Example: marketing

MINIT MESYUARAT - hasil.gov.my

2009. Nota Penerangan P 2009. Nota Penerangan P 2009. Nota Penerangan P 2009. P E R KO NG S I AN. Nota Penerangan P 2009. Pindaan Akta Cukai Pendapatan 1967 Bagi Tahun 2009: Perkara Muka Surat Elaun Jadual 7A 4. Seksyen 109F 7. Kod Tuntutan 140. Kod Tuntutan 141 14. Kod Tuntutan 217. Kod Tuntutan 218. Nota Penerangan borang P Sistem Taksir Sendiri Nota ini bertujuan membantu tuan melengkapkan borang P bagi Tahun Taksiran 2009. Sila baca nota ini dengan teliti supaya pengisian dan pengisytiharan semua punca pendapatan bagi Tahun Taksiran 2009 adalah benar dan lengkap. Semua rekod, helaian kerja, dokumen, borang CP30 dan lain-lain tidak perlu disertakan semasa pengembalian borang P. Walau bagaimanapun, ianya perlu disimpan selama tujuh (7) tahun bermula dari akhir tahun dalam mana borang nyata tersebut telah dikemukakan kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri, untuk rujukan dan semakan sekiranya diperlukan kelak.

Nota Penerangan Borang P Sistem Taksir Sendiri - 1 - Nota ini bertujuan membantu tuan melengkapkan Borang P bagi Tahun Taksiran 2009.

Tags:

  Borang

Information

Domain:

Source:

Link to this page:

Please notify us if you found a problem with this document:

Other abuse

Transcription of MINIT MESYUARAT - hasil.gov.my

1 2009. Nota Penerangan P 2009. Nota Penerangan P 2009. Nota Penerangan P 2009. P E R KO NG S I AN. Nota Penerangan P 2009. Pindaan Akta Cukai Pendapatan 1967 Bagi Tahun 2009: Perkara Muka Surat Elaun Jadual 7A 4. Seksyen 109F 7. Kod Tuntutan 140. Kod Tuntutan 141 14. Kod Tuntutan 217. Kod Tuntutan 218. Nota Penerangan borang P Sistem Taksir Sendiri Nota ini bertujuan membantu tuan melengkapkan borang P bagi Tahun Taksiran 2009. Sila baca nota ini dengan teliti supaya pengisian dan pengisytiharan semua punca pendapatan bagi Tahun Taksiran 2009 adalah benar dan lengkap. Semua rekod, helaian kerja, dokumen, borang CP30 dan lain-lain tidak perlu disertakan semasa pengembalian borang P. Walau bagaimanapun, ianya perlu disimpan selama tujuh (7) tahun bermula dari akhir tahun dalam mana borang nyata tersebut telah dikemukakan kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri, untuk rujukan dan semakan sekiranya diperlukan kelak.

2 Ahli kongsi utama bertanggungjawab mengisi borang P serta mengeluarkan borang CP30 kepada setiap ahli kongsi. borang CP30 perlu disediakan bagi membolehkan ahli kongsi melaporkan pendapatan dari perkongsian dalam tempoh yang ditetapkan. LHDNM perlu diberitahu secara bertulis jika berlaku perubahan pada borang P. Ahli kongsi utama bertanggungjawab mengeluarkan borang CP30 (Pindaan) kepada ahli kongsi jika terdapat perubahan dalam pengagihan pendapatan perkongsian. Semua ruangan yang berkaitan perlu diisi dengan HURUF BESAR DALAM KOTAK. yang disediakan dan menggunakan pen mata bulat berdakwat hitam. Ruangan yang tidak berkenaan tidak perlu diisi. Amaun cukai di Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian L pada borang P serta Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian E pada borang CP30 perlu diisi dengan nilai sen.

3 Bahagian lain yang melibatkan amaun hanya perlu mengambil kira nilai ringgit sahaja. Laporkan dalam mata wang Ringgit Malaysia. Contoh : Amaun dividen boleh dibahagikan RM 15, Amaun cukai dipotong RM 4, Dividen boleh dibahagikan Cukai dipotong B1 Dividen Malaysia <>_>>_>>? , , <>_>>_>>_>? , , . 1 5 5 5 5 4 0 4 4 3 0. -1- Nota Penerangan borang P Sistem Taksir Sendiri MAKLUMAT ASAS. 1 Nama Perkongsian Seperti yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Jika perkongsian telah bertukar nama, sila catatkan nama perkongsian yang lama dalam kurungan. Contoh : <>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>? R E S T O R A N A I S H A D A N S H A H. <>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>? ( R E S T O R A N A I S H A D A N S U D I R ).

4 2 No. Rujukan D Isikan no. rujukan perkongsian di petak yang berkenaan Contoh : No. rujukan perkongsian : D 0012345602. D. <>>>>>>>>? 0 0 1 2 3 4 5 6 0 2. 5 Asas Pembahagian Angka pembawah yang digunakan untuk membahagi keuntungan/kerugian. Contoh 1 : Perkongsian AB Ahli kongsi Pembahagian Keuntungan/Kerugian A : 753/1000. B : 247/1000. Asas pembahagian : <>>>? 1 0 0 0. Contoh 2 : Perkongsian ABC Ahli kongsi Pembahagian Keuntungan/Kerugian A : 4/7. B : 2/7. C : 1/7. Asas pembahagian : <>>>? 7. Contoh 3 : Perkongsian CBA Ahli kongsi Pembahagian Keuntungan/Kerugian A : 50%. B : 30%. C : 20%. Asas pembahagian : <>>>? 1 0 0. 6 Ketetapan Umum Ketetapan Umum memberi panduan kepada orang awam Dipatuhi yang menggariskan interpretasi Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri berhubung peruntukan tertentu Undang- undang Cukai dan polisi serta prosedur yang terpakai mengenainya.

