Example: air traffic controller

BAB 3: METODOLOGI KAJIAN 3. 0 Pendahuluan - UM

1 BAB 3: METODOLOGI KAJIAN 3. 0 Pendahuluan METODOLOGI KAJIAN adalah penting supaya penyelidikan yang dijalankan mempunyai kaedah yang paling sesuai dan berkesan dalam menjawab permasalahan KAJIAN . Oleh itu, kaedah KAJIAN yang dirangka adalah melibatkan reka bentuk KAJIAN , subjek atau sampel KAJIAN , prosedur KAJIAN , prosedur pengambilan data serta prosedur penganalisisan data. 3. 2 Reka Bentuk KAJIAN KAJIAN ini menggunakan kaedah penyelidikan eksperimental benar bagi membandingkan kumpulan-kumpulan yang paling baik. Kaedah eksperimental ini dikaitkan benar kerana pengagihan responden-responden adalah secara rawak ke dalam kedua-dua kumpulan berdasarkan pemilihan iaitu responden memiliki peluang yang sama untuk memasuki mana-mana kumpulan dan bukan ditentukan oleh penulis (Chua, 2010).

data kuantitatif dan data kualitatif yang merupakan kombinasi kaedah, falsafah, dan haluan rekabentuk penyelidikan yang merangkumi :- 1) Mengumpul dan analisis data kualitatif dan kuantitatif secara teliti dan menyakinkan. ... Dalam teori ini, bercakap dan melukis adalah sebenarnya mempunyai struktur, proses dan berkembang dengan cara yang sama.

Tags:

  Dalam, Falsafah

Information

Domain:

Source:

Link to this page:

Please notify us if you found a problem with this document:

Other abuse

Transcription of BAB 3: METODOLOGI KAJIAN 3. 0 Pendahuluan - UM

1 1 BAB 3: METODOLOGI KAJIAN 3. 0 Pendahuluan METODOLOGI KAJIAN adalah penting supaya penyelidikan yang dijalankan mempunyai kaedah yang paling sesuai dan berkesan dalam menjawab permasalahan KAJIAN . Oleh itu, kaedah KAJIAN yang dirangka adalah melibatkan reka bentuk KAJIAN , subjek atau sampel KAJIAN , prosedur KAJIAN , prosedur pengambilan data serta prosedur penganalisisan data. 3. 2 Reka Bentuk KAJIAN KAJIAN ini menggunakan kaedah penyelidikan eksperimental benar bagi membandingkan kumpulan-kumpulan yang paling baik. Kaedah eksperimental ini dikaitkan benar kerana pengagihan responden-responden adalah secara rawak ke dalam kedua-dua kumpulan berdasarkan pemilihan iaitu responden memiliki peluang yang sama untuk memasuki mana-mana kumpulan dan bukan ditentukan oleh penulis (Chua, 2010).

2 Hal ini dilakukan dengan memilih pelajar berdasarkan senarai nama yang diberikan pihak sekolah di mana semua pelajar memiliki kemungkinan yang sama untuk memasuki salah satu kumpulan. Demikian juga, persoalan tentang kelebihan membaca dan mengulang kaji atau sebaliknya dalam mana-mana kumpulan responden tidak akan timbul lagi. Juga yang membezakannya dengan eksperimen kuasi ialah KAJIAN eksperimen kuasi tidak menggunakan kaedah pemilihan rawak seperti eksperimen benar. 2 Menurut Ahmad Rushdi, (2010) secara amnya, KAJIAN seumpama ini mencantumkan dua jenis asas penyelidikan untuk menghasilkan hasil KAJIAN yang lebih berkualiti. Jenis asas penyelidikan yang dimaksudkan ialah KAJIAN kepustakaan (library research) dan KAJIAN di lapangan (field research).

