Example: bankruptcy

MASJID NEGARA JABATAN KEMAJUAN ISLAM …

MASJID NEGARA . JABATAN KEMAJUAN ISLAM malaysia . (JAKIM). DOKUMEN SEBUT HARGA. PERKHIDMATAN MEMBEKAL MAKANAN BERMASAK. BUBUR LAMBUK & SAHUR. 10 AKHIR RAMADHAN DI MASJID NEGARA BAGI BULAN. RAMADHAN 1437H/2016M. No. Sebut Harga JAKIM: Bil 23/2016. Taklimat berkaitan sebut harga adalah mandatori dan kegagalan Penyebut harga hadir ke sesi ini akan menyebabkan penyertaan ditolak [Taklimat sebut harga akan diadakan pada 18 April 2016 (Isnin) di Bilik Mesyuarat Utama MASJID NEGARA ]. Penyebut harga dikehendaki membaca dan memahami butiran yang terkandung di dalam dokumen sebut harga sebelum mengisikannya BAHAGIAN 1: ARAHAN DAN SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA. KENYATAAN TAWARAN. Dokumen sebut harga ini adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan malaysia di bawah Kod Bidang 040103 serta pendaftarannya masih lagi berkuat kuasa dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh sebut harga ini diiklankan dan telah ePerolehan enabled dalam bidang yang berkaitan bagi menyertai sebut harga seperti berikut: Tajuk : Perkhidmatan Membekal Makanan Bermasak Bubur Lambuk dan Sahur 10 Akhir Ramadhan di MASJID NEGARA bagi Bulan Ramadhan 1437H/2016M.

masjid negara jabatan kemajuan islam malaysia (jakim) dokumen sebut harga perkhidmatan membekal makanan bermasak bubur lambuk & sahur 10 akhir ramadhan di masjid negara bagi bulan

Tags:

  Malaysia, Reagan, Islam, Islam malaysia

Information

Domain:

Source:

Link to this page:

Please notify us if you found a problem with this document:

Other abuse

Transcription of MASJID NEGARA JABATAN KEMAJUAN ISLAM …

1 MASJID NEGARA . JABATAN KEMAJUAN ISLAM malaysia . (JAKIM). DOKUMEN SEBUT HARGA. PERKHIDMATAN MEMBEKAL MAKANAN BERMASAK. BUBUR LAMBUK & SAHUR. 10 AKHIR RAMADHAN DI MASJID NEGARA BAGI BULAN. RAMADHAN 1437H/2016M. No. Sebut Harga JAKIM: Bil 23/2016. Taklimat berkaitan sebut harga adalah mandatori dan kegagalan Penyebut harga hadir ke sesi ini akan menyebabkan penyertaan ditolak [Taklimat sebut harga akan diadakan pada 18 April 2016 (Isnin) di Bilik Mesyuarat Utama MASJID NEGARA ]. Penyebut harga dikehendaki membaca dan memahami butiran yang terkandung di dalam dokumen sebut harga sebelum mengisikannya BAHAGIAN 1: ARAHAN DAN SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA. KENYATAAN TAWARAN. Dokumen sebut harga ini adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan malaysia di bawah Kod Bidang 040103 serta pendaftarannya masih lagi berkuat kuasa dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh sebut harga ini diiklankan dan telah ePerolehan enabled dalam bidang yang berkaitan bagi menyertai sebut harga seperti berikut: Tajuk : Perkhidmatan Membekal Makanan Bermasak Bubur Lambuk dan Sahur 10 Akhir Ramadhan di MASJID NEGARA bagi Bulan Ramadhan 1437H/2016M.

2 SYARAT-SYARAT AM. Penyebut harga mestilah mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan memiliki pengalaman dalam bidang berkaitan;. Penyebut harga hendaklah mematuhi semua syarat dan terma yang ditetapkan apabila menyertai sebut harga. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat dan terma yang ditetapkan boleh menyebabkan penyertaan penyebut harga ditolak;. Sebarang urusan/pertanyaan yang melibatkan sebut harga mestilah dalam tempoh dari hari tawaran ini dibuka sehingga ia ditutup dan mestilah berurusan terus di alamat: Unit Pentadbiran dan Kewangan MASJID NEGARA Jalan Perdana 50480 Kuala Lumpur. ( : Encik Muhammad Nuraizat bin Zainudin). No. Tel: 03-26937784. 2. Skop sebut harga ini adalah: Penyebut harga yang berjaya akan bertanggungjawab untuk: a. Menyediakan Perkhidmatan Membekal Makanan Bermasak i) Bubur Lambuk selama 22 hari bekerja sepanjang Bulan Ramadahan 1437H/2016M pada tarikh seperti berikut: 06-10 Jun 2016, 13-17 Jun 2016, 20-24 Jun 2016, 27 Jun -01.

