Example: bachelor of science

PERKARA 1 : KEHADIRAN - Sabah Edu.Net

SMK Perempuan Sandakan : Peraturan Sekolah PERKARA 1 : KEHADIRAN PERATURAN AM Setiap pelajar diwajibkan hadir ke sekolah pada hari pertama persekolahan. Bagi pelajar-pelajar yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu, pelajar mestilah menyertakan dokumen seperti berikut sebagai bukti: a. Sakit - mesti ada surat pengesahan doktor/pegawai perubatan b. Kematian - mesti ada surat pengesahan kematian daripada hospital/penghulu/ ibu/bapa/penjaga. Pelajar yang tidak dapat hadir 3 hari berturut-turut dalam seminggu atau 10 hari berselang dalam sebulan ke sekolah/aktiviti ko-kurikulum/kelas tambahan/kelas amali dan lain-lain aktiviti sekolah dengan tanpa apa-apa maklumat daripada ibu/bapa/penjaga, surat makluman akan dikeluarkan.

SMK Perempuan Sandakan: Peraturan Sekolah 4.1.6 Pengawas-pengawas hendaklah melaksanakan tugas yang diarahkan oleh pihak sekolah dari semasa ke semasa. 4.1.7 Membantu pihak sekolah melakukan ‘spot check’ kepada peajar. 4.1.8 Pengawas sekolah juga mesti hadir ke sekolah lebih awal daripada pelajar-pelajar lain

Tags:

  Sabha

Information

Domain:

Source:

Link to this page:

Please notify us if you found a problem with this document:

Other abuse

Transcription of PERKARA 1 : KEHADIRAN - Sabah Edu.Net

1 SMK Perempuan Sandakan : Peraturan Sekolah PERKARA 1 : KEHADIRAN PERATURAN AM Setiap pelajar diwajibkan hadir ke sekolah pada hari pertama persekolahan. Bagi pelajar-pelajar yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu, pelajar mestilah menyertakan dokumen seperti berikut sebagai bukti: a. Sakit - mesti ada surat pengesahan doktor/pegawai perubatan b. Kematian - mesti ada surat pengesahan kematian daripada hospital/penghulu/ ibu/bapa/penjaga. Pelajar yang tidak dapat hadir 3 hari berturut-turut dalam seminggu atau 10 hari berselang dalam sebulan ke sekolah/aktiviti ko-kurikulum/kelas tambahan/kelas amali dan lain-lain aktiviti sekolah dengan tanpa apa-apa maklumat daripada ibu/bapa/penjaga, surat makluman akan dikeluarkan.

2 Jika tiada tindakan ibu bapa/penjaga selepas TUJUH (7) hari surat makluman akan dikeluarkan, surat Amaran 1 akan dikeluarkan dan seterusnya seperti berikut: - 3 hari berturut-turut,10 hari berselang-selang a. Surat amaran 1 - 10 markah demerit b. Surat amaran 2 - 15 markah demerit c. Amaran terakhir - 20 markah demerit d. Makluman Penggantungan dengan tarikh Pelajar yang tidak hadir selama 30 hari berturut-turut atau berselang, pelajar boleh digantung persekolahan selama seminggu (1 minggu) dengan makluman ibu/bapa/penjaga. Pelajar yang tidak hadir selama 60 hari berturut-turut atau berselang, pihak sekolah akan mengambil tindakan menggantungkan pelajar tersebut selama dua minggu (2 minggu) dengan makluman ibu/bapa/penjaga.

3 Mana-mana pelajar yang tidak hadir melebihi 60 hari, pelajar berkenaan akan dicadangkan kepada Jabatan Pelajaran Sabah untuk dibuang sekolah. Pelajar KEHADIRAN kurang 80%, dikehendaki membuat kerja amal yang ditetapkan oleh pihak sekolah mengikut masa dan keperluan. Masa persekolahan:- Sesi Pagi : Isnin Selasa : pagi - petang Rabu Khamis: pagi tengahari Jumaat : pagi pagi 1 SMK Perempuan Sandakan : Peraturan Sekolah Sesi petang : Isnin Selasa : tengahari- petang Khamis : tengahari- petang Jumaat : tengahari - petang Kelas tambahan :Mengikut ketetapan pihak sekolah yang akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

4 Ko-kurikulum : Sabtu : pagi - pagi Kelas Amali : Masa pelajaran tertentu. Kelas tambahan dan Ko-kurikulum juga dikira sebagai hari persekolahan dan KEHADIRAN akan diambil kira. Semua pelajar mestilah menepati masa datang ke sekolah/kelas tambahan/kelas amali/aktiviti ko-kurikulum dan lain-lain aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah. Pelajar-pelajar yang lewat mestilah melaporkan diri kepada Guru Disiplin dan pengawas yang bertugas. Jika pelajar datang lewat, pelajar berkenaan dikehendaki membayar denda sebanyak RM dan dimasukkan ke dalam akun Unit Disiplin Bagi pelajar yang digantung sekolah sama ada 1minggu atau 2 minggu, ibu/bapa/penjaga dikehendaki hadir ke sekolah pada hari terakhir penggantungan untuk menandatangani surat jaminan berkelakuan baik dan pelajar akan diterima untuk meneruskan persekolahan.

