Example: barber

PANDUAN PENENTUAN MAKANAN HALAL MENURUT …

PANDUAN PENENTUAN MAKANAN HALAL MENURUT PANDANGAN ULAMA SERTA KESANNYA TERHADAP IKS MUSLIM DI MALAYSIA Oleh: AZMAN AB RAHMAN PENSYARAH FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA ABSTRAK MAKANAN merupakan di antara perkara yang penting yang dititik beratkan oleh Islam terhadap umat Islam. Dewasa ini kita dapat melihat dan mendengar pelbagai isu yang berkaitan dengan pemakanan. Di antara isu pemakanan yang sentiasa menjadi perbualan antara masyarakat di Malaysia adalah pembongkaran pemprosesan sosej yang bersalutkan usus khinzir. Pembongkaran ini telah membuka mata masyarakat tentang berapa pentingnya pengetahuan tentang sumber pemakanan yang dimakan selama ini. Pihak pihak tertentu seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Kementerian Hal Ehwal dalam Negeri serta pihak yang berkenaan telah mengambil inisiatif bagi memastikan MAKANAN , ubat-ubatan, kosmetik yang digunakan oleh masyarakat Islam di Malaysia benar-benar HALAL dan dibenarkan oleh Syarak.

haram. Binatang tersebut seperti anjing, babi, serigala, beruang, kucing, gajah, singa, harimau bintang dan seumpamanya. Manakala burung yang haram dimakan ialah yang mempunyai kuku yang kuat dan boleh melukakan seperti burung helang dan burung rajawali. Prinsip ketiga: Semua jenis binatang yang sunat dibunuh adalah haram dimakan.

Tags:

  Haram

Information

Domain:

Source:

Link to this page:

Please notify us if you found a problem with this document:

Other abuse

Transcription of PANDUAN PENENTUAN MAKANAN HALAL MENURUT …

1 PANDUAN PENENTUAN MAKANAN HALAL MENURUT PANDANGAN ULAMA SERTA KESANNYA TERHADAP IKS MUSLIM DI MALAYSIA Oleh: AZMAN AB RAHMAN PENSYARAH FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA ABSTRAK MAKANAN merupakan di antara perkara yang penting yang dititik beratkan oleh Islam terhadap umat Islam. Dewasa ini kita dapat melihat dan mendengar pelbagai isu yang berkaitan dengan pemakanan. Di antara isu pemakanan yang sentiasa menjadi perbualan antara masyarakat di Malaysia adalah pembongkaran pemprosesan sosej yang bersalutkan usus khinzir. Pembongkaran ini telah membuka mata masyarakat tentang berapa pentingnya pengetahuan tentang sumber pemakanan yang dimakan selama ini. Pihak pihak tertentu seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Kementerian Hal Ehwal dalam Negeri serta pihak yang berkenaan telah mengambil inisiatif bagi memastikan MAKANAN , ubat-ubatan, kosmetik yang digunakan oleh masyarakat Islam di Malaysia benar-benar HALAL dan dibenarkan oleh Syarak.

2 Kertas kerja ini bertujuan untuk menghuraikan isu pemakanan MENURUT perspektif Islam di samping PANDUAN PENENTUAN MAKANAN HALAL MENURUT pandangan ulama. Penjelasan ini amat penting kerana ianya akan memberi kesan terhadap hala tuju perkembangan Industri Kecil Sederhana Muslim di Malaysia. Diharapkan kertas kerja ini dapat menjelaskan sedikit sebanyak kedudukan hukum MAKANAN HALAL dan haram yang terdapat di Malaysia dan menjadi PANDUAN kepada pihak-pihak tertentu dalam menentukan kehalalan satu-satu produk itu. DEFINISI MAKANAN MENURUT istilah bahasa Arab MAKANAN diistilahkan sebagai at imat iaitu jamak kepada to am yang bermaksud merasai sesuatu sama ada manis, pahit, masam, masin dan sebagainya. (Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi 2000). Manakala MENURUT Kamus Dewan MAKANAN didefinisikan sebagai apa sahaja yang boleh dimakan seperti nasi, roti dan lain-lain (Kamus Dewan 2002). Makan juga boleh diertikan sebagai memamah atau mengunyah sesuatu benda yang bukan berbentuk umumnya, makan pada kebiasaannya ditujukan kepada perbuatan memakan MAKANAN yang berketul, berbiji, berbuku, yang boleh dikunyah seperti nasi, roti, buah-buahan dan seumpamanya.