3 Julai 2016 dan 04-05 Julai 2016, dari jam Petang hingga Petang;. dan ii) Sahur 10 Akhir Ramadhan di MASJID NEGARA bagi Bulan Ramadhan 1437H/2016M. b. Menyediakan kenderaan yang bersesuaian bagi mengangkut makanan Bubur Lambuk dan Sahur. c. Menyediakan kakitangan beragama ISLAM yang mencukupi untuk mengedarkan bubur lambuk dan menyediakan serta menghidangkan makanan semasa sahur. d. Menyediakan kakitangan yang mencukupi bagi tujuan pembersihan tempat menghidangkan makanan selepas sahur. e. Menampal stiker MASJID NEGARA pada bekas Bubur Lambuk. Spesifikasi hendaklah sama seperti yang dinyatakan di dalam sebut harga ini di Lampiran B, B1, B2, B3 dan B4;. Kos bagi perkhidmatan ini hendaklah termasuk kos tenaga buruh, perlindungan insurans dan apa-apa kos yang terlibat dan berkaitan;. 3. Harga Tawaran hendaklah diisi di dalam ruangan Jadual Harga (Lampiran C) yang disediakan dan hendaklah disahkan dan ditandatangani dengan sempurna.

4 JAMINAN ATAS SEBUT HARGA. Pendaftaran penyebut harga di Kementerian Kewangan adalah merupakan jaminan ke atas sebut harga yang dikemukakan. Sekiranya penyebut harga menarik balik persetujuan setelah surat setuju terima ditandatangani, tindakan yang boleh diambil adalah seperti berikut: (a) Menggantung pendaftaran selama dua (2) tahun bagi kesalahan pertama;. (b) Menggantung pendaftaran selama lima (5) tahun bagi kesalahan kedua;. dan (c) Pendaftaran akan dipotong terus bagi kesalahan berikutnya. Syarikat-syarikat yang digantung pendaftarannya tidak akan dibenarkan mengambil bahagian di dalam mana-mana sebut harga yang dipelawa oleh semua Kementerian / JABATAN / Badan Berkanun di seluruh malaysia ;. Bagi semua penggantungan pendaftaran syarikat, nama pengarah-pengarah termasuk nama pemegang-pemegang saham terbesar akan disenarai hitamkan. DOKUMEN SEBUT HARGA. Dokumen sebut harga ini mengandungi perkara-perkara berikut: (a) Dokumen Sebut Harga: Bahagian 1: Arahan dan Syarat-Syarat kepada Penyebut Harga Bahagian 2: Skop Kerja (b) Lampiran B, B1, B2, B3 dan B4 - Jadual Spesifikasi Teknikal 4.

5 (c) Lampiran C: Jadual Harga (d) Lampiran C1: Jadual Kadar Pemotongan Bayaran Perkhidmatan (e) Lampiran A: Latar Belakang Syarikat (f) Lampiran D: Rekod Pengalaman Perkhidmatan Berkaitan (g) Lampiran D1: Senarai Kerja yang sedang dijalankan (h) Lampiran E: Jarak dapur ke MASJID (i) Lampiran F: Surat Akuan Pembida (j) Lampiran G: Surat Akuan Penyebut Harga (k) Lampiran H: Senarai Semak Penyebut harga hendaklah memuat turun Dokumen Sebut Harga berserta lampiran yang dinyatakan seperti di atas secara atas talian di laman web eperolehan iaitu CARA-CARA MENGISI BORANG SEBUT HARGA. Penyebut harga hendaklah membaca arahan dan syarat dalam sebut harga serta menyemak kandungan dokumen dengan teliti sebelum mengisi borang- borang sebut harga. Borang sebut harga hendaklah diisi dengan lengkap dan jelas mengikut ruangan yang disediakan. Borang-borang tersebut hendaklah ditaip dan yang ditulis dengan tangan mestilah terang dan boleh dibaca dengan jelas.

6 Borang/dokumen yang perlu diisi: Lampiran A : Latar Belakang Syarikat a. Penyebut harga adalah dikehendaki mengisi dengan lengkap ruangan yang disediakan di dalam borang ini dan menyertakan semua dokumen sokongan yang diperlukan. 5. b. Dokumen sokongan ini akan menjadi bukti kepada kenyataan yang dibuat dan penyebut harga akan dianggap tidak menyertakan maklumat yang diminta jika dokumen sokongan ini tidak disertakan. c. Penyebut harga perlu meletakkan kertas pemisah (separator/tagging) bagi membezakan di antara satu dokumen sokongan dengan dokumen yang lain. Lampiran B, B1, B2, B3, B4 : Jadual Spesifikasi Teknikal a. Penyebut harga dikehendaki membaca dengan teliti skop perkhidmatan yang diperlukan sebelum mengisi dan menandatangani borang ini. Sekiranya borang ini tidak diisi dan ditandatangani, tawaran penyebut harga menjadi tidak sah dan dengan sendirinya akan ditolak Lampiran C dan Lampiran C1 : Jadual Harga dan Jadual Kadar Pemotongan Bayaran Perkhidmatan a.

