Example: confidence

KAEDAH AL-QURAN DALAM MENANGANI MASALAH …

Jurnal pengajian Islam ISSN: 1823 7126. E-ISSSN: 0127-8002. 2017, Bilangan 10, Isu 1, Halaman 57-77. KAEDAH AL-QURAN DALAM MENANGANI MASALAH . SOSIAL: KAJIAN DI pusat PERLINDUNGAN MAJLIS. AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS). METHOD OF AL-QURAN IN DEALING WITH SOCIAL. PROBLEMS: A STUDY IN THE PROTECTION CENTRE OF THE. SELANGOR ISLAMIC RELIGIOUS COUNCIL (MAIS). 1* 2 3. Sahlawati Abu Bakar , Nurzatil Ismah Azizan , Nazneen Ismail , Zanariah 4. Dimon 1. Pensyarah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 2. Pensyarah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 3. Pensyarah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 4. Pensyarah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, * Penulis Penghubung Artikel diterima: 29 Mac 2017 Selepas Pembetulan: 2 Ogos 2107 Diterima untuk terbit: 2 Ogos 2017.

jurnal pengajian islam, 2017, bil. 10, isu 1, 57-77 57 jurnal pengajian islam issn: 1823 7126 e-isssn: 0127-8002 2017, bilangan 10, isu 1, halaman 57-77 kaedah al-quran dalam menangani masalah sosial: kajian di pusat perlindungan majlis agama islam selangor (mais) method of al-quran in dealing with social

Tags:

  Pengajian, Pusat, Masalah

Information

Domain:

Source:

Link to this page:

Please notify us if you found a problem with this document:

Other abuse

Transcription of KAEDAH AL-QURAN DALAM MENANGANI MASALAH …

1 Jurnal pengajian Islam ISSN: 1823 7126. E-ISSSN: 0127-8002. 2017, Bilangan 10, Isu 1, Halaman 57-77. KAEDAH AL-QURAN DALAM MENANGANI MASALAH . SOSIAL: KAJIAN DI pusat PERLINDUNGAN MAJLIS. AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS). METHOD OF AL-QURAN IN DEALING WITH SOCIAL. PROBLEMS: A STUDY IN THE PROTECTION CENTRE OF THE. SELANGOR ISLAMIC RELIGIOUS COUNCIL (MAIS). 1* 2 3. Sahlawati Abu Bakar , Nurzatil Ismah Azizan , Nazneen Ismail , Zanariah 4. Dimon 1. Pensyarah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 2. Pensyarah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 3. Pensyarah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 4. Pensyarah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, * Penulis Penghubung Artikel diterima: 29 Mac 2017 Selepas Pembetulan: 2 Ogos 2107 Diterima untuk terbit: 2 Ogos 2017.

2 Abstrak Golongan remaja sebagai sasaran DALAM meruntuhkan sesebuah masyarakat. Remaja yang tidak mempunyai kekuatan agama akan mudah terjerumus DALAM MASALAH sosial. Bagi merawat remaja yang terjebak dengan MASALAH sosial ini terdapat pusat - pusat perlindungan yang mengambil inisiatif memberikan pemulihan dari aspek rohani. Pelbagai KAEDAH digunakan oleh pusat - pusat perlindungan ini bagi merawat pelatih yang mempunyai MASALAH sosial. Antaranya ialah pusat Perlindungan di Selangor di bawah seliaan Majlis Agama Islam Selangor MAIS yang menggunakan KAEDAH rawatan melalui pendekatan AL-QURAN . Kajian ini dilaksanakan dengan tujuan meneroka pendekatan AL-QURAN yang digunakan oleh pusat Perlindungan MAIS DALAM merawat pelatih yang mempunyai MASALAH sosial.

3 Kajian ini berbentuk kualitatif dengan rekabentuk kajian deskriptif. Data diperolehi melalui temubual dan dianalisis menggunakan pendekatan pengkodan tematik. Hasil kajian mendapati bahawa pendekatan AL-QURAN yang diamalkan di pusat - pusat perlindungan tersebut ialah pendekatan akidah dan kerohanian, ilmu, ibadah, jihad dan disiplin, bi'ah salihah, qudwah hasanah, psikologi, doa, sentuhan syariat serta zikir dan wirid. Kata Kunci MASALAH sosial, pusat pemulihan, KAEDAH AL-QURAN , qudwah, bi'ah Abstract Teenagers who do not have the strength of religion could easily involve in social problems. For treating teenagers who stuck with this social problem there is JURNAL pengajian ISLAM, 2017, BIL.

4 10, ISU 1, 57-77 57. protection centres who take the initiative to provide recovery from spiritual aspect. A variety of methods used by this protection centers for treating trainees who have social problems. Among them are Protection Center in Selangor under the supervision of Majlis Agama Islam Selangor MAIS that applies method treatment through the Qur'an. The study was conducted with the aim of exploring the approach the Quran used by MAIS in treating trainees who have social problems. This is a qualitative study and the data is obtained through interviews and analysed using thematic coding approach. The study found that the approach that Quran practiced in the protection centres was faith and a spiritual approach, knowledge, discipline and worship, jihad, bi'ah salihah, good role model, psychological, prayer, Shari'a physical touch, zikir and wirid.

