Example: dental hygienist

MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PAKKD2033 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 1-3, BLOK 2250 JALAN USAHAWAN 1 63000 CYBERJAYA Berkuat Kuasa Mulai November 2018 PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDPM) MOD KURSUS DALAM CUTI (KDC) i falsafah PENDIDIKAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Hak Cipta Hak cipta terpelihara.

Tags:

  Pendidikan, Falsafah, Falsafah pendidikan

Information

Domain:

Source:

Link to this page:

Please notify us if you found a problem with this document:

Other abuse

Transcription of MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

1 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PAKKD2033 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 1-3, BLOK 2250 JALAN USAHAWAN 1 63000 CYBERJAYA Berkuat Kuasa Mulai November 2018 PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDPM) MOD KURSUS DALAM CUTI (KDC) i falsafah PENDIDIKAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

2 falsafah PENDIDIKAN Kebangsaan PENDIDIKAN di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. falsafah PENDIDIKAN Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

3 Hak Cipta Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan PENDIDIKAN yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut PENDIDIKAN Guru, Kementerian PENDIDIKAN Malaysia. Cetakan November 2018 Institut PENDIDIKAN Guru Malaysia Kementerian PENDIDIKAN MalaysiaMODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT. ii falsafah PENDIDIKAN Kebangsaan/ falsafah PENDIDIKAN Guru/ Notis Hak Pengarang i Kandungan ii Panduan Pelajar iii Pengenalan iv Agihan Tajuk Kursus v UNIT 1 KONSEP DAN PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PAKK 1 UNIT 2 KONSEP PEMBELAJARAN PERMATA 8 UNIT 3 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PAKK TASKA DAN TADIKA 23 UNIT 4 STRATEGI DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PAKK 35 UNIT 5 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN PENGAJARAN 40 Bibliografi 56 Panel 58 Simbol 59 KANDUNGAN MUKA SURAT iii PENGENALAN MODUL pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan pembelajaran agar lebih berkesan.

4 MODUL pembelajaran ini memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan matlamat dan gaya pembelajaran terkini. PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri berkesan jika pelajar dapat menentukan sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar mempunyai autonomi dan bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri. SASARAN KURSUS Pelajar Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) yang mendaftar dengan Institut PENDIDIKAN Guru (IPG), Kementerian PENDIDIKAN Malaysia (KPM). JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP) Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap satu jam kredit. Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) dilaksanakan secara Sepenuh Masa dalam bentuk Kursus Dalam Cuti (KDC), di mana interaksi bersemuka dilaksanakan pada cuti persekolahan dan hujung minggu.

5 Jumlah pembelajaran secara bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka secara kuliah /tutorial/amali dan 20% interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala 40% lagi adalah pembelajaran pelajar melalui MODUL pembelajaran. SUSUNAN UNIT MODUL MODUL ini ditulis dalam susunan Unit. Setiap unit mempunyai lima eleman asas yang konsisten: 1. Hasil Pembelajaran Unit 2. Sinopsis 3. Kandungan Unit 4. Penulisan berkaitan kandungan unit 5. Latihan 6. Panduan pelaksanaan dalam talian bagi tajuk yang berkaitan Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui email atau alat media yang sesuai jika terdapat masalah berhubung dengan MODUL PELAJAR iv PENGENALAN Kursus ini memberi tumpuan tentang konsep dan prinsip pengajaran dan pembelajaran, elemen pembelajaran dalam PENDIDIKAN awal KANAK-KANAK , pendekatan, strategi, teknik, penggunaan Teknologi Digital serta perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

6 Hasil Pembelajaran 1. Menghuraikan konsep, prinsip, elemen serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam PENDIDIKAN Awal KANAK-KANAK . 2. Menyediakan perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam PENDIDIKAN Awal KANAK-KANAK dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan berdasarkan kurikulum dalam PENDIDIKAN Awal KANAK-KANAK . v AGIHAN TAJUK Panduan Kepada Pengguna MODUL ini dibina berdasarkan Maklumat Kursus (MK). Sejumlah 40% dari tajuk tertentu dalam MK diajar kepada pelajar melalui interaksi bersemuka. Manakala 40% diajar melalui MODUL sepenuhnya dan 20% lagi diajar secara bersemuka dalam talian. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk interaksi bersemuka, pembelajaran melalui MODUL dan atas talian. TAJUK/ TOPIK JUMLAH JAM INTERAKSI BERSEMUKA 60% KESELURUHAN 45 JAM KULIAH/ TUTORIAL/ AMALI 40% 18 JAM DALAM TALIAN 20% 9 JAM MODUL 40% 18 JAM 1.

