Example: bachelor of science

PEMEROLEHAN BAHASA KANAK-KANAK

PEMEROLEHAN BAHASA KANAK-KANAK :SATU ANALISIS SINTAKSISTay Meng GuatJabatan Pengajian MelayuABSTRAKK ajian ini merupakan kajian awal untuk melihat PEMEROLEHAN BAHASA KANAK-KANAK dari segi sintaksis. Subjek kajian ialah seorang KANAK-KANAK penutur natif BAHASA Iban dari kawasan Bahagian Dua-Betong. Data yang digunakan untuk analisis kajian ialah data autentik yang diperoleh melalui rakaman audio. Data dianalisis berdasarkan tiga ciri utama aspek sintaksis iaitu panjang ayat, struktur sintaksis dan jumlah ujaran setiap giliran bertutur. Pengiraan Min Panjang Ujaran atau Mean Length of Utterance (MLU) mengikut Brown s Stages of Development digunakan untuk menentukan tahap perkembangan BAHASA KANAK-KANAK berkenaan. PENGENALANP roses PEMEROLEHAN dan penguasaan BAHASA KANAK-KANAK merupakan satu perkara yang rencam dan cukup menakjubkan bagi para penyelidik dalam bidang linguisitk. Bagaimana manusia memperoleh BAHASA merupakan satu isu yang amat mengagumkan dan sukar dibuktikan.

PENGENALAN Proses pemerolehan dan penguasaan bahasa kanak-kanak merupakan satu perkara ... METODOLOGI KAJIAN Subjek Kajian Sampel bagi kajian ini terdiri daripada seorang kanak-kanak perempuan Iban yang ... (26%) dan ayat tiga kata dan empat kata masing-masing sebanyak 14% (rujuk Jadual 1 dan Lampiran C). Bilangan kata setiap ayat Jumlah ...

Tags:

  Gait, Metodologi, Kajian, Metodologi kajian, Pengenalan

Information

Domain:

Source:

Link to this page:

Please notify us if you found a problem with this document:

Other abuse

Transcription of PEMEROLEHAN BAHASA KANAK-KANAK

1 PEMEROLEHAN BAHASA KANAK-KANAK :SATU ANALISIS SINTAKSISTay Meng GuatJabatan Pengajian MelayuABSTRAKK ajian ini merupakan kajian awal untuk melihat PEMEROLEHAN BAHASA KANAK-KANAK dari segi sintaksis. Subjek kajian ialah seorang KANAK-KANAK penutur natif BAHASA Iban dari kawasan Bahagian Dua-Betong. Data yang digunakan untuk analisis kajian ialah data autentik yang diperoleh melalui rakaman audio. Data dianalisis berdasarkan tiga ciri utama aspek sintaksis iaitu panjang ayat, struktur sintaksis dan jumlah ujaran setiap giliran bertutur. Pengiraan Min Panjang Ujaran atau Mean Length of Utterance (MLU) mengikut Brown s Stages of Development digunakan untuk menentukan tahap perkembangan BAHASA KANAK-KANAK berkenaan. PENGENALANP roses PEMEROLEHAN dan penguasaan BAHASA KANAK-KANAK merupakan satu perkara yang rencam dan cukup menakjubkan bagi para penyelidik dalam bidang linguisitk. Bagaimana manusia memperoleh BAHASA merupakan satu isu yang amat mengagumkan dan sukar dibuktikan.

2 Pelbagai teori dari bidang disiplin yang berbeza telah dikemukakan oleh para pengkaji untuk menerangkan bagaimana proses ini berlaku dalam kalangan KANAK-KANAK . Memang diakui bahawa sama ada disedari ataupun tidak, sistem-sistem linguistik dikuasai dengan pantas oleh individu KANAK-KANAK walaupun umumnya tiada pengajaran formal..learning a first language is something every child does successfully, in a matter of a few years and without the need for formal lessons. (Language Acquisition: On-line). Sungguhpun rangsangan BAHASA yang diterima oleh KANAK-KANAK tidak teratur dan terhad, namun mereka berupaya memahami sistem-sistem linguistik BAHASA pertama sebelum menjangkau usia lima tahun. Fenomena yang kelihatan menakjubkan ini telah berlaku dan terus berlaku dalam kalangan semua masyarakat dan budaya pada setiap penyelidik secara empirikal, terdapat dua teori utama yang membincangkan bagaimana manusia memperoleh BAHASA .

