Example: barber

PENCEGAHAN PENYEBARAN PANDEMIK COVID-19 MELALUI …

364 PENCEGAHAN PENYEBARAN PANDEMIK COVID-19 MELALUI PERANAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) DALAM MASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) BERASASKAN HIFZ AL-NAFS DI MALAYSIA Setiyawan Gunardii i (Corresponding author). Pensyarah, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia. Emel: Abstrak PENYEBARAN wabak COVID-19 di seluruh dunia telah menyebabkan ramai kematian, termasuk juga di Malaysia. PENYEBARAN wabak yang meluas ini telah menimbulkan kebimbangan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadap rakyat Malaysia. Oleh itu, Kerajaan Malaysia dengan pantas telah mengambil keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020 sehingga 30 Ogos 2020 untuk mencegah PENYEBARAN COVID-19 secara berperingkat di seluruh negeri-negeri.

364 PENCEGAHAN PENYEBARAN PANDEMIK COVID-19 MELALUI PERANAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) DALAM MASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) BERASASKAN HIFZ AL-NAFS DI MALAYSIA Setiyawan Gunardii i (Corresponding author).Pensyarah, Fakulti Syariah dan Undang-Undang,

Tags:

  Covid, Pandemik, Pandemik covid

Information

Domain:

Source:

Link to this page:

Please notify us if you found a problem with this document:

Other abuse

Transcription of PENCEGAHAN PENYEBARAN PANDEMIK COVID-19 MELALUI …

1 364 PENCEGAHAN PENYEBARAN PANDEMIK COVID-19 MELALUI PERANAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) DALAM MASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) BERASASKAN HIFZ AL-NAFS DI MALAYSIA Setiyawan Gunardii i (Corresponding author). Pensyarah, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia. Emel: Abstrak PENYEBARAN wabak COVID-19 di seluruh dunia telah menyebabkan ramai kematian, termasuk juga di Malaysia. PENYEBARAN wabak yang meluas ini telah menimbulkan kebimbangan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadap rakyat Malaysia. Oleh itu, Kerajaan Malaysia dengan pantas telah mengambil keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020 sehingga 30 Ogos 2020 untuk mencegah PENYEBARAN COVID-19 secara berperingkat di seluruh negeri-negeri.

2 Kajian ini mendedahkan wabak COVID-19 yang telah menyebar dan menyebabkan kematian. Juga menjelaskan peranan kerajaan dalam mengenakan PKP kepada orang ramai yang berada di Malaysia. Metodologi kajian ini menggunakan kualitatif deskriptif dengan melakukan kajian kepustakaan MELALUI bacaan dan tafsiran serta mencari pangkalan data. Selain itu, juga mengkaji berita dan artikel yang terpilih. Kajian ini mendapati bahawa wabak ini dapat diputus rantaian penyebarannya MELALUI strategi PKP. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa kerajaan mengambil bahagian dalam melindungi rakyat daripada wabak.

3 Katakunci: wabak COVID-19 , Perintah Kawalan Pergerakan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kerajaan Malaysia. PENGENALAN Wabak COVID-19 telah menyerang dunia sehingga menyebabkan ramai yang menjadi mangsa kematian. Pada Mei 2020 yang lalu dilaporkan, terdapat kes di seluruh dunia dan orang dinyatakan meninggal dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah menggambarkan COVID-19 sebagai wabak, yang telah menyerang hampir seluruh dunia. Bermula pada awal Disember 2019, penyakit ini merebak dengan cepat di kalangan penduduk Bandar Wuhan, Provinsi Hubei, China. Ini adalah keadaan yang tidak biasa, dengan kes pneumonia yang tidak diketahui sebabnya dilaporkan.

4 Kerajaan China melaporkan virus itu kepada WHO pada 31 Disember 2019. Penemuan awal yang cepat menunjukkan bahawa sebilangan pesakit telah terdedah kepada penyakit ini di pasar makanan laut Huanan di Kota Wuhan. Selain makanan laut, 365 pelbagai makanan eksotik boleh didapati dengan mudah di pasar ini, seperti kelawar, ular, marmut, dan burung. Umumnya diketahui bahawa haiwan eksotik sangat rentan dan bertindak sebagai pembawa pelbagai virus dan bakteria berpotensi tinggi, kerana tabiat dan habitat makanan mereka. Oleh itu, sampel persekitaran dari haiwan ini yang dijual di pasar Huanan dianalisis untuk mengenal pasti kemungkinan sumber bakteria atau virus yang menyebabkan penyakit radang paru-paru ini.

