Example: confidence

KERAJAAN MALAYSIA PANDUAN PENGURUSAN PRESTASI …

KERAJAAN MALAYSIA . _____. Lampiran A. _____. PANDUAN PENGURUSAN PRESTASI KUMPULAN PENGURUSAN DAN. PROFESIONAL SERTA KUMPULAN PELAKSANA. (MyPerformance). JABATAN PERKHIDMATAN AWAM. MALAYSIA . 2021. KANDUNGAN. Bil. Tajuk Muka Surat 1 Tujuan 1. 2 Latar Belakang 1. 3 Tafsiran 2. 4 Prinsip MyPerformance 4. 5 Kepentingan MyPerformance 5. 6 Ciri-Ciri MyPerformance 6. 7 Pelaksanaan MyPerformance Menggunakan HRMIS 11. SENARAI LAMPIRAN. Muka Lampiran Perkara Surat A1 PANDUAN kepada Ketua Jabatan, Panel Pembangunan Sumber 1-12. Manusia dan Keurusetiaan. A2 PANDUAN kepada Pegawai Penilai. 1-10. A3 PANDUAN kepada Pegawai Yang Dinilai. 1-3. A4 PANDUAN Pelaksanaan Performance and Career 1-4. Development Conversation (CDC). A5 Kandungan Instrumen PRESTASI , Skala dan Skor penilaian . 1-22. A6 PANDUAN Penetapan Sasaran Penghasilan Kerja 1-20. Menggunakan Format Sasaran Kerja Utama. PANDUAN PENGURUSAN PRESTASI KUMPULAN PENGURUSAN DAN.

lain, penambahbaikan terhadap sistem penilaian prestasi melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2009: Pemantapan Pengurusan Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam. 4. Selaras dengan strategi Kerajaan untuk …

Tags:

  Prestasi, Pengurusan, Penilaian, Penilaian prestasi, Pengurusan prestasi

Information

Domain:

Source:

Link to this page:

Please notify us if you found a problem with this document:

Other abuse

Transcription of KERAJAAN MALAYSIA PANDUAN PENGURUSAN PRESTASI …

1 KERAJAAN MALAYSIA . _____. Lampiran A. _____. PANDUAN PENGURUSAN PRESTASI KUMPULAN PENGURUSAN DAN. PROFESIONAL SERTA KUMPULAN PELAKSANA. (MyPerformance). JABATAN PERKHIDMATAN AWAM. MALAYSIA . 2021. KANDUNGAN. Bil. Tajuk Muka Surat 1 Tujuan 1. 2 Latar Belakang 1. 3 Tafsiran 2. 4 Prinsip MyPerformance 4. 5 Kepentingan MyPerformance 5. 6 Ciri-Ciri MyPerformance 6. 7 Pelaksanaan MyPerformance Menggunakan HRMIS 11. SENARAI LAMPIRAN. Muka Lampiran Perkara Surat A1 PANDUAN kepada Ketua Jabatan, Panel Pembangunan Sumber 1-12. Manusia dan Keurusetiaan. A2 PANDUAN kepada Pegawai Penilai. 1-10. A3 PANDUAN kepada Pegawai Yang Dinilai. 1-3. A4 PANDUAN Pelaksanaan Performance and Career 1-4. Development Conversation (CDC). A5 Kandungan Instrumen PRESTASI , Skala dan Skor penilaian . 1-22. A6 PANDUAN Penetapan Sasaran Penghasilan Kerja 1-20. Menggunakan Format Sasaran Kerja Utama. PANDUAN PENGURUSAN PRESTASI KUMPULAN PENGURUSAN DAN.

2 PROFESIONAL SERTA KUMPULAN PELAKSANA (MyPerformance). TUJUAN. 1. Lampiran ini bertujuan memberikan PANDUAN pelaksanaan PENGURUSAN PRESTASI Kumpulan PENGURUSAN dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana (MyPerformance). dalam perkhidmatan awam Persekutuan. LATAR BELAKANG. 2. Sistem Saraan MALAYSIA yang berteraskan kompetensi dalam PENGURUSAN sumber manusia perkhidmatan awam diperkenalkan sejak tahun 2002 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002: Pelaksanaan Sistem Saraan MALAYSIA Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan. Ia bertujuan untuk menggalakkan pembangunan diri melalui pembelajaran berterusan, menggalakkan penguasaan pengetahuan, kemahiran, kreativiti dan inovasi dalam pelaksanaan tugas, melahirkan pekerja berpengetahuan yang dapat meningkatkan keupayaan dan daya saing perkhidmatan awam serta mampu memenuhi ekspektasi pelanggan yang semakin meningkat. 3. Bagi mencapai hasrat tersebut, beberapa inisiatif telah diperkenalkan, antara lain, penambahbaikan terhadap sistem penilaian PRESTASI melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2009: Pemantapan PENGURUSAN Sistem penilaian PRESTASI Pegawai Perkhidmatan Awam.

