Example: biology

MODUL LATIHAN BAHASA MELAYU PT3 PT3 T3 - UPSR …

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH. SEBERANG PERAI UTARA. 13200 KEPALA BATAS, PULAU PINANG. MODUL LATIHAN . BAHASA MELAYU . PT3. Disediakan oleh: Mohamad Ali bin Mohamad Taib SISC+ BAHASA MELAYU Nama Murid : _____. Tingkatan : _____. 1. LATIHAN 1. Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan BAHASA . Garis kesalahan BAHASA tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. 1) Jalan yang senyap itu jarang dilalui oleh pemandu kerana mereka berasa takut untuk melaluinya terutama pada waktu malam. _____. 2) Ahmad terlalu sayangkan emaknya yang sudah lanjut usia dan tinggal sendirian di kampung. _____. 3) Jambatan yang diperbuat daripada kayu itu usang amat dan tidak selamat untuk dilalui lagi.

2 LATIHAN 1 Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Garis kesalahan bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan.

Tags:

  Moulds, Bahasa, Latihan, Melayu, Modul latihan bahasa melayu pt3 pt3 t3

Information

Domain:

Source:

Link to this page:

Please notify us if you found a problem with this document:

Other abuse

Transcription of MODUL LATIHAN BAHASA MELAYU PT3 PT3 T3 - UPSR …

1 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH. SEBERANG PERAI UTARA. 13200 KEPALA BATAS, PULAU PINANG. MODUL LATIHAN . BAHASA MELAYU . PT3. Disediakan oleh: Mohamad Ali bin Mohamad Taib SISC+ BAHASA MELAYU Nama Murid : _____. Tingkatan : _____. 1. LATIHAN 1. Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan BAHASA . Garis kesalahan BAHASA tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. 1) Jalan yang senyap itu jarang dilalui oleh pemandu kerana mereka berasa takut untuk melaluinya terutama pada waktu malam. _____. 2) Ahmad terlalu sayangkan emaknya yang sudah lanjut usia dan tinggal sendirian di kampung. _____. 3) Jambatan yang diperbuat daripada kayu itu usang amat dan tidak selamat untuk dilalui lagi.

2 _____. 4) Ali berasa sungguh terkejut benar-benar ketika menerima surat tawaran pelantikan sebagai jurubahasa. _____. 5) Para pejuang kemerdekaan sentiasa dikenang oleh kerana jasa mereka yang sanggup berkorban nyawa demi kedaulatan tanah air. _____. 6) Ahmad sudah lama menetap di bandar sebaliknya dia masih bersikap kekampungan. _____. 7) Bilatah agaknya Mary akan berkunjung sini lagi kerana dia tinggal jauh di seberang laut. _____. 8) Semua jenis lauk-pauk yang dijual di warung kecil itu mahal-mahal belaka. _____. 9) Pemuda itu tidur berbantalkan di atas lengan kerana bilik tidurnya terkunci dari dalam. _____. 10) Beratus kenderaan masih tersadai di jalan raya kerana laluan utama terputus akibat kejadian banjir.

3 _____. 2. 11) Pejabat baharu Puan Shila terletak di antara pejabat pos dan rumah pangsa kos sederhana. _____. 12) Seniman telah melakonkan dalam beberapa buah filem bersama dengan biduanita Saloma. _____. 13) Persatuan Alam Sekitar akan mendermakan sebahagian dari wang yang diperoleh semasa jualan barang terpakai. _____. 14) Nyanyian peserta paling termuda dalam pertandingan itu mendapat tepukan yang amat gemuruh. _____. 15) Beberapa orang karyawan dari Unversiti Malaya sedang membentangkan kertas-kertas kerja mereka dalam seminar keilmuan itu. _____. 16) Rambut adik sungguh kusut-masai kerana tidak disikat dengan rapi. _____. 17) Kelvin mengemukakan sebuah pendapat yang bernas dalam sesi percambahan idea sebelum memulakan projek tersebut.

4 _____. 18) Kami akan perjelaskan perkara yang sebenar kepada pihak penganjur demi menjernihkan keadaan. _____. 19) Kerja-kerja pelebaran jalan itu mengambil masa selama tiga bulan untuk siap sepernuhnya. _____. 20) Encik Halim yang budiman itu telah bermurah hati untuk membiaya kos pembinaan rumah anak-anak yatim di kampung kami. _____. 3. LATIHAN 2. Betulkan kesalahan ejaan dalam jadual yang disediakan Bil Salah Betul Bil Salah Betul 1 mee 21 Ramadhan 2 keretapi 22 efisyen 3 juru ulas 23 cendiakawan 4 pensil 24 ibubapa 5 koewteow 25 karenah 6 taekwando 26 kolestrol 7 email 27 ambulan hospital 8 internet 28 lagenda 9 tengahari 29 pasaraya 10 nasionalisma 30 lanskap 11 cinggay 31 otomatik 12 setor 32 perabut 13 cop rasmi 33 spesis 14 pasca-merdeka 34 sekaligus 15 merbahaya 35 bowling 16 mengembeleng 36 tele perubatan 17 squash 37 stesyen 18 ko kurikulum 38 mempamirkan 19 nenas 39 1970 an 20 maksima 40 silaturrahim.

