Example: dental hygienist

Belanjawan

Belanjawan 2021belanjawan 2021ii Hakcipta Terpelihara Semua hak terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada: Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia, Aras 10, Blok Tengah, Kompleks Kementerian Kewangan, No. 5, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 PUTRAJAYA Faks: 03-88823786 E-mel: Ucapan Belanjawan diterbitkan setiap tahun dan dikeluarkan pada hari pembentangan Belanjawan Tahunan.

Tahun 2020 bagi Malaysia dipenuhi dengan peristiwa mencabar. Tidak pernah lagi, dalam sejarah moden manusiawi, sejenis wabak memberi impak begitu besar sekali. Penularan COVID-19 bukan sahaja meragut nyawa, malah turut menjerut ekonomi negara-negara sedunia. Tiada garis panduan mahupun sebarang petunjuk lampau yang boleh dijadikan rujukan, kerana

Tags:

  Panduan, Bagi, Agri, Garis panduan

Information

Domain:

Source:

Link to this page:

Please notify us if you found a problem with this document:

Other abuse

Transcription of Belanjawan

1 Belanjawan 2021belanjawan 2021ii Hakcipta Terpelihara Semua hak terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada: Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia, Aras 10, Blok Tengah, Kompleks Kementerian Kewangan, No. 5, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 PUTRAJAYA Faks: 03-88823786 E-mel: Ucapan Belanjawan diterbitkan setiap tahun dan dikeluarkan pada hari pembentangan Belanjawan Tahunan.

2 Edisi 2021 diterbitkan pada 6 November 2020. Naskhah jualan boleh diperoleh daripada: Percetakan Nasional Malaysia Berhad, Jalan Chan Sow Lin, 50554 KUALA LUMPUR Tel.: 03-92366888/92366894 Faks: 03-92011008/92224773 E-mel: Naskhah ini juga boleh dimuat turun di: OLEHPERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD KUALA LUMPUR, : 03-92366895 Faks: 03-92224773 Kandungan02mukadimah03prestasi dan cabaran ekonomi 202005matlamat Belanjawan 2021060610172230matlamat pertama kesejahteraan rakyatStrategi 1 Pandemik COVID-19 dan Kesihatan AwamStrategi 2 Memelihara Kebajikan Golongan RentanStrategi 3 Menjana dan Mengekalkan PekerjaanStrategi 4 Mengutama Agenda KeterangkumanStrategi 5 Menjamin Kesejahteraan Hidup Rakyat3637424646matlamat kedua kelangsungan perniagaanStrategi 1 Memacu PelaburanStrategi 2 Memperkukuh Sektor-sektor TumpuanStrategi 3 Mengutama Automasi dan PendigitalanStrategi 4 Memudah Akses

3 Pembiayaan494952555659matlamat ketiga ketahanan ekonomiStrategi 1 Belanjawan PengembanganStrategi 2 Agenda Pembangunan di bawah RMKe-12 Strategi 3 Memperkasa Peranan GLC dan Masyarakat SivilStrategi 4 Menjamin Kelestarian SumberStrategi 5 Perkhidmatan Awam62penutup65lampiranBELANJAWAN 2021iv Belanjawan 2021 merupakan penzahiran konsep Prihatin Rakyat yang didokong teguh oleh Kerajaan Perikatan Nasional. Kebajikan dan kesihatan rakyat adalah keutamaan, manakala kelangsungan perniagaan serta ketahanan ekonomi menjadi pegangan demi mencapai kemakmuran bersama. YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Mohd. YassinPerdana Menteri MalaysiaBELANJAWAN 2021v Saya percaya, rakyat Malaysia ialah bangsa yang berani dan berdaya tahan.

4 Bila sepakat kita mampu melakukan yang luar biasa. Pemulihan perniagaan dan pengukuhan ekonomi mampu dicapai. Atas hakikat itulah Belanjawan 2021 ini mengangkat sebagai tema Teguh Kita, Menang Bersama. YB Senator Tengku Dato Sri Zafrul Tengku Abdul AzizMenteri Kewangan Malaysiabelanjawan 2021viEKONOMI NEGARA 2021pada harga malar 2015(bahagian kepada jumlah dalam %) Termasuk perubahan dalam stokSumber: Kementerian Kewangan 2,225,935 JUTARM 2,225,935 JUTA Belanjawan 2021viiKE MANA DIBELANJAKAN1 Terdiri daripada hasil dan pinjaman2 Tidak termasuk simpanan luar jangka3 Kumpulan Wang COVID-19 di bawah Akta Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) 2020 Sumber.

