Example: barber

TAMADUN ISLAM 3.1 KONSEP TAMADUN 3.1.1 Pengertian …

TAMADUN ISLAM KONSEP TAMADUN Pengertian TAMADUN . a. Dari segi bahasa: Mengikut Kamus Dewan, perkataan TAMADUN bererti kebudayaan, kemajuan dan peradaban. Perkataan peradaban membawa erti kebudayaan, TAMADUN dan kemajuan (jasmani dan rohani) Dari segi bahasa Arab, perkataan TAMADUN atau peradaban sering dkaitkan dengan beberapa istilah seperti madaniah dan TAMADUN lahir daripada perkataan madanna yang mempunyai dua Pengertian yang merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus bud pekerti.

Sarjana Islam seperti Asad bin Ali Shari‟ati (1985) menekankan bahawa peranan Islam adalah merupakan faktor penting dalam pembentukan tamadun Islam. Ini dijelaskan lagi dengan memberi penekanan khas kepada kepimpinan Nabi Muhammad saw dan al-Qur‟an dalam proses mentamadunkan orang arab. Secara amnya kedatangan agama Islam di

Tags:

  Dasa, Islam, Muhammad, Tamadun, Tamadun islam

Information

Domain:

Source:

Link to this page:

Please notify us if you found a problem with this document:

Other abuse

Transcription of TAMADUN ISLAM 3.1 KONSEP TAMADUN 3.1.1 Pengertian …

1 TAMADUN ISLAM KONSEP TAMADUN Pengertian TAMADUN . a. Dari segi bahasa: Mengikut Kamus Dewan, perkataan TAMADUN bererti kebudayaan, kemajuan dan peradaban. Perkataan peradaban membawa erti kebudayaan, TAMADUN dan kemajuan (jasmani dan rohani) Dari segi bahasa Arab, perkataan TAMADUN atau peradaban sering dkaitkan dengan beberapa istilah seperti madaniah dan TAMADUN lahir daripada perkataan madanna yang mempunyai dua Pengertian yang merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus bud pekerti.

2 Daripada perkataan madanna muncul pula perkataan madani yang merujuk kepada pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji. Hadharah pula dikaitkan dengan kehidupan yang berada pada tahap yang maju. Lawannya ialah badawah yang bereti mundur. Daripada erti perkataan hadharah ini dapat difahamkan bahawa apa yang kita namakan tamadu itu berasal daripada perkataan bandar. Ini kerana bandar merupakan tempat yang sesuai untuk melahirkan kemajuan disebabkan di situ terdapat pelbagai benda dan kemudahan yang boleh menjadi asas kepada kelahiran dan peningkatan TAMADUN .

3 Kehidupan hadharah banyak tertumpu kepada unsur-unsur yang bercorak perdagangan,kemajuan teknologi dan pengkhususan pekerjaan. Kota-kota di dalam bahasa Arab dipanggil mudun yang memiliki ciri-ciri TAMADUN . Dalam bahasa Melayu sama ada di Malaysia atau di Indonesia menurut Sidi Ghazalba, perkataan peradaban adalah dipandang sinonim dengan perkataan TAMADUN . Apabila disebut beradab,bermaksud sopan,terhormat dan berakhlak. Dalam bahasa Inggeris, civilized bermaksud memperbaiki tingkah laku yang kasar atau kurang sopan atau keluar daripada kehidupan barbarian (biadap) kepada kehidupan yang lebih baik iaitu yang mempunyai kehalusan akal budi dan kesopanan.

4 Kesimpulannya ciri-ciri TAMADUN mestilah merangkumi kehidupan kota, sistem perundangan dan pemerintahan yang berkesan, memperbaiki tingkah laku dan kemajuan dalam bentuk fizikal dan spritual. b. Dari segi istilah : Mahmood Mohd Taib al-Najmi (1971) dalam bukunya Sejarah TAMADUN ISLAM menjelaskan TAMADUN sebagai peraturan masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran dari segi pemikiran dan kebendaan. Kamus Dewan (1997) mendefinisikan TAMADUN sebagai keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan dan taraf pemikiran (sosial, politik, budaya dan lain-lain) yang tinggi.