7 Harga tawaran: Penyebut harga adalah diingatkan bahawa harga-harga yang ditawarkan hendaklah termasuk kos bagi membekal: i. Tenaga kerja yang diperlukan;. ii. Peralatan, pengangkutan, pekerja, bahan mentah dan makanan bermasak serta kelengkapan yang perlu digunakan bagi tujuan perkhidmatan ini yang dinyatakan dalam Spesifikasi Perkhidmatan; dan iii. Kos-kos lain yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan ini. b. Penyebut harga yang berjaya diterima tidak boleh mengenakan kadar harga yang berasingan atau kos tambahan terhadap perkara di atas. 6. c. Borang ini perlu ditandatangani dan dicap oleh orang yang diberikuasa oleh syarikat sebagai penyebut harga. Borang yang tidak bertandatangan dan bercap akan ditolak. Lampiran D dan D1 : Pengalaman Kerja a. Penyebut harga adalah dikehendaki mengemukakan maklumat pengalaman kerja dalam penyediaan makanan bermasak sahaja bagi tempoh 2013 sehingga 2015 dan maklumat perkhidmatan yang sedang dilaksanakan.

8 Lampiran E : Jarak Dapur ke MASJID a. Penyebut harga dikehendaki mengemukakan maklumat alamat dapur (tanpa nama syarikat) serta jarak ke MASJID . Lampiran F : Surat Akuan Pembida a. Penyebut harga yang merupakan pemilik berdaftar syarikat hendaklah menandatangani surat ini yang menyatakan bahawa ia tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. b. Wakil syarikat yang menandatangani surat ini hendaklah menyertakan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak syarikat. Lampiran G: Surat Akuan Sebut Harga a. Penyebut harga adalah dikehendaki membuat surat akuan sebut harga yang jelas menyatakan penyebut harga adalah terikat dengan syarat-syarat, kontrak dan spesifikasikerja yang terkandung didalam dokumen. 7. Lampiran H : Senarai Semak a. Penyebut harga adalah dikehendaki mengisi senarai semak dengan lengkap sebelum mengembalikannya. Sebarang kegagalan mengisi, menyertakan dokumen sokongan, meletakkan kertas pemisah (separator/taging) kepada setiap dokumen sokongan, menandatangani dan mengecap borang-borang yang diperlukan akan dianggap sebagai satu kegagalan yang disengajakan kepada syarat-syarat pematuhan dokumen sebut harga.

9 Kegagalan seperti di para juga akan dianggap sebagai kegagalan untuk memberikan maklumat yang diperlukan. PENGHANTARAN DOKUMEN SEBUT HARGA. Tawaran sebut harga perlu diserahkan secara atas talian melalui sistem ePerolehan dan secara manual;. Tarikh buka sebut harga ialah pada 11 April 2016 (Isnin) dan tarikh tutup sebut harga ialah pada 25 April 2016 (Isnin) Tengahari. Tawaran sebut harga yang lewat tidak akan dipertimbangkan. Taklimat akan diadakan pada 18 April 2016 (Isnin), jam Pagi di Bilik Mesyuarat Utama, MASJID NEGARA (kehadiran adalah diwajibkan). MASJID NEGARA tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan dokumen- dokumen sebut harga yang dihantar kerana hilang semasa dalam perjalanan pos atau penghantaran. Mana-mana tawaran sebut harga yang dihantar lewat tidak akan diterima. JABATAN ini tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kelewatan yang timbul secara langsung atau tidak langsung kepada tawaran sebut harga yang dihantar melalui pos / perkhidmatan courier.

10 8. Penyebut harga adalah dikehendaki menanggung sendiri semua kos yang terlibat berhubung dengan sebut harga yang disertainya;. Satu salinan Tawaran Harga dan Tawaran Teknikal juga hendaklah dikemukakan secara manual sebelum waktu dan tarikh tutup yang ditetapkan. Tawaran Harga dan Tawaran Teknikal termasuk dokumen sokongan berkaitan hendaklah disediakan dalam dua (2) sampul yang berasingan dan berlakri. Kedua-dua sampul tersebut kemudiannya hendaklah dimasukkan ke dalam satu (1) sampul surat berlakri serta dimasukkan ke dalam peti tawaran sebut harga sebelum tarikh dan masa sebut harga ditutup. Kesemua sampul hendaklah dilabelkan dengan nombor sebut harga dan nombor ID pembekal yang dijana melalui sistem ePerolehan serta dimasukkan ke dalam Peti Tawaran Sebut Harga di alamat:: Pejabat Pentadbiran Am MASJID NEGARA JABATAN KEMAJUAN ISLAM malaysia (JAKIM). Jalan Lembah Perdana 50480 KUALA LUMPUR. Dokumen yang perlu dimasukkan dalam Sampul Tawaran Harga adalah seperti berikut mengikut susunan: Lampiran C: Jadual Harga Lampiran A: Latar Belakang Syarikat (Penyebut Harga wajib menghantar semua lampiran yang dipohon).


Related search queries