3 Teori pertama mempertahankan bahawa BAHASA diperoleh manusia secara alamiah atau dinuranikan. Teori ini juga dikenali sebagai Hipotesis Nurani dalam linguistik. Teori yang kedua mempertahankan bahawa BAHASA diperoleh manusia secara Penyelidikan IPBL, Jilid 7, 2006_____Pemerolehan BahasaKajian saintifik dalam bidang PEMEROLEHAN BAHASA telah dimulakan sejak kurun ke-16 lagi (Zulkifly, 1990:326-331). kajian ini dimulakan oleh Tiedemann, seorang ahli biologi berbangsa Jerman pada tahun 1787. Charles Darwin, pengasas teori evolusi turut menjalankan kajian dalam bidang PEMEROLEHAN BAHASA pada tahun 1877. kajian - kajian yang seterusnya telah dilakukan oleh Preyer pada tahun 1882 dan kajian Sally pada tahun 1885. Selepas kajian - kajian perintis ini terdapat banyak kajian lain lagi yang mengkaji bahan-bahan dan subjek-subjek yang berbeza untuk melihat aspek-aspek yang berkaitan dengan PEMEROLEHAN sistem-sistem BAHASA .

4 kajian - kajian terkini meliputi aspek kajian perbandingan PEMEROLEHAN BAHASA antara BAHASA yang berbeza, misalnya perbandingan antara BAHASA Inggeris dengan BAHASA Itali yang dilakukan oleh Antonella Devescovi dan lain-lain pada tahun 2003 (A Cross-Linguistic Study of the Relationship between Grammar & Lexical Development: On-line). PEMEROLEHAN BAHASA merupakan satu proses perkembangan BAHASA manusia. Lazimnya PEMEROLEHAN BAHASA pertama dikaitkan dengan perkembangan BAHASA KANAK-KANAK manakala PEMEROLEHAN BAHASA kedua bertumpu kepada perkembangan BAHASA orang dewasa (Language Acquisition: On-line). Perkembangan BAHASA KANAK-KANAK pula bermaksud PEMEROLEHAN BAHASA ibunda KANAK-KANAK berkenaan. Namun terdapat juga pandangan lain yang mengatakan bahawa terdapat dua proses yang terlibat dalam PEMEROLEHAN BAHASA dalam kalangan KANAK-KANAK iaitu PEMEROLEHAN BAHASA dan pembelajaran BAHASA .

5 Dua faktor utama yang sering dikaitkan dengan PEMEROLEHAN BAHASA ialah faktor nurture dan faktor nature. Namun para pengkaji BAHASA dan linguistik tidak menolak kepentingan tentang pengaruh faktor-faktor seperti biologi dan persekitaran. kajian - kajian telah dijalankan untuk melihat sama ada manusia memang sudah dilengkapi dengan alat biologi untuk kebolehan berbahasa seperti yang didakwa oleh ahli linguistik Noam Chomsky dan Lenneberg ataupun kebolehan berbahasa ialah hasil daripada kebolehan kognisi umum dan interaksi manusia dengan persekitarannya. Mengikut Piaget, semua KANAK-KANAK sejak lahir telah dilengkapi dengan alat nurani yang berbentuk mekanikal umum untuk semua kebolehan manusia termasuklah kebolehan berbahasa. Alat mekanisme kognitif yang bersifat umum inilah digunakan untuk menguasai segala-galanya termasuklah BAHASA . Bagi Chomsky dan Miller pula, alat yang khusus ini dikenali sebagai Language Acquisition Device (LAD) yang fungsinya sama seperti yang pernah dikemukakan oleh Lenneberg yang dikenali sebagai Innate Prospensity for Language.

6 LAD dikatakan telah dimiliki oleh setiap anak secara semula jadi dan dengan alat nurani ini akan membolehkan KANAK-KANAK mampu memperoleh BAHASA ibundanya dengan mudah dan cepat. kajian - kajian terkini oleh Bates, Snow dan Tomasello telah mengemukakan hipotesis bahawa pembelajaran BAHASA adalah hasil daripada kebolehan kognisi umum manusia dan interaksinya dengan masyarakat sekitarnya. Salah satu alat Jurnal Penyelidikan IPBL, Jilid 7, 2006_____88terkini yang digunakan untuk mengkaji PEMEROLEHAN BAHASA ialah CHILDES (Child Language Data Exchange System) oleh Brian MacWhinney dan Catherine Snow (Language Acquisition: On-line). Mengikut Bowen (Language ages and stages: On-line) pembelajaran BAHASA bermula sejak bayi dilahirkan. Bayi-bayi yang baru lahir sudah mula mengecam bunyi-bunyi yang terdapat di sekitarnya. Mengikut Brookes (dlm. Abdullah Yusoff dan Che Rabiah Mohamed, 1995:456), kelahiran atau PEMEROLEHAN BAHASA dalam bentuk yang paling sederhana bagi setiap bayi bermula pada waktu bayi itu berumur lebih kurang18 bulan dan mencapai bentuk yang hampir sempurna ketika berumur lebih kurang empat tahun.