3 Cantuman kedua jenis penyelidikan ini amat sesuai dengan penyelidikan zaman sekarang yang mementingkan kedua-dua unsur tersebut. KAJIAN kepustakaan dalam KAJIAN ini di jalankan di Universiti Malaya iaitu di Perpustakaan Fakulti Bahasa, Perpustakaan Utama dan Perpustakaan Za ba, namun tidak diabaikan KAJIAN di perpustakaan lain seperti di UITM, UKM dan UIAM. Manakala KAJIAN lapangan dalam KAJIAN ini adalah berdasarkan pandangan Asmah Omar (2002) iaitu merujuk kepada tempat sesuatu fenomena yang hendak dikaji yang menyediakan maklumat KAJIAN untuk ditafsir berdasarkan objektif KAJIAN . dalam KAJIAN ini ia merujuk kepada sekolah SABK yang merupakan tempat penyelidikan dilaksanakan dan juga tempat pengambilan data secara keseluruhannya.

4 Seterusnya, data dalam KAJIAN ini seperti yang telah diterangkan sebelum ini ia berbentuk data kuantitatif dan kualitatif. Data kuantitatif ialah daripada hasil ujian dan soal selidik serta data kualitatif daripada hasil temu bual. Data-data ini dipungut melalui soalan ujian pasca, soal selidik pelajar dan temubual semi struktur guru. Hasil ujian pasca akan menentukan jarak perbezaan di antara responden kumpulan rawatan dan kawalan. Kaedah seperti ini dipilih untuk mengelak berlakunya ralat dalam ujian post test design.(sebab dan bukti). Rekabentuk KAJIAN ini dijalankan adalah untuk: 1. Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap pembelajaran BA secara am dan komik secara khas. 3 2. Mengetahui persepsi guru mengenai masalah pelajar dalam pembelajaran BA dan penggunaan komik dalam pembelajaran BA dalam kalangan pelajar.

5 3. Mengetahui keberkesanan pembelajaran BA menggunakan komik berbanding kaedah tradisonal (biasa). Berikut merupakan gambarajah mengenai rekabentuk KAJIAN yang dijalankan:- Rajah 3. 1 : Rekabentuk Instrumen KAJIAN 3. 2. 1 KAJIAN Kuantitatif Atau Gabungan Secara dasarnya kuantatif adalah daripada perkataan kuantiti (Kamus DBP) iaitu jumlah atau bilangan. Chua (2006) mengatakan kuantitatif dikaitkan dengan data numerika dan ketepatan, yang mana berdasarkan penyelidikan inkuiri positivis yang menggunakan KAJIAN eksperimental dan data numerika untuk dianalisis dengan ujian statistik. Diantara Instrumen ujian kefahaman kosa kata kertas temubual semi struktur soal selidik terbuka tertutup modul argumentasi (komik) 4 jenis-jenis KAJIAN kuantitatif ialah KAJIAN deskriptif, KAJIAN korelasi, causal comparative, dan KAJIAN eksperimental.

6 Manakala KAJIAN kualitatif adalah KAJIAN yang tidak dapat dijelaskan dengan data numerika, yang mana terdapat perkara-perkara tertentu yang memerlukan pemerhatian yang teliti terutamanya yang berunsur emosi, motivasi, dan empati (memahami orang lain) yang berkait dengan manusia, kumpulan tertentu atau keadaan semualajadi (Chua, 2006). Data kualitatif pula diperoleh dengan cara pemerhatian, temu bual, analisis dokumen atau apa-apa cara untuk mendapatkan data yang lengkap. Antara KAJIAN ini ialah KAJIAN tindakan, KAJIAN kes, KAJIAN lapangan, dan analisis dokumen. KAJIAN gabungan pula merupakan KAJIAN yang menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Menurut Creswell & Clark (2011), data yang diperoleh juga menggunakan data kuantitatif dan data kualitatif yang merupakan kombinasi kaedah, falsafah , dan haluan rekabentuk penyelidikan yang merangkumi :- 1) Mengumpul dan analisis data kualitatif dan kuantitatif secara teliti dan menyakinkan.