7 Konsep dan prinsip pengajaran dan pembelajaran dalam PAKK. Konsep pengajaran dan pembelajaran PAKK. (K/M) Prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. (K/M) 6 3 3 2. Konsep pembelajaran PERMATA Belajar sambil bermain(M) Pembelajaran 3E (Exploring, Experimenting, Experiencing) (K) 8 4 4 3. Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran PAKK Taska dan Tadika. Pendekatan Belajar Melalui Bermain. (M) Pendekatan Bertema. (K/M) Pendekatan Bersepadu. (K) Pendekatan Projek. (DT) Pembelajaran masa 14 4 5 5 v TAJUK/ TOPIK JUMLAH JAM INTERAKSI BERSEMUKA 60% KESELURUHAN 45 JAM KULIAH/ TUTORIAL/ AMALI 40% 18 JAM DALAM TALIAN 20% 9 JAM MODUL 40% 18 JAM kini Pembelajaran bermakna (Deep learning). (K) Kontemporari Pembelajaran Abad 21. (M) Education (M/DT) 4. Strategi dan teknik pengajaran dan pembelajaran PAKK. Pengelolaan aktiviti kelas, kumpulan dan individu(K/M) Teknik pengajaran dan pembelajaran.

8 (K/DT) 8 3 1 4 5. Perancangan dan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran PENDIDIKAN Awal KANAK-KANAK . Pembinaan Bahan Bantu Mengajar. (K/M) Perancangan Pengajaran dan pembelajaran. (K/M) Melaksanakan aktiviti Pengajaran dan pembelajaran mikro dan makro. (DT) 9 4 3 2 JUMLAH 45 JAM 18 JAM 9 JAM 18 JAM Nota: K - Kuliah, T - Tutorial, A - Amali, M - MODUL , DT - Dalam Talian Hasil pembelajaran Unit Pada akhir tajuk ini, pelajar dapat: i. Menghuraikan konsep pengajaran dalam PENDIDIKAN awal kanak- kanak. ii. Menghuraikan konsep pengajaran dalam PENDIDIKAN awal kanak- kanak. iii. Menjelaskan prinsip pengajaran dan pembelajaran dalam PENDIDIKAN awal kanak- kanak. Sinopsis Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai konsep, prinsip dan elemen pengajaran dan pembelajaran dalam PENDIDIKAN awal KANAK-KANAK . Di samping pendekatan pengajaran dan pembelajaran juga turut dibincangkan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

9 KERANGKA TAJUK Pengenalan Konsep pengajaran dalam PENDIDIKAN Awal KANAK-KANAK Konsep pembelajaran dalam PENDIDIKAN Awal KANAK-KANAK Prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran Kesimpulan Latihan UNIT 1 KONSEP DAN PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PAKK 2 Prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran PENDIDIKAN Awal KANAK-KANAK Pengenalan Awal KANAK-KANAK ialah istilah yang merujuk kepada tempoh masa KANAK-KANAK tersebut dari waktu dilahirkan sehinggalah ke umur lapan tahun. Menurut The National Association for The Education of Young Children (NAEYC) atau Pertubuhan Kebangsaan bagi PENDIDIKAN KANAK-KANAK Muda, istilah awal KANAK-KANAK merujuk PENDIDIKAN awal KANAK-KANAK yang memerlukan segala program PENDIDIKAN seperti memberi layanan, asuhan dan bimbingan kepada KANAK-KANAK tersebut seawal dari lahir hingga ke umur lapan tahun.

10 PENDIDIKAN awal KANAK-KANAK adalah sangat penting dalam perkembangan dan pembangunan seseorang KANAK-KANAK itu. Umum mengetahui, sekiranya seorang KANAK-KANAK itu mendapat PENDIDIKAN asas yang berkualiti, maka diyakini KANAK-KANAK tersebut akan terus berjaya dalam PENDIDIKAN yang akan dilalui pada peringkat yang lebih tinggi dan juga kerjayanya di masa hadapan. Konsep Pengajaran Pengajaran merupakan aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan yang meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian. Pengajaran merupakan proses untuk menyampai dan menyumbang idea-idea serta memudahcara pembinaan ilmu, menentukan standard dan menggalakkan kreativiti, membantu seseorang pelajar untuk belajar dan mencabar pelajar ke arah pencapaian potensi optimum. Pengajaran boleh dihuraikan sebagai satu cara untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik.


Related search queries