Example: bankruptcy

Amended Thirtheen Fee Schedule - MMA

16 Disember 2013 16 December 2013 (A) 358 WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE PERINTAH KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA (HOSPITAL SWASTA DAN KEMUDAHAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA LAIN) (PINDAAN) 2013 PRIVATE HEALTHCARE FACILITIES AND SERVICES (PRIVATE HOSPITALS AND OTHER PRIVATE HEALTHCARE FACILITIES) (AMENDMENT) ORDER 2013 DISIARKAN OLEH/ PUBLISHED BY JABATAN PEGUAM NEGARA/ ATTORNEY GENERAL S CHAMBERS (A) 358 2 AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998 PERINTAH KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA (HOSPITAL SWASTA DAN KEMUDAHAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA LAIN) (PINDAAN) 2013 PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 106(2) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586], Menteri membuat perintah yang berikut: Nama 1.

(A) 138/2006], dipinda dengan menggantikan Jadual Ketiga Belas dengan jadual yang berikut: “JADUAL KETIGA BELAS [Peraturan 433] JADUAL FI - FI PROFESIONAL BAHAGIAN A - FI PERUBATAN Catatan: 1. Dalam catatan ini: "di luar jam" ertinya suatu tempoh antara 6 petang dalam satu hari dan 8 pagi hari

Tags:

  Schedule, Jadual

Information

Domain:

Source:

Link to this page:

Please notify us if you found a problem with this document:

Other abuse

Transcription of Amended Thirtheen Fee Schedule - MMA

1 16 Disember 2013 16 December 2013 (A) 358 WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE PERINTAH KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA (HOSPITAL SWASTA DAN KEMUDAHAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA LAIN) (PINDAAN) 2013 PRIVATE HEALTHCARE FACILITIES AND SERVICES (PRIVATE HOSPITALS AND OTHER PRIVATE HEALTHCARE FACILITIES) (AMENDMENT) ORDER 2013 DISIARKAN OLEH/ PUBLISHED BY JABATAN PEGUAM NEGARA/ ATTORNEY GENERAL S CHAMBERS (A) 358 2 AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998 PERINTAH KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA (HOSPITAL SWASTA DAN KEMUDAHAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA LAIN) (PINDAAN) 2013 PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 106(2) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586], Menteri membuat perintah yang berikut: Nama 1.

2 Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta Lain) (Pindaan) 2013. Pindaan jadual Ketiga Belas 2. Peraturan-Peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta Lain) 2006 [ (A) 138/2006], dipinda dengan menggantikan jadual Ketiga Belas dengan jadual yang berikut: jadual KETIGA BELAS [Peraturan 433] jadual FI - FI PROFESIONAL BAHAGIAN A - FI PERUBATAN Catatan: 1. Dalam catatan ini: "di luar jam" ertinya suatu tempoh antara 6 petang dalam satu hari dan 8 pagi hari yang berikutnya pada hari-hari biasa, dan sepanjang hari pada hujung minggu dan cuti awam; (A) 358 3 "kecemasan" ertinya suatu keadaan serius yang dikatakan wujud apabila kelewatan dalam rawatan boleh menambah ancaman kepada nyawa atau bahagian badan; "pakar bedah" merujuk kepada semua kategori pakar dan boleh termasuk pakar anestesia; "fi pakar anestesia" merujuk kepada fi yang dikenakan untuk induksi, penyelenggaraan, pembalikan anestesia dan aktiviti pemantauan standard.

3 Fi ini hanya terpakai untuk anestesia am atau anestesia serantau. 2. Semua fi di dalam jadual ini adalah fi maksimum yang boleh dikenakan dan ia terpakai bagi apa-apa bentuk pembayaran. 3. Suatu fi tambahan yang tidak melebihi 50% daripada fi maksimum boleh dikenakan oleh kedua-dua pakar bedah dan pakar anestesia bagi tatacara kecemasan yang dilakukan di luar jam, yang hendaklah tidak termasuk tatacara elektif. 4. Bagi lawatan wad, termasuk lawatan selepas pembedahan dan penjagaan, fi perundingan yang boleh dikenakan adalah bagi maksimum dua lawatan pada hari yang sama, tanpa mengira jumlah sebenar lawatan yang dibuat, kecuali dalam hal apabila lawatan tambahan adalah atas permintaan pesakit atau apabila keadaan pesakit didapati memerlukan lawatan tambahan.