3 (Mohamed Jusuh 1986) 1 MENURUT definisi ilmu sains MAKANAN boleh didefinisikan sebagai apa sahaja sama ada pepejal, cecair atau di antara kedua-duanya yang mempunyai komposisi kimia yang tersendiri dan apabila dimakan ia akan menjalankan beberapa tugas seperti menyediakan bahan-bahan untuk tumbesaran, memelihara dan membina tisu-tisu badan dan sebagainya. (Krause dan Mahan 1972) DEFINISI MAKANAN HALAL Terdapat beberapa garis PANDUAN untuk menentukan definisi MAKANAN HALAL ia adalah seperti berikut: a)Bukanlah terdiri daripada atau terkandung di dalamnya apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh hukum syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut hukum syarak. b)Tidaklah terkandung di dalamnya apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut hukum syarak. c)Tidaklah disedia, diproses atau di kilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut hukum syarak.

4 D) Tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa MAKANAN yang tidak memenuhi kehendak garis PANDUAN a, b, dan atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut hukum syarak. ( ) PRINSIP MAKANAN HALAL DAN haram Terdapat tiga prinsip untuk menentukan HALAL atau haramnya MAKANAN mengikut ayat 145 dalam surah al-An am, ayat 157 dalam surah A araf dan ayat 4 dalam surah al-Maidah seperti berikut: (Zulkifli Mohamed al-Bakri 2005) 2 Prinsip Pertama: Semua binatang yang dianggap elok oleh orang arab semasa hidup senang, dan pada zaman Rasullullah HALAL . Berdasarkan prinsip tersebut antara binatang yang HALAL ialah: 1- Semua jenis ikan yang hidup di dalam laut walau apapun namanya. Hal yang demikian kerana binatang tersebut dianggap elok oleh orang arab, 2- Binatang ternakan iaitu unta, lembu, biri-biri, kambing, seladang, kijang, arnab dan lain-lain yang dianggap elok oleh orang arab yang kemudiannya diakui HALAL oleh syarak.

5 Prinsip Kedua: Semua binatang buas yang mempunyai taring yang kuat untuk menangkap mangsa adalah haram . Binatang tersebut seperti anjing, babi, serigala, beruang, kucing, gajah, singa, harimau bintang dan seumpamanya. Manakala burung yang haram dimakan ialah yang mempunyai kuku yang kuat dan boleh melukakan seperti burung helang dan burung rajawali. Prinsip ketiga: Semua jenis binatang yang sunat dibunuh adalah haram dimakan. Binatang tersebut seperti ular, kala jengking, gagak, tikus dan semua binatang yang memudharatkan. PANDANGAN ULAMA TERHADAP PENENTUAN MAKANAN HALAL Ulama banyak membincangkan isu pemakanan berdasarkan surah al-Maidah ayat 3 yang menyebut tentang binatang-binatang yang diharamkan secara terperinci dengan menetapkan 10 jenis binatang yang haram . Ayat ini menjadi PANDUAN dalam menentukan 3kehalalan sesuatu MAKANAN dan produk disamping ayat-ayat lain yang hanya menjelaskannya secara umum yang menetapkan 4 jenis binatang yang haram .

6 Allah berfirman dalam surah al-Maidah ayat 3: Yang bermaksud: Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya) dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi dan yang mati ditanduk dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya) dan yang disembelih atas nama berhala dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah.