7 Bagi Mangantar Simanjuntak (1982) pula, PEMEROLEHAN BAHASA bermaksud penguasaan BAHASA oleh seseorang secara tidak langsung dan dikatakan aktif berlaku dalam kalangan KANAK-KANAK dalam lingkungan umur 2-6 tahun. Hal ini tidak bermakna orang dewasa tidak memperoleh BAHASA tetapi kadarnya tidak sehebat KANAK-KANAK . PEMEROLEHAN BAHASA dikaitkan dengan penguasaan sesuatu BAHASA tanpa disedari atau dipelajari secara langsung iaitu tanpa melalui pendidikan secara formal untuk mempelajarinya, sebaliknya memperolehnya dari BAHASA yang dituturkan oleh ahli masyarakat di sekitarnya. Beliau seterusnya menegaskan bahawa kajian tentang PEMEROLEHAN BAHASA sangat penting terutamanya dalam bidang pengajaran BAHASA . Pengetahuan yang cukup tentang proses dan hakikat PEMEROLEHAN BAHASA boleh membantu bahkan menentukan kejayaan dalam bidang pengajaran umumnya, setiap bayi yang normal akan mengalami proses perkembangan BAHASA secara berperingkat-peringkat dan bersifat arbitrari.

8 Perkembangan BAHASA akan menjadi lebih mantap dan sempurna mengikut perkembangan usia KANAK-KANAK tersebut. Mengikut Mangantar Simanjuntak, 1987 (dlm. Tay. 2000:228) peringkat perkembangan BAHASA ini boleh dibahagi kepada (a) peringkat mengagah; (b) peringkat holofrasa; (c) peringkat ucapan dua kata; (d) peringkat permulaan tatabahasa; (e) peringkat menjelang tatabahasa dewasa; dan (f) peringkat kecekapan penuh. Seseorang KANAK-KANAK akan melalui tiga proses PEMEROLEHAN BAHASA iaitu proses PEMEROLEHAN komponen fonologi, sintaksis dan semantik. Ketiga-tiga komponen ini dikatakan berlaku secara serentak. Mengikut Menn dan Stoel Gammon (Babbling: On-line), dalam perkembangan BAHASA , tempuh vokalisasi pralinguistik atau tempuh mengagah boleh dibahagikan kepada lima tahap iaitu tahap tangisan, cooing , tahap bermain dengan vokal, tahap canonical babbling (bermula pada umur 6 bulan) dan tahap conversational babbling yang bermula pada umur lebih kurang 10 bulan.

9 Seterusnya apabila mencapai umur 12-18 bulan, KANAK-KANAK akan mula menggunakan bunyi atau satu kata untuk merujuk kepada sesuatu yang bermakna, misalnya bunyi kereta untuk merujuk kepada benda kereta atau mengujarkan satu kata kereta untuk mewakili satu ayat yang mungkin bermakna Mama, saya nak naik kereta . Apabila menjangkau umur 18-24 bulan, KANAK-KANAK sudah dapat menghasilkan kata-kata yang membentuk ayat pendek. Peringkat mengagah yang berlaku dalam tahun pertama KANAK-KANAK merupakan satu proses yang normal. Jurnal Penyelidikan IPBL, Jilid 7, 2006_____89 Vokalisasi KANAK-KANAK seterusnya akan berkembang mengikut perkembangan umur KANAK-KANAK berkenaan. Dari segi PEMEROLEHAN komponen semantik, prosesnya boleh dibahagikan kepada empat peringkat iaitu peringkat penyempitan erti kata, peringkat generalisasi berlebihan, peringkat medan semantik dan peringkat generalisasi.

10 Perkembangan penguasaan sintaksis pula terbahagi kepada tiga peringkat iaitu tahap telegraf, tahap morfem dan tahap transformasi manakala dalam perkembangan fonologi, KANAK-KANAK melalui peringkat agahan iaitu menghasilkan bunyi secara rambang. KANAK-KANAK mula memperoleh fonem-fonem yang kasar dan ketara perbezaan fiturnya, kemudian menuju kepada fonem-fonem yang halus perbezaan fiturnya. PEMEROLEHAN fonologi awal KANAK-KANAK lebih terpengaruh kepada sebutan ibu bapa atau konsep motherese. PEMEROLEHAN SintaksisSecara umumnya, para penyelidik dalam bidang PEMEROLEHAN BAHASA beranggapan bahawa PEMEROLEHAN sintaksis hanya bermula apabila KANAK-KANAK dapat mengembangkan dua atau lebih kata. Dengan kata lain, peringkat satu kata atau yang sering disebut sebagai peringkat holofrasa tidak dianggap sebagai titik permulaan penguasaan sistem sintaksis. Steinberg membahagikan peringkat perkembangan penguasaan sintaksis kepada tiga tahap iaitu tahap telegraf, morfem dan transformasi.


Related search queries