5 Hornby dan Pornwell (1972) dalam bukunya The Progressive English mendefinasikan civilization sebagai maksud meningkatkan pencapaian hidup manusia daripada kemunduran kepada kemajuan dalam bidang ilmu, sains, teknologi, politik dan moral. Ahmad Tarmizi Talib (1997) menjelaskan bahawa TAMADUN ini merangkumi kebudayaan, peradaban, kemajuan (kebendaan dan kerohanian) dan sopan santun. Manusia tidak akan mencapai satu etika TAMADUN jika tidak mempunyai masyarakat bermoral. Sarjana ISLAM seperti Asad bin Ali Shari ati (1985) menekankan bahawa peranan ISLAM adalah merupakan faktor penting dalam pembentukan TAMADUN ISLAM .

6 Ini dijelaskan lagi dengan memberi penekanan khas kepada kepimpinan Nabi muhammad saw dan al-Qur an dalam proses mentamadunkan orang arab. Secara amnya kedatangan agama ISLAM di kalangan masyarakat arab jahiliah telah mengubah keseluruhan corak hidup mereka. TAMADUN ISLAM dapat dibangunkan ditengah-tengah padang pasir yang kering kontang dan menguasai hampir seluruh dunia beberapa abad lamanya. TAMADUN ISLAM telah merubah beberapa aspek penting kehidupan masyarakat arab jahiliah seperti aqidah, sosial, politik, ekonomi, pendidikan, seni bina, kesenian dan sebagainya.

7 Matlamat TAMADUN ISLAM Secara umumya matlamat utama TAMADUN ISLAM ialah untuk memartabatkan ISLAM sebagai Ad-Deen iaitu satu cara hidup yang lengkap dan komprehensif. Manakala matlamat khusus TAMADUN ISLAM pula adalah untuk menjalinkan hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan alam. a. Hubungan manusia dengan Allah Matlamat TAMADUN ISLAM tidak dapat dipisahkan dengan matlamat hidup manusia sebagai hamba Allah dan khalifah Allah. Hamba Allah bermaksud melakukan ibadat hanya kepada Allah. Oleh itu sekiranya seseorang melakukan sesuatu ciptaan baru, ia bermatlamat untuk mendapat keredhaan Allah semata-mata bukan untuk berbangga-bangga dengan perkara yang dihasilkan.

8 Hubungan manusia dengan Allah dizahirkan melalui kepercayaan dan pelaksanaan ibadat yang ditetapkan oleh Allah sebagaimana yang diajar oleh nabi muhammad dengan melaksanakan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya. Hubungan ini merupakan hubungan yang paling tinggi dan mulia dalam kehidupan manusia, mengatasi hubungan yang wujud antara manusia sesama manusia atau makhluk lain. b. Hubungan manusia dengan manusia Hubungan manusia sesama manusia adalah berlandaskan aturan dan hak-hak yang telah ditetapkan oleh Allah sebagai pencipta kerana hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang terbaik bagi manusia.

9 Hubungan manusia dengan manusia meliputi pembentukan sahsiah, keluarga, hidup berjiran, pembentukan masyarakat, pembentukan institusi pemerintahan, hal pentadbiran, kegiatan ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan segala bidang kehidupan manusia. Hubungan sesama manusia dibina atas dasar ketakwaan, belas kasihan sesama makhluk dan hormat menghormati tanpa mengira agama, bangsa, keturunan, pangkat, kedudukan dan sempadan geografi. Rasulullah merupakan contoh terbaik dalam sejarah yang memperlihatkan hubungan baik dengan manusia tanpa mengira muslim atau bukan muslim.

10 Bagi masyarakat muslim, hanya satu ukuran disisi Allah iaitu ketakwaan kepadaNya disamping berbuat baik kepada sesama manusia. c. Hubungan manusia dengan alam Manusia dan alam adalah makhluk ciptaan Allah Namun begitu, Allah memberikan taraf yang lebih tinggi kepada manusia berbanding makhluk lain. Ini kerana Allah telah mengurniakan kelebihan akal dan tanggungjawab sebagai khalifah kepada manusia. Sebagai khalifah manusia bertanggungjawab memeliharan dan memulihara alam ini mengikut ketetapan Allah atau sunnatullah. Sehubungan dengan itu Allah telah berfirman: Maksudnya : Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan Segala Yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadanya Dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga Dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul).


Related search queries