Transcription of KAD PERAKAM WAKTU (KPW)- SURAT PEKELILING …
1 KAD PERAKAM WAKTU (KPW)- SURAT PEKELILING AM BIL. 11 TAHUN 1981 Tujuan: Untuk menjamin supaya anggota menjalankan tugas dengan dedikasi dan tekun selama tidak kurang dari jumlah WAKTU pejabat yang ditetapkan oleh Kerajaan. Kekesanan Sistem KPW: 1. Pengawasan terhadap WAKTU bertugas anggota. 2. Semua anggota tidak datang lewat ke pejabat atau keluar untuk pulang sebelum WAKTU yang sewajarnya. 3. Mengesan perbuatan datang lambat atau keluar sebelum WAKTU dengan mudah kerana adanya catitan merah. 4. membolehkan tindakan diambil terhadap anggota yang selalu datang ke pejabat atau keluar dengan tidak mengikut WAKTU atau tanpa izin yang rasmi. 6. Sekiranya terus balik rumah kerana tugas rasmi selesai selepas WAKTU pejabat, catitkan dan dapatkan pengesahan pegawai atasan pada keesokan harinya. 7. Setiap ketidakhadiran ke pejabat (cuti rehat, cuti sakit, kursus dan lain-lain)perlu dicatatkan di KPW untuk pemantauan pihak pentadbiran.
2 Tanggungjawab Penyelia: 1. Melantik dan menjadualkan pegawai bertugas mengawasi KPW. 2. Memastikan laporan mingguan dan bulanan disediakan oleh pegawai yang bertugas. 3. Laporan KPW bagi BPL perlu dikemukakan kepada Bahagian Khidmat Pengurusan, KKM sebelum 10hb. bulan berikutnya. b) KPW kuning ditukar KPW hijau sekiranya: terdapat tiga (3) catitan merah dalam sebulan tanpa pengesahan pegawai atasan; c) KPW hijau ditukar merah sekiranya: terdapat dua (2) catitan merah dalam sebulan tanpa pengesahan pegawai atasan; mengulangi kesalahan yang sama. d) KPW merah ditukar KPW hijau sekiranya: tiada catitan merah selepas sebulan memegang KPW merah e) KPW hijau ditukar KPW kuning sekiranya: tiada catitan merah selepas sebulan memegang kad hijau . Tanggungjawab Anggota: 1. Mengetik KPW masuk dan keluar.
3 2. Masukkan KPW dalam rak mengikut nombor siri. 3. Tidak mengetik KPW orang lain. Tindakan tatatertib boleh diambil sekiranya dibuktikan ada kes pegawai mengetik kad pegawai lain. (Pegawai tidak boleh menyimpan atau memegang KPW). 4. Apabila keluar atas urusan rasmi, KPW hendaklah diketik untuk merakam WAKTU keluar dan dapatkan pengesahan pegawai atasan. 5. Sekiranya anggota bertolak terus dari rumah ke tempat mesyuarat, ketik KPW setelah balik ke pejabat semula, catitkan dan dapatkan pengesahan pegawai atasan. 4. Laporan KPW bagi ILKKM perlu dikemukakan kepada BPL pada setiap 1hb. bulan berkutnya. 5. Memberi nasihat atau tidak mengulangi kesalahan sekiranya terdapat anggota yang lewat. SURAT tunjuk sebab untuk mendapatkan penjelasan daripada pegawai perlu dikemukakan sekiranya kesalahan yang sama masih berulang.
4 Sekiranya alasan SURAT tunjuk sebab tidak munasabah tindakan selanjutnya boleh diambil. 6. Sekiranya berlaku seperti yang dinyatakan dibawah, tindakan perlu diambil seperti berikut: a) tiada pengesahan pegawai atasan/anggota datang lewat nasihat perlu diberi; 7. Bagi anggota yang masih mendapat catitan merah semasa memegang KPW merah walaupun satu (1) catitan merah, boleh diambil Tindakan Tatatertib di bawah Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Bagi Tujuan Kerja Lebih Masa 1. Ketik KPW WAKTU sampai dan WAKTU pulang. 2. Dapatkan pengesahan pegawai atasan. 3. Sertakan SURAT Arahan Menjalankan Tugas Lebih Masa 4. Tuntutan elaun lebih masa tidak akan dipertimbangkan sekiranya pegawai membuat catatan WAKTU masuk atau keluar dengan tulisan tangan.