5 Kementerian Kewangan MalaysiaBELANJAWAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 2021 DARI MANA DATANGNYAPERBELANJAANPEMBANGUNANPERBELAN JAANMENGURUSCUKAI DAN PENGGUNAANASET BUKAN TIDAK DANBANTUAN DANSERAHAN KEPADAKERAJAAN 322,5401 JUTARM 322,5402 JUTA Belanjawan 20211 Datuk Yang di-Pertua,Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bernama Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2021 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dibaca bagi kali kedua sekarang. Ucapan Belanjawan 2021 Oleh:YB Senator Tengku Dato Sri Zafrul Tengku Abdul AzizMenteri KewanganKetika MembentangRang Undang-Undang Perbekalan (2021)Di Dewan RakyatPada Jumaat, 06 November 2020 Tema:Teguh Kita, Menang Bersamabelanjawan 20212 Mukadimah1.

6 Bismillahirrahmanirrahim, atas segalanya, kepada Tuhan kita memohon pertolongan dan petunjuk. Selawat dan salam serta seluruh puji-pujian buat junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahualaihi Wassalam. Begitu juga buat Datuk Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, serta seluruh rakyat Malaysia yang dikasihi. 2. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, saya diberi peluang untuk membentangkan Belanjawan 2021 padakala negara serta seluruh isinya amat perlu dibantu. 3. Kepada saudara-saudari yang sedang melihat di kaca tv, yang mendengar di radio, atau yang menelaah di media baharu, tidak kira walau di mana anda berada hari ini ialah hari yang dinanti-nanti, untuk diperdengarkan segala banyak perkhabaran baik, yang insya-Allah membawa kelegaan kepada Yang di-Pertua,4.

7 Merujuk kepada titah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta in Billah, Baginda telah menzahirkan nasihat buat pedoman kita semua. Baginda mengingatkan, semua pihak untuk mengenepikan segala perbezaan, serta bersatu padu dalam usaha membanteras pandemik COVID-19. Sesungguhnya Kerajaan amat menghargai titah dan sokongan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, bahawa Belanjawan 2021 adalah amat penting, bagi memelihara kesejahteraan rakyat dan negara.

8 5. Maka dengan rendah dirinya, saya mengajak rakan-rakan Yang Berhormat untuk menghayati dan menilai pembentangan Belanjawan ini dengan semangat perpaduan, hati terbuka dan berjiwa besar. Belanjawan 20213 Prestasi dan Cabaran Ekonomi 2020 Datuk Yang di-Pertua,6. Tahun 2020 bagi Malaysia dipenuhi dengan peristiwa mencabar. Tidak pernah lagi, dalam sejarah moden manusiawi, sejenis wabak memberi impak begitu besar sekali. Penularan COVID-19 bukan sahaja meragut nyawa, malah turut menjerut ekonomi negara-negara sedunia. Tiada garis panduan mahupun sebarang petunjuk lampau yang boleh dijadikan rujukan, kerana this is an unprecedented crisis, dengan izin.

9 7. Krisis ini memberi kejutan permintaan dan penawaran, mengganggu rantaian bekalan serta menekan ekosistem perniagaan. Kita juga terpaksa berhadapan dengan ketidaktentuan persekitaran luar, kejatuhan harga komoditi dan ruang fiskal yang terhad. 8. Tabung Kewangan Antarabangsa atau IMF mengunjurkan, ekonomi global mencatat pertumbuhan negatif di paras peratus pada tahun ini. Perdagangan dunia juga dijangka merosot pada kadar peratus. Krisis yang berlaku pada masa ini turut menjejaskan ekonomi di lebih 150 buah negara. Ia merupakan krisis ekonomi terburuk sejak era the Great Depression pada sekitar tahun 1930-an.

10 9. Sejak awal lagi, Kerajaan telah meletakkan keutamaan melindungi rakyat melebihi segala perkara lain. Itulah sebabnya Kerajaan bertindak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP, walaupun kita tahu tindakan selama hampir dua bulan ini memberi kesan mendadak kepada aktiviti ekonomi dan sosial rakyat. Sewaktu itu, Bank Negara Malaysia menganggarkan negara mengalami kerugian di antara hingga bilion ringgit sehari dengan penutupan bagi mengimbangi antara kewajiban melindungi rakyat dan menjamin kelangsungan ekonomi, Kerajaan perlu bertindak pantas. Oleh itu, pelan pemulihan ekonomi secara berfasa telah diperkenalkan menggunakan pendekatan 6R iaitu Resolve, Resilience, Restart, Recovery, Revitalize dan Reform.


Related search queries