Example: stock market

MS 1S0 9002 POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH

MS 1S0 9002. POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH. SEMAMBU. 25350 KUANTAN. (Tel. 09-5655300; Faks 09-5663104). BUKU PANDUAN pendaftaran . SESI DISEMBER 2017. Buku ini terdiri daripada 3 (TIGA) bahagian:- a) Maklumat Am b) Maklumat pendaftaran c) Borang-borang pendaftaran ARAHAN: 1. Baca dengan teliti semua maklumat yang terkandung di dalam buku ini, fahamkan dan ambil semua tindakan yang berkaitan dengan segera. 2. Lengkapkan semua borang-borang pendaftaran (HEP 1 HEP 6) dan borang-borang pendaftaran asrama yang disediakan (BHHP7, BHHP8 &. BHHP9 untuk yang ditawarkan asrama sahaja) yang disediakan. 3. Bawa buku ini dan borang-borang pendaftaran yang telah dilengkapkan pada hari pendaftaran . KANDUNGAN. PERKARA MUKA SURAT. Senarai Semak 3. A. Maklumat Am 4. 1. Panduan Untuk Ke Polisas 4. 2. Peringatan Sebelum pendaftaran 4. 3. Yuran Dan Bayaran Lain 4. 4. Kemudahan Tempat Tinggal 8. 5. Bantuan Kewangan 8. 6. Rupadiri 8. 7. Hal-Hal Lain 11. B. Maklumat pendaftaran 12. 1. Hari pendaftaran 12.

pendaftaran pelajar baharu program diploma politeknik sultan haji ahmad shah sesi jun 2018 tarikh : 24/06/2018 (ahad) 9.00pagi – 12.30tghari

Tags:

  Pendaftaran

Information

Domain:

Source:

Link to this page:

Please notify us if you found a problem with this document:

Other abuse

Transcription of MS 1S0 9002 POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH

1 MS 1S0 9002. POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH. SEMAMBU. 25350 KUANTAN. (Tel. 09-5655300; Faks 09-5663104). BUKU PANDUAN pendaftaran . SESI DISEMBER 2017. Buku ini terdiri daripada 3 (TIGA) bahagian:- a) Maklumat Am b) Maklumat pendaftaran c) Borang-borang pendaftaran ARAHAN: 1. Baca dengan teliti semua maklumat yang terkandung di dalam buku ini, fahamkan dan ambil semua tindakan yang berkaitan dengan segera. 2. Lengkapkan semua borang-borang pendaftaran (HEP 1 HEP 6) dan borang-borang pendaftaran asrama yang disediakan (BHHP7, BHHP8 &. BHHP9 untuk yang ditawarkan asrama sahaja) yang disediakan. 3. Bawa buku ini dan borang-borang pendaftaran yang telah dilengkapkan pada hari pendaftaran . KANDUNGAN. PERKARA MUKA SURAT. Senarai Semak 3. A. Maklumat Am 4. 1. Panduan Untuk Ke Polisas 4. 2. Peringatan Sebelum pendaftaran 4. 3. Yuran Dan Bayaran Lain 4. 4. Kemudahan Tempat Tinggal 8. 5. Bantuan Kewangan 8. 6. Rupadiri 8. 7. Hal-Hal Lain 11. B. Maklumat pendaftaran 12. 1. Hari pendaftaran 12.

2 2. Perkara-Perkara Yang Mesti Dibawa Pada Hari pendaftaran 12. 3. Pakaian Dan Rupadiri Semasa pendaftaran 13. 4. Prosedur pendaftaran 13. 5. Hal-Hal Lain 14. C. Borang-Borang pendaftaran 14. Lampiran 15. 2. pendaftaran PELAJAR BAHARU. PROGRAM DIPLOMA. POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD . SHAH SESI DISEMBER 2017. TARIKH : 19/11/2017 (AHAD). pendaftaran PELAJAR BAHARU. PROGRAM PRA DIPLOMA. POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD . SHAH SESI DISEMBER 2017. TARIKH : 27/11/2017 (ISNIN). 2. POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH. SENARAI SEMAK SEBELUM HADIR PADA HARI pendaftaran . Semak dan tandakan pada petak yang berkenaan sekiranya perkara-perkara berikut telah disediakan oleh anda, sebelum bertolak ke POLISAS untuk mendaftar diri. 1. Borang Jawapan Tawaran (BJT-JPP) yang mengandungi : Borang-Borang pendaftaran telah lengkap diisi i. HEP 1 : MAKLUMAT PERIBADI PELAJAR. ii. HEP 2 : LAPORAN PEMERIKSAAN DOKTOR. iii. HEP 3 : KEBENARAN UNTUK RAWATAN PEMBEDAHAN. iv. HEP 4 : IKRAR PELAJAR DAN LEPAS TANGGUNG. v.

