Example: quiz answers

Konsep Pengurusan Konflik Menurut Perspektif …

Prosiding Seminar Pengurusan Islam: Ke Arah Pemantapan Ummah Disunting oleh:Ahmad Irdha Mokhtar dan Zulkefli Aini. Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi, Selangor. ISBN 123-456-7890-98-7 (2015), Konsep Pengurusan Konflik Menurut Perspektif Barat Dan Islam: Suatu Perbandingan Fikhry Hakim Bin Fadzilullah)P 81831) Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor. ABSTRAK: Konflik adalah suatu perkara yang biasa ditempuhi oleh setiap manusia mahupun organisasi dalam dunia ini. Ada sebahagian yang menganggap dengan tanggapan terhadap Konflik ini dan ada juga yang melihat Konflik sebagai satu peluang untuk ke arah lebih baik.

Prosiding Seminar Pengurusan Islam: Ke Arah Pemantapan Ummah Disunting oleh:Ahmad Irdha Mokhtar dan Zulkefli Aini.

Tags:

  Konsep, Pengurusan, Konsep pengurusan konflik menurut perspektif, Konflik, Menurut, Perspektif

Information

Domain:

Source:

Link to this page:

Please notify us if you found a problem with this document:

Other abuse

Transcription of Konsep Pengurusan Konflik Menurut Perspektif …

1 Prosiding Seminar Pengurusan Islam: Ke Arah Pemantapan Ummah Disunting oleh:Ahmad Irdha Mokhtar dan Zulkefli Aini. Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi, Selangor. ISBN 123-456-7890-98-7 (2015), Konsep Pengurusan Konflik Menurut Perspektif Barat Dan Islam: Suatu Perbandingan Fikhry Hakim Bin Fadzilullah)P 81831) Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor. ABSTRAK: Konflik adalah suatu perkara yang biasa ditempuhi oleh setiap manusia mahupun organisasi dalam dunia ini. Ada sebahagian yang menganggap dengan tanggapan terhadap Konflik ini dan ada juga yang melihat Konflik sebagai satu peluang untuk ke arah lebih baik.

2 Kertas ini bertujuan untuk meninjau Konsep dan pengurusannya melalui pandangan para sarjanawan Barat dan Islam serta meneliti perbezaan di antara keduanya. Kaedah yang digunakan adalah kaedah kualitatif dengan menganalisis dokumen berautoriti yang berkaitan dengan Pengurusan Konflik . Hasil kajian mendapati bahawa terdapat satu perbezaan pandang sarwa( Worldview) yang melatari setiap teori Pengurusan Konflik yang telah dikemukakan. Islam melihat setiap perubahan yang ingin dilaksanakan mestilah bermula daripada keimanan dan individu itu sendiri. Pendahuluan Kehidupan manusia di muka bumi ini secara fitrahnya memerlukan antara satu sama lain untuk mencapai tahap kehidupan yang sempurna Ini kerana kebolehan manusia itu sangat terbatas dan memerlukan kepada satu kelompok atau organisasi untuk menampung kelemahan secara bersama.

3 Pada zaman kini, manusia tidak boleh menafikan akan kepentingan organisasi terhadap kelangsungan hidup manusia sama ada organisasi itu bersifat kecil ataupun besar. Menyedari hakikat bahawa manusia itu mempunyai pelbagai ragam dan pandangan yang berbeza, pasti akan timbul beberapa masalah dan Konflik yang sekiranya tidak diurus dengan baik, sudah tentu akan memberikan kesan buruk kepada perjalanan organisasi itu. Konflik boleh berlaku dalam apa-apa bentuk disebabkan perbezaan, kepercayaan, ideology, fahaman, adat istiadat, kepentingan diri atau kaum dan sebagainya (Bharuddin Che Pa,Ajidar Matsyah 2013).

4 Menurut Abbas (2005), tingkahlaku manusia itu sukar untuk dianalisis atau sukar untuk dibentuk ke model-model yang diingini, walaubagaimanapun para ilmuan dan pengamal Sains Sosial telah membangunkan Konsep dan pendekatan tersendiri terhadap tabiat manusia. Bagi menguruskan Konflik di dalam organisasi ini, para sarjanawan daripada dua sisi pandang iaitu Islam dan Barat masing-masing mengemukakan teori penyelesaian terhadap isu ini. Definisi Konflik Dalam Organisasi Organisasi adalah satu perkara yang melatari hidup manusia hari ini. Sama ada ia bersifat besar atau kecil, ia memerlukan kepada sumber tenaga manusia untuk menggerakkannya.

