Example: bankruptcy

PENGGUNAAN BUKU HARIAN TAPAK BINA (SITE …

1 Bil. Fail: ( 7 ) dlm PPS. 10/4/2 BUB IBU PEJABAT JPS MALAYSIA SURAT PEKELILING JPS BIL 3/2011 PENGGUNAAN BUKU HARIAN TAPAK BINA (SITE DIARY) LATARBELAKANG Tujuan utama PENGGUNAAN Buku HARIAN TAPAK Bina adalah untuk merekodkan segala aktiviti yang dijalankan setiap hari di TAPAK seperti bilangan pekerja di TAPAK , rekod PENGGUNAAN logi dan jentera, bahan binaan yang diterima, ujian-ujian yang dijalankan dan sebagainya. Ia juga boleh digunakan untuk merekod keadaan cuaca di TAPAK , arahan-arahan yang dikeluarkan kepada kontraktor dan laporan pemeriksaan keselamatan. Hasil penemuan semasa melaksanakan audit Anugerah Pengurusan Projek tahun 2010 yang telah dijalankan oleh Bahagian Audit Prestasi, terdapat banyak kelemahan dalam PENGGUNAAN Buku HARIAN TAPAK Bina di projek-projek Jabatan ini yang mana tahap penggunaannya boleh dikategorikan sebagai sangat rendah dan tidak menyeluruh.

2 2.0 KEPENTINGAN PENGGUNAAN BUKU HARIAN TAPAK BINA Catatan di dalam Buku Harian Tapak Bina amatlah penting dan mustahak sebagai rekod untuk digunakan bagi perkara-perkara berikut:-

Tags:

  Penggunaan

Information

Domain:

Source:

Link to this page:

Please notify us if you found a problem with this document:

Other abuse

Transcription of PENGGUNAAN BUKU HARIAN TAPAK BINA (SITE …

1 1 Bil. Fail: ( 7 ) dlm PPS. 10/4/2 BUB IBU PEJABAT JPS MALAYSIA SURAT PEKELILING JPS BIL 3/2011 PENGGUNAAN BUKU HARIAN TAPAK BINA (SITE DIARY) LATARBELAKANG Tujuan utama PENGGUNAAN Buku HARIAN TAPAK Bina adalah untuk merekodkan segala aktiviti yang dijalankan setiap hari di TAPAK seperti bilangan pekerja di TAPAK , rekod PENGGUNAAN logi dan jentera, bahan binaan yang diterima, ujian-ujian yang dijalankan dan sebagainya. Ia juga boleh digunakan untuk merekod keadaan cuaca di TAPAK , arahan-arahan yang dikeluarkan kepada kontraktor dan laporan pemeriksaan keselamatan. Hasil penemuan semasa melaksanakan audit Anugerah Pengurusan Projek tahun 2010 yang telah dijalankan oleh Bahagian Audit Prestasi, terdapat banyak kelemahan dalam PENGGUNAAN Buku HARIAN TAPAK Bina di projek-projek Jabatan ini yang mana tahap penggunaannya boleh dikategorikan sebagai sangat rendah dan tidak menyeluruh.

2 Ketiadaan Buku HARIAN TAPAK Binaan yang merupakan sebagai salah satu dokumen rujukan dan sokongan menyebabkan Jabatan sukar untuk menyelesaikan masalah pentadbiran kontrak. 2 KEPENTINGAN PENGGUNAAN BUKU HARIAN TAPAK BINA Catatan di dalam Buku HARIAN TAPAK Bina amatlah penting dan mustahak sebagai rekod untuk digunakan bagi perkara-perkara berikut:- a) Membuat pertimbangan sama ada lanjutan masa layak diberikan kepada Kontraktor. b) Membuat penilaian terhadap Perubahan Harga Bahan Binaan (VOP). c) Membuat penilaian terhadap Tuntutan yang dibuat oleh Kontraktor. d) Mencari penyelesaian dalam pertikaian dengan Kontraktor. e) Mencari penyelesaian dalam lain-lain masalah pentadbiran kontrak. f) Memantapkan pelaksanaan pengurusan projek.

3 PANDUAN PENGGUNAAN BUKU HARIAN TAPAK BINA Berikut adalah panduan PENGGUNAAN Buku HARIAN TAPAK Bina:- a) Arahan-arahan Untuk PENGGUNAAN (yang terdapat di dalamnya) hendaklah dipatuhi apabila mengisi Buku HARIAN TAPAK Bina. b) Buku HARIAN TAPAK Bina hendaklah disimpan dengan selamat di pejabat TAPAK bina mulai permulaan kerja hingga kerja siap dan seterusnya hendaklah disimpan di pejabat Pegawai Penguasa sehingga ia boleh dilupuskan. c) Pegawai-pegawai Penyelia TAPAK bina adalah dipertanggungjawabkan bagi menguruskan PENGGUNAAN , penjagaan dan penyimpanan Buku HARIAN TAPAK Bina dengan sempurna dan selamat. d) Pengisian Buku HARIAN TAPAK Bina merupakan tugas HARIAN Pegawai Penyelia TAPAK . Pegawai Penyelia TAPAK dan wakil Kontraktor yang berkenaan hendaklah menyetujui dan menandatangani bersama catatan-catatan yang dibuat dalam Buku HARIAN setiap hari.

4 Wakil Kontraktor hendaklah dilantik secara bertulis oleh Kontraktor dan dimaklumkan kepada Pegawai Penguasa dan Pegawai Penyelia TAPAK . 3 e) Buku HARIAN TAPAK Bina hendaklah disemak oleh Pegawai Penguasa semasa membuat lawatan ke TAPAK bina bagi memastikan ianya sentiasa digunakan dengan teratur. f) Bagi projek-projek yang boleh dibahagikan kepada lebih daripada satu TAPAK bina di mana aktiviti-aktiviti pembinaan boleh berjalan serentak, Buku HARIAN TAPAK Bina yang berasingan hendaklah digunakan bagi tiap-tiap satu TAPAK bina. KUATKUASA Arahan ini berkuatkuasa dengan serta merta dari tarikh surat pekeliling ini dikeluarkan dan wajib digunapakai untuk semua projek di bawah penyeliaan Jabatan.

5 Bagi projek yang sedang dalam pelaksanaan dan belum menggunakan Buku HARIAN TAPAK Bina hendaklah berbuat demikian dengan memasukkan maklumat-maklumat terkini mulai dari tarikh surat pekeliling ini dikeluarkan. Surat Pekeliling ini disertakan dengan satu contoh Buku HARIAN TAPAK Bina untuk dicetak di Bahagian atau Negeri masing-masing. Sekian, Terima kasih. Tarikh: 18 April 2011


Related search queries