Example: stock market

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA SOALAN-SOALAN LAZIM …

Kemaskini pada KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA SOALAN-SOALAN LAZIM PROGRAM REKALIBRASI TENAGA KERJA (RTK) DI BAWAH PELAN REKALIBRASI PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI) 1. Apakah Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) Di Bawah Pelan Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)? Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) yang diwujudkan di bawah Pelan Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) merupakan inisiatif Kerajaan bagi menangani isu kekurangan tenaga kerja yang dihadapi oleh pihak industri pada ketika ini susulan daripada pembekuan pengambilan pekerja asing baharu dalam negara. Program ini bertujuan untuk meregularisasikan PATI sedia ada dalam negara sebagai pekerja asing yang sah untuk digajikan oleh majikan tertakluk kepada syarat dan kriteria yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

Majikan hendaklah membuat pendaftaran PATI di JIM melalui portal https://www.imi.gov.my. Pada masa yang sama, majikan boleh membuat permohonan RTK di JTKSM secara atas talian menerusi Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) menerusi pautan https://www.eppax.gov.my. Kemaskini pada 20.5.2021 ...

Tags:

  Pendaftaran, Majikan

Information

Domain:

Source:

Link to this page:

Please notify us if you found a problem with this document:

Other abuse

Transcription of KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA SOALAN-SOALAN LAZIM …

1 Kemaskini pada KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA SOALAN-SOALAN LAZIM PROGRAM REKALIBRASI TENAGA KERJA (RTK) DI BAWAH PELAN REKALIBRASI PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI) 1. Apakah Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) Di Bawah Pelan Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)? Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) yang diwujudkan di bawah Pelan Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) merupakan inisiatif Kerajaan bagi menangani isu kekurangan tenaga kerja yang dihadapi oleh pihak industri pada ketika ini susulan daripada pembekuan pengambilan pekerja asing baharu dalam negara. Program ini bertujuan untuk meregularisasikan PATI sedia ada dalam negara sebagai pekerja asing yang sah untuk digajikan oleh majikan tertakluk kepada syarat dan kriteria yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

2 Program ini melibatkan kerjasama antara dua KEMENTERIAN iaitu KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) menerusi Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dan KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). 2. Apakah yang perlu dilakukan oleh majikan yang berhasrat untuk menyertai Program RTK? majikan yang berhasrat untuk menyertai Program RTK hendaklah memastikan perkara-perkara berikut : (i) Kelayakan PATI majikan hendaklah mendaftarkan PATI yang ingin digajikan dengan JIM bagi proses verifikasi dan semakan kelayakan. Kemaskini pada (ii) Kelayakan majikan majikan hendaklah mendapatkan kelulusan kuota daripada JTKSM.

3 Hanya majikan yang layak memenuhi syarat dan kriteria serta mempunyai kuota kelayakan akan dipertimbangkan untuk kelulusan. 3. Apakah sektor-sektor yang dibenarkan untuk memohon di bawah Program RTK? Sektor-sektor yang dibenarkan adalah seperti berikut : (i) Sektor Perkilangan; (ii) Sektor Pembinaan (Gred G4 hingga G7 sahaja)**; (iii) Sektor Perladangan; dan (iv) Sektor Pertanian ** majikan sektor pembinaan Gred G1, G2 dan G3 hendaklah merujuk kepada Construction Labour Exchange Centre Bhd (CLAB) untuk membuat permohonan pekerja asing. Bermula 27 April 2021, Kerajaan telah bersetuju terhadap pembukaan sub sektor perkhidmatan meliputi sub sektor berikut:- (i) Restoran; (ii) Pembersihan Dan Pencucian; (iii) Borong Dan Runcit; dan (iv) Kargo.

4 4. Nyatakan tatacara untuk memohon RTK? majikan hendaklah membuat pendaftaran PATI di JIM melalui portal Pada masa yang sama, majikan boleh membuat permohonan RTK di JTKSM secara atas talian menerusi Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) menerusi pautan Kemaskini pada majikan yang belum pernah mempunyai rekod di JIM hendaklah membuat permohonan di Sistem ePPAx terlebih dahulu bagi membolehkan penyaluran maklumat majikan dihantar ke Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs), JIM. majikan sektor pembinaan Gred G4 hingga G7 dinasihatkan untuk mengisytiharkan projek pembinaan dalam Sistem CIMS di bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) terlebih dahulu dan mendapatkan sokongan kuota kelayakan pekerja asing sebelum meneruskan permohonan selanjutnya di Sistem ePPAx.