5 4. LATIHAN 3. Cerakinkan bahagian subjek dan predikat dalam ayat-ayat di bawah. 1. Penduduk kampung itu bergotong-royong membersihkan kawasan kediaman mereka. Subjek : _____. Predikat : _____. 2. Baju yang sudah dijahit itu belum diseterika oleh ibu saya. Subjek : _____. Predikat : _____. 3. Gadis yang senyum dengan saya tadi pernah bekerja di kedai kopi ayah Nora. Subjek : _____. Predikat : _____. 4. Anak Puan Wong yang bermain di padang itu tidak mahu pulang walaupun hari sudah senja. Subjek : _____. Predikat : _____. 5. Buku-buku cerita yang dipinjam oleh kakak masih belum dipulangkan lagi. Subjek : _____. Predikat : _____. 6. Adik menangis semahu-mahunya kerana ibu tidak memberikan wang kepadanya.

6 Subjek : _____. Predikat : _____. 7. Rumah kedai yang usang itu akan dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan. Subjek : _____. Predikat : _____. 8. Telah saya siapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Subjek : _____. Predikat : _____. 9. Sejak peristiwa itu, Andrew tidak bercakap bohong lagi dengan ibunya. Subjek : _____. Predikat : _____. 5. Tukarkan ayat biasa di bawah kepada ayat songsang. 1. Pelajar-pelajar kelas ini akan pergi berkelah ke Pulau Aman pada hari Ahad. _____. 2. Swee Kim membuka kedai runcit itu dengan pertolongan seorang rakan karibnya. _____. 3. Anak-anak Encik Ramu berjaya melanjutkan pelajaran mereka ke luar negeri. _____. 4. Shanty sudah memberitahu keluarga kamu tentang peristiwa yang berlaku di rumahnya?

7 _____. 5. Cadangan Ali untuk meneruskan projek itu telah dipersetujui oleh semua rakannya. _____. 6. Kain untuk membuat baju itu telah saya beli beberapa bulan yang lepas. _____. 7. Budak kecil itu menangis dengan kuat apabila Suresh mengejeknya di hadapan kami. _____. 8. Lagu permintaan yang baru diputarkan sebentar tadi ditujukan kepada siapa? _____. 9. Tin-tin kosong itu mesti kamu tanam supaya air tidak bertakung di dalamnya. _____. 10. Kamal dan Hafizi menjadi bertambah nakal sejak berpindah ke sekolah baharu. _____. 11. Masalah itu telah saya kemukakan kepada pengerusi dalam mesyuarat yang lalu. _____. 12. Pak Salleh menebas semak samun di belakang rumahnya dengan sebilah parang.

8 _____. 13. Anak Puan Anne jatuh tersungkur apabila dia dikejar anjing petang semalam. _____. 6. Tukarkan ayat songsang biasa di bawah kepada ayat biasa. 1. Sungguh bertuah Mei Chuen kerana keluarganya kaya dan bahagia. semalam. _____. 2. Tidak dapat saya lupakan pertolongan yang telah diberikan Edward kepada keluarga saya. _____. 3. Baru sampai rombongan lawatan sambil belajar anjuran Persatuan Sains sekolah kami. _____. 4. Kehujanan kami apabila hujan lebat turun dengan tidak berhenti-henti petang semalam. _____. 5. Baru pulang ayah dan emak dari kampung setelah menziarahi nenek. _____. 6. Dari manakah harimau putih yang terdapat di Zoo Negara itu berasal?

9 _____. 7. Dalam ujian bulan lalu, Cikgu Loga telah mengemukakan soalan-soalan yang sama. _____. 8. Semakin menjadi-jadi kes ponteng sekolah dalam kalangan pelajar sekolah menengah. _____. 9. Ke sekolah anak-anaknya pergi setiap petang untuk menjalani LATIHAN bola keranjang. _____. 10. Dengan sehelai kain putih yang bersih, emak membalut kaki adik yang berlumuran darah. _____. 11. Terpaut hatiku dengan kepandaian budak-budak kecil itu membuat persembahan boria. _____. 12. Dengan kuat aku menggosok baju itu supaya semua kesan kotoran tidak kelihatan lagi. _____. 13. Tertidur abangnya semasa membaca surat khabar di dalam biliknya petang semalam. _____. 7. Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah supaya menjadi ayat majmuk.

10 1. (a) Irene menyapu sampah. (b) Suzy mengelap tingkap. _____. 2. (a) Azli menjual nasi lemak. (b) Azli menjual kuih-muih. _____. 3. (a) Dia hendak ke Ipoh dengan bas? (b) Dia hendak ke Ipoh dengan kereta api? _____. 4. (a) Saya ingin membeli tilam yang murah. (b) Saya ingin membeli tilam yang selesa. _____. 5. (a) Nathan rajin mengulang kaji pelajaran. (b) Dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. _____. 6. (a) Buku ini sesuai untuk orang dewasa. (b) Buku ini sesuai untuk kanak-kanak. _____. 7. (a) Eng Wah tidak mendapat izin daripada bapanya. (b) Dia menyertai rombongan ke Gunung Ledang. _____. 8. (a) Motosikal tidak dapat dibelinya. (b) Basikal tidak dapat dibelinya.