Example: barber

BAJET 2016 - treasury.gov.my

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIABAJET2016 Kementerian Kewangan MalaysiaUCAPAN BAJET 2016 Teks:Kementerian Kewangan MalaysiaPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62592 PUTRAJAYAR ekabentuk dan dicetak oleh:Percetakan Nasional Malaysia BerhadiiiKandunganMuka SuratMUKADIMAH2 MENAMBAH BAIK CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (GST)10 PERUNTUKAN BAJET 201613 KEUTAMAAN PERTAMA: MEMPERTEGUH KETAHANAN EKONOMI NEGARA15 Merancakkan Pelaburan Domestik15 Mempergiatkan Pasaran Modal17 Mempergiatkan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS)17 Menambah Baik Infrastruktur18 Sistem Pengangkutan Awam Yang Efisien19 Menambah Baik Infrastruktur Telekomunikasi20 Pembangunan Infrastruktur Luar Bandar21 Menggalakkan Sektor Pelancongan22 Memodenkan Sektor Pertanian23 Memperkukuh Eksport25ivMuka SuratKEUTAMAAN KEDUA: MENINGKATKAN PRODUKTIVITI, INOVASI DAN TEKNOLOGI HIJAU26 Melonjakkan Inovasi Dan Keusahawanan26 Mempertingkat Penggunaan Teknologi27 Membudayakan Teknologi Hijau28 KEUTAMAAN KETIGA: MEMPERSIAGA MODAL INSAN28 Memantapkan Kualiti Pendidikan Malaysia29 Meningkatkan P

v Muka Surat KEUTAMAAN KELIMA: MERINGANKAN KOS SARA HIDUP RAKYAT 37 Meningkatkan Taraf Hidup Isi Rumah B40 37 Bantuan Pesawah, Pekebun Kecil …

Tags:

  Rakyat

Information

Domain:

Source:

Link to this page:

Please notify us if you found a problem with this document:

Other abuse

Transcription of BAJET 2016 - treasury.gov.my

1 KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIABAJET2016 Kementerian Kewangan MalaysiaUCAPAN BAJET 2016 Teks:Kementerian Kewangan MalaysiaPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62592 PUTRAJAYAR ekabentuk dan dicetak oleh:Percetakan Nasional Malaysia BerhadiiiKandunganMuka SuratMUKADIMAH2 MENAMBAH BAIK CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (GST)10 PERUNTUKAN BAJET 201613 KEUTAMAAN PERTAMA: MEMPERTEGUH KETAHANAN EKONOMI NEGARA15 Merancakkan Pelaburan Domestik15 Mempergiatkan Pasaran Modal17 Mempergiatkan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS)17 Menambah Baik Infrastruktur18 Sistem Pengangkutan Awam Yang Efisien19 Menambah Baik Infrastruktur Telekomunikasi20 Pembangunan Infrastruktur Luar Bandar21 Menggalakkan Sektor Pelancongan22 Memodenkan Sektor Pertanian23 Memperkukuh Eksport25ivMuka SuratKEUTAMAAN KEDUA: MENINGKATKAN PRODUKTIVITI, INOVASI DAN TEKNOLOGI HIJAU26 Melonjakkan Inovasi Dan Keusahawanan26 Mempertingkat Penggunaan Teknologi27 Membudayakan Teknologi Hijau28 KEUTAMAAN KETIGA.

2 MEMPERSIAGA MODAL INSAN28 Memantapkan Kualiti Pendidikan Malaysia29 Meningkatkan Penguasaan Bahasa Malaysia Dan Bahasa Inggeris29 Bantuan Persekolahan Dan Makanan30 Menyelenggara Fasiliti Pendidikan30 Memantapkan Pendidikan Tinggi30 Mentransformasi Latihan Teknikal Dan Vokasional31 Memperkasa Belia, Komuniti Dan NGO32 Meningkatkan Kualiti Tenaga Kerja33 KEUTAMAAN KEEMPAT: MEMPERKASA AGENDA BUMIPUTERA34 Memperkasa Bumiputera34 Memperhebat Pembangunan Sabah Dan Sarawak35vMuka SuratKEUTAMAAN KELIMA: MERINGANKAN KOS SARA HIDUP RAKYAT37 Meningkatkan Taraf Hidup Isi Rumah B4037 Bantuan Pesawah, Pekebun Kecil Dan Penoreh Getah39 Menyediakan Rumah Mampu Milik41 Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti43 Memperkukuh Sistem Jaringan Perlindungan Sosial44 Memperkukuh Pengurusan Bencana45 Keselamatan Dan Ketenteraman Awam47 Memerangi Rasuah49 Menghargai Penjawat Awam50 Bantuan rakyat 1 Malaysia51 Menambah Pendapatan Boleh Guna M4052 Menambah Baik Gaji Minimum55 Pemberian Khas Penjawat Awam55 PENUTUP56vi Sesungguhnya, BAJET yang diangkat kali ini.

