Example: bankruptcy

Sulatus Salatin - Sejarah Melayu - Sabri Zain

PENGANTAR SULALATUS Salatin adalah judul asal Sejarah Melayu . Dan judul asal inilah yang digunakan untuk versi terbaru ini. Sepanjang yang diketahui versi ini telah menunjukkan beberapa kelainan yang jelas dan ia lebih mendekati karya asal sekiranya dibandingkan dengan versi-versi yang sedia ada iaitu Shellabear, Abdullah Munshi dan Winstedt Raffles Mss. No. 18. Penghargaan sewajamyalah diberikan kepada Encik A. Samad Ahmad yang telah melakukan satu kajian yang khusus dan teliti bagi menyediakan versi ini. Siapa saja sudah pasti akan dapat merasakan betapa sukamya untuk membuat kajian bagi sesebuah karya yang lama seperti Sulalatus Salatin ini. Ia menuntut satu gabungan usaha yang sulit dan rumit, selain menghendaki ketelitian dan ketekunan yang tidak jemu-jemu.

Ejaan yang dipakai dalam naskhah A ini bolehlah dikatakan mengikut kaedah yang agak lebih baru, jika dibandingkan dengan naskhah B; tetapi pada seTerigah-seTerigah tempat temyata penyalinnya ada kecenderungan meminda, misalnya mengenai nama kitab Duril Mazlum, dalam naskhah ini ditulis tidak seperti dalam naskhah B, huruf-huruf itu diberi baris

Tags:

  Yang, Ejaan, Ejaan yang

Information

Domain:

Source:

Link to this page:

Please notify us if you found a problem with this document:

Other abuse

Transcription of Sulatus Salatin - Sejarah Melayu - Sabri Zain

1 PENGANTAR SULALATUS Salatin adalah judul asal Sejarah Melayu . Dan judul asal inilah yang digunakan untuk versi terbaru ini. Sepanjang yang diketahui versi ini telah menunjukkan beberapa kelainan yang jelas dan ia lebih mendekati karya asal sekiranya dibandingkan dengan versi-versi yang sedia ada iaitu Shellabear, Abdullah Munshi dan Winstedt Raffles Mss. No. 18. Penghargaan sewajamyalah diberikan kepada Encik A. Samad Ahmad yang telah melakukan satu kajian yang khusus dan teliti bagi menyediakan versi ini. Siapa saja sudah pasti akan dapat merasakan betapa sukamya untuk membuat kajian bagi sesebuah karya yang lama seperti Sulalatus Salatin ini. Ia menuntut satu gabungan usaha yang sulit dan rumit, selain menghendaki ketelitian dan ketekunan yang tidak jemu-jemu.

2 Inilah yang telah dilakukan oleh penyelenggara buku ini sewaktu beliau menjadi Penulis Tamu di Dewan Bahasadan Pustaka dalam tahun 1978. Latar belakang hidupnya banyak mendorong beliau mengeTerigahkan semula cerita-cerita lama kepada masyarakat han ini. Sejak kecilnya lagi beliau telah mula berminat membaca hikayat-hikayat lama sehingga beliau mengenali banyak jenis karya tersebut. Minatnya yang begitu mendalam kepada karya jenis itulah yang memungkinkan terhasilnya Sulalatus Salatin ini di samping beberapa buah yang lain seperti Batu Belah Batu Bertangkup , Nakhoda Teriggang, Singapura Dilanggar Todak, Laksamana Tun Tuah, Dosaku, Zaman Gerhana dan lain-lain. Di samping sebagai seorang penulis, Encik A.

3 Samad Ahmad juga adalah seorang wartawan dan pejuang politik di peringkat awal kebangkitan v nasionalisme di Malaysia. Beliau pernah menjadi Ketua Pengarang akhbar Majlis, sebuah akhbar yang berpengaruh di perTerigahan tahun 40-an dan awal tahun 50-an dan juga salah seorang tokoh Kesatuan Melayu Muda KMM yang bergerak bersama-sama Ibrahlm Haji Yaakub, Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam dan lain-lain. Kegiatan-kegiatannya inilah yang banyak memberinya semangat menghasilkan semula karya-karya lama dalam usaha mengembalikan kedudukan bangsa Melayu ke tempatnya yang sebenar. Pada keseluruhannya, Sulalatus Salatin versi ini masih mempunyai persamaan asas dengan versi yang sedia ada.

4 Bagaimanapun terdapat juga beberapa perbezaan yang menonjol yang rasanya tidaklah perlu diperjelaskan di sini kerana semuanya telah diSerituh oleh penyelenggara buku ini dengan panjang lebar dalam bahagian "Prolog" dan "Epilog". Dalam kedua bahagian ini beliau telah membuat kajian dengan mendalam dan juga memberikan beberapa contoh kesilapan yang dilakukan oleh para pengedit versi Sejarah Melayu sebelum ini, terutamanya Teritang kesilapan mentranskripsikan ejaan jawi yang menyebabkan pengertian dan maknanya berubah. Hal ini mungkin juga disebabkan para pengedit yang terdiri dari sarjana-sarjana Barat ini kurang mendalam pengetahuan mereka dalam bahasa Melayu di samping kemungkinan didorong oleh sebab-sebab politik penjajah sebagaimana kita sekarang sebagai satu bangsa yang merdeka dan berdaulat ingin membuat tafsiran Sejarah dari kepentingan dan kaca mata kita Sendiri.