5 Kepelbagaian sifat, karakter dan tujuan manusia di dalamnya pasti melahirkan perbezaan tindakan yang mempunyai sudut pandang positif atau Prosiding Seminar Pengurusan Islam: Ke Arah Pemantapan Ummah Disunting oleh:Ahmad Irdha Mokhtar dan Zulkefli Aini. Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi, Selangor. ISBN 123-456-7890-98-7 (2015), negatif. Menurut Encyclopedia of Management 5th Edition (2006), Konflik dirujuk sebagai To perceived incompatibilities resulting typically from some form of interference or opposition( merasai ketidakserasian yang terhasil daripada sebarang bentuk gangguan atau pertembungan).

6 Kenan Spaho (2013) menyebutkan Konflik organisasi sebagai ketidakserasian di antara anggota sesuatu organisasi dengan rakan-rakannya di dalam organisasi yang sama atau dengan organisasi yang lain atau beberapa invidu yang tidak boleh bekerjasama dalam menguruskan perkhidmatan atau produk organisasi itu. Edward De Bono (1985) pula menganggap konfik adalah sebagai satu bentuk pertandingan antara dua pihak yang mempunyai kehendak berbeza . Manakala Konflik mengikut pengertian ilmu sosiologi pula adalah suatu proses sosial antara dua orang atau lebih, di mana salah satu pihak berusaha menghancurkan pihak lain atau membuat pihak lain tidak berdaya (Bharuddin Che Pah, Ajidar Matsyah 2013).

7 Konflik Menurut sudut pandang sarjana Islam pula lebih terperinci kerana wahyu adalah perkara tunjang di dalam sesuatu pandang sarwa Islam(Islamic Worldview). Perkara ini disokong oleh beberapa tokoh sarjana dan pengkaji muslim dalam mentakrifkan Konflik . Menurut Bharuddin Che Pa dan Ajidar Matsyah (2013), ada beberapa kalimah arab yang menunjukkan makna Konflik iaitu dan . Secara asasnya kedua-dua kalimat ini membawa makna yang sama iaitu Konflik namun sebahagian ulama cuba untuk membezakannya. Kalimat biasanya merujuk kepada perbezaan pandangan atau Konflik secara internal seperti yang disebutkan di dalam Surah Huud ayat 88.

8 Dan Aku tidak berkehendak menyalahi kamu (dengan mengerjakan) apa yang Aku larang (Huud 11:88). Penggunaan kalimat pada ayat ini menggambarkan tentang dakwah Nabi Syu aib kepada kaumnya yang mereka sama-sama dalam satu kelompok. Manakala kalimat digunapakai untuk menggambarkan Konflik dengan kelompok lain secara eksternal seperti yang disebutkan di dalam Surah Maryam ayat 37; .. "Maka berselisihanlah golongan-golongan (yang ada) di antara mereka. (Maryam 19:37) Umumnya, ungkapan khilaf dan ikhtilaf Menurut pandangan kedua penulis tadi menunjukkan bahawa Konflik adalah iradah Allah SWT kepada manusia yang mesti diterima sebagai suatu kemestian.

9 Oleh itu bagi mereka lagi, Konflik dengan sifatnya yang neutral tidak positif dan tidak pula negative tetapi terserah kepada manusia bagaimana mengendalikan Konflik itu. Selain itu, Mohd Zulkifli Muhammad et al. (2010) memetik pandangan Taha Jabir Fayyad yang menyatakan bahawa Konflik terdiri daripada tiga perkara iaitu perselisihan pendapat, perdebatan dan perbalahan. Beliau menambah lagi dengan menyatakan takrif daripada Rafek Beekun iaitu Konflik adalah suatu gangguan yang dialami oleh individu atau sesebuah kumpulan daripada individu atau kumpulan yang lain dalam usaha untuk mencapai sesuatu matlamat.

10 Daripada segala pengertian yang dikemukakan, dapat dibuat kesimpulan bahawa Konflik sebenarnya adalah perkara Prosiding Seminar Pengurusan Islam: Ke Arah Pemantapan Ummah Disunting oleh:Ahmad Irdha Mokhtar dan Zulkefli Aini. Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi, Selangor. ISBN 123-456-7890-98-7 (2015), lumrah di dalam masyarakat. Cuma yang perlu dilakukan adalah bagaimana untuk mengawal Konflik itu supaya terhindar daripada kesan buruk yang boleh merosakkan sesebuah institusi atau organisasi. Ini bertepatan seperti apa yang disebutkan oleh Mohd Fuad Sakdan (2005) iaitu terdapat beberapa persepsi yang melatari sekitar konfik ini.