3 Merupakan bagian daripada terjemahan Rancangan Malaysia Ke-11. BAJET ini adalah yang pertama, dalam rantaian lima BAJET , sampailah terjulangnya negara tercinta ini kelak, menjadi sebuah watan, High Income Advanced Economy. Insya Allah. YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri dan Menteri Kewangan MalaysiaviiYAB Dato Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri dan Menteri Kewangan MalaysiaviiiEKONOMI NEGARA 2016 PADA HARGA MALAR 2010 1 Termasuk perubahan stok. Sumber: Kementerian Kewangan DOMESTIKPERMINTAAN DOMESTIKPERMINTAANLUAR ,807,168jutaRM1,807,168jutaixBAJET KERAJAAN PERSEKUTUAN 2016 PERBELANJAANMENGURUSPERBELANJAANPEMBANGU NANKE MANA DIBELANJAKANDARI MANA DATANGNYA1 Terdiri daripada hasil, pinjaman dan penggunaan aset Tidak termasuk simpanan luar BUKAN LANGSUNG DANSERAHAN KEPADAKERAJAAN DAN PENGGUNAANASET 1 Sumber.

4 Kementerian Kewangan ,2241jutaRM265,2242juta1 BAJET 2015 UCAPAN BAJET TAHUN 2016 OlehYAB DATO SRI MOHD NAJIB TUN HAJI ABDUL RAZAKPERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGANKETIKA MEMBENTANGRANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (2016)DI DEWAN RAKYATPADA JUMAAT, 23 OKTOBER 2015 MENSEJAHTERA KEHIDUPAN rakyat Tuan Yang Dipertua,Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2016 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dibaca bagi kali 2015 MUKADIMAH Tuan Yang Dipertua,1. Saya mulai, dengan menyebut Bismillahir Rahmanir Rahim, Alhamdulillahi Rabbil A lamin, Wa bihi Nastai n.

5 2. Segala puji-puji bagi Allah Hu Ta ala, yang telah menjadikan Tujuh Petala Langit dan Tujuh Petala Bumi,.. juga,.. yang telah mewujudkan keadaan gelap-gulita, ke alam terang benderang. 3. Demikian juga, limpahan salawat, ke atas Nabi Muhammad, Rasul Pilihan,.. pembuka bagi sesuatu yang terkunci, penutup bagi yang terdahulu, penolak yang batil, pembela hak dan Yang Dipertua,4. Sejak Mac tahun 2009, saya telah membentangkan lebih 11 dokumen besar berkait ekonomi negara. 5. Termasuklah, Pakej Rangsangan Pertama, Pakej Rangsangan Kedua, Rancangan Malaysia Ke-10 dan Rancangan Malaysia Ke-11, seterusnya BAJET 2010, hinggalah pada hari ini, akan dipersembahkan pula BAJET Insya Allah, jika diberi izin oleh Tuhan yang Maha Menyimpan segala Tahu dan rahsia setiap sesuatu, kita berdoa serta berharap agar terus berpeluang lagi, dapat membentangkan BAJET - BAJET pada tahun-tahun selanjutnya.

6 2015 7. Sesungguhnya, BAJET yang diangkat kali ini,.. merupakan bagian daripada terjemahan Rancangan Malaysia Ke-11. BAJET ini adalah yang pertama, dalam rantaian lima BAJET , sampailah terjulangnya negara tercinta ini kelak, menjadi sebuah watan, High Income Advanced Economy. Insya Allah. 8. Sebelum itu, sebagai hamba-hambaNya yang beringat lagi bersyukur, marilah bersama, dengan rasa kerendahan hati, mengambil sempena dan iktibar daripada sejarah dan sirah, berasaskan Al-Quran, melalui mafhum pengertian surah An-Nisa ayat 58, seperti yang ditafsir oleh antaranya Imam Qurtubi, pabila menjadi pemimpin dan pemerintah, maka terserulah kepada kita, bagi menjaga hak-hak dan menghukum dengan saksama terhadap keperluan rakyat .

