Transcription of BAYARAN POS JELAS POSTAGE PAID PUSAT MEL …
1 BORANG TP 2017 Jika tidak sampai, kembalikan ke: PUSAT PEMPROSESAN MAKLUMAT LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA MENARA HASIL , JALAN 9/10, SEKSYEN 9 KARUNG BERKUNCI 222 43659 BANDAR BARU BANGI SELANGOR BAYARAN POS JELAS POSTAGE PAID PUSAT MEL NASIONAL SHAH ALAM MALAYSIA NO. WP0218 URUSAN SERI PADUKA BAGINDA PERINGATAN PENTING 1) Tarikh akhir pengemukaan borang dan BAYARAN baki cukai kena dibayar: a) 30 April 2018 (tidak menjalankan perniagaan); atau b) 30 Jun 2018 (menjalankan perniagaan) 2) Penalti di bawah subseksyen 112(3) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) akan dikenakan sekiranya gagal mengemukakan Borang Nyata sebelum atau pada tarikh akhir pengemukaan.
2 3) Kenaikan cukai 10% di bawah subseksyen 103(3) ACP 1967 akan dikenakan sekiranya gagal membayar cukai atau baki cukai kena dibayar sebelum atau pada tarikh akhir pengemukaan. Jika cukai atau baki cukai masih tidak dibayar dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kena dibayar di atas, kenaikan cukai 5% di bawah subseksyen 103(4) ACP 1967 akan dikenakan ke atas cukai atau baki cukai tersebut. 4) Sila rujuk Nota Penerangan sebelum mengisi borang ini. 5) Sila isi semua ruangan yang berkaitan dengan HURUF BESAR dan gunakan pen mata bulat berdakwat hitam.
3 6) CARA PEMBAYARAN a) Pembayaran boleh dibuat di: i) Bank - Maklumat pembayaran melalui bank boleh diperoleh di Portal Rasmi LHDNM, ii) LHDNM - ByrHASiL melalui FPX (Financial Process Exchange) di Portal Rasmi LHDNM, - ByrHASiL melalui kad kredit Visa, Mastercard & American Express di - Kaunter BAYARAN LHDNM di Semenanjung Malaysia ( PUSAT BAYARAN Kuala Lumpur), Sabah dan WP Labuan (LHDNM Cawangan Kota Kinabalu) dan Sarawak (LHDNM Cawangan Kuching) atau melalui pos. Cek, kiriman wang dan draf bank hendaklah dipalang dan dibayar kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri.
4 Gunakan Slip Pengiriman BAYARAN (CP501) yang boleh diperoleh di Portal Rasmi LHDNM, apabila membuat BAYARAN . BAYARAN melalui pos hendaklah dihantar secara berasingan daripada borang. BAYARAN secara TUNAI tidak boleh dibuat melalui pos. iii) Pos Malaysia Berhad - Kaunter dan Pos Online b) Sila catatkan nama, alamat, nombor telefon, nombor cukai pendapatan, tahun taksiran, kod BAYARAN 084 dan no. ansuran 99 di belakang instrumen BAYARAN . Semak resit / slip BAYARAN bank sebelum meninggalkan kaunter BAYARAN .
5 7) Mengikut seksyen 89 ACP 1967, pertukaran alamat hendaklah dimaklumkan kepada LHDNM dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh pertukaran alamat. Makluman boleh dibuat melalui e-Kemaskini atau dengan menggunakan Borang CP600B (Borang Pemberitahuan Pertukaran Alamat) yang boleh diperoleh di Portal Rasmi LHDNM, 8) Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Hasil Care Line:- Talian Bebas Tol: 1-800-88-5436 (LHDN) Panggilan Dari Luar Negara: 603-77136666 1. Untuk makluman, tuan dikehendaki melengkapkan dan mengemukakan borang nyata yang dilampirkan mengikut subseksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).
