Example: stock market

TINJAUAN TENTANG PENGGUNAAN BAHASA MELAYU …

1 Jurnal Penyelidikan IPG KBL, Jilid 12, 2015 TINJAUAN TENTANG PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM BUKU TEKS GEOGRAFI TINGKATAN SATU Wong Shia Ho IPG Kampus Batu Lintang, Kuching Abstrak PENGGUNAAN BAHASA yang betul dalam buku teks amatlah penting kerana buku teks merupakan bahan rujukan setiap pelajar. Dalam usaha untuk meningkatkan tahap penguasaan BAHASA MELAYU dalam kalangan pelajar, maka konsep BAHASA MELAYU Merentas kurikulum (BMMK) telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1988. Dengan ini, selain mata pelajaran BAHASA MELAYU , mata pelajaran lain yang menggunakan BAHASA MELAYU sebagai BAHASA pengantar juga menjadi saluran penting bagi memastikan matlamat BMMK tercapai. Kesediaan buku teks untuk mencapai matlamat BMMK sudah tentu dilihat dari segi BAHASA yang digunakan. Oleh hal demikian, satu TINJAUAN terhadap buku teks Geografi Tingkatan satu (2002) dilakukan untuk melihat PENGGUNAAN BAHASA MELAYU dalam buku tersebut.

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah yang ditulis oleh Rape`ah Ahamed, Khalijah Maimon, Aziah Ismail, dan Foo Ho Loke, terbitan Arus Intelek Sdn Bhd, Kuala Lumpur pada tahun 2002. Buku teks ini berjumlah 208 muka surat. Tinjauan dilakukan terhadap semua bentuk tulisan dalam buku tersebut termasuklah tulisan pada rajah dan soalan latihan.

Tags:

  Sekolah, Kurikulum, Menengah, Sekolah menengah

Information

Domain:

Source:

Link to this page:

Please notify us if you found a problem with this document:

Other abuse

Transcription of TINJAUAN TENTANG PENGGUNAAN BAHASA MELAYU …

1 1 Jurnal Penyelidikan IPG KBL, Jilid 12, 2015 TINJAUAN TENTANG PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM BUKU TEKS GEOGRAFI TINGKATAN SATU Wong Shia Ho IPG Kampus Batu Lintang, Kuching Abstrak PENGGUNAAN BAHASA yang betul dalam buku teks amatlah penting kerana buku teks merupakan bahan rujukan setiap pelajar. Dalam usaha untuk meningkatkan tahap penguasaan BAHASA MELAYU dalam kalangan pelajar, maka konsep BAHASA MELAYU Merentas kurikulum (BMMK) telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1988. Dengan ini, selain mata pelajaran BAHASA MELAYU , mata pelajaran lain yang menggunakan BAHASA MELAYU sebagai BAHASA pengantar juga menjadi saluran penting bagi memastikan matlamat BMMK tercapai. Kesediaan buku teks untuk mencapai matlamat BMMK sudah tentu dilihat dari segi BAHASA yang digunakan. Oleh hal demikian, satu TINJAUAN terhadap buku teks Geografi Tingkatan satu (2002) dilakukan untuk melihat PENGGUNAAN BAHASA MELAYU dalam buku tersebut.

2 Kajian ini hanya memberikan perhatian kepada aspek ejaan dan tatabahasa. Hasil kajian mendapati bahawa tahap PENGGUNAAN BAHASA dalam buku tersebut masih perlu dipertingkatkan kerana terdapat pelbagai jenis kesalahan BAHASA . Bagi kesalahan tersebut, kajian ini akan memberikan penjelasan berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga oleh Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2008), Daftar kata BAHASA MELAYU (2008), dan pendapat linguis yang lain agar tindakan sewajarnya dapat diambil bagi memastikan matlamat BMMK dapat direalisasikan sepenuhnya. Kata Kunci: PENGGUNAAN BAHASA MELAYU , buku teks Geografi Tingkatan 1 2 Jurnal Penyelidikan IPG KBL, Jilid 12, 2015 Abstract Proper language usage in textbooks is important because textbooks are reference materials to every student. In order to improve the level of the Malay language among students, the concept of Malay Language Across the Curriculum ( BAHASA MELAYU Merentas kurikulum ) (BMMK) was introduced by the Ministry of Education in 1988.

3 Accordingly, other than Malay subjects, other subjects that use Malay as the medium of instruction also become an important channel to ensure the goals are achieved through BMMK. Availability of textbooks to achieve BMMK is certainly evident in the language used. Therefore in this case, a review of Form one Geography textbook was carried out to see the use of Malay language in the book. This study gives attention to the aspects of spelling and grammar. The study found that the level of language used in the book still needs to be improved because there are different types of language errors. For such errors, this study will give an explanation according to Tatabahasa Dewan (3rd edition) by Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa and Abdul Hamid Mahmood (2008), Daftar Kata BAHASA MELAYU (2008) and the other opinion linguists so that appropriate actions can be taken to ensure that the goals of BMMK can be fully realised.

