Example: quiz answers

NO. DOKUMEN - dosh.gov.my

NO. DOKUMEN : GARIS PANDUAN PENDAFTARAN PINDAAN : JKKP DP PENYELIA KESELAMATAN TAPAK BINA. 127/379/2/4-40 01/2013. KANDUNGAN. Muka Surat Pengenalan 2. Tujuan 3. Takrif 3. Pendaftaran penyelia keselamatan tapak bina 4. Kelayakan pendaftaran 4. DOKUMEN permohonan 4. Permohonan pendaftaran 5. Perakuan pendaftaran 6. Tempoh pendaftaran 6. Pembatalan pendaftaran 6. Pembaharuan pendaftaran 7. Borang A Pendaftaran penyelia keselamatan tapak bina 8. Borang B Pemeriksaan perubatan 9. Muka surat 1 / 11. NO. DOKUMEN : GARIS PANDUAN PENDAFTARAN PINDAAN : JKKP DP PENYELIA KESELAMATAN TAPAK BINA. 127/379/2/4-40 01/2013. PENGENALAN. Di bawah Peraturan 25(1), Peraturan-Peraturan Kilang Dan Jentera (Kendalian Bangunan Dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986 [BOWEC], kontraktor utama hendaklah melantik penyelia keselamatan tapak bina bagi menjalankan penyeliaan keselamatan keatas aktiviti pembinaan yang dijalankan di tapak bina.

muka surat 1 / 11 no. dokumen : jkkp dp 127/379/2/4-40 garis panduan pendaftaran penyelia keselamatan tapak bina pindaan : 01/2013 kandungan muka surat

Information

Domain:

Source:

Link to this page:

Please notify us if you found a problem with this document:

Other abuse

Transcription of NO. DOKUMEN - dosh.gov.my

1 NO. DOKUMEN : GARIS PANDUAN PENDAFTARAN PINDAAN : JKKP DP PENYELIA KESELAMATAN TAPAK BINA. 127/379/2/4-40 01/2013. KANDUNGAN. Muka Surat Pengenalan 2. Tujuan 3. Takrif 3. Pendaftaran penyelia keselamatan tapak bina 4. Kelayakan pendaftaran 4. DOKUMEN permohonan 4. Permohonan pendaftaran 5. Perakuan pendaftaran 6. Tempoh pendaftaran 6. Pembatalan pendaftaran 6. Pembaharuan pendaftaran 7. Borang A Pendaftaran penyelia keselamatan tapak bina 8. Borang B Pemeriksaan perubatan 9. Muka surat 1 / 11. NO. DOKUMEN : GARIS PANDUAN PENDAFTARAN PINDAAN : JKKP DP PENYELIA KESELAMATAN TAPAK BINA. 127/379/2/4-40 01/2013. PENGENALAN. Di bawah Peraturan 25(1), Peraturan-Peraturan Kilang Dan Jentera (Kendalian Bangunan Dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986 [BOWEC], kontraktor utama hendaklah melantik penyelia keselamatan tapak bina bagi menjalankan penyeliaan keselamatan keatas aktiviti pembinaan yang dijalankan di tapak bina.

2 Antara tugas penyelia keselamatan tapak bina adalah - a) memeriksa dan memperbaiki mana-mana keadaan tidak selamat di tapak bina;. b) membetulkan mana-mana amalan tidak selamat;. c) memeriksa kerja-kerja sub-kontraktor untuk memastikan bahawa Akta dan Peraturan-Peraturan yang dibuat di bawahnya dipatuhi; dan d) berhubung terus dengan penyelia keselamatan kontraktor berkenaan dengan keselamatan bekerja yang dijalankan oleh sub-kontraktor. Di bawah Peraturan 25(2) Peraturan BOWEC telah menetapkan bahawa penyelia keselamatan tapak bina hendaklah seorang yang kompeten untuk melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan dalam subperaturan (3) dan (4), dan mempunyai kelayakan yang diluluskan oleh Ketua Pemeriksa dan berpengalaman sekurang- kurangnya selama dua tahun sebagai formen tapak bina.

3 Ketua Pemeriksa ialah Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Sehubungan dengan itu, bagi menetapkan kompetensi penyelia keselamatan tapak bina, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah memutuskan bahawa penyelia keselamatan tapak bina hendaklah seseorang yang telah berjaya menamatkan kursus penyelia keselamatan tapak bina yang dijalankan oleh pusat pengajar yang berdaftar dengan JKKP, dan telah lulus peperiksaan yang dijalankan Muka surat 2 / 11. NO. DOKUMEN : GARIS PANDUAN PENDAFTARAN PINDAAN : JKKP DP PENYELIA KESELAMATAN TAPAK BINA. 127/379/2/4-40 01/2013. oleh Institut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) atau institusi yang diiktiraf oleh JKKP, dan berdaftar dengan JKKP.

4 TUJUAN. Garis panduan ini bertujuan untuk memberi penerangan mengenai prosedur dan syarat pendaftaran dengan JKKP sebagai penyelia keselamatan tapak bina. TAKRIF. Penyelia keselamatan tapak bina Penyelia keselamatan tapak bina adalah penyelia keselamatan tapak bina yang berdaftar dengan JKKP. Pusat pengajar Syarikat atau organisasi yang mengendalikan kursus kompetensi untuk penyelia keselamatan tapak bina yang berdaftar dengan JKKP. Tapak bina Tapak bina adalah kendalian bangunan dan/atau kerja-kerja binaan kejuruteraan. Muka surat 3 / 11. NO. DOKUMEN : GARIS PANDUAN PENDAFTARAN PINDAAN : JKKP DP PENYELIA KESELAMATAN TAPAK BINA. 127/379/2/4-40 01/2013. PENDAFTARAN PENYELIA KESELAMATAN TAPAK BINA.

