Dimana sebagai contohnya zink yang bercampur dengan kuprum atau ammonia memberikan Kesan ketoksikan yang tinggi kepada organisma [7]. 233 Mohd Rozali Othman et al. Kesan aktiviti PENANAMAN PADI terhadap kualiti AIR Bahan pencemaran yang dibebaskan oleh aktiviti pertanian boleh dibahagikan kepada beberapa kelas, antaranya ialah kandungan BOD yang tinggi, nutrien, patogen, pepejal terampai, garam, logam toksik dan bahan kimia organik toksik [8].

7 Ini termasuklah logam-logam yang toksik seperti As, Cu dan Zn yang berasal dari bahan tambahan makanan ternakan, Cd dan U dalam baja terutamanya baja fosfotik dan As, Cu, Pb dan Zn dari racun makhluk perosak yang berasaskan logam [7]. Kertas ini akan melaporkan hasil kajian yang diperolehi dalam menentukan beberapa parameter kualiti air bagi melihat Kesan daripada aktiviti pertanian penanaman padi ke atas kualiti air di kawasan Sungai Burung, Tanjung Karang, Selangor Darul Ehsan. Eksperimental Lokasi Persampelan Kawasan kajian yang dipilih adalah di kawasan pertanian (sawah) di Sungai Burung, Mukim Tanjung Karang, Kuala Selangor. Ia terletak pada garis lintang 3o 30' U dan garis bujur 101o 101' T - 101o 5 T dengan keluasan kira-kira 2,295 hektar.

8 Punca utama air yang digunakan untuk penanaman padi di sini ialah Sungai Tengi yang dialirkan menerusi Terusan Besar yang dibina sebelum dialirkan masuk ke terusan kecil melalui pintu air. Sistem saliran adalah terdiri daripada terusan, saliran masuk, palong, sawah dan parit tampungan. Pada musim penanaman padi terutamanya musim tumbesaran, saliran masuk, palong, sawah dan parit tampungan akan dipenuhi air, manakala pada musim menuai ianya adalah kering. Persampelan telah dilakukan disaliran air yang masuk ke petak sawah, dalam petak sawah, saliran keluar dan selepas petak sawah (parit). Persampelan Persampelah telah dilakukan sebanyak 10 kali merangkumi musim penanaman padi yang berbeza, iaitu penyediaan tapak, tumbesaran dan penuaian.

9 Persampelan telah dilakukan di 11 lokasi yang berbeza iaitu dua di sistem saliran air masuk (untuk air masuk), dua dalam petak sawah, lima di saluran keluar, dan dua selepas air bercampur dengan air kumbahan domestik lain (parit) (Rajah 1). Kaedah persampelan dan analisis adalah berdasarkan kepada kaedah yang telah disarankan oleh APHA dan buku panduan HACH [9 - 11] di mana sampel air di pungut menggunakan botol polietilena, botol kaca dan botol khas untuk penentuan BOD. Sampel dianalisis secepat mungkin selepas persampelan untuk mengelakkan perubahan parameter-parameter kajian terpilih yang ketara pada sampel-sampel air. Bagi sampel yang tidak dapat dianalisis serta merta ia diambil dan diawet mengikut kaedah yang disarankan oleh GEMS [12].

10 Parameter Kajian Parameter-parameter kajian merangkumi parameter fizikal, kimia organik dan kimia tak organik. Lima parameter fizikal (suhu, oksigen terlarut, pH, warna ketara dan kekeruhan) telah diukur secara in situ dengan peralatan yang terlebih dahulu dikalibrasikan (meter oksigen terlarut dan meter pH). Parameter fizikal yang lain ditentukan bersama-sama dengan parameter kimia dan parameter kimia tak organik di makmal. Kaedah APHA 2540C dan 2540D masing-masing digunakan untuk menganalisis jumlah pepejal terlarut dan jumlah pepejal terampai. Analisis keperluan oksigen biokimia (BOD) ialah kaedah APHA 5210B manakala kaedah APHA 5220B iaitu kaedah refluks terbuka digunakan untuk menentukan keperluan oksigen kimia (COD) [10].


Related search queries