Transcription of ICT dalam Pendidikan: Prospek dan Cabaran dalam ...
1 139 ICT dalam PendidikanJurnal pendidikan 32 (2007) 139-152 ICT dalam pendidikan : Prospek dan Cabaran dalamPembaharuan PedagogiROBIAH SIDINNOR SAKINAH MOHAMADABSTRAKD alam era globalisasi yang berpaksikan perkembangan teknologi maklumatdan komunikasi (ICT), pembangunan pendidikan mementingkan pembudayaandan penguasaan ICT di kalangan pelajar. Perubahan harus berlaku dalamsistem mengajar dan belajar di bilik-bilik darjah yang mana pendekatankonstruktivisme adalah digalakkan kerana ia dapat memupuk minat sertamenggalakkan pelajar lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran disamping menerapkan amalan pembelajaran sepanjang hayat. Satu kajian kuasieksperimen telah dilakukan untuk melihat kesan pencapaian ke ataspembelajaran subjek komputer yang diajar dengan kaedah perantis (pendekatankonstruktivisme) berbanding dengan kaedah tradisional (pendekatan tingkahlaku). Bagi kaedah tradisional penerangan langkah demi langkah diberikanmanakala bagi kaedah perantis, guru memberikan panduan ke arah menggalakdan memudahcarakan menyelesaikan masalah iaitu membina laman web secarabekerja dalam kumpulan.
2 Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapatperbezaan yang signifikan ke atas pencapaian pelajar yang diajar dengan duakaedah ini. Hasil tugasan pelajar yang diajar dengan kaedah perantis adalahlebih baik dari sudut reka bentuk, susun atur, pilihan warna serta semuapautannya berfungsi. Justeru, penyelidik mengesyorkan agar perubahan dibuatdalam sistem pedagogi agar konsisten dengan teori pembelajarankonstruktivisme dan diterapkan semasa latihan perguruan lagi. Penyelidikanyang menyeluruh dan berterusan juga perlu dibuat terhadap keberkesananpendekatan konstruktivisme agar kesan pembudayaan ICT di kalangan generasimuda berlaku secara berkesan dan the globalization age revolves around information and communicationtechnology (ICT), educational development should therefore place importanceon the socialisation and mastery of ICT skills among students. Changes shouldbe made to the teaching and learning system in the classrooms where theconstructivist method is preferred.
3 This approach can promote enthusiasm andencourage students to be more responsible for their learning thus inculcatinglifelong learning amongst them. A quasi experiment was conducted to see theJpend32[09].pmd07/05/2007, 14:51139140 Jurnal pendidikan 32effect on students achievement of the apprentice approach (constructivist) versusthe traditional approach (behavioural) in learning computer as a subject. Inthe traditional method, a step by step instruction was provided by the teacherwhile in the apprentice approach the teacher s role was that of a facilitator toencourage students to solve problems. Students had to develop web page ingroups. The research findings show that there is a significant difference in thestudents achievement. Students assignments which used the apprenticeapproach are of better quality in terms of design ,layout arrangement, colourselection, and all the links in the web page are functioning.
4 As such, theresearchers suggest that pedagogical changes should be made consistent withthe constructivism learning theory. They should also be integrated in the in-service teaching programs. On going and comprehensive research should alsobe conducted to ascertain the effects of socialization of ICT on youths is effectiveand lost zaman digital dan globalisasi ini, perkembangan teknologi maklumat dankomunikasi menuntut agar perubahan dibuat ke atas kaedah mengajar danbelajar. Perkembangan terkini menyaksikan Teknologi Maklumat danKomunikasi (ICT) menjadi alat pemangkin utama untuk menyebar danmenyimpan maklumat dan seterusnya membantu pelajar membina pengetahuanbaru (Lechner & Boli 2000). Dasar dan polisi pembangunan negaramenunjukkan Malaysia amat menitikberatkan penggunaan ICT dalampendidikan, oleh itu impak ICT dalam pendidikan amat ketara pendidikan Malaysia telah melancarkan Sekolah Bestari pada awal1999 yang bertujuan untuk melakukan perubahan sistematik terhadap budayasekolah dengan menggunakan teknologi sebagai alat pemudah cara dalampengajaran dan pembelajaran (Rohani 1999; Ab.)