5 Kelayakan pendaftaran Seseorang yang ingin mendaftar sebagai penyelia keselamatan tapak bina hendaklah - a) warganegara Malaysia yang mempunyai sekurang-kurangnya diploma dalam bidang kejuruteraan atau arkitek atau bidang berkaitan pembinaan, dan telah menghadiri kursus penyelia keselamatan tapak bina di pusat pengajar yang berdaftar dengan JKKP, dan telah lulus peperiksaan penyelia keselamatan tapak bina yang dikendalikan oleh NIOSH atau institusi yang diiktiraf oleh JKKP; atau b) warganegara Malaysia yang mempunyai sekurang-kurangnya dua tahun pengalaman sebagai penyelia tapak bina atau formen tapak bina, dan telah menghadiri kursus penyelia keselamatan tapak bina di pusat pengajar yang berdaftar dengan JKKP, dan telah lulus peperiksaan penyelia keselamatan tapak bina yang dikendalikan oleh NIOSH atau institusi yang diiktiraf oleh JKKP.

6 C) warganegara Malaysia yang telah mempunyai sekurang-kurangnya sepuluh tahun pengalaman sebagai penyelia tapak bina atau formen tapak bina; dan telah lulus peperiksaan penyelia keselamatan tapak bina yang dikendalikan oleh NIOSH atau institusi yang diiktiraf oleh JKKP;. d) seseorang yang telah lulus peperiksaan pegawai keselamatan dan kesihatan (SHO), dan mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya dua belas (12). bulan dalam bidang pembinaan; atau menghadiri bagi modul 6 (occupational safety) bagi kursus SSS; atau menghadiri kursus penyelia tapak bina (site supervisor) yang dijalankan oleh CIDB;. Muka surat 4 / 11. NO. DOKUMEN : GARIS PANDUAN PENDAFTARAN PINDAAN : JKKP DP PENYELIA KESELAMATAN TAPAK BINA.

7 127/379/2/4-40 01/2013. e) seseorang yang mempunyai sekurang-kurangnnya diploma keselamatan dan kesihatan pekerjaan atau yang setaraf dengannya dari mana-mana badan professional atau institusi yang diluluskan oleh Jabatan, dan mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya enam (6) bulan dalam bidang pembinaan; atau menghadiri bagi modul 6 (construction safety) bagi kursus SSS. f) warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan lain yang diiktiraf oleh Jabatan. DOKUMEN permohonan Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan maklumat seperti berikut - a) borang pendaftaran yang lengkap (Borang A);. b) salinan sijil hadir kursus penyelia keselamatan tapak bina daripada pusat pengajar yang berdaftar dengan JKKP.

8 C) salinan sijil lulus peperiksaan penyelia keselamatan tapak bina daripada NIOSH atau institusi yang diiktiraf oleh JKKP;. d) salinan diploma beserta transkrip;. e) dua keping gambar terkini berwarna berukuran passport;. f) salinan kad pengenalan;. g) surat pengesahan pemeriksaan kesihatan(Borang B); dan h) surat pengesahan pengalaman kerja dan senarai tugas sebagai penyelia tapak bina atau formen tapak bina daripada majikan. Muka surat 5 / 11. NO. DOKUMEN : GARIS PANDUAN PENDAFTARAN PINDAAN : JKKP DP PENYELIA KESELAMATAN TAPAK BINA. 127/379/2/4-40 01/2013. Nota: Surat pengesahan jawatan daripada semua majikan sama ada bekas majikan atau majikan sekarang juga perlu disertakan sebagai bukti pengalaman tersebut.

9 Salinan sijil berkaitan hendaklah disahkan oleh pegawai kerajaan kumpulan pengurusan dan profesional, atau kemukakan sijil asal beserta dengan salinan kepada JKKP untuk pengesahan. Permohonan pendaftaran Pendaftaran penyelia keselamatan tapak bina diproses oleh Bahagian Keselamatan Industri. Setiap permohonan pendaftaran hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Bahagian Keselamatan Industri. Perakuan pendaftaran Perakuan pendaftaran sebagai penyelia keselamatan tapak bina akan dikeluarkan oleh Pengarah Bahagian Keselamatan Industri kepada setiap pemohon yang telah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Tempoh pendaftaran Pendaftaran sebagai penyelia keselamatan tapak bina adalah sah bagi tempoh selama tiga (3) tahun dari tarikh pendaftaran, melainkan jika ia dibatalkan terlebih dahulu di bawah perkara Muka surat 6 / 11.

10 NO. DOKUMEN : GARIS PANDUAN PENDAFTARAN PINDAAN : JKKP DP PENYELIA KESELAMATAN TAPAK BINA. 127/379/2/4-40 01/2013. Pembatalan pendaftaran Ketua Pengarah JKKP boleh menggantung atau membatalkan pendaftaran seseorang penyelia keselamatan tapak bina jika dia mendapati bahawa penyelia keselamatan tapak bina itu - a) telah disabitkan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta Kilang dan Jentera 1967 dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya; atau b) telah dilantik oleh majikan sebagai penyelia keselamatan tapak bina tetapi didapati telah gagal menjalankan tanggungjawab dan kewajipan sebagai penyelia keselamatan tapak bina; atau Pembaharuan pendaftaran Permohonan untuk pembaharuan pendaftaran hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Keselamatan Industri sekurang-kurangnya dua (2) bulan sebelum tamat tempoh dengan mengemukakan butiran seperti berikut - a) perakuan pendaftaran.


Related search queries