3 4. Selaras dengan strategi KERAJAAN untuk mengukuhkan lagi PENGURUSAN bakat dalam perkhidmatan awam bagi meningkatkan produktiviti negara, inisiatif penyesuaian sistem PENGURUSAN PRESTASI berasaskan fungsi jabatan serta pemberian ganjaran berasaskan PRESTASI diperkenalkan. Inisiatif ini merangkumi pengenalan Modul PENGURUSAN PRESTASI - MyPerformance HRMIS serta tambah baik tadbir urus 1. PENGURUSAN PRESTASI bagi memperkasa (empower) jabatan dalam aspek PENGURUSAN sumber manusia di jabatan masing-masing. TAFSIRAN. 5. Bagi maksud pemakaian PANDUAN ini . akauntabiliti ertinya tanggungjawab utama dalam sesuatu tugas yang dilaksanakan dan dapat memberikan hasil bagi mencapai tujuan pewujudan sesuatu jawatan;. Deskripsi Tugas atau Job Description ( JD ) ertinya dokumen yang menjelaskan tujuan pewujudan sesuatu jawatan dengan mengambil kira komponen akauntabiliti, dimensi dan kompetensi yang diperlukan bagi sesuatu jawatan dalam jabatan.

4 Gelaran jawatan ertinya panggilan atau nama yang diberikan kepada jawatan yang digunakan oleh sesuatu jabatan dalam melaksanakan aktivitinya, yang turut menentukan kedudukannya dalam jabatan tersebut dan rantaian arahan (chain of command). Contohnya Setiausaha Bahagian, Timbalan Pengarah, Perunding Kanan dan Ketua Unit;. intervensi ertinya langkah-langkah yang diambil dalam mewujudkan perubahan yang positif kepada pegawai;. jabatan termasuklah . (a) sesuatu Kementerian;. (b) sesuatu Jabatan Persekutuan di peringkat persekutuan, wilayah, negeri atau daerah dalam Persekutuan;. (c) sesuatu Jabatan Persekutuan di luar negara; dan (d) mana-mana entiti lain dalam perkhidmatan awam sebagaimana yang 2. ditentukan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam;. kamus kompetensi ertinya senarai takrifan kriteria, elemen dan tahap yang perlu dikuasai oleh seseorang pegawai mengikut tahap kompetensi yang telah ditetapkan;. Ketua Jabatan ertinya seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu jabatan atau mana-mana pegawai yang diwakilkan kuasa secara bertulis oleh Ketua Jabatan untuk bertindak bagi pihaknya.

5 Ketua Perkhidmatan ertinya seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu perkhidmatan atau mana-mana pegawai yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam sebagai Ketua Perkhidmatan;. kompetensi ertinya pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang perlu bagi melaksanakan sesuatu tugas dan tanggungjawab;. pegawai ertinya semua kategori pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam yang dilantik oleh Suruhanjaya sama ada secara tetap, kontrak1atau sementara;. Pegawai Yang Dinilai atau PYD ertinya pegawai yang mempunyai hubungan kerja dan diselia secara langsung oleh PPP dan PPK;. Pegawai Penilai atau PP ertinya pegawai yang ditetapkan Ketua Jabatan untuk menilai pegawai;. Pegawai Penilai Pertama atau PPP ertinya pegawai yang mempunyai hubungan kerja dan menyelia PYD secara langsung;. 1. contract of service 3. Pegawai Penilai Kedua atau PPK ertinya pegawai yang mempunyai hubungan kerja dan menyelia PPP secara langsung atau mana-mana Pegawai Penilai selain PPP yang mempunyai hubungan kerja dengan PYD.

6 Pegawai Penilai Pelbagai Peringkat atau P3P ertinya pegawai di jawatan lebih tinggi, setara atau lebih rendah yang mempunyai hubungan kerja dengan PYD sama ada pegawai tersebut bertugas di jabatan yang sama atau jabatan yang berlainan;. pembangunan kompetensi ertinya pendekatan yang dirancang dan dilaksana secara sistematik bagi meningkatkan kompetensi pegawai; dan perkhidmatan awam ertinya perkhidmatan awam Persekutuan, iaitu perkhidmatan kehakiman dan perundangan, perkhidmatan awam am Persekutuan, pasukan polis dan perkhidmatan pendidikan menurut Fasal (1). Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan. PRINSIP MyPerformance 6. MyPerformance hendaklah dilaksanakan berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: (a) adil: kesaksamaan dalam penilaian ;. (b) telus: mudah diketahui dan difahami;. (c) objektif: berasaskan kenyataan atau fakta tanpa dipengaruhi oleh pendapat atau prasangka sendiri;. (d) relevan: berasaskan JD bagi mencapai objektif jabatan atau perkhidmatan yang ditetapkan; dan (e) kebolehasingan/ upaya pengasingan: berasaskan keupayaan sistem penilaian untuk mengenal pasti tahap PRESTASI sebenar pegawai.