7 Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah dia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Ringkasnya: Secara umumnya binatang yang diharamkan untuk dimakan itu ada empat jenis, dan secara terperincinya sebanyak sepuluh jenis iaitu: (Yusuf al-Qardhawi 1993 dan al-Ghazali 2000) MAKANAN Pertama: Bangkai Bangkai iaitu binatang yang mati dengan sendirinya tanpa ada suatu usaha manusia yang memang sengaja disembelih atau dengan berburu.

8 4 MAKANAN Kedua: Darah Yang Mengalir Ibnu Abbas pernah ditanya tentang limpa (thihal), maka jawab beliau: Makanlah! Orang-orang kemudian berkata: Itu kan darah. Maka jawab Ibnu Abbas: Darah yang diharamkan atas kamu hanyalah darah yang mengalir. MAKANAN Ketiga: Daging Babi Daging babi telah diharamkan kerana MAKANAN babi itu yang kotor-kotor dan najis. Maka tepatlah apa yang ditegaskan Allah dalam firmannya yang bermaksud : "Dan Allah mengharamkan atas mereka yang kotor-kotor." (al-A'raf: 156) MAKANAN Keempat: Binatang Yang Disembelih Bukan kerana Allah Binatang yang disembelih bukan kerana Allah, iaitu binatang yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah, misalnya nama berhala Kaum penyembah berhala (watsaniyyin) dahulu apabila hendak menyembelih binatang, mereka menyebut nama-nama berhala mereka seperti Laata dan Uzza. Ini bererti suatu taqarrub kepada selain Allah dan menyembah kepada selain asma' Allah yang Maha Besar.

9 Jadi sebab (illah) diharamkannya binatang yang disembelih bukan kerana Allah di sini ialah semata-mata illah agama, dengan tujuan untuk melindungi aqidah tauhid,dan kemurnian aqidah. Kesimpulannya hanya empat jenis binatang dan MAKANAN sahaja yang disebutkan di atas tetapi diperincikan dalam surah al-Maidah ayat 3 dengan ditambah enam jenis lagi yang menjadikan jumlah keseluruhannya adalah 10 jenis seperti dibawah: MAKANAN Kelima:Al-Munkhaniqah Al-Munkhaniqah iaitu binatang yang mati kerana dicekik, baik dengan cara menghimpit leher binatang tersebut ataupun meletakkan kepala binatang pada tempat yang sempit dan sebagainya sehingga binatang tersebut mati. 5 MAKANAN Keenam: Al-Mauqudzah Al-Mauqudzah iaitu binatang yang mati kerana dipukul dengan tongkat dan sebagainya. MAKANAN Ketujuh: Al-Mutaraddiyah Al-Mutaraddiyah iaitu binatang yang jatuh dari tempat yang tinggi sehingga mati. Yang seperti ini ialah binatang yang jatuh dalam perigi.

10 MAKANAN Kelapan: An-Nathihah An-Nathihah iaitu binatang yang ditanduk oleh binatang lain sehingga mati. MAKANAN Kesembilan: Maa akalas sabu Maa akalas sabu iaitu binatang yang diterkam oleh binatang buas dengan dimakan sebahagian dagingnya sehingga mati. Sesudah menyebutkan lima jenis binatang dan MAKANAN dari bilangan 5 sampai bilangan 9 ini kemudian Allah menyatakan "Kecuali binatang yang kamu sembelih," yakni apabila binatang-binatang tersebut kamu dapati masih hidup, maka sembelihlah. Oleh itu, binatang-binatang tersebut menjadi HALAL sekiranya ia disembelih. MAKANAN kesepuluh: Binatang yang Disembelih Untuk Berhala Binatang yang disembelih untuk berhala (maa dzubiha alan nusub). Nushub sama dengan Manshub ertinya: yang ditegakkan. Maksudnya iaitu berhala atau batu yang ditegakkan sebagai tanda suatu penyembahan selain Allah. Orang-orang jahiliah biasanya menyembelih binatang untuk dihadiahkan kepada berhala-berhala tersebut dengan maksud bertaqarrub kepada yang disembelih untuk maksud di atas termasuk salah satu daripada jenis penyembelihan yang dilakukan bukan kerana Allah.


Related search queries