3 HEP 5 : AKUAN PELAJAR. vi. HEP 6 : AKU JANJI PELAJAR. vii. BHHP7* : JAMINAN TATATERTIB KAMSIS (dua salinan). viii. BHHP8* : PERSETUJUAN PELAJAR TINGGAL 3/5 ORANG SE BILIK. ix. BHHP9* : IKRAR KAMSIS. *BHHP7-9 adalah bagi pelajar yang ditawarkan asrama sahaja. Salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan bagi tujuan permohonan pinjaman/biasiswa Dokumen/slip cetakan pendaftaran on-line SPMP. 2. Salinan Slip Bayaran Yuran Pengajian berjumlah Salinan Slip Bayaran Yuran Asrama berjumlah Slip Wang Tunai Masuk BANK ISLAM BERHAD untuk Bayaran pendaftaran /Pelbagai & MTS. 3. Gambar warna terbaru (berukuran pasport) 8 keping (Rujuk Maklumat pendaftaran M/S10 item untuk spesifikasi gambar). A. MAKLUMAT AM. Baca dengan teliti maklumat/arahan berikut dan sila ambil tindakan yang sewajarnya agar urusan pendaftaran anda berjalan lancar dan anda dapat memulakan pengajian di POLISAS. dengan selesa. 1. PANDUAN UNTUK KE POLISAS. Sila rujuk pelan lokasi POLISAS yang disertakan di muka belakang Buku Panduan ini (Lampiran).

4 Peringatan penting bagi pelajar yang datang dengan kenderaan sendiri, sila perhatikan tanda arah meletak kenderaan yang disediakan oleh pihak POLITEKNIK . 2. PERINGATAN SEBELUM pendaftaran . a. Kementerian Pendidikan Tinggi juga berhak MENARIK BALIK tawaran kemasukan ke POLITEKNIK ini sekiranya terdapat percanggahan maklumat di antara dokumen asal dengan maklumat yang telah anda berikan semasa memohon ke POLITEKNIK . b. Lengkapkan semua borang pendaftaran (Borang HEP & BHHP) sebelum diserahkan kepada POLISAS semasa melapor diri. 3. YURAN & BAYARAN LAIN. Semua pelajar PERLU membuat bayaran di bank berkenaan sebelum melapor diri pada hari yang telah ditetapkan. Pembayaran di kaunter pendaftaran secara tunai pada hari pendaftaran tidak dibenarkan. SILA AMBIL PERHATIAN. Bayaran boleh dibuat mulai 30/10/2017. Jumlah bayaran adalah seperti jadual di muka surat sebelah. a. Pelajar perlu membuat 3 (tiga) jenis bayaran meliputi Bayaran 1 iaitu Yuran Pengajian, Bayaran 2 iaitu Yuran Asrama (jika ditawarkan) dan Bayaran 3 iaitu pendaftaran /Pelbagai.