5 Rahim 2000). PelaksanaanSekolah Bestari merupakan satu anjakan paradigma yang amat besar dalamsistem pendidikan negara (Mohammed Sani 2002). Implikasi daripadapelaksanaan dasar baru ini, sekolah perlu membuat perancangan dan persediaanyang rapi untuk reformasi proses pengajaran dan pembelajaran yang lebihberpusatkan guru ke arah kaedah pengajaran yang lebih berpusatkan perkembangan ini mengutarakan penggunaan pendekatan konstruktivismeyang lebih menekankan kepada pembelajaran berpusatkan pelajar (Papert 1996;Forcier 1999; Newby et al. 2000; Jonassen 2000; Moursund 2003). Ciri utamadalam kaedah ini ialah pelajar membina pengetahuan dan kemahiran masing-masing secara aktif manakala guru pula lebih berperanan sebagai kajian kuasi telah dilakukan untuk melihat kesan pencapaian ke ataspembelajaran kemahiran komputer yang diajar dengan kaedah perantis iaituJpend32[09].pmd07/05/2007, 14:51140141 ICT dalam Pendidikanpendekatan konstruktivisme sederhana (Boyle 1997; Collin et al.
6 1989). Kaedahperantis ini dipilih sebagai strategi awal untuk membiasakan pelajar denganpendekatan konstruktivisme yang lebih radikal yang diperlukan dalampendidikan ICT memandangkan pelajar sudah terbiasa dengan pendekatantingkah laku iaitu guru sentiasa memberi tunjuk ajar kepada pelajar. Tujuankuasi eksperimen dalam kajian ini adalah untuk melihat perbezaan dalam prosespengajaran dan pembelajaran dan kesannya terhadap pencapaian pelajar di manapengajaran yang menggunakan kaedah perantis dibandingkan dengan kaedahtradisional. Tujuan proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan pembinaanlaman terperinci, objektif kajian adalah untuk mengenal pasti kekuatandan kelemahan kaedah perantis berbanding dengan kaedah tradisional, danmengkaji kesan kaedah perantis ke atas pencapaian pelajar berbanding kesankaedah yang dimajukan ialah bahawa tiada perbezaan dari segi kesan keatas pencapaian pelajar yang diajar menerusi kaedah perantis (pendekatankonstruktivisme) dengan kaedah tradisional (pendekatan tingkah laku).
7 Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan kajian ini dapat memberi maklumatawal tentang kesan pengajaran kaedah perantis berbanding dengan pengajaran DAN PEMBELAJARANKONSTRUKTIVISMEU mumnya, dalam kelas pengajaran secara tradisional yang menggunakanpendekatan tingkah laku, pelajar dianggap sebagai penerima yang pengajaran guru adalah dalam bentuk syarahan, dengan guru menulisnota di papan hitam dan memberikan lembaran kerja kepada pelajar untukdisiapkan. dalam mempelajari kemahiran komputer dengan menggunakankaedah tradisional ini, pelajar mengikut langkah-langkah tersebut melalui tunjukcara guru dan modul bercetak tanpa memikirkan mengapa ia perlu sebenarnya tidak faham apa dan mengapa sesuatu kemahiran perludilakukan walaupun mereka itu mahir menggunakan komputer (Tanner &Tanner 1995). dalam kebanyakan keadaan, pengetahuan dipersembahkansebagai fakta, pengalaman lepas pelajar dianggap tidak penting dan yang lebihmerisaukan, pelajar tidak bebas menggunakan kaedah yang berlainan daripadayang digunakan guru untuk menyelesaikan kejayaan guru di bilik darjah sering kali diukur melalui skor ujianpelajar yang dicapai.
