Example: tourism industry

Realiti dan Cabaran Wanita Bekerjaya

Realiti dan Cabaran Wanita Bekerjaya | 1 Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) Pendahuluan Dewasa ini, peranan Wanita sudah jauh berbeza berbanding dahulu. Ramai Wanita sekarang mempunyai kerjaya dalam bidang kepakaran masing-masing. Namun begitu, dalam mencapai keseimbangan lebih-lebih lagi antara tuntutan sebagai pekerja dan juga tanggungjawab kepada keluarga merupakan satu Cabaran dan bukan sesuatu tugas yang mudah. Pada hakikatnya, peranan Wanita bukan sahaja dalam mengurus rumah tangga, tetapi sebagai penyumbang ekonomi keluarga. Malahan, tanggungjawab ini bukan hanya dipikul oleh Wanita yang telah berumah tangga, tetapi turut menjadi sebahagian tanggungjawab bagi mereka yang belum berkahwin (Siti Nur Husna, Mohd Izhar Ariif & Muhammad Adnan, 2017). Maksudnya di sini, peranan Wanita dalam keluarga adalah sebagai anak yang patuh kepada kedua ibu bapa, isteri yang mentaati suami dan sentiasa menjaga diri serta ibu yang meletakkan anak-anak sebagai keutamaan dengan asuhan didikan agama sempurna.

keluarga dan diri sendiri, tugasan rumah yang berlebihan (seperti disebut dalam Bird, 1999), isu penjagaan anak, kurang komunikasi dengan pasangan dan keletihan (seperti disebut dalam Glass dan Fujimoto, 1994). Sebagai contoh, ekoran pandemik COVID-19 yang telah melanda dunia sekarang,

Tags:

  Covid, Pandemik, Pandemik covid

Information

Domain:

Source:

Link to this page:

Please notify us if you found a problem with this document:

Other abuse

Transcription of Realiti dan Cabaran Wanita Bekerjaya

1 Realiti dan Cabaran Wanita Bekerjaya | 1 Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) Pendahuluan Dewasa ini, peranan Wanita sudah jauh berbeza berbanding dahulu. Ramai Wanita sekarang mempunyai kerjaya dalam bidang kepakaran masing-masing. Namun begitu, dalam mencapai keseimbangan lebih-lebih lagi antara tuntutan sebagai pekerja dan juga tanggungjawab kepada keluarga merupakan satu Cabaran dan bukan sesuatu tugas yang mudah. Pada hakikatnya, peranan Wanita bukan sahaja dalam mengurus rumah tangga, tetapi sebagai penyumbang ekonomi keluarga. Malahan, tanggungjawab ini bukan hanya dipikul oleh Wanita yang telah berumah tangga, tetapi turut menjadi sebahagian tanggungjawab bagi mereka yang belum berkahwin (Siti Nur Husna, Mohd Izhar Ariif & Muhammad Adnan, 2017). Maksudnya di sini, peranan Wanita dalam keluarga adalah sebagai anak yang patuh kepada kedua ibu bapa, isteri yang mentaati suami dan sentiasa menjaga diri serta ibu yang meletakkan anak-anak sebagai keutamaan dengan asuhan didikan agama sempurna.

2 Selain itu, dari sudut kemasyarakatan pula mereka terlibat dengan kerja-kerja amal kebajikan dan menyumbang dalam aspek pendidikan, ekonomi dan politik. Ini sekaligus akan memberi kesan langsung kepada pembangunan ekonomi keluarga, masyarakat dan negara (Siti Nur Husna et al., 2017). Konsep Keseimbangan Antara Kerja dan Kehidupan Lazimnya, dalam keadaan peningkatan teknologi dan capaian internet masa kini telah menjadikan seseorang individu itu terus leka dan fokus dengan kerja sehinggakan terlalu sukar untuk mengimbangi di antara kerja dan kehidupan apatah lagi untuk meluangkan masa bersama-sama keluarga, rakan-rakan serta diri sendiri. Realiti hari ini, terdapat individu lelaki mahupun Wanita yang bekerja dari pagi hingga lewat malam. Jika ini berterusan, kesannya akan mencetuskan tekanan emosi, keletihan mental dan fizikal, pergolakan rumah tangga, penceraian, produktiviti kerja semakin menurun serta berhenti kerja. Berdasarkan kajian tinjauan yang dibuat oleh Linkedln Learning (2019) terhadap 2,843 responden golongan profesional menunjukkan bahawa 49 peratus daripada mereka dilaporkan mengalami tekanan dalam pekerjaan mereka.