5 Keywords Social problems, rehabilitation centre, the rules of the Quran, role model, bi'ah 1. Pendahuluan Kadar MASALAH sosial dan jenayah di Selangor lebih tinggi berbanding di negeri-negeri lain. Ini adalah berpunca daripada bilangan penduduk Selangor yang lebih ramai. Statistik jenayah DALAM kalangan pelajar di Selangor pada tahun 2013 mencatat jumlah 873 orang ( berumur 7 hingga 18) dan sehingga Mac 2014 ia mencatat 135 orang ( ). Bagi membantu pihak berkuasa menyelesaikan MASALAH tersebut, pelbagai KAEDAH alternatif telah dilaksanakan termasuk pendekatan pemulihan di pusat - pusat perlindungan akhlak persendirian di negeri Selangor. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sendiri mempunyai dua buah pusat perlindungan iaitu pusat Pemulihan Wanita Baitul Ehsan di Sabak Bernam dan pusat Pemulihan Akidah Baitul Iman di Ulu Yam.

6 Di samping itu, MAIS turut menaungi 17 buah pusat perlindungan persendirian. Antaranya ialah Raudatussakinah, Rumah Kebajikan PERKID, Baitul Islah PERHID Shah Alam dan Rumah Sahabat SIDIM. Meskipun berbeza dari sudut sasaran pelatih dan bentuk pemulihan yang dijalankan, kesemua pusat ini bertujuan untuk membantu para pelatih ke arah memperbaiki kehidupan mereka. ( 3 November 2015). Oleh yang demikian kajian ini akan memfokuskan pendekatan al- Quran yang digunakan oleh pusat Perlindungan MAIS DALAM membantu merawat pelatih yang mempunyai MASALAH sosial. 2. Penyataan MASALAH MASALAH sosial adalah perlakuan negatif yang tidak bermanfaat di DALAM anggota masyarakat (Roslan, 2011).

7 Terdapat pelbagai MASALAH sosial yang rata-rata melibatkan keruntuhan akhlak remaja seperti pembuangan bayi, rogol, zina, dadah dan lain-lain. Kurangnya pendidikan agama dan moral menyebabkan berlaku jenayah, termasuk jenayah rogol yang mengancam kehormatan dan hak wanita. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Tidak akan berzina seorang penzina kalau dia DALAM keadaan beriman. Tidak akan mencuri seorang pencuri kalau dia DALAM keadaan JURNAL pengajian ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 57-77 58. beriman. Tidak akan minum khamar pula jika dia DALAM keadaan beriman. (Al-Bukhari, Kitab Hudud, Bab Dosa Orang Yang Berzina, No 6312). Suasana dunia hari ini banyak mempengaruhi jiwa individu.

8 Iklimnya telah mengalami proses pengasingan (alienation) dan serangan ideologi yang didasari oleh dominasi pola kehidupan moden yang materialistik, egoistik dan hedonistik. Sehinggakan perkara penting DALAM kehidupan psikologi manusia banyak diabaikan bahkan dilupakan. Unsur- unsur moral dan rohani (spiritual) yang merupakan unsur terpenting menjadi satu bahagian yang terpisah dari kehidupan psikologi manusia. Suasana ini berkembang hasil daripada pengaruh fahaman sekularisme. Sulaiman Nordin (2010) menyatakan fahaman sekularisme menghasilkan pelbagai pemikiran-pemikiran yang membawa kesesatan, pemisahan antara roh dan jasad, dunia dan akhirat atau sains dan agama.

9 Ideologi- ideologi sekularisme khususnya sosialisme memisahkan peranan pencipta daripada bidang ilmu pengetahuan sehingga menurut pandangan mereka agama adalah candu untuk masyarakat. Ideologi tersebut juga telah memberi kesan kepada hati atau jiwa manusia sehingga manusia semakin beransur-ansur menjauhi Allah SWT. seterusnya melupakan-Nya. Hati dan jiwa yang tidak tenang lebih mudah diresapi oleh unsur-unsur negatif seperti tingkah laku delinkuen iaitu sikap melanggar undang-undang atau melakukan perkara yang tidak diterima masyarakat serta terlibat DALAM tingkah laku berisiko. (Mohd Noorikhwan 2013). Keseriusan penyakit rohani masyarakat diakui semua pihak dengan dibuktikan oleh statistik permasalahan yang sentiasa meningkat saban tahun.

10 Contohnya kajian yang dibuat oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (2010) terhadap 2,403 orang responden berhubung keterlibatan DALAM tingkah laku delinkuen menunjukkan 94. peratus daripada mereka mengaku pernah terlibat sekurang-kurangnya sekali berbanding 6 peratus yang tidak pernah terlibat langsung. Manakala hasil kajian yang dijalankan ke atas 200 orang remaja mendapati tahap pengetahuan majoriti ( peratus) remaja berada pada tahap sederhana. Hasil kajian turut mengambarkan bahawa semakin tinggi pengetahuan agama, maka semakin rendah kecenderungan remaja untuk terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral dan menyalahi undang- undang negara (Fauziah Ibrahim : 2012, 88).


Related search queries