Example: bachelor of science

PANDEMIK COVID-19 DAN KESANNYA KEPADA AMALAN …

Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020) Paper No. BM027 FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020 501 PANDEMIK COVID-19 DAN KESANNYA KEPADA AMALAN SOLAT BERJEMAAH DALAM KALANGAN MASYARAKAT ISLAM DI MALAYSIA Abd Hakim Mohad Pusat Pengajian Teras, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM E-mel: Ros Aiza Mohd Mokhtar Pusat Pengajian Teras, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM E-mel: Latifah Abdul Latiff Pusat Pengajian Teras, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM E-mel: ABSTRAK Tahun 2020 tercatat dalam sejarah sebagai tarikh yang sangat signifikan dalam kehidupan manusia kerana PANDEMIK COVID-19 . Sejak awal tahun hinga kini, kita disajikan dengan berita tentang penularan wabak ini, bersama dengan data jumlah jangkitan dan kematian yang berlaku di seluruh dunia. Sehingga hari ini (30/5/2020) seramai 6,047,421 orang telah dijangkiti, dengan 367,149 kematian.

Menurut informan 1, antara pengalaman berharga yang dialaminya sewaktu COVID-19 ialah menjadi imam sembahyang sunat Terawih dan Eidul Fitri untuk keluarganya. Sepanjang hidupnya selama 45 tahun, ini kali pertama dia melakukannya. Dia juga percaya bahawa, orang lain juga melakukan perkara yang sama.

Information

Domain:

Source:

Link to this page:

Please notify us if you found a problem with this document:

Other abuse

Transcription of PANDEMIK COVID-19 DAN KESANNYA KEPADA AMALAN …

1 Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020) Paper No. BM027 FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020 501 PANDEMIK COVID-19 DAN KESANNYA KEPADA AMALAN SOLAT BERJEMAAH DALAM KALANGAN MASYARAKAT ISLAM DI MALAYSIA Abd Hakim Mohad Pusat Pengajian Teras, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM E-mel: Ros Aiza Mohd Mokhtar Pusat Pengajian Teras, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM E-mel: Latifah Abdul Latiff Pusat Pengajian Teras, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM E-mel: ABSTRAK Tahun 2020 tercatat dalam sejarah sebagai tarikh yang sangat signifikan dalam kehidupan manusia kerana PANDEMIK COVID-19 . Sejak awal tahun hinga kini, kita disajikan dengan berita tentang penularan wabak ini, bersama dengan data jumlah jangkitan dan kematian yang berlaku di seluruh dunia. Sehingga hari ini (30/5/2020) seramai 6,047,421 orang telah dijangkiti, dengan 367,149 kematian.

2 Hampir semua negara membuat lock-down atau kawalan pergerakan untuk memutuskan rangkaian wabak ini sebagaimana yang dicadangkan WHO. Malaysia juga tidak terkecuali, di mana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah diisytiharkan bermula 18 Mac 2020 hingga 9 June 2020. KESANNYA KEPADA masyarakat dapat dirasai dalam semua aspek kehidupan termasuklah dalam hal berkaitan agama. Makalah ini membincangkan tentang kesan COVID-19 dalam AMALAN solat berjemaah dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Ia adalah hasil kajian yang dibuat menggunakan kaedah kualitatif. Data yang diperoleh adalah hasil kajian perpustakaan dan temu bual dengan para agamawan dan ahli akademik. Data dianalisis secara deskriptif interpretif. Fokus perbincangan adalah pada AMALAN solat Jumaat, Solat Terawih dan Solat Hari Raya Aidilfitri. Kajian mendapati bahawa AMALAN solat berjemaah berpusat di rumah dan ketua keluarga memainkan peranan yang sangat penting dalam melaksanakannya.

3 Ini adalah perubahan yang sangat signifikan dalam normal baharu AMALAN agama masyarakat Islam di Malaysia. Kata Kunci : COVID-19 , Islam, perubahan, Agama, Malaysia. PENDAHULUAN Kita semua sedia maklum bahawa dunia hari ini sedang menghadapi cabaran yang begitu hebat akibat penularan PANDEMIK COVID-19 . Ketika proposal ini ditulis seramai 2,522,378 orang yang dijangkiti virus ini, manakala 174,289 telah pun meninggal dunia kerananya. Di Malalaysia sahaja seramai 5,482 orang yang dijangkiti, dan menyebabkan 92 kematian ( ). Dunia mengalami kesan yang amat dahsyat sama ada dari segi ekonomi mahu pun sosial. Kehidupan manusia mengalami Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020) Paper No. BM027 FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020 502 perubahan yang amat drastik. Kita tidak lagi bebas bergerak, bahkan terkurung di kediaman masing-masing.

4 Kita terpaksa melakukan penjarakan sosial sebagai satu langkah untuk memutuskan rantaian COVID-19 . Sekolah, universiti, pejabat, kompleks membeli-belah, restoran bahkan rumah ibadah tidak dibuka seperti biasa (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2020). LATAR BELAKANG COVID-19 Hujung Disember 2019, menyaksikan bermulanya penularan pneumonia yang dicirikan dengan demam, batuk kering dan keletihan, serta simptom gastrousus. Ia dikatakan berpunca dari sebuah pasar borong makanan laut Huanan Seafood Wholesale Market , di Wuhan, Hubei, China. Pada awalnya dilaporkan bahawa pada Disember 2019, lebih kurang 66% pekerja di sana telah dijangkiti wabak penyakit tersebut yang dikenali sebagao COVID-19 . Pasar tersebut telah ditutup pada 1 Januari 2020 selepas autoriti kesihatan tempatan mengisytiharkan amaran epidemik pada 31 Disember 2019. Namun pada bulan berikutnya (Januari) ribuan rakyat negara itu dari pelbagai daerah seperti Hubei, Zhejiang, Guangdong, Henan, Hunan, turut terkena jangkitan.