5 Sila rujuk jadual di muka surat selanjutnya. b. Dokumen Pembayaran perlu dibawa dan ditunjukan sebagai bukti semasa melapor diri nanti. Anda tidak boleh didaftarkan sebagai pelajar POLITEKNIK sekiranya gagal menjelaskan sebarang bayaran. Semua pembayaran dalam bentuk Tunai, Cek, Kiriman Wang (Money Order), Wang Pos (Postal Order) dan Draf Bank tidak akan diterima. c. Pelajar yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta, DIMESTIKAN membawa satu salinan surat atau salinan dokumen dari pihak penaja hendaklah diposkan / difaxkan ke POLISAS dengan segera ditalian 09-5663104 untuk membenarkan calon mendaftar secara atas talian (on-line). Surat atau dokumen asal penaja hendaklah dibawa bersama semasa melapor. Pelajar yang tidak ditanggung oleh penaja atau dalam proses permohonan, hendaklah menjelaskan bayaran seperti biasa. NOTA : Para pelajar yang telah mendaftar tetapi menarik diri selepas itu tidak akan dikembalikan yuran pengajian dan bayaran pendaftaran mereka.

6 2. KADAR BAYARAN YURAN PELAJAR BAHARU KURSUS DIPLOMA DAN PRA DIPLOMA. (LULUSAN SPM, SIJIL POLITEKNIK , SIJIL MODULAR KOLEJ KOMUNITI, SIJIL IKM, SIJIL KEMAHIRAN.). KURSUS DKA, DSB, DGU, IPP, IPS CARA BAYARAN. DEE, DTK, DEP, DKM, DAD, DAT, DSK, DBS, DLS, DTM, DMH. YURAN PENGAJIAN Mesin ATM / Mesin Cash Deposit di BANK ISLAM (M). BERHAD (BIMB). *RUJUK KAEDAH BAYARAN. YURAN PENGAJIAN/ASRAMA. YURAN ASRAMA Mesin ATM / Mesin Cash (JIKA DITAWARKAN) Deposit di BANK ISLAM (M). BERHAD (BIMB). *RUJUK KAEDAH BAYARAN. YURAN PENGAJIAN/ASRAMA. YURAN Bank-in ke dalam akaun pendaftaran nombor 06082010020571. atas nama Koperasi POLITEKNIK SULTAN Haji AHMAD Shah Kuantan Berhad di BANK ISLAM (M) BERHAD. (BIMB). *RUJUK KAEDAH MEMBAYAR. BAYARAN pendaftaran . *PERINGATAN : 1) BAYARAN YURAN PENGAJIAN DAN YURAN ASRAMA DILAKUKAN DALAM 2 TRANSAKSI YANG. BERBEZA TETAPI KAEDAH BAYARAN YANG SAMA. 2) PASTIKAN ANDA MENDAPAT 2 RESIT YANG BERBEZA BAGI PEMBAYARAN YURAN. PENGAJIAN DAN ASRAMA. 3) SILA RUJUK KAEDAH BAYARAN YURAN PENGAJIAN/ASRAMA DI HALAMAN SETERUSNYA.

7 4) JANGAN MASUKKAN KESEMUA BAYARAN YURAN KE DALAM AKAUN YURAN pendaftaran . BAGI MEMUDAHKAN PROSES pendaftaran ANDA. Nama Kursus : DKA Diploma Kejuruteraan Awam (DA001) DSK Diploma Sains Kesetiausahaan (DP007). DSB Diploma Seni Bina (DA005) DBS Diploma Sistem Maklumat Perniagaan (DP013). DGU Diploma Geomatik (DA010) DLS Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan (DP010). DEE Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (DE007) DTM Diploma Teknologi Makanan (DT001). DKM Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DM001) DMH - Diploma Teknologi Makanan (Pengurusan Halal) (DT002). IPP Pra Diploma Perdagangan (PP001) IPS Pra Diploma Sains (PS001). DAD Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) (DM002) DAT Diploma Akauntansi (DP001). NOTA : Para pelajar yang telah mendaftar tetapi menarik diri selepas itu tidak akan dikembalikan yuran dan bayaran pendaftaran mereka. 3. KAEDAH MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN/ASRAMA DI BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB). Semua pelajar POLITEKNIK KPT (pelajar baru dan senior) diwajibkan membuat pembayaran yuran pengajian / yuran asrama di mana-mana cawangan Bank Islam (M) adalah Nama Bank bagi pembayaran Yuran Pengajian dan Yuran Kamsis (Asrama): Nama Bank : BANK ISLAM (M) BERHAD (BIMB).

