Example: bankruptcy

PENULISAN TESIS, KERTAS CADANGAN, KERTAS …

1 PENULISAN TESIS, KERTAS CADANGAN, KERTAS KERJA DAN LAPORAN SERTA PORTFOLIO. Disediakan oleh LT KOL (B) HAMID BIN AWANG Fakulti Pendidikan dan Bahasa Open University Malaysia. 1. Apa itu PENULISAN Ramai kalangan kita sama ada yang bertugas sebagai kakitangan akademik ataupun di jabatan-jabatan kerajaan yang berasa keliru ataupun kurang pasti dengan kepelbagaian jenis teks bertulis yang ditemui pada setiap hari. Sebenarnya fenomena ini berlaku disebabkan kurang amalan dalam konteks penyediaan PENULISAN sama ada yang bersifat ilmiah seperti penyediaan KERTAS cadangan (kajian dan penyelidikan), KERTAS kerja (akademik dan bukan akademik), dan PENULISAN KERTAS laporan (saintifik dan bukan saintifik).

4 Dari awal apabila anda membuat keputusan untuk menulis, anda akan berhadapan dengan keperluan membuat pelbagai keputusan yang komplek terhadap

Tags:

  Terhadap

Information

Domain:

Source:

Link to this page:

Please notify us if you found a problem with this document:

Other abuse

Transcription of PENULISAN TESIS, KERTAS CADANGAN, KERTAS …

1 1 PENULISAN TESIS, KERTAS CADANGAN, KERTAS KERJA DAN LAPORAN SERTA PORTFOLIO. Disediakan oleh LT KOL (B) HAMID BIN AWANG Fakulti Pendidikan dan Bahasa Open University Malaysia. 1. Apa itu PENULISAN Ramai kalangan kita sama ada yang bertugas sebagai kakitangan akademik ataupun di jabatan-jabatan kerajaan yang berasa keliru ataupun kurang pasti dengan kepelbagaian jenis teks bertulis yang ditemui pada setiap hari. Sebenarnya fenomena ini berlaku disebabkan kurang amalan dalam konteks penyediaan PENULISAN sama ada yang bersifat ilmiah seperti penyediaan KERTAS cadangan (kajian dan penyelidikan), KERTAS kerja (akademik dan bukan akademik), dan PENULISAN KERTAS laporan (saintifik dan bukan saintifik).

2 Jika ada pun ramai kalangan kita berkemungkinan hanya menggunakan template ataupun bahan cetak yang sedia ada dan hanya melakukan sedikit perubahan berdasarkan keperluan. Dalam hal ini, jika kita sering mempraktikkan amalan PENULISAN yang betul dan berwibawa bebersesuaian dengan keperluan. Penggunaan kata-kata dan laras bahasa yang sesuai mengikut konteks juga perlulah dikuasai untuk memastikan setiap PENULISAN kita mempunyai kualiti serta mutu yang diharapkan. Kesimpulannya dapatlah kita rumuskan bahawa PENULISAN adalah suatu bentuk catatan dokumen yang memerlukan ketelitian pemilihan katam laras bahasa, susunan ayat, isi dan pemerengganan serta wacana yang baik serta berwibawa. Terdapat beberapa keperluan asas yang membolehkan kita menjadi seorang penulis yang baik.

3 Antaranya ialah : a. Pengetahuan bahasa (fonetik, fonologi, morfologi, semantic, sintaksis, dan tatabahasa. b. Pengalaman tentang tajuk yang akan ditulis (perlukan pengalaman sama ada secara formal atau tidak dalam bidang yang akan ditulis) c. Pengetahuan tentang struktur, format dan organisasi teks bertulis d. Proses menulis yang baik dan berwibawa e. Pengeditan atau penyuntingan. Di samping itu anda juga perlulah mempunyai sifat-sifat seperti berikut: a. keinginan menyampaikan maklumat kepada orang lain. b. Keinginan untuk berkongsi maklumat dengan orang lain c. Kepercayaan bahawa anda boleh memberikan sesuatu sumbangan dalam bentuk PENULISAN untuk mempengaruhi perubahan keadaan atau situasi. d. Kepercayaan bahawa setiap pembaca boleh memberikan komen terhadap PENULISAN anda.)

4 E. Berfikiran terbuka, rasional, dan matang. 2 Jika kesemua perkara di atas dapat anda adunkan dan sebatikan dalam diri anda, sudah pasti anda akan Berjaya menghasilkan sesuatu PENULISAN yang baik dan selaras dengan wacana serta bentuk PENULISAN yang akan anda tulis. Ini memungkinkan setiap PENULISAN kita akan mencapai hasrat serta objektf yang telah ditetapkan. 2. Memahami Bagaimana Seorang Penulis Bertindak Secara umumnya seseorang penulis perlulah terlebih dahulu memahami tentang pelbagai aspek PENULISAN , keperluan, pengetahuan, format dan bentuk serta kemahiran yang membolehkannya untuk membuat perbezaan di antara keperluan PENULISAN yang bakal ditulis sama ada menulis bahan berfakta ataupun bahan kreatif.