7 2) Menggabungkan atau menghubungkan dua jenis data secara serentak dengan cara menggabungkan secara berturutan atau menerapkan salah satu ke dalam yang lain. 3) Memberikan kepentingan kepada salah satu atau kedua bentuk data (berdasarkan kepada penekanan dalam penyelidikan). 4) Menggunakan prosedur ini dalam satu KAJIAN atau mengikut beberapa fasa. 5) Merangka prosedur mengikut pandangan falsafah atau pandangan teori. 5 6) Menggabungkan prosedur ke dalam rekabentuk KAJIAN yang spesifik yang akan memberi halatuju untuk melaksanakan KAJIAN . Berdasarkan pendapat di atas, jelaslah bahawa KAJIAN ini menggunakan kaedah penyelidikan berbentuk campuran yang menekankan lebih kepada kaedah kuantitatif iaitu melalui ujian dan soal selidik dan untuk kaedah kualitatif ialah dengan hanya menggunakan kaedah temubual.

8 3. 2. 2 KAJIAN Eksperimental Reka bentuk KAJIAN eksperimental dilakukan untuk mengetahui hubungan sebab dan akibat antara variabel. Ini bermakna, perubahan(akibat) yang berlaku pada variabel bersandar iaitu skor yang tertinggi adalah disebabkan(sebab) perubahan yang diberikan kepada variabel bebas iaitu pembelajaran menggunakan komik. Hal ini sekaligus menjelaskan hubungan antara variabel bebas dan variabel bersandar. Sila rujuk jadual di bawah: Kumpulan KAJIAN Variabel dimanipulasi Kesan perubahan variable bersandar (hipotesis) Hasil KAJIAN (hipotesis) Kumpulan Rawatan Ya Pembelajaran menggunakan Komik Ya Skor yang lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan Pembelajaran menggunakan komik adalah berkesan untuk meningkatkan prestasi pelajar Kumpulan Kawalan Tidak Pembelajaran menggunakan kaedah tradisional Tidak Skor yang rendah berbanding kumpulan rawatan Jadual 3.

9 1: Hubungan Antara Variabel 6 KAJIAN eksperimental dalam KAJIAN ini ialah berbentuk eksperimental benar. Secara kasarnya, KAJIAN eksperimental ini boleh digambarkan seperti jadual 3. 2 dan gambarajah 3. 2 di bawah: Kumpulan Jenis pembelajaran Ujian Pos Kumpulan Rawatan Komik bahasa Arab U1 Kumpulan Kawalan Kaedah Tradisional U1 Jadual 3. 2: KAJIAN Eksperimental Benar Rajah 3. 2 : Konsep Eksperimental KAJIAN Kumpulan Rawatan Kumpulan Kawalan Keberkesanan pembelajaran kaedah komik (variabel bersandar) Komik(rawatan) Keberkesanan pembelajaran kaedah tradisional (variabel bersandar) Teks perbualan(Kawalan) Ujian Pasca sebagai pengukuran (variabel bersandar) Ujian Pasca sebagai pengukuran (variabel bersandar) Keputusan Ujian Yang berbeza 7 3.

10 2. 4 Kerangka Teori KAJIAN Teori yang digunakan dalam kaedah pembelajaran komik KAJIAN ini ialah pendekatan Konstruktivisme dalam komik iaitu teori kontruktivisme yang digunakan berdasarkan buku Cognitive Comics: A Constructivist Approach To Sequential Art oleh Donald Jackson(2009). Berdasarkan teori ini rancangan pengajaran akan mengikut sepertimana formula yang diterangkan dalam Navigating the Teaching of Art oleh Michael Parks dan John Siskar(2009) serta daripada praktikal moden dalam Konstruktivisme. dalam praktikal moden teori kontruktivisme, persekitaran pembelajaran seperti menggunakan komik merupakan cara yang sesuai untuk menarik minat pelajar dalam pembelajaran agar pelajar mudah mengingati konsep dan mengaitkan dengan input yang baru dalam keadaan yang gembira.


Related search queries