4 5. Fi bagi jagaan anestesia yang dipantau menjadi 80% daripada fi anestesia untuk tatacara itu. 6. Apabila dua atau lebih tatacara yang dilakukan melalui insisi dan masa yang sama, fi yang boleh dikenakan oleh kedua-dua pakar bedah dan pakar anestesia bagi selain tatacara yang dimaksudkan, hendaklah tidak melebihi 50% daripada tatacara itu. 7. Apabila dua atau lebih tatacara dilakukan melalui insisi berasingan pada masa yang (A) 358 4 sama, fi bagi kedua-dua pakar bedah dan pakar anestesia hendaklah tidak melebihi 75% daripada fi profesional masing-masing yang ditetapkan bagi tatacara itu. Peraturan ini tidak terpakai bagi insisi pelbagai yang dibuat untuk mewujudkan port akses pelbagai dalam mana-mana tatacara endoskopi dan laparoskopi.

5 8. Dalam pembedahan yang melibatkan aras anatomi berbilang, fi yang boleh dikenakan bagi tatacara itu adalah 100% bagi aras pertama dan tidak boleh melebihi 50% daripada fi maksimum yang boleh dikenakan untuk aras berikutnya. 9. Apabila satu atau lebih tatacara yang dilakukan sama ada melalui insisi sama atau berbeza, elektif atau kecemasan dan menghendaki khidmat beberapa pakar bedah dengan kepakaran yang berbeza melakukan bersama-sama demi kepentingan keselamatan pesakit, kecekapan operatif atau kualiti penjagaan, fi yang boleh dikenakan oleh pakar bedah ini selain pakar bedah utama tidak boleh melebihi 75% daripada fi maksimum yang dikenakan. 10. Apabila tatacara yang bersifat sangat kompleks menghendaki khidmat seorang pakar bedah kedua dengan kepakaran yang sama, melakukan bersama-sama demi kepentingan keselamatan pesakit, kecekapan operatif atau kualiti penjagaan, jumlah fi yang boleh dikenakan oleh pakar bedah kedua hendaklah tidak melebihi 50% daripada jumlah fi yang boleh dikenakan oleh pakar bedah pertama (utama) bagi tatacara yang dilakukannya.

6 11. Dalam hal apabila fi tertentu bagi tatacara laparoskopi atau endoskopik tidak dinyatakan dalam jadual , fi tambahan tidak melebihi 15% daripada fi tatacara itu boleh dikenakan oleh pakar bedah. 12. Dalam hal apabila tatacara terbuka dilakukan berikutan kegagalan tatacara endoskopik, fi yang dikenakan adalah bagi satu tatacara sahaja. (A) 358 5 13. Apabila tatacara endoskopi atau laparoskopi terapeutik didahului oleh tatacara endoskopi atau laparoskopi diagnostik, tiada fi tambahan akan dikenakan bagi tatacara diagnostik. 14. Dalam hal apabila satu tatacara terdiri daripada gabungan beberapa tatacara yang lazimnya dilakukan bersama-sama dan bagi tatacara gabungan yang dinyatakan diperuntukkan atau tidak dalam jadual , fi bagi tatacara gabungan yang dinyatakan tidak boleh berpecah atau diasingkan dalam pengiraan fi.

7 I. FI PERUNDINGAN Catatan: 1. Bagi tatacara yang dilakukan di bawah anestesia setempat (LA) atau sedasi atau kedua-duanya, dan apabila anestesia setempat atau sedasi diberikan oleh pakar bedah yang melakukan tatacara itu, fi tambahan tidak melebihi 20% daripada fi tatacara atau RM 125, mana-mana yang lebih rendah boleh dikenakan. Fi tambahan ini tidak terpakai kepada tatacara yang dilakukan di bawah anestesia setempat dan/atau sedasi yang dianggap sebagai rutin, biasa dan lazim. 2. Dalam hal apabila tiada fi dinyatakan bagi pakar anestesia dan anestesia dianggap perlu atau fi tidak melebihi 50% daripada fi tatacara pembedahan atau minimum RM 265 atau mana-mana yang lebih tinggi boleh dikenakan oleh pakar anestesia.