5 Kami memanglah mengharapkan kajian-kajian yang serupa ini akan terus bertambah dan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka Sentiasa menyediakan kemudahan-kemudahannya. Diharap penerbitan Sulalatus Salatin ini akan dapat memberi satu pandangan bam dalam menganalisa Sejarah Melayu terutamanya kepada para pengkaji dan peminat kesusasteraan Melayu . Jun 1979 Datuk Haji Hassan Ahmad Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka vi SEKAPUR SIRIH Bismillahi'r rahmani'rahlm DALAM majlis-majlis perbincangan mengenai buku karyi saya Zaman Gerhana, yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka pada 12 Disember 1976 dan di Sudut Penulis Dewan Bahasa dan Pustaka pada 28 Januari 1977, di antara beberapa persoalan lain.

6 Telah juga timbul persoalan mengenai "Siapakah lawan Hang Tuah bertikam, Hang Jebat atau Hang Kasturi?" Hingga ke hari ini masih terdengar-dengar di telinga saya suara Encik Ismail Ahmad sekarang Haji, melahirkan rasa ragu-ragu dalam perkara itu, seolah-olah beliau menyuarakan keraguan yang selama ini terpendam di dalam hati ramai peminat sastera yang telah membaca dan meneliti Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu dari edisi-edisi yang telah diterbitkan. Sekalipun dalam perbincangan-perbincangan tersebut saya berpeluang menerangkan bahawasaya pernah terbaca sekurang-kurangnya ada dua buah naskhah lama "Sulalatus Salatin " tulisan tangan, mengisahkan bahawa lawan Hang Tuah bertikam itu ialah Hang Jebat, bukannya Hang Kasturi; dan telah juga saya nyatakan di mana adanya naskhah-naskhah tersebut; tetapi sekadar keterangan demikian belumlah rasanya memadai, melainkan dengan ada buktinya.

7 Alhamdulillah, dengan terbitnya buku ini maka lahirlah bukti yang dimaksudkan itu, sekurang-kurangnya dapat dijadikan satu penjelasan dalam perkara yang menjadi tanda tanya dan menimbulkan keraguan di kalangan peminat- peminat sastera selama ini. Dan bukan sahaja mengenai per- vii soalan tersebut, bahkan di samping itu turut juga terbongkar beberapa perkara lain yang selama ini seolah-olah tersembunyi dan tidak sampai ke pengetahnan kita sekalian. Buku ini tidaklah dapat saya usahakan hingga selesai, melainkan dengan berkat ihsan dan kerjasama pihak-pihak yang berkenaan; kerana itu, kemudian daripada mengucap syukur ke hadrat Allah subhanahu wa taala. Tuhan yang Maha Pemurah lagi Mengasihani, saya dengan sepenuh ikhlas mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tan Sri Haji Hamdan Sheikh Tahir, Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, serta ahli-ahli Lembaga Pengelola sekaliannya, atas pandangan mereka yang menganggap bahawa saya masih boleh dan bergunalagi dalam bidangpenulisan; dan dengan pandangan demikian telah mempelawa saya menjadi sebagai seorang "Penulis Tamu" Dewan Bahasa dan Pustaka.

8 Begitu juga kepada Ketua Pengarah DBP, Tuan Haji Hassan Ahmad, dan Timbalan Ketua Pengarah DBP, Encik Hassan Ibrahim, saya ucapkan terima kasih kerana membenarkan saya mengusahakan projek ini, terdahulu daripada satu projek yang telah dicadangkan oleh pihak DBP, dengan syarat-syarat yang munasabah dalam hubungan di antara pihak penerbit dengan pihak penulis. Tambahan pula dengan memberi segala kemudahan yang saya perlukan dalam mengusahakan buku ini. Ucapan terima kasih saya yang tiada terhingga kepada Prof. Datuk Zainal Abidin bin Abdul Wahid, atas kesudian mengorbankan masa beliau yang amat berharga itu, menyemak dan meneliti kandungan naskhah buku ini semasa dalam bentuk bertaip lagi, walaupun beliau Sentiasa sibuk dengan berbagai urusan dan tanggungjawab yang berat-berat.

9 Kepada Encik Baharuddin Zainal, Ketua Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera DBP, serta sekalian pegawai dan kakitangan bahagian itu, bahkan menyeluruh kepada jurutaip dan penyelenggara pejabatnya, saya ucapkan ribuan terima kasih atas sepenuh kerjasama yang telah diberikan kepada saya sejak dari mula saya mengusahakan buku ini. Setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan kepada sahabat-sahabat saya, terutama sekali kepada Drs. Khalid Hussain yang telah bersusah payah menyemak bahasa Jawa dan merumi serta mentafsirkan "Ciri' yang ada di dalam buku ini. Begitu juga kepada Tuan Haji Khairuddin Muhammad, pensyarah di viii Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Tuan Haji Sulaiman Noor dan Ustaz Mohd.

10 Marzuki bin Haji Safie dari Dewan Bahasa dan Pustaka yang telah memberi kerjasama menyemak ayat-ayat dalam bahasa Arab. Bagaimanapun, patut saya tegaskan di sini bahawa jika ada, terdapat apa-apa kekhilafan dalam hal yang berkenaan ini, bahkan dalam keseluruhan isi buku ini, bukan sekali-kali menunjukkan kelemahan pihak-pihak yang berkenaan, tetapi adalah menjadi sepenuh tanggungjawab saya Sendiri, kerana sebagai seorang Hamba Allah yang bersifat lemah, saya sedia insaf akan kelemahan dan kekurangan saya dalam serba hal. Seterusnya ucapan terima kasih saya kepada Encik Rahmat bin Ramly, Ketua Unit Pengeluaran DBP, serta sekalian kakitangannya, begitu juga kepada sekalian pegawai dan kakitangan di Bahagian Perpustakaan dan Unit Seriifoto DBP, yang telah memberi sepenuh kerjasama dalam usaha menjayakan penerbitan buku ini.


Related search queries