5 5. Bilakah majikan boleh mula mengemukakan permohonan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja? majikan boleh membuat permohonan menggajikan PATI di bawah Program Rekalibrasi Tenaga Kerja di JTKSM mulai 16 November 2020. Bagi permohonan sub sektor perkhidmatan, permohonan boleh dibuat mulai 27 April 2021. 6. Apakah syarat dan kriteria yang perlu dipenuhi oleh majikan bagi mendapatkan kelulusan kuota daripada JTKSM? majikan hendaklah memenuhi syarat dan kriteria kelayakan yang ditetapkan mengikut dasar dan polisi penggajian pekerja asing sedia ada antaranya nilai jualan, modal berbayar dan sebagainya.

6 Permohonan bagi sub sektor pembersihan dan pencucian hanya dibenarkan tertakluk kepada syarat-syarat: i. syarikat Sendirian Berhad; ii. mempunyai modal berbayar sekurang-kurangnya RM100,000; iii. Memorandum and Article syarikat menyatakan aktiviti perniagaan pembersihan / pencucian; iv. mempunyai kontrak kerja yang masih sah antara pemberi kontrak dan kontraktor pembersihan / pencucian; dan v. terhad di lokasi yang dibenarkan sahaja. Permohonan sub sektor kargo hanya dibenarkan kepada syarikat pengendalian kargo yang beroperasi di pelabuhan atau di lapangan terbang sahaja. Kemaskini pada Permohonan bagi sub sektor perkhidmatan borong dan runcit hanya dibenarkan bagi pasaraya dan pusat pengedaran (distribution centre) tertakluk kepada syarat berikut: Kategori Syarat Pasaraya berkeluasan melebihi 2,500 meter persegi Pusat Pengedaran stor penyimpanan barangan milikan syarikat sahaja (premis sendiri atau sewaan) 7.

7 Bagaimana kuota kelayakan majikan dikira? Kuota kelayakan majikan bagi sektor perkilangan, pertanian perladangan dan sub sektor perkhidmatan kargo dikira mengikut nisbah kelayakan semasa yang berkuat kuasa. Manakala bagi sektor pembinaan, kuota kelayakan majikan dikira dan ditentukan oleh CIDB. Bagi sub sektor perkhidmatan restoran, pembersihan dan pencucian serta borong dan runcit, Kerajaan telah memutuskan kuota kelayakan ditetapkan pada kadar 50% daripada kuota kelayakan sedia ada yang dikira berdasarkan nisbah kelayakan semasa. 8. Adakah majikan perlu hadir ke One Stop Centre (OSC), KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) untuk kelulusan akhir?

8 Tidak perlu. Bagi permohonan RTK, kelulusan akhir diberikan oleh JTKSM berdasarkan penilaian yang dibuat oleh Mesyuarat Jawatankuasa Program Rekalibrasi Tenaga Kerja. Maklumat kelulusan akan disalurkan terus kepada Sistem MyIMMs, JIM untuk proses selanjutnya. 9. Bagaimana majikan boleh mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat berhubung Program RTK? majikan boleh menghubungi Unit Kawalselia dan Penggajian Pekerja Asing, Bahagian Pekerja Asing, JTKSM di talian 03-8886 5192 atau hadir ke mana-mana Pejabat Tenaga Kerja yang terdekat dengan tempat pekerjaan. majikan juga boleh mengemukakan pertanyaan dan mendapatkan bantuan teknikal sistem melalui e-mai Kemaskini pada 10.

9 Bila tarikh akhir majikan boleh membuat permohonan bagi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja? majikan boleh mengemukakan permohonan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja melalui Sistem ePPAx sehingga 30 Jun 2021. Walau bagaimanapun, majikan dinasihatkan untuk mengemukakan permohonan dengan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan. JABATAN TENAGA KERJA SEMENANJUNG MALAYSIA PUTRAJAYA 3 MEI 2021


Related search queries