7 4. KEPENTINGAN MyPerformance 7. MyPerformance mempunyai kepentingan kepada pegawai dan juga perkhidmatan di jabatan termasuklah: (a) meningkatkan penglibatan pelbagai peringkat pegawai dalam proses PENGURUSAN PRESTASI ;. (b) menggalakkan amalan memberi maklum balas PRESTASI dan pembangunan diri secara berterusan;. (c) membolehkan penilaian PRESTASI dibuat dengan lebih sistematik dan meyakinkan;. (d) membolehkan Ketua Jabatan melaksanakan PENGURUSAN PRESTASI mengikut fungsi jabatan atau kesesuaian perkhidmatan;. (e) menggalakkan persaingan positif sesama pegawai bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan; dan (f) membolehkan maklumat PENGURUSAN PRESTASI digunakan secara fleksibel bagi pelbagai tujuan PENGURUSAN sumber manusia iaitu seperti berikut: (i) pengambilan dan penempatan pegawai;. (ii) pemberian ganjaran berasaskan PRESTASI , contohnya bagi menentukan kelayakan atau kesesuaian pergerakan gaji tahunan.

8 (iii) pengiktirafan dalam perkhidmatan, contohnya anugerah perkhidmatan cemerlang, pingat perkhidmatan, bintang kebesaran atau surat penghargaan;. (iv) pembangunan kerjaya, contohnya merancang dan mengenal pasti keperluan pembelajaran, latihan, kursus, pertimbangan pemangkuan, kenaikan pangkat, peminjaman atau pertukaran 5. sementara;. (v) intervensi; dan (vi) penamatan perkhidmatan pegawai. CIRI-CIRI MyPerformance 8. MyPerformance mempunyai ciri-ciri instrumen PRESTASI dan tadbir urus seperti yang berikutnya. Instrumen PRESTASI (a) penggunaan instrumen PRESTASI dalam talian iaitu Modul PENGURUSAN PRESTASI MyPerformance HRMIS yang mengandungi dua komponen PRESTASI iaitu . (i) komponen generik yang boleh disesuaikan dengan keperluan semasa perkhidmatan awam; dan (ii) komponen fungsian yang boleh disesuaikan dengan fungsi jabatan, jawatan atau skim perkhidmatan masing-masing;. (b) setiap komponen PRESTASI dalam Modul PENGURUSAN PRESTASI .

9 MyPerformance HRMIS mengandungi elemen PRESTASI seperti di Jadual 1. Jadual 1: Komponen dan Elemen PRESTASI KOMPONEN PRESTASI . INSTRUMEN. GENERIK FUNGSIAN. PRESTASI . ELEMEN PRESTASI . Modul 1. kompetensi tingkah 1. penghasilan kerja PENGURUSAN laku 2. kompetensi fungsian 2. nilai sepunya PRESTASI . 3. penglibatan dan MyPerformance sumbangan HRMIS. 6. (i) Komponen Generik (A) komponen generik meliputi kompetensi tingkah laku, nilai sepunya dan penglibatan dan sumbangan; dan (B) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam boleh menetapkan item dan skala bagi kompetensi tingkah laku dan nilai sepunya mengikut kumpulan perkhidmatan pegawai berdasarkan keperluan semasa perkhidmatan awam;. (ii) Komponen Fungsian (A) komponen fungsian meliputi penghasilan kerja dan kompetensi fungsian;. (B) Ketua Jabatan hendaklah menetapkan sasaran bagi penghasilan kerja dan kompetensi fungsian bagi jawatan;. dan (C) Ketua Jabatan hendaklah merujuk kamus kompetensi dan pembangunan kompetensi yang disediakan oleh Ketua Perkhidmatan bagi menetapkan kompetensi fungsian dan program pembangunan bagi pegawai di jabatannya.

10 (c) pemantapan skala penilaian , format sasaran penghasilan kerja, kaedah penilaian dan kegunaan hasil penilaian bagi memastikan prinsip dan kepentingan MyPerformance tercapai seperti yang berikut: (i) Skala penilaian (A) penggunaan skala penilaian berasaskan tahap tingkah laku bagi kompetensi tingkah laku;. (B) penggunaan skala penilaian berasaskan tahap kemahiran, pengetahuan dan kebergantungan kepada penyelia bagi 7. kompetensi fungsian; dan (C) pengukuran tahap keaktifan bagi elemen penglibatan dan sumbangan pegawai;. (ii) Penghasilan Kerja Menggunakan Format Sasaran Kerja Utama (SKU). (A) kaedah penetapan sasaran dan pelaporan pencapaian penghasilan kerja menggunakan format Sasaran Kerja Utama (SKU); dan (B) sasaran penghasilan kerja boleh dikaji semula berdasarkan keperluan jabatan;. (iii) Kaedah penilaian (A) penggunaan kaedah penilaian pelbagai peringkat bagi nilai sepunya;. (B) penggunaan satu peringkat penilaian sahaja bagi kompetensi tingkah laku dan kompetensi fungsian.


Related search queries