5 PERKARA 2: UJIAN DAN PEPERIKSAAN PERATURAN AM Semua pelajar diwajibkan menduduki ujian bulanan dan peperiksaan yang dikendalikan oleh pihak sekolah, Jabatan Pelajaran Daerah/Negeri dan Kementerian. Pelajar-pelajar yang mempersendakan ujian dan peperiksaan dalam apa jua bentuk sekalipun akan dianggap melakukan kesalahan dan boleh dikenakan tindakan. Semua pelajar tidak dibenarkan keluar dari dewan atau bilik peperiksaan sebelum waktu ujian/peperiksaan tamat kecuali atas kebenaran pihak yang berkenaan. Semua pelajar mestilah bersifat jujur dan dilarang melakukan penyelewengan/penipuan dalam ujian/peperiksaan.

6 Semua pelajar hendaklah mematuhi arahan Unit Peperiksaan Sekolah/Lembaga Peperiksaan Malaysia sewaktu menduduki peperiksaan semester/PMR/SPM dan sebagainya. Pelajar yang didapati memalsukan tandatangan ibu bapa/penjaga atau markah di dalam Buku Rekod Kemajuan Pelajar dengan niat menipu ibu bapa/penjaga/guru adalah dianggap satu kesalahan. 2 SMK Perempuan Sandakan : Peraturan Sekolah Pelajar yang tidak menghadirkan diri untuk menduduki ujian/peperiksaan tanpa sebarang dokumen doktor kepada pihak sekolah dikehendaki membuat kerja amal yang akan ditentukan oleh pihak sekolah.

7 Tidak ada peperiksaan/ujian ulangan bagi pelajar yang tidak hadir menduduki ujian bulanan atau peperiksaan semester. PERKARA 3: KEGIATAN KO-KURUKULUM PENGLIBATAN PELAJAR Semua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sandakan diwajibkan mengambil bahagian dalam kegiatan ko-kurikulum. Ketidakhadiran pelajar dalam ko-kurikulum dianggap sebagai ponteng sekolah. Pelajar-pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam gerakerja ko-kurikulum sekolah dalam bidang-bidang berikut: a) Satu gerakerja Pasukan Berpakaian Seragam b) Satu gerakerja Persatuan/Kelab c) Satu gerakerja Sukan dan Permainan Setiap kali perjumpaan, pelajar hendaklah membawa buku rekod gerakerja ko-kurikulum dan diserahkan sendiri kepada guru penasihat untuk ditandatangani dan akan diserahkan kembali kepada pelajar pada hari yang sama.

8 Semua butiran pelajar hendaklah diisi oleh Guru Tingkatan dan lain-lain maklumat mengenai kegiatan pelajar diisi oleh Guru Penasihat. PERATURAN-PERATURAN PERSATUAN/KELAB Semua Persatuan/Kelab dikehendaki mempunyai Perlembagaannya sendiri yang telah diluluskan oleh Pengetua. Semua Persatuan/Kelab hendaklah menyerahkan secara bertulis Perlembagaan masing-masing kepada pengetua. Semua Persatuan/Kelab dikehendaki menyerahkan satu salinan senarai perancangan tahunan, senarai nama-nama AJK dan ahli-ahli Persatuan/Kelab kepada Guru Kanan Ko-kurikulum.

9 Semua pelajar dikehendaki menjelaskan yuran persatuan/kelab/unit beruniform yang dianggotainya seperti yang telah ditetapkan dalam perlembagaan masing-masing. 3 SMK Perempuan Sandakan : Peraturan Sekolah Semua pelajar hendaklah mematuhi segala peraturan sekolah dan peraturan-peraturan gerakerja ko-kurikulum sekolah. Sebarang lawatan di dalam atau ke luar negeri yang dianjurkan oleh Persatuan/Kelab/Unit pihak sekolah adalah dianggap sebagai rombongan yang rasmi dan semua pelajar hendaklah mematuhi semua peraturan sekolah demi menjaga nama baik sekolah.

10 Setiap Persatuan/Kelab/Unit yang menaja sesebuah lawatan hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis dan menyerahkan maklumat atau butiran berhubung dengan lawatan tidak lewat dari 4 minggu dari tarikh lawatan kepada pihak sekolah. Semua pelajar juga dikehendaki mendapatkan kebenaran ibu bapa/penjaga sebelum mengikuti mana-mana lawatan/rombongan. PERKARA 3: KEGIATAN KOKURIKULUM PENGLIBATAN PELAJAR. Semua pelajar SMK Perempuan Sandakan diwajibkan mengambil bahagian dalam kegiatan ko-kurikulum. Ketidakhadiran pelajar dalam ko-kurikulum dianggap sebagai ponteng sekolah.


Related search queries