4 Keywords: Malay Language usage, Form 1 Geography textbook Pengenalan Selaras dengan kedudukan BAHASA MELAYU sebagai BAHASA rasmi dan BAHASA kebangsaan di negara ini (dalam konteks kajian ini, BAHASA MELAYU juga bermaksud BAHASA Malaysia ). Pelbagai usaha telah dilakukan khususnya melalui sistem pendidikan agar setiap pelajar atau rakyat Malaysia berupaya menggunakan BAHASA ini pada tahap yang paling baik. Maka, BAHASA Merentas kurikulum (BMMK) diperkenalkan pada tahun 1988. Walaupun konsep BMMK ini telah diperkenalkan hampir 27 tahun, matlamat BMMK ini masih dianggap penting oleh kerajaan kerana konsep ini turut ditekankan melalui Dasar Memartabatkan BAHASA Malaysia Memperkukuh BAHASA Inggeris (MBMMBI) yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2010. Hal ini jelas dinyatakan dalam perkara : PENGGUNAAN BAHASA Malaysia Standard Merentas kurikulum PENGGUNAAN sistem BAHASA yang betul dalam mata pelajaran lain akan menyokong pengajaran dan pembelajaran BAHASA Malaysia.

5 PENGGUNAAN dialek tempatan atau BAHASA pasar mesti dipatuhi agar tidak menjelaskan standard dan mutu BAHASA MELAYU itu sendiri (Unit 3 Jurnal Penyelidikan IPG KBL, Jilid 12, 2015 Komunikasi Korporat, t. t). Menurut Abdul Razak Ismail dan Ishak Ramly (1991), BMMK bermaksud mata pelajaran BAHASA Malaysia diajarkan supaya pelajar menguasai pengetahuan, keterampilan dan pemupukan sikap yang diperoleh melalui mata pelajaran sains, geografi, matematik, sejarah, dan pendidikan Islam atau moral yang diajarkan melalui BAHASA Malaysia. Menurut Abdul Razak Ismail dan Ishak Ramly (1991), dua matlamat utama BMMK ialah: (a) Meningkatkan penguasaan BAHASA sebagai satu mata pelajaran dan BAHASA sebagai pengantar kandungan mata pelajaran lain. (b) PENGGUNAAN BAHASA yang berkesan sebagai meningkatkan dan melibatkan proses pemelajaran kandungan mata pelajaran yang mencakupi ilmu pengetahuan dan kemahiran supaya lebih senang dikuasai oleh pelajar-pelajar.

6 Memandangkan BMMK menitikberatkan PENGGUNAAN BAHASA baku dalam penyampaian ilmu pengetahuan. Maka, amatlah bertepatan jika Wan Mohd. Zahid Noordin (1991) menyatakan bahawa bahan-bahan daripada akhbar, majalah dan buku-buku ilmu pengetahuan, malah buku teks pun perlu diawasi supaya BAHASA yang digunakan tepat, gramatis dan sesuai dengan larasnya. Pendek kata, PENGGUNAAN BAHASA yang tepat, gramatis dan sesuai dengan larasnya yang dimaksudkan oleh beliau sebenarnya merujuk kepada PENGGUNAAN BAHASA yang mengikut rumus BAHASA yang betul yakni BAHASA yang baku atau standard. Menurut Awang Sariyan (2006), kata standard merupakan sinonim bagi kata baku . BAHASA baku meliputi seluruh sistem BAHASA iaitu sistem ejaan, peristilahan, kosa kata, tatabahasa, sebutan dan laras BAHASA . Pernyataan Masalah Kajian TENTANG kesalahan BAHASA terhadap pelajar pelbagai peringkat pengajian telah banyak dilakukan oleh penyelidik BAHASA sebelum ini.