5 Pasaran ditutup mulai 1 Januari 2020, setelah wabak diumumkan (Gralinsi, 2020). Malaysia mengumumkan kes COVID-19 pertamanya pada 25 Januari 2020 yang melibatkan tiga pelancong China yang masuk ke Malaysia MELALUI Johor dari Singapura. Dengan situasi yang demikian, kerajaan Malaysia telah memutuskan menggunakan strategi PKP pada 18 Mac 2020. Perintah itu termasuk larangan umum pergerakan orang ramai dan perhimpunan di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Banyak acara telah dibatalkan kerana wabak COVID-19 (YLM, 2020). Strategi PKP tidak mudah dilakukan dengan sendiri namun memerlukan orang ramai dan organisasi untuk bekerjasama dalam menjayakan mekanisme tersebut.

6 OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini mempunyai beberapa objektif sebagaimana berikut: 1. Menjelaskan penyakit wabak COVID-19 (Coronavirus) yang telah meragut ramai kematian di Malaysia. 2. Menghurai peranan KKM sebagai Institusi Kerajaan dalam aspek kesihatan berasaskan Hifz al-Nafs untuk mencegah COVID-19 . 3. Mengenalpasti PKP yang menjadi satu strategi pemutus rantaian wabak COVID-19 yang menyebar di masyarakat untuk membendung panyakit berjangkit berkaitan. TINJAUAN LITERATUR Menurut (Ain Umaira, 2020) Kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk memutuskan rangkaian coronavirus dari merebak kepada masyarakat.

7 Kerajaan berperan mengambil tindakan dari aspek kesihatan MELALUI fungsi KKM, walau bagaimanapun, tidak menyebut dan memberi tumpuan dalam aspek keselamatan, yang merupakan fungsi Polis dan Tentera Darat Malaysia yang berperanan sangat penting dalam mengurangkan jumlah pesakit COVID-19 . Juga Naomie Salim (2020) berpandangan bahawa menyoroti cara-cara Malaysia meratakan kurva COVID-19 dengan menjelaskan kaedah yang telah disarankan dan dibincangkan di KKM setelah gelombang besar yang meningkat pesat dari satu kelompok baru di Masjid Jamek Sri Petaling, Selangor.

8 Juga menekankan setiap kaedah dan fasa yang telah diterapkan di Malaysia, hasil pada setiap fasa, dengan menunjukkan graf yang sangat terperinci dan bilangan statistik orang yang dijangkiti di Malaysia berkurang dari hari ke hari. Kajian 366 ini juga menjelaskan kaedah negara lain telah diterapkan untuk meratakan lekukan kurva kes COVID-19 , negara yang diikuti oleh Malaysia adalah negara China dan Jepun. Tetapi sayangnya, tidak menyebut contoh negara lain yang gagal dalam menurunkan jumlah kes COVID-19 , kerana jika menyebutkan kesan negara lain yang mempunyai jumlah kes COVID-19 tertinggi dan kaedah tertentu yang telah digunakan sehingga negara tersebut gagal mengurangkan kes orang yang dijangkiti seperti Rusia.

9 Hal ini merupakan perbezaan dari dua keadaan dan kesedaran dengan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh KKM (Naomie S, 2020). PERBINCANGAN DAN HASIL KAJIAN Setelah semua data terkumpul, kemudian dianalisa untuk mencapai tujuan kajian, sebagaimana berikut: Definisi COVID-19 Dalam kamus Cambridge, COVID-19 bermaksud penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis virus yang dikenali sebagai coronavirus, yang biasanya menyebabkan demam, keletihan, batuk, dan juga dapat masalah pernafasan. Selalunya penyakit ini tidak serius tetapi boleh menyebabkan keadaan yang teruk pada sesetengah orang (McIntosh, 2013).

10 Sementara dalam Kamus Oxford, COVID-19 bermaksud coronavirus, yang merupakan sejenis virus yang boleh menyebabkan radang paru-paru dan penyakit lain pada manusia dan haiwan (Stevenson, 2010). Penyakit Coronavirus 2019 ( COVID-19 ) didefinisikan sebagai penyakit yang disebabkan oleh coronavirus novel yang kini disebut sindrom pernafasan akut yang teruk coronavirus 2 (2019-nCoV), yang pertama kali dikenal pasti di tengah-tengah wabaknya kes penyakit pernafasan di Bandar Wuhan, Provinsi Hubei, China. Pada mulanya dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 31 Disember 2019.


Related search queries