5 PENULISAN berfakta adalah lebih cenderung kepada PENULISAN yang beroganisasi serta mempunyai format yang tersendiri serta kawalan dari segi penggunaan laras bahasa dan system penulisannya berbanding dengan PENULISAN kreaif yang lebih bebas dan tiada kongkongan tatabahasa dan laras bahasanya. Begitu juga dengan isi kandungan PENULISAN kreatif yang tidak memerlukan sebarang fakta ataupun bukti untuk menyokong idea-idea yang diutarakan kerana apa yang ditulis adalah berasaskan ilham, pemikiran dan ciptaan penulisnya sendiri. PENULISAN kreatif juga lebih cenderung kepada PENULISAN yang berkaitan dengan budaya, social, keagamaan, sains dan teknologi yang ditulis berasaskan pandangan kaca matanya sendiri dan bukannya daripada hasil penyelidikan dan kajian yang saintifik.

6 Selain itu, hasil kandungan karya kreatif juga adalah hasil rekaan dan mungkin berkisar kepada pengalaman peribadi ataupun masyarakat yang mewakilinya. Manakala PENULISAN beroganisasi ( PENULISAN ekspositori) bukannya rekaan. PENULISAN sebegini mestilah berasaskan fakta yang sahih dan segala yang dikatakan itu telah pun melalui proses ujikaji ataupun penyelidikan secara saintifik. Penulisannya juga rapi, tersusun, dan tidak bersifat subjektif. Gaya bahasanya jelas dan menggunakan laras bahasa yang bersesuaian mengikut bidang yang dibincangkan. Setiap ayat yang ditulis juga mempunyai hubungan tatabahasa yang mapan serta mempunyai unsur kegramatisan. Selain itu, PENULISAN ekspositori ini juga berdasarkan sumber rujukan daripada pakar-pakar bidang tertentu.

7 Untuk memastikan PENULISAN yang berkaitan memenuhi kehendak yang diharapkan, terdapat beberapa persoalan yang perlu dijawab. Antaranya ialah: a. Adakah PENULISAN yang hendak ditulis mempunyai satu tesis (subjek/perkara) yang perlu diselesaikan ? b. Adakah tesis yang berkaitan akan menjadi isu dan perlu kepada pencarian penyelesaiannya ? c. Adakah tesis yang dikemukakan benar-benar penting dan sangat memerlukan penyelesaiannya ? d. Adakah hasil jawapan dan penyelesaian yang akan diperolehi akan dapat memberikan sumbangan ilmu yang berguna kepada masyarakat, bangsa dan Negara ? e. Adakah tesis yang diteliti akan mengutarakan satu dapatan atau perkara baru dalam bidang ilmu ? f. Adakah tesis yang diteliti dalam komponen bidang yang sama tetapi dilihat dalam situasi yang berlainan ?

8 Kesemua persoalan di atas akan menjadi garis pandu kepada kita untuk memulakan suatu bentuk PENULISAN ekspositori. Setiap persoalan yang dinyatakan akan memberikan impak 3 kepada cara dan bentuk serta format PENULISAN yang akan kita tulis. Selain itu, ada beberapa perkara lain juga yang perlu kita pertimbangkan agar PENULISAN kita benar-benar berobjektif dan bermatlamat. Antaranya ialah: a. Apakah peranan kita sebagai penulis ? b. Apakah tujuan kita menulis ? c. Apakah imej diri yang hendak kita utarakan ? d. Bagaimanakah penyesuaian imej dan bahasa yang akan dipaparkan dalam PENULISAN ? e. Apakah jangkaan anda terhadap reaksi pembaca ? f. Apakah factor luaran dan dalaman yang boleh anda muatkan dalam PENULISAN sebagai menyokong dan memperelokkan tulisan anda ?

9 G. Adakah penyelidikan yang anda hasilkan akan menyumbangkan kepada suatu penemuan dan ilmu baru dalam bidang yang ditulis ? h. Dan banyak lagi persoalan lain yang boleh anda jadikan sebagai input untuk memastikan setiap PENULISAN anda benar-benar berwibawa dan memberikan impak kepada pembaca. 3. Bagaimana Anda Menghadapi Proses PENULISAN Dalam Situasi Yang Berlainan Seperti yang dinyatakan dalam PENULISAN ini bahawa PENULISAN mempunyai pelbagai bentuk dan tujuan, Intipati dan kandungan sesuatu PENULISAN amat berkait rapat dengan tujuan sesuatu PENULISAN itu dihasilkan. Sebagai contoh sekiranya PENULISAN itu adalah berkaitan dengan pelaporan sudah pastilah setiap perkataan. Laras bahasa, dan wacana yang digunakan dalam PENULISAN adalah bersifat pelaporan.

10 Pengetahuan tentang proses menulis bermula dengan memahami konsep, prinsip, definisi, dan rasional sesebuah PENULISAN dihasilkan amat penting diketahui oleh penulis. Sifat kejelasan dan ketelitian terhadap bentara persoalan yang boleh dijadikan panduan ialah: a. Apakah penulis benar-benar memahami tentang konsep KERTAS cadangan/ KERTAS kerja/laporan yang akan ditulis ? b. Bagaimanakah hendak mengenali perbandingan di antara KERTAS kerja, KERTAS cadangan, dan laporan ? c. Apakah tujuan sebenarnya setiap KERTAS tersebut di tulis ? d. Apakah persediaan untuk melaksanakan tugasan ini ? e. Apakah pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan yang perlu anda ada ? f. Siapakah sebenarnya audien kepada PENULISAN anda ? Proses PENULISAN memerlukan anda menulis tidak dalam keadaan terpisah (in isolation) tetapi dalam suatu konteks serta kesepaduan tertentu.


Related search queries