8 1. Pengamal am (bukan pakar) (a) Lawatan pertama/Perundingan awal Butiran Fi (RM) Perundingan sahaja Perundingan dengan pemeriksaan 30-125 Perundingan dengan pemeriksaan dan pelan rawatan Perundingan selepas waktu klinik yang dinyatakan Sehingga 50% melebihi kadar biasa (A) 358 6 Panggilan atau lawatan ke rumah Sehingga 100% melebihi kadar biasa (b) Klinik tanpa perkhidmatan farmaseutikal Butiran Fi (RM) Perundingan sahaja Perundingan dengan pemeriksaan 35 - 145 Perundingan dengan pemeriksaan dan pelan rawatan Perundingan selepas waktu klinik yang dinyatakan Sehingga 50% melebihi kadar biasa Panggilan atau lawatan ke rumah Sehingga 100% melebihi kadar biasa 2. Fi pakar Nota.

9 Terpakai bagi semua kepakaran perubatan kecuali dinyatakan sebaliknya (a) Lawatan pertama/Perundingan awal Butiran Fi (RM) Perundingan sahaja Perundingan dengan pemeriksaan 80 - 235 Perundingan dengan pemeriksaan dan pelan rawatan Perundingan selepas waktu klinik yang dinyatakan Sehingga 50% melebihi kadar biasa Panggilan atau lawatan ke rumah Sehingga 100% melebihi kadar biasa (b) Lawatan susulan/ Perundingan susulan Butiran Fi (RM) Perundingan sahaja Perundingan dengan pemeriksaan 40 - 105 Perundingan dengan pemeriksaan dan pelan rawatan Perundingan selepas waktu klinik yang dinyatakan Sehingga 50% melebihi kadar biasa (A) 358 7 Panggilan atau lawatan ke rumah Sehingga 100% melebihi kadar biasa (c) Perundingan khas untuk radioterapi dan onkologi Nota: Termasuk perundingan sekali seminggu Butiran Fi (RM) Pelan Rawatan Asas termasuk simulasi bagi radioterapi pancaran luar (pelan semula akan dicaj berasingan) 860 -1715 Pelan rawatan untuk brakiterapi (Intrakavitari) 1145-2290 Pelan rawatan pakar 2290-4575 - Brakiterapi Interstitial - Radioterapi konformal - Radiosurgeri - Radioterapi modulasi intensiti II.

10 FI TATACARA 1. Tatacara am Butiran/Tatacara Fi (RM) Pakar Bedah Pakar Anestesia Pemantauan tekanan darah ambulatori 130 Pemakaian kas plaster (jika ini satu-satunya tatacara) 315 Pemakaian plaster jaket, spika pinggul, kas kaki panjang atau kas bres 410 265 Kanulasi arteri 130 Punktur arteri 65 Aspirasi hematoma subkutaneus 315 Pengikatan hemoroids 315 Biopsi kulit atau tisu subkutaneus 315 Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) 315 Kanulasi talian tekanan vena sentral (CVP) 230 Pemasukan tiub dada 840 Kolposkopi (dengan/tanpa biopsi) 375 Pemantauan Holter berterusan 330 Pengkuretan/Krioterapi lesi kulit termasuk kauterisasi 315 (A) 358 8 Aspirasi diagnostik sista, sendi dan kaviti 315 Ekokardiografi dengan laporan Pemetaan berwarna 380 Doppler ekokardiografi 380 Ekokardiogram-transtorasik 230 M-mod 380 Eko treadmill stres 380 Ekokardiografi stres 380 Ekokardiografi trans-esofagus 440 Dua dimensi (2-D) 380 Elektif kardioversi 290 Elektrokardiogram (EKG) dengan laporan 80 EKG (stres/ senaman) dengan laporan 270 Biopsi atau aspirasi endometrial 410 Sitologi aspirasi jarum halus 315 Insisi dan penyaliran (I & D) 315 Suntikan di sekeliling faset apofisial vertebra tanpa kawalan X-ray 315 Suntikan ke dalam sendi tanpa kawalan sinar-X 315 Suntikan ke dalam tisu subkutaneus/pusat pencetus kesakitan termasuk anestesia setempat (LA)


Related search queries