Example: confidence

Konsep Perniagaan Islam Kajian Al Quran Dan Al Sunnah ...

65 e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH VOL 3 BIL 2 (2016) Konsep Perniagaan Islam Kajian Al Quran Dan Al Sunnah Business concept of Islam The study of Quran and Al- Sunnah Suwandi1, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai2 & Wan Nasyrudin Wan Abdullah3 ABSTRAK Perniagaan berasaskan al- Quran dan al-Hadis telah terbukti membawa Rasulullah SAW dan para sahabat kepada suatu kejayaan Perniagaan . Malahan tidak hanya membawa kejayaan bagi individu sahaja bahkan juga teruji membawa masyarakat Islam ketika itu kepada suatu perekonomian yang maju. Secara doktrinal umat Islam wajib berniaga mengikut syariah, namun keterbatasan pemahaman terhadap Perniagaan Islam membuat ramai orang membatasi Perniagaan Islam pada Kajian perbankan dan kewangan serta sebahagian lagi menyamakan dengan fiqh al muamalah.

Perniagaan merupakan rangkaian kegiatan yang terdiri daripada tukar-menukar, jual beli, pengeluaran, pemasaran, bekerja dan interaksi dengan manusia lain dengan maksud untuk memperolehi keuntungan (K. Berten 2002). Dengan demikian, perniagaan merupakan aktiviti yang cakupannya sangat luas. ...

Tags:

  Perniagaan

Information

Domain:

Source:

Link to this page:

Please notify us if you found a problem with this document:

Other abuse

Transcription of Konsep Perniagaan Islam Kajian Al Quran Dan Al Sunnah ...

1 65 e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH VOL 3 BIL 2 (2016) Konsep Perniagaan Islam Kajian Al Quran Dan Al Sunnah Business concept of Islam The study of Quran and Al- Sunnah Suwandi1, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai2 & Wan Nasyrudin Wan Abdullah3 ABSTRAK Perniagaan berasaskan al- Quran dan al-Hadis telah terbukti membawa Rasulullah SAW dan para sahabat kepada suatu kejayaan Perniagaan . Malahan tidak hanya membawa kejayaan bagi individu sahaja bahkan juga teruji membawa masyarakat Islam ketika itu kepada suatu perekonomian yang maju. Secara doktrinal umat Islam wajib berniaga mengikut syariah, namun keterbatasan pemahaman terhadap Perniagaan Islam membuat ramai orang membatasi Perniagaan Islam pada Kajian perbankan dan kewangan serta sebahagian lagi menyamakan dengan fiqh al muamalah.

2 Sementara Perniagaan Islam juga sangat jauh berbeza dengan Perniagaan sekular yang ramai digunapakai ketika ini. Oleh itu, Kajian ini dijalankan untuk menyusun kembali Konsep Perniagaan Islam secara utuh dan menyeluruh. Kajian dengan kaedah kepustakaan, pensejarahan, perbandingan dan tafsir tematik ini kemudian merumuskan epistemologi, aksiologi, prinsip-prinsip asas Perniagaan dan etika Perniagaan berasaskan al- Quran dan al- Sunnah . Kajian akhirnya menghasilkan suatu Konsep Perniagaan Islam yang boleh digunapakai saat ini. Kata kunci: Muhammad SAW; al- Quran dan al-Hadis, dan Konsep Perniagaan Islam Kontemporer.

3 ABSTRACT Business based al- Quran and al-Hadith has been proven to bring the Prophet and his companions to a business success. In fact not only bring success to individuals even tested it also brought it to the Muslim community at an advanced economy. According to the Islamic doctrines Muslims must do business in accordance with Sharia, but the lack of understanding of the business of making people restrict Islamic business in the banking and finance and some equate with Islamic law. While Islamic business is also too much contrast to the many secular businesses adopted today, by the study is to reconstruct the concept of Islamic business completely and thoroughly.

4 The study by the method of literature, historiography, comparative and thematic interpretation formulates the epistemology, axiology, the basic principles of business and business ethics based on al- Quran and al-Hadith. The study finally formulated contemporary Islamic business concept that can be applied today. Keyword: Muhammad PBUH; al- Quran and al- Sunnah , and Islamic Business Concept. 1 Calon PhD Perniagaan Islam , di Institut Islam Hadhari, UKM. 2 Pensyarah kanan FEP UKM, dan Research Fellow di Institut Islam Hadhari, UKM. 3 Pensyarah kanan FPI UKM, dan Fellow Reseach di Institut Islam Hadhari, UKM.