7 Kesalahan BAHASA yang dilakukan oleh pelajar selalunya dikaitkan dengan faktor-faktor seperti pengaruh BAHASA ibunda, jantina, tempat tinggal, dan sebagainya. Jarang sekali kita dapat melihat perbincangan TENTANG perkaitan tahap penguasaaan BAHASA dengan bahan bacaan khususnya buku teks sedangkan perkara ini pernah disebut oleh Wan Mohd Zahid Mohd. Noordin (1991) bahawa wujudnya bahan-bahan seperti buku teks, buku-buku ilmu pengetahuan dan bahan-bahan media massa yang menggunakan BAHASA BAHASA MELAYU yang kurang bermutu dari segi ejaan, tatabahasa, serta tidak ada keselarasan dalam PENGGUNAAN istilah. Menurut Wan Mohd Zahid Wan Mohd Noordin (1991) lagi, PENGGUNAAN BAHASA 4 Jurnal Penyelidikan IPG KBL, Jilid 12, 2015 MELAYU yang kurang bermutu ini memberikan kesan terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam sistem pendidikan kita. Penekanan yang diberikan kepada mutu BAHASA dalam buku teks inilah mendorong kajian ini dilakukan untuk melihat fenomena PENGGUNAAN BAHASA MELAYU dalam mata pelajaran geografi dalam usaha untuk mencapai matlamat BMMK.

8 Hasil laporan kajian mengenai PENGGUNAAN BAHASA MELAYU ini diharapkan dapat mengisi kelompangan dalam penyelidikan mengenai PENGGUNAAN BAHASA MELAYU dalam buku teks geografi. Objektif Kajian Secara umumnya, kajian ini untuk meninjau PENGGUNAAN BAHASA MELAYU dalam buku teks Geografi Tingkatan Satu. Secara khususnya, objektif kajian ialah: 1. Mengenal pasti kesalahan BAHASA yang terdapat dalam buku teks tersebut berdasarkan dua buah buku pegangan di sekolah di samping pendapat linguis yang lain. 2. Mencadangkan PENGGUNAAN BAHASA yang baku daripada kesalahan yang ditemukan dalam buku teks tersebut berdasarkan dua buku pegangan di sekolah di samping pendapat linguis yang lain. Kepentingan Kajian Hasil kajian dapat dijadikan rujukan apabila pengemaskinian dilakukan oleh pihak berkenaan terhadap buku teks tersebut. Cadangan PENGGUNAAN rumus tatabahasa yang betul dalam kajian ini dapat mempertingkatkan penguasaan tatabahasa dalam kalangan pengguna BAHASA khususnya penulis buku teks dan pelajar sekolah .

9 TINJAUAN Literatur Apabila membincangkan PENGGUNAAN BAHASA dalam kalangan pelajar, Abdul Hamid Mahmood (2002) menyenaraikan banyak faktor yang menyebabkan ketidakcekapan berbahasa Malaysia baku dalam kalangan pelajar. Salah satu faktor yang jarang diperkatakan oleh pengkaji BAHASA ialah faktor buku teks. Menurut Abdul Hamid Mahmood (2002), sebagai akibat daripada kekurangan ahli BAHASA yang berkelayakan, maka terdapat beberapa buah buku teks yang diluluskan mempunyai mutu BAHASA yang belum cukup baik. Pelajar-pelajar terpengaruh dan terikut-ikut dengan aliran BAHASA MELAYU dalam teks-teks tersebut. 5 Jurnal Penyelidikan IPG KBL, Jilid 12, 2015 Gambaran TENTANG mutu BAHASA dalam buku teks juga dinyatakan oleh Wan Mohd Zahid Mohd. Noordin (1991) bahawa wujudnya bahan-bahan seperti buku teks, buku-buku ilmu pengetahuan dan bahan-bahan media massa yang menggunakan BAHASA MELAYU yang kurang bermutu dari segi ejaan, tatabahasa, serta tidak ada keselarasan dalam PENGGUNAAN istilah ini memberikan kesan terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam sistem pendidikan kita.

10 Raminah Sabran dan Nuwairi Khaza ai (1991) pula telah melakukan TINJAUAN terhadap buku teks BAHASA Malaysia dari segi kandungan secara keseluruhan, unsur penggabungjalinan dan penyerapan, kegiatan dan latihan (termasuk teknik penyoalan). Kajian tersebut tidak membincangkan tatabahasa kerana menurut Raminah Sabran dan Nuwairi Khaza ai (1991), penulis buku-buku teks yang dipilih dalam kajian mereka ialah tokoh-tokoh yang berpengalaman dan berwibawa dalam bidang tatabahasa dan memang amat dikenal umum. Kaedah Kajian Kajian ini dijalankan secara kualitatif deskriptif dengan mendedahkan fenomena PENGGUNAAN BAHASA dalam Buku Teks Geografi Tingkatan 1: kurikulum Bersepadu sekolah menengah yang ditulis oleh Rape`ah Ahamed, Khalijah Maimon, Aziah Ismail, dan Foo Ho Loke, terbitan Arus Intelek Sdn Bhd, Kuala Lumpur pada tahun 2002. Buku teks ini berjumlah 208 muka surat. TINJAUAN dilakukan terhadap semua bentuk tulisan dalam buku tersebut termasuklah tulisan pada rajah dan soalan latihan.


Related search queries