Example: tourism industry

NOTIS PENTING - asnb.com.my

NOTIS PENTING . Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), selaku pengurus kepada AMANAH SAHAM. BUMIPUTERA (ASB) dan bagi pihak pemegang amanah, AmanahRaya Trustees Berhad ( Pemegang Amanah ), ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa pihak ASNB. telah mengenal pasti bahawa terdapat aplikasi internet di Google Play Store di bawah nama ASB PNB ASNB , dan ASB Kalkulator ( Aplikasi ) yang menyalahgunakan nama dan logo ASB iaitu salah satu tabung unit amanah di bawah pengurusan ASNB. ASNB. adalah anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Aplikasi tersebut memberikan tanggapan bahawa ia adalah aplikasi rasmi bagi pihak PNB. dan ASB dan kononnya menawarkan perkhidmatan semakan informasi ASB, ASNB dan PNB.

03-2057 3000 www.asnb.com.my Amanah Saham Nasional Berhad (47457-V) • Anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (38218-X) NOTIS PENTING

Information

Domain:

Source:

Link to this page:

Please notify us if you found a problem with this document:

Other abuse

Transcription of NOTIS PENTING - asnb.com.my

1 NOTIS PENTING . Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), selaku pengurus kepada AMANAH SAHAM. BUMIPUTERA (ASB) dan bagi pihak pemegang amanah, AmanahRaya Trustees Berhad ( Pemegang Amanah ), ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa pihak ASNB. telah mengenal pasti bahawa terdapat aplikasi internet di Google Play Store di bawah nama ASB PNB ASNB , dan ASB Kalkulator ( Aplikasi ) yang menyalahgunakan nama dan logo ASB iaitu salah satu tabung unit amanah di bawah pengurusan ASNB. ASNB. adalah anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Aplikasi tersebut memberikan tanggapan bahawa ia adalah aplikasi rasmi bagi pihak PNB. dan ASB dan kononnya menawarkan perkhidmatan semakan informasi ASB, ASNB dan PNB.

2 Pihak ASNB tidak mempunyai pengetahuan dan tidak pernah terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan Aplikasi tersebut. Logo PNB, ASB dan ASNB yang tertera di laman Aplikasi tersebut di Google Play Store juga telah digunakan tanpa kebenaran ASNB. Sehubungan dengan itu, pihak ASNB ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa Aplikasi ini dan isi kandungan yang dinyatakan di dalam Aplikasi tersebut adalah tidak diiktiraf dan ia beroperasi tanpa pengetahuan dan kebenaran dari pihak Pemegang Amanah, ASNB dan PNB. Pemegang Amanah, ASNB dan PNB tidak mempunyai sebarang hubung kait dengan Aplikasi ini dan isi kandungan yang dinyatakan di dalam Aplikasi tersebut. Dengan ini, ADALAH DIMAKLUMKAN bahawa pihak Pemegang Amanah, ASNB, PNB dan ejen-ejen dilantik oleh ASNB tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang dialami oleh mana-mana pihak akibat daripada maklumat atau kenyataan di dalam Aplikasi tersebut.

3 Mana-mana pihak yang mempunyai pengetahuan tentang pengendalian Aplikasi ini atau mengenai pengendali Aplikasi tersebut, sila hubungi ASNB di talian 03-2057 3000. Terima kasih. AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD. Pengurus Amanah Saham Bumiputera (ASB). 03-2057 3000 Amanah Saham Nasional Berhad (47457-V) Anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (38218-X).


Related search queries