3 Kajian tersebut juga mendapati antara penyebab utama tekanan di tempat kerja tanpa mengira jantina, umur dan pangkat adalah berasa sukar untuk mencapai Realiti dan Cabaran Wanita Bekerjaya | 2 Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) keseimbangan antara kerja dan kehidupan serta tertekan dengan bebanan kerja (rujuk Rajah 1). Menurut Jeffrey H. Greenhaus et al. (2003), keseimbangan kerja dan kehidupan didefinisikan sebagai keadaan seseorang individu yang terikat dengan seimbang di antara peranan dan tanggungjawabnya terhadap pekerjaan dan kehidupan serta berpuas hati dengannya. Bahkan, menurut Jim Bird, pengasas dan CEO of pula mengatakan bahawa work life balance does not mean an equal balance . Keseimbangan terbaik adalah berbeza bagi setiap individu kerana kita semua mempunyai keutamaan dan kehidupan yang tidak sama. Menurutnya lagi, pencapaian dan nikmat kegembiraan yang kita capai setiap hari itu adalah kunci utama dalam mencari titik keseimbangan.

4 Malahan, menurut artikel yang bertajuk The Importance of Achieving Work-Life Balance-And How to Do It yang dikeluarkan oleh bertarikh 20 Ogos 2019 ada menyatakan bahawa bagi mencapai keseimbangan dalam kerja dan kehidupan merupakan satu Cabaran yang sentiasa berubah mengikut masa. Keseimbangan pada hari ini mungkin berbeza dengan esok. Ketika anda masih bujang, adalah berbeza semasa berkahwin atau mempunyai anak, begitu juga ketika mula bekerja adalah berlainan ketika kita hampir bersara. Zaman Berubah, Realiti Perkembangan Wanita Dahulu dan Sekarang Memetik laporan yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada 15 Julai 2019, jumlah penduduk perempuan adalah sebanyak juta orang manakala lelaki pula 1 juta orang lebih ramai berbanding perempuan iaitu juta orang. Nisbah jantina pula adalah 107 lelaki bagi setiap 100 perempuan (rujuk Rajah 2). Rajah 1 : Lima penyebab utama tekanan di tempat kerja (Linkedln Learning, 2019) Realiti dan Cabaran Wanita Bekerjaya | 3 Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) Rajah 2 : Statistik populasi penduduk Malaysia mengikut nisbah jantina bagi tahun 2018-2019 (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2019) Menurut rencana BH Online bertarikh 8 Mac 2019, peranan Wanita dilihat begitu penting dan telah membentuk separuh penduduk negara.

5 Tambahan pula, kita telah menyaksikan bahawa Wanita kini tidak lagi terhad menggalas tugas dan tanggungjawab di rumah semata-mata. Bahkan telah menceburi bidang kerja yang sebelum ini dikuasai oleh lelaki setanding dengan tahap pencapaian pendidikan dimiliki. Di samping itu, Wanita juga telah berjaya dalam meningkatkan potensi diri dan membantu mengukuhkan ekonomi keluarga dan negara. Senario ini berbeza dengan kehidupan Wanita zaman dahulu yang seringkali dikaitkan dengan tanggungjawab menguruskan keluarga dan rumah tangga, menjaga anak-anak malah tidak lari berada di ceruk dapur untuk memasak. Dunia mereka hanyalah di rumah dikelilingi ibu bapa dan adik-beradik. Bagi yang telah berkahwin pula, menjadi tanggungjawab mereka untuk berada di sisi suami, anak-anak dan mertua. Namun begitu, Wanita dilihat semakin bertambah dari semasa ke semasa apatah lagi mempunyai tahap pendidikan tinggi serta ada yang menyandang jawatan penting dalam bidang profesional.

6 Statistik yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada 13 Disember 2019 menunjukkan bahawa bilangan siswazah yang bekerja pada tahun 2018 adalah seramai juta orang berbanding tahun sebelumnya iaitu juta orang dengan peningkatan sebanyak peratus (rujuk Rajah 3). Manakala, perbandingan mengikut jantina pula menunjukkan siswazah perempuan mendominasi dengan juta orang ( peratus) berbanding siswazah lelaki iaitu sebanyak juta orang ( peratus). Realiti dan Cabaran Wanita Bekerjaya | 4 Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) Rajah 3 : Statistik siswazah bekerja bagi tahun 2017 dan 2018 mengikut kumpulan jantina dan umur (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2019) Peningkatan kemajuan ilmu dan teknologi telah sedikit sebanyak melonjakkan bidang sektor tenaga kerja tanpa mengira status dan jantina. Penglibatan Wanita dalam pelbagai aspek pembangunan negara sememangnya tidak dapat dipertikaikan lagi. Hampir setiap sektor samada ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, politik, perubatan, keselamatan, pentadbiran, perdagangan dan sebagainya telah diceburi oleh kaum Wanita .