8 Kejayaan ujian itu pula memerlukan lebih banyak faktapengetahuan daripada penggunaan pemikiran pada aras tinggi. Penekananterhadap ujian mempengaruhi amalan guru mengajar, kadangkala sehinggamereka boleh mengubah kandungan subjek yang diajar itu untuk memenuhiJpend32[09].pmd07/05/2007, 14:51141142 Jurnal pendidikan 32keperluan ujian (Rowan 1990). Ada kalanya guru menggunakan pengajaransecara tradisional untuk menghabiskan dengan segera sukatan pelajaran yangditetapkan. Pelajar tidak berupaya memindahkan atau mengaplikasikanpengetahuan kerana sekolah menggunakan pendekatan tersebut untukmembolehkan pelajar mencapai skor yang tinggi dalam peperiksaan (Hooper& Rieber 1999; Papert 2000). Sekolah dan guru pula dinilai berdasarkan skorpelajar dalam peperiksaan umum. Justeru itu, berlakulah kes pelajar diajar untukpeperiksaan (Tanner & Tanner 1995). Tambahan lagi, di kalangan guru-guruyang menguasai ilmu pengetahuan dan pedagogi yang terhad, mereka tidakmempunyai pilihan untuk melakukan pengajaran yang luas dan oleh itu lebihsuka kepada pengajaran secara tradisional (Talbert & McLaughlin 1993).
9 Perkara-perkara ini membimbangkan ramai pakar pendidikan kontemporarikerana pelajar tidak dididik untuk menghargai dan menghayati ilmu pengetahuandan apatah lagi untuk belajar sepanjang satu inovasi dalam pengajaran hari ini ialah pendekatankonstruktivisme yang berasaskan pengalaman sebenar dalam kehidupanseharian. pengajaran ini mementingkan pemahaman, berpusatkan pelajar danberpegang kepada fahaman yang menganggap pelajar sebagai pelajar yang aktifdan guru sebagai pemandu atau pemudah cara dalam proses pembelajaran yangberlaku (National Association of Secondary School Principals 1996; Cohen1988; Conley 1993; Newmann, Marks & Gamoran 1996; Sizer 1992).Pendekatan ini berdasarkan teori pembelajaran konstruktivisme yangmenekankan bahawa manusia belajar lebih baik dengan membina pengetahuansecara aktif dengan mengaitkan maklumat baru yang diperoleh dengan maklumatlepas. Teori pembelajaran ini diasaskan kepada beberapa teori yang lain,antaranya teori perantisan kognitif, konstruktivisme kognitif, konstruktivismesosial, pengajaran berasaskan penyelesaian sesuatu masalah dan yang palingekstrim ialah teori konstruktivisme radikal (Boyle, 1997; Maddux, Johnson &Willis 1997).
10 dalam kajian ini, kaedah perantis berasaskan teori perantisan kognitif yangmerupakan konstruktivisme sederhana telah digunakan (Boyle 1997; Collin,Brown & Newman 1989). Pendekatan ini dimulakan dengan sesi demonstrasiyang mana pada peringkat awal guru memberi tunjuk ajar tentang kemahiran-kemahiran tetapi tidak sebegitu terperinci seperti dalam pendekatan tingkahlaku. Pelajar-pelajar mencuba kemahiran secara berkumpulan dibawah tunjukajar guru. Sokongan guru beransur-ansur dikurangkan sehingga pelajar mampuberdikari untuk menyiapkan segi teori, pendekatan konstruktivisme tidak memberi tumpuan kepadabagaimana hendak melaksanakan sesuatu pengajaran . Sorotan literatur yangberkaitan mendapati bahawa metodologi pengajaran konstruktivisme tidakdinyatakan dengan jelas dan terperinci, lantas sukar untuk dipraktikkan dantidak dijalankan secara meluas oleh guru-guru. Walaupun beberapa kajiankaedah pengajaran mengikut pendekatan konstruktivisme secara eksperimenJpend32[09].