8 Bayaran tersebut hanya boleh dibuat melalui saluran berikut: a. Perkhidmatan Mesin ATM BIMB. b. Perkhidmatan Mesin Cash Deposit (CDM) BIMB. A PERKHIDMATAN MESIN ATM BANK ISLAM. 1. Pilih menu LAIN-LAIN. 2. Pilih menu PEMBAYARAN BIL / YURAN IPT. 3. Pilih menu YURAN IPT. 4. Pilih Akaun Pembayar ( akaun yang akan didebit ). 5. Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar 6. Pilih Bil yang ingin dibayar 7. Sahkan amaun yang ingin dibayar 8. Transaksi selesai dan ambil Resit B PERKHIDMATAN MESIN CASH DEPOSIT (CDM) BANK ISLAM. 1. Pilih menu YURAN IPT. 2. Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar 3. Pilih POLITEKNIK KPT. 4. Sahkan data dan masukkan wang 5. Sahkan jumlah kemasukkan wang 6. Transaksi selesai dan ambil Resit 4. KAEDAH MEMBAYAR BAYARAN pendaftaran /PELBAGAI DI BANK ISLAM (BIMB). Berikut adalah Nama Bank, Nama Akaun dan No. Akaun Bank bagi pembayaran Bayaran Yuran pendaftaran : Nama Bank : BANK ISLAM (M) BERHAD (BIMB). No. Akaun : 06082010020571. Nama Organisasi : KOPERASI POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH.

9 KUANTAN BERHAD. Kaedah pembayaran Bayaran pendaftaran hendaklah dibuat melalui Perkhidmatan Bayaran di Kaunter Bank sahaja di mana-mana kaunter cawangan BANK ISLAM. (M) BERHAD (BIMB) dengan melengkapkan Borang Slip Pembayaran wang tunai masuk. Bayaran Yuran pendaftaran juga boleh dibuat Mesin ATM/CDM dengan memasukkan nombor akaun seperti di atas. Sila pastikan anda mendapat slip bayaran selepas membuat bayaran. *Sila Ambil Perhatian Bayaran Yuran Pengajian dan pendaftaran adalah akaun yang berbeza. Sila baca maklumat panduan pembayaran dengan teliti sebelum membuat bayaran. 5. 4. KEMUDAHAN TEMPAT TINGGAL. Tempat kediaman di KAMSIS POLISAS adalah terhad. Pelajar dapat mengetahui sama ada mereka mendapat KAMSIS/ASRAMA atau tidak dengan mencetak maklumat bayaran di laman web (RUJUK TATACARA pendaftaran ONLINE). Jika anda ditawarkan asrama dan menerima tawaran tersebut, semasa mendaftar di KAMSIS. POLISAS sila bawa: a. Kain selimut. b. Kain cadar untuk tilam berukuran 1m x 2m (2 helai).

10 C. Bantal dan sarung bantal. d. Baju Melayu (lengkap dan bersampin) bagi pelajar lelaki beragama Islam. e. Pakaian sukan kasut, seluar trek bewarna BIRU GELAP/HITAM, baju-T dlln. f. Pakaian harian secukupnya (rujuk Bahagian 6 Rupadiri, untuk pakaian ke kuliah). g. 1 keping gambar berukuran pasport. h. Borang BHHP7 (2 salinan), BHHP8 dan BHHP9 yang diisi dengan lengkap. i. 1 bakul sampah, 1 penyapu, 1 cermin muka, dan 1 baldi untuk kegunaan anda semasa di kamsis. j. Kasut kulit/kanvas bewarna hitam. PELAJAR YANG MENDAPAT TAWARAN ASRAMA TIDAK DIBENARKAN MEMBAWA. KENDERAAN SEPANJANG PENGAJIAN. 5. BANTUAN KEWANGAN. POLISAS TIDAK menjamin sebarang bantuan biasiswa/pinjaman kewangan kepada pelajar. Tawaran biasiswa/pinjaman adalah di luar bidang kuasa POLITEKNIK . Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk menyediakan wang perbelanjaan secukupnya untuk sara hidup, pengangkutan, alatan pembelajaran, buku dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut sila rujuk surat berkaitan (Surat Maklumat Pinjaman/Biasiswa PTPTN).


Related search queries