7 Situasi ini jelas dapat dilihat melalui data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada 25 November 2019 menunjukkan bahawa kadar penyertaan tenaga kerja Wanita meningkat sebanyak peratus pada tahun 2019 berbanding peratus tahun 2018 (rujuk Rajah 4). Manakala, anggaran jumlah pendapatan yang diperoleh Wanita juga turut meningkat kepada RM35,508 pada tahun 2019 berbanding RM33,264 tahun sebelumnya. Selain itu, Wanita telah mendominasi kaum lelaki bagi pencapaian dalam pendidikan di semua peringkat; rendah, menengah dan tinggi. Rajah 4 : Statistik Pemerkasaan Wanita Dalam Domain Terpilih, Malaysia, 2019 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia bersempena Hari Wanita 2020 (Infografik Bernama) Realiti dan Cabaran Wanita Bekerjaya | 5 Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) Oleh itu, kemampuan Wanita kini terbukti hampir menyamai golongan lelaki kecuali dari sudut fizikal.

8 Walaupun begitu, setinggi mana pangkat dan status kerjaya mereka, tanggungjawab terhadap keluarga tetap menjadi keutamaan. Namun begitu, kehidupan seorang Wanita Bekerjaya akan mempunyai Cabaran dan konflik tersendiri dalam mencari keseimbangan kerja dan kehidupan, lebih-lebih lagi pada mereka yang memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu. Bukan sesuatu tugas yang mudah untuk kita mencapai titik keseimbangan tersebut. Justeru, bagaimanakah seseorang Wanita itu dapat membahagikan masanya di antara kerja dan keluarga? Sudah pastinya pelbagai emosi dan tekanan yang harus dialami oleh Wanita , tidak kira positif mahupun negatif. Kegagalan dalam mengatasi emosi tersebut akan bakal memberikan impak besar terhadap kerjaya ekoran hilang fokus dan produktiviti pada kerja serta mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga. Cabaran Wanita Mendepani Era Dwi-Kerjaya Menurut Tracy Soidi dan Agnis Sombuling (2016), peranan dalam institusi keluarga telah mengalami perubahan terutamanya bagi golongan Wanita yang bukan sahaja dilihat sebagai seorang ibu tetapi juga seorang pekerja.

9 Ekoran itu, bilakah kali terakhir kita meluangkan masa berkualiti bersama suami atau isteri, anak-anak, keluarga, rakan-rakan dan diri sendiri? Bilakah kali terakhir kita berasa gembira dan puas hati dengan pencapaian di tempat kerja? Hakikatnya, Realiti hidup sebagai seorang Wanita Bekerjaya itu merupakan Cabaran yang tidak mudah untuk dihadapi. 1. Tekanan antara Tuntutan Tanggungjawab Keluarga dan Tugas Kerjaya Kini, golongan Wanita sering kali dilihat sentiasa berhadapan dengan konflik keseimbangan antara keluarga dan kerjaya terutamanya bagi mereka yang telah berumah tangga (Fatimah Abdullah, 1985). Lebih-lebih lagi, rata-rata Wanita yang bekerja banyak menghabiskan masa mereka dengan rutin harian yang padat. Mereka harus bangun seawal pagi bagi menguruskan anak dan keluarga, keluar bekerja dengan purata masa lapan hingga sepuluh jam sehari, balik ke rumah lewat petang atau awal malam dan terus menyambung tugasan sebagai seorang isteri dan ibu.

10 Senario ini telah menyebabkan badan akan menjadi terlalu penat, letih dan emosi penuh ketegangan. Bukan itu sahaja, ada sehinggakan yang mengabaikan suami dan anak-anak. Realiti dan Cabaran Wanita Bekerjaya | 6 Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) Rajah 5 : Masalah utama yang dihadapi Wanita dalam mengimbangi peranan antara kerjaya dan keluarga dari Kajian KPKM-5, 2014 (LPPKN) Sementara itu, Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5), 2014 yang dijalankan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mendapati bahawa hampir satu perlima iaitu peratus Wanita yang sedang bekerja menghadapi masalah dalam mengimbangi peranan antara kerjaya dan keluarga. Antara masalah utama adalah disebabkan oleh kurang masa bersama keluarga ( peratus), masalah penjagaan anak ( peratus), kurang masa untuk diri sendiri ( peratus) dan bebanan tugas di tempat kerja ( peratus). Menurut Nurul Naimah Rose dan Mohd Yusri Mustafa (seperti disebut dalam Mirowsky, 2003) menunjukkan bahawa golongan yang mengalami tekanan (stress) lebih tinggi adalah Wanita .


Related search queries