5 Sila rujuk senarai Ketetapan Umum di Lampiran H Buku Panduan borang P. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web LHDNM. Isikan 1 jika setiap ketetapan dipatuhi. Jika satu atau lebih ketetapan tidak dipatuhi, isikan 2 . -2- Nota Penerangan borang P Sistem Taksir Sendiri 7 Penyimpanan Rekod Ini merujuk kepada penyimpanan rekod yang mencukupi seperti dikehendaki dalam peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967. Isikan 1 jika mematuhi atau 2 jika tidak. BAHAGIAN A: PENDAPATAN PERNIAGAAN. Perniagaan Keuntungan yang diperolehi dari menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian atau profesion dikenakan cukai. Perolehan dan keuntungan termasuk terimaan kasar daripada penjualan barang-barang dan terimaan dari pemberian perkhidmatan seperti doktor atau peguam.

6 Perkongsian Lain Pembahagian keuntungan / kerugian yang diperolehi dari menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian atau profesion dikenakan cukai. Perniagaan / Perkongsian Perintis Taraf perintis adalah insentif percukaian yang terkandung dalam seksyen 5 hingga seksyen 25. Akta Penggalakan Pelaburan (APP) 1986. Ianya memberi pengecualian cukai untuk keseluruhan atau sebahagian pendapatan perniagaan yang berupa aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan berhubung dengan pertanian. Projek Pengeluaran Bahan Makanan Yang Diluluskan Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 10) 2006 (A) 51/2006 berkaitan. A1 Kod Perniagaan . A14 Dapatkan kod perniagaan dari Lampiran G Buku Panduan borang P.

7 Pendapatan / kerugian boleh dibahagikan Pendapatan perniagaan atau kerugian perniagaan yang boleh dibahagikan kepada ahli kongsi. Sekiranya rugi, cara mengisi ruang ini adalah seperti contoh di bawah. Contoh : Kerugian larasan RM 37, !X ->>_>>_>>? , , , 3 7 0 0 0. (Tandakan X jika nilai negatif). Manfaat Ahli Kongsi(Tandakan X jika nilai negatif). Amaun manfaat untuk ahli kongsi yang menikmati faedah/manfaat berkenaan seperti manfaat kenderaan, gaji, perjalanan dan lain-lain. Kenaan Imbangan Kenaan imbangan akan dikenakan dalam keadaan di mana nilai pelupusan melebihi perbelanjaan baki tetapi terhad kepada jumlah elaun sebenar yang telah diberi. ( Kenaan imbangan = Nilai pelupusan - Perbelanjaan baki ).

8 -3- Nota Penerangan borang P Sistem Taksir Sendiri Elaun Imbangan Diberi sekiranya baki perbelanjaan melebihi nilai pelupusan, iaitu sebanyak amaun yang berlebihan tersebut. ( Elaun imbangan = Perbelanjaan baki - Nilai pelupusan ). Elaun Modal Sebagai ganti kepada tuntutan susut nilai aset. Kadar elaun bergantung kepada jenis aset. Elaun Jadual 7A. Insentif ini diberi kepada peniaga yang menjalankan perniagaan penternakan ayam dan itik yang menukar perniagaannya daripada sistem reban terbuka kepada sistem reban tertutup atau membesarkan sistem reban tertutup sedia ada yang diluluskan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Hanya perniagaan yang menjalankan operasi bagi tempoh sekurang-kurangnya 36 bulan sahaja yang layak memohon insentif ini.

9 Rujuk kepada seksyen 133A dan perenggan 1C Jadual 7A ACP 1967 untuk menentukan kelayakan serta perenggan 3 Jadual 7A ACP 1967 untuk membuat pengiraan. Simpan dokumen asal berhubung dengan perbelanjaan modal yang layak, borang tuntutan dan pengiraan elaun untuk semakan. Elaun Peningkatan Eksport Perkhidmatan Yang Layak Rujuk kepada perkara 2, 3 dan 6 Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 9). 2002 [ (A) 57] dan Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (Pindaan) 2006. [ (A) 275] untuk menentukan kelayakan. Sekiranya tuan mempunyai lebih daripada satu perniagaan / perkongsian, sila senaraikan mengikut format seperti Perniagaan 1 / Perkongsian 1 bagi setiap perniagaan / perkongsian dan kemukakan lampiran bersama borang P.

10 BAHAGIAN B: PENDAPATAN DIVIDEN DARI PERKONGSIAN ASAL DAN. PERKONGSIAN LAIN. Isikan maklumat yang berkenaan di petak yang disediakan. B1 Masukkan amaun dividen boleh dibahagikan dan cukai dipotong di petak yang berkenaan. Gunakan Helaian Kerja HK-3 Buku Panduan borang P untuk pengiraan. BAHAGIAN C: PENDAPATAN LAIN. Faedah ialah wang yang dibayar bagi penggunaan wang C1 Faedah oleh penghutang atau pembahagian keuntungan kepada pemiutang yang dianggap diterima oleh peminjam. Pendapatan dari faedah hendaklah dimasukkan sebagai pendapatan kasar apabila diterima bagi tempoh asas di mana pendapatan itu pertama kali boleh diterima. -4- Nota Penerangan borang P Sistem Taksir Sendiri Diskaun Pendapatan ini berpunca daripada pelaburan seperti bil perbendaharaan.


Related search queries