5 Bandar-bandar besar seperti Beijing dan Shanghai juga tidak terkecuali. Lebih membimbangkan apabila penyakit ini merebak ke negara-negara lain seperti Thailand, Jepun, Korea Selatan, Vietnam, German, Amerika Syarikat dan Singapura dalam masa yang singkat. Di Malaysia, kes COVID-19 yang pertama dikesan pada 23 Januari 2020 membabitkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura ( 2020/03/666122/kronologi- COVID-19 -di-mal aysia). Ketika ini (13 Ogos 2020), terdapat 9219 kes positif COVID-19 di Malaysia dengan 125 kes kematian ( ) ( /2020/ 08/13/ kenyataan-akhbar-kpk-13-ogos-2020-situas i-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus- 2019- COVID-19 -di-malaysia/) KESAN COVID-19 KEPADA MASYARAKAT Masyarakat dunia umumnya dan Malaysia khasnya sangat terkesan dengan kehadiran COVID-19 . Pertama sekali tentunya ia melibatkan faktor kesihatan. Mereka yang terkena jangkitan sudah pasti merasai penderitan secara langsung.

6 Manakala ahli keluarga dan sahabat handai pula akan turut terganggu kerana mereka juga berpotensi untuk menjadi mangsa yang seterusnya memandangkan virus berkeupayaan untuk merebak dengan cepat. COVID-19 telah merebak ke 215 buah negara dan menjangkiti 21,000,000 orang, dengan jumlah kematian melebihi 757,000 orang. ( ). Di Malaysia, telah berlaku peningkatan kes COVID-19 secara mendadak, iaitu 190 kes pada 15 Mac 2020, disusuli 125 kes baharu pada 16 Mac 2020. Keadaan ini telah menimbulkan kerisauan banyak pihak dan kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020, di seluruh negara. Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi; larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.

7 Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan diarahkan ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020) Paper No. BM027 FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020 503 menjual barangan keperluan harian. Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat (Perutusan Khas YAB Perdana Menteri Mengenai COVID-19 , 16 Mac 2020). Selain itu kerajaan turut mengarahkan penutupan semua pusat pendidikan di semua peringkat seperti taska, sekolah rendah, sekolah menengah, pusat Latihan dan university turut diarahkan tutup. Begitu juga premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara atau essential services (Perutusan Khas YAB Perdana Menteri Mengenai COVID-19 , 16 Mac 2020).

8 Kehidupan seharian masyarakat di era COVID-19 semakin dirasai apabila kerajaan mula melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bertujuan untuk memutuskan rantaian COVID-19 . Kerja dan rutin harian telah berubah secara tiba-tiba. Semua terpaksa berkurung di rumah bermula dari 18 Mac 2020 hingga 9 June 2020 ( ). Kesan langsung daripada langkah yang diambil kerajaan ialah dari segi ekonomi. Kebanyakan perniagaan terpaksa dihentikan untuk sementara waktu, seperti restoran, shopping mall, perkilangan dan sebagainya. Justeru kerajaan telah memperkenalkan beberapa Langkah proaktif untuk membantu rakyat yang terjejas akibat penularan COVID-19 . Antaranya ialah dengan melaksanakan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN Pakej yang berjumlah RM250 bilion ini dijangka akan dapat membantu meringankan beban rakyat dan komuniti perniagaan. Daripada jumlah tersebut, hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM22 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara manakala.

9 Kerajaan juga menyediakan Bantuan Prihatin Nasional iaitu pemberian tunai secara one-off dengan peruntukan hampir RM10 bilion dan buat pertama kali akan disalurkan juga KEPADA kumpulan M40. Golongan ini termasuk pekerja swasta, peneroka FELDA, petani, nelayan, peniaga kecil dan semua yang tergolong dalam kumpulan M40 dan ke bawah ( ). Pakej rangsangan ekonomi yang sebegini besar, tidak pernah berlaku sebelum ini. Hal ini sudah cukup bagi menggambarkan betapa besarnya impak COVID-19 KEPADA kita semua. Selain daripada mencetuskan masalah ekonomi, pendemik ini juga turut memberi kesan mendalam KEPADA aspek sosial masyarakat keseluruhannya. Kita terpaksa berkurung di rumah dan sentiasa menjarakkan diri antara satu sama lain apabila berurusan di luar rumah. Inilah normal baharu yang perlu dipatuhi demi menjaga keselamatan bersama.

10 KESAN COVID-19 DALAM HAL IBADAH UMAT ISLAM Tempoh PKP yang dikuat kuasakan oleh kerajaan bermula 18 Mac 2020 hingga 10 Jun 2020, menyaksikan umat Islam menjani ibadah mengikut normal baharu yang tidak pernah dialami sebelum ini. Di Negeri Sembilan misalnya, Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan membuat ketetapan bahawa solat berjemaah termasuk solat Jumaat serta sebarang aktiviti berkaitan tidak diadakan di masjid dan surau negeri itu selama 10 hari bermula 17 hingga 26 Mac 2020. Tarikh ini telah dianjak hingga 9 Jun 2020 ( ). Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020) Paper No. BM027 FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020 504 Antara kesan langsung COVID-19 yang dapat dilihat ialah arahan untuk bersembahyang Zohor di rumah bagi menggantikan sembahyang Jumaat di masjid. Selain itu umat Islam juga terpaksa melaksanakan sembahyang tarawih di rumah pada bulan Ramadhan yang lalu.


Related search queries