5 66 e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH VOL 3 BIL 2 (2016) Pengenalan Muhammad SAW merupakan contoh usahawan yang berjaya, dimana sebelum menerima wahyu baginda berniaga lebih kurang 25 tahun dan selama itu pula baginda sentiasa memperolehi kejayaan (Antonio 2002). Afzalurrahman (2000) juga menyatakan bahawa tidak ditemukan catatan yang menerangkan mengenai kerugian atau kegagalan yang pernah dialami baginda selama melakukan aktiviti Perniagaan . Seterusnya dijelaskan bahawa kerana kepandaian dan kecerdikan serta kejujuran-Nya dalam berniaga, hampir seluruh peniaga kaya, janda-janda kaya, anak yatim, dan juga baitulmal di semenanjung Arab ketika itu ingin berkongsi usaha bersama Baginda.

6 Malah seorang janda kaya bernama Siti Khadijah sampai jatuh cinta kerana kehebatan Perniagaan baginda dan kemudian akhirnya menikah. Contoh serta tauladan Perniagaan mengikut cara-cara Islam yang diamalkan oleh baginda tidak sahaja baik untuk diikuti namun ianya adalah perkara yang harus dilihat bahawa Perniagaan merupakan sebahagian daripada ajaran Islam dan mempunyai nilai ibadah kepada Allah SWT (Norasmah Othman 2012). Setelah menerima wahyu, transaksi Perniagaan Muhammad SAW telah banyak berkurang. Adapun pelbagai transaksi yang dilakukan lebih banyak kepada pembelian daripada penjualan barang. Daripada bukti-bukti yang ada, dapat dilihat bahawa hanya terdapat tiga transaksi penjualan yang berlaku berbanding transaksi pembelian yang lebih banyak (Afzalurrahman 2000).

7 Dari sini dapat diketahui bahawa Nabi Muhammad SAW tidak lagi aktif berniaga kerana transaksi pembelian lebih kepada penggunaan sedangkan penjualan bertujuan kepada produktiviti ( Perniagaan ). Kenyataan di atas sangat sesuai dengan hadis Nabi Aku tidaklah diberi wahyu untuk mengumpul kekayaan atau untuk menjadi salah seorang pedagang di antara kamu (Afzalurrahman 2000). Hadis ini menegaskan bahawa setelah Muhammad SAW diangkat menjadi Nabi, Baginda tidak lagi memberikan tumpuan kepada Perniagaan . Hal ini kerana Baginda menitikberatkan hal ehwal dakwah, pemerintahan negara dan juga peperangan. Namun demikian, Rasulullah sangat menggalakkan para sahabatnya untuk berniaga.

8 Galakan Baginda dapat dilihat melalui sabdanya yang bermaksud Pedagang yang jujur lagi amanah akan bersama para nabi dan para syuhada. (HR. Tirmidzi). Selain itu, Rasulullah juga melarang para sahabatnya berhenti daripada melakukan Perniagaan seperti larangan Baginda kepada Abdurrahman bin Auf dan Usman bin Affan (Laode Kamaludin 2010). Selain itu, selepas mendirikan masjid Nabawi Rasulullah SAW terus mendirikan pasar Suqul anshar (pasar Madinah) yang dijalankan seratus-peratus dengan aturan syariat Islam (Ibnu Hisyam 1995). Muhammad SAW telah memberikan contoh dan ajaran yang lengkap mengenai Perniagaan . Baginda adalah contoh usahawan berjaya, baginda meninggalkan al- Quran dan al-Hadis sebagai rujukan Perniagaan mengikut syariah, dan juga seorang khalifah (kepala Negara) yang telah memberi tauladan dalam mengatur pasaran.

9 Oleh itu, Konsep Perniagaan mengikut contoh dan ajaran yang dibawa oleh Muhammad SAW boleh disusun semula sehingga dapat aplikasikan pada masa kontemporer. Konsep Perniagaan tersebut telah terbukti membawa kejayaan kepada Perniagaan baginda dan para sahabat secara individu serta Konsep Perniagaan ini juga menurut ekonom moden, Adam Smith dalam The Wealth of Nation telah membawa umat Islam ketika itu kepada suatu perekonomian yang maju (Karim 2002). Kebelakangan ini pula wujud kekeliruan dalam perbincangan akan kandungan daripada Perniagaan Islam . Ada yang membatasi Perniagaan Islam pada Kajian perbankan 67 e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH VOL 3 BIL 2 (2016) dan kewangan, dan sebahagian lagi membatasi dan menyamakan dengan fiqh al muamalah.

10 Pembatasan Kajian Perniagaan Islam pada institusi kewangan dan fiqh muamalat akan menyebabkan masa hadapan ilmu ekonomi dan Perniagaan Islam menjadi sempit dan akan menyempitkan ruang gerak Kajian Perniagaan Islam secara lebih luas (Nasr 1987). Secara dokrinal dalam pemikiran Islam segala aktiviti hendaklah bertujuan untuk menegakkan tauhid kepada Allah SWT (al-Dzaariyaat 51:56), sehingga aktiviti Perniagaan harus mengikut syariah Islam . Sementara itu Perniagaan Islam dan konvensional memiliki banyak perbezaan seperti pada aspek dasar antaranya, self-interest versus huquq, utility versus maslahah, dan rationality versus taqwa.


Related search queries