7 Tuan Yang Dipertua, 9. Lantaran itu, sebelum diteruskan penyampaian ini, walau apa sekalipun diwajahkan di mana-mana, meski apa yang dilaporkan dalam media, berkait letak duduk dan keadaan Malaysia, kononnya, negara ini di ambang muflis, berada dalam krisis ekonomi, nilai ringgit terjejas teruk, ekoran persepsi ketidakcekapan tadbir urus kewangan negara, serta pula dipertikai tentang tatacara perbelanjaan Kerajaan yang katanya tidak berhemah. Makanya, berdasarkan ehwal yang dihebah-hebahkan itu, moleklah kiranya saya mengambil kesempatan dalam Dewan yang mulia ini, untuk memperjelaskan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat khususnya, serta rakyat Malaysia, yang sedang menonton dan mendengar di luar sana, supaya mendapat gambaran yang benar serta tepat.

8 4 BAJET 2015 Tuan Yang Dipertua,10. Semenjak tahun 2009, janganlah sesekali kita lupa, satu persatu datangnya dugaan terhadap ekonomi negara. Kita telah berdepan dengan pelbagai ketidakkeruan ekonomi global dan pastinya kemelut iktisad Alhamdulillah, meskipun telah ditantang dengan segala aral dan rintangan itu, Kerajaan terbukti mampu menanganinya dan mengatasinya dengan begitu Yang Dipertua,12. Jika hendak disimpulkan, antaranya terdapat 6 pencapaian utama sebagai penanda kejayaan yang boleh dibanggakan dalam mengangkat kembali kedudukan ekonomi negara, dari mana ia berada separuh dekad lalu. Tuan Yang Dipertua,13. Pencapaian pertama: Jika ditinjau situasi ekonomi semasa Malaysia, ia mampu berkembang sebanyak peratus bagi separuh tahun pertama 2015, dan dianggarkan mencapai peratus hingga peratus sepanjang tahun, meskipun, ekonomi dunia dijangka berkembang pada kadar yang perlahan iaitu peratus pada tahun Dalam perkara ini, perlu kita ingat baik-baik, keadaan ekonomi sekarang, bak kata dalam bahasa Inggeris, there is no comparison whatsoever, berbanding tahun 1998.

9 Nyatanya, pada ketika itu, telah berlaku krisis kewangan peringkat Asia, sehinggakan ekonomi negara menguncup kepada negatif peratus. 5 BAJET 2015 15. Sungguhpun begitu, kita sedar, bahawa kita tidak dapat lari daripada menghadapi kelembapan ekonomi global, termasuklah dari segi penurunan harga komoditi terutamanya minyak, kelapa sawit dan getah, penyusutan nilai ringgit serta pertumbuhan perlahan di negara-negara kuasa besar ekonomi dunia. 16. Justeru, pertumbuhan KDNK negara dijangka dapat berkembang pada kadar 4 hingga 5 peratus pada tahun 2016. Pertumbuhan ini, akan dipacu oleh pelaburan dan penggunaan swasta pada kadar dan peratus. 17. Eksport pula, tumbuh pada kadar peratus dan import peratus.

10 Sektor pembinaan berkembang peratus, perkhidmatan peratus, manakala pembuatan sebanyak Yang Dipertua,18. Pencapaian Kedua: Secara konsisten kita telah dapat mengurangkan defisit fiskal Kerajaan, daripada paras peratus kepada peratus yang dijangka pada tahun ini. Tuan Yang Dipertua,19. Pencapaian Ketiga: Melalui Dasar Transformasi Nasional atau DTN yang bermula pada tahun 2010, Kerajaan ini, telah meneruskan mujahadah pembasmian kemiskinan. 20. Hasilnya, dalam tempoh 5 tahun, kadar kemiskinan berkurang daripada peratus pada tahun 2009, kepada kini peratus pada tahun 2014. Malah, sebenarnya kemiskinan tegar telah hampir disifarkan. 21. Pencapaian Keempat: Kalau dikaji, statistik pengangguran pada tahun 1999 adalah peratus.


Related search queries