6 Ia adalah penyata berkenaan pendapatan bercukai dan amaun cukai pendapatan yang kena dibayar di bawah subseksyen 77(4) ACP 1967. Borang nyata ini juga dianggap sebagai notis taksiran di bawah subseksyen 90(2) ACP 1967. 2. Tuan juga dikehendaki: (a) mengisi borang nyata ini dengan lengkap dan JELAS . Sila rujuk Kriteria Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) Tidak Lengkap Yang Tidak Boleh Diterima di Portal Rasmi LHDNM; dan (b) membuat pengiraan cukai berpandukan nota penerangan dan buku panduan yang boleh dicetak dari Portal Rasmi LHDNM.
7 Walau bagaimanapun, helaian kerja yang digunakan untuk pengiraan tidak perlu dikembalikan bersama-sama borang nyata ini tetapi perlu disimpan selama tujuh (7) tahun bermula daripada akhir tahun dalam mana borang nyata tersebut telah dikemukakan, untuk tujuan rujukan dan semakan LHDNM. 3. Sekiranya layak menuntut BAYARAN balik seperti di ruang D6 borang nyata ini, tuan adalah dikehendaki mengemukakan helaian kerja berikut yang boleh dicetak dari buku panduan dalam Portal Rasmi LHDN: (a) Helaian Kerja HK-6 berkenaan tolakan cukai di bawah seksyen 110 (lain-lain); dan (b) Helaian Kerja HK-8 / HK-9 (jika berkenaan) berhubung dengan potongan cukai yang telah dibuat di negara asing.
8 4. Baki cukai (jika ada) seperti di ruang E3 borang nyata ini hendaklah dijelaskan dengan menggunakan Slip Pengiriman BAYARAN (CP501) yang dilampirkan. 5. Borang nyata yang telah dilengkapkan perlu dikemukakan tidak lewat daripada: (a) 30 April 2018 (tidak menjalankan perniagaan); atau (b) 30 Jun 2018 (menjalankan perniagaan) 6. Hanya borang nyata asal sahaja akan diterima. Penghantaran borang nyata melalui faks tidak dianggap dikemukakan di bawah ACP 1967. 7. Di bawah peruntukan subseksyen 74(3) ACP 1967, sila kemukakan Borang CP57 (Pemberitahuan Kematian Pembayar Cukai) sekiranya tuan adalah wakil sah pembayar cukai dan belum berbuat demikian.
9 Borang CP57 dapat diperoleh dari Portal Rasmi LHDNM. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA BERSAMA MEMBANGUN NEGARA Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia CP5E NOTA IRINGAN BORANG TP BAGI TAHUN TAKSIRAN 2017 Kepada : No. Cukai Pendapatan : Tarikh : Talian Bebas Tol : 1-800-88-5436 Faks : 03-89221801 Portal Rasmi : PUSAT PEMPROSESAN MAKLUMAT LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA MENARA HASIL NO. 3, JALAN 9/10, SEKSYEN 9 KKAARRUUNNGG BBEERRKKUUNNCCII 222222 43659 BANDAR BARU BANGI SELANGOR CP2C - Pi n.
10 2017 TP Borang TAHUN TAKSIRAN 2017 <>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>? <>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>? <>>>>>>>>? <>>>>>>? ! ! ! <? Hari Bulan Tahun 1 = Ya ( Isi Bahagian B ) 2 = Tidak ( Isi Bahagian C ) Hari Bulan Tahun BAHAGIAN A: MAKLUMAT harta pusaka Domisil di Malaysia Semasa Kematian 1 = Ada 2 = Tiada Tarikh Kematian Surat Kuasa Mentadbir A2 A4 A6 A3 A5 A1 No. Cukai Pendapatan TP Wasiat Tarikh Pemerolehan Surat Kuasa Negara Domisil Semasa Kematian - 1 2 - Nama harta pusaka A7 Penyimpanan Rekod !