Example: marketing

Soalan Lazim Bayaran - anm.gov.my

Soalan Lazim Bayaran AP58(a) . Soalan 1 : Apa itu AP58 (a)? Jawapan 1 : AP58 (a) adalah pembayaran yang memerlukan kelulusan khas daripada JANM Negeri Perak (wakil Akauntan Negara) yang dikemukakan oleh Kementerian/Jabatan. Kelulusan ini diperlukan bagi membayar /menyelaras baucar perbelanjaan mengurus yang dikemukakan dalam tahun kewangan semasa, berkaitan dengan pertanggungan pertanggungan yang kena dibayar pada atau sebelum hujung tahun kewangan yang lama Soalan 2 : Apakah syarat-syarat permohonan AP58(a) ? Jawapan 2 : Antara syarat-syarat AP58(a) adalah seperti berikut : i) Baki peruntukan adalah mencukupi dalam tahun perbelanjaan itu kena dibayar.

Soalan Lazim Bayaran AP58(a) Soalan 4 : Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan bagi kelulusan pembayaran AP58(a) ? Jawapan 4 : i) Dua salinan sijil AP58(a) yang lengkap diisi dan dan ditandatangan asal. oleh pegawai yang bertanggungjawab.

Tags:

  Soalan, Soalan lazim, Lazim

Information

Domain:

Source:

Link to this page:

Please notify us if you found a problem with this document:

Other abuse

Transcription of Soalan Lazim Bayaran - anm.gov.my

1 Soalan Lazim Bayaran AP58(a) . Soalan 1 : Apa itu AP58 (a)? Jawapan 1 : AP58 (a) adalah pembayaran yang memerlukan kelulusan khas daripada JANM Negeri Perak (wakil Akauntan Negara) yang dikemukakan oleh Kementerian/Jabatan. Kelulusan ini diperlukan bagi membayar /menyelaras baucar perbelanjaan mengurus yang dikemukakan dalam tahun kewangan semasa, berkaitan dengan pertanggungan pertanggungan yang kena dibayar pada atau sebelum hujung tahun kewangan yang lama Soalan 2 : Apakah syarat-syarat permohonan AP58(a) ? Jawapan 2 : Antara syarat-syarat AP58(a) adalah seperti berikut : i) Baki peruntukan adalah mencukupi dalam tahun perbelanjaan itu kena dibayar.

2 Ii) Huraian berkenaan sebab-sebab berlaku kelewatan tidak menimbulkan keraguan Sekiranya syarat-syarat di atas tidak dapat dipatuhi, kelulusan Perbendaraan adalah diperlukan sebelum pembayaran dibuat. Soalan 3 : Apakah kesan ke atas Pusat Tanggungjawab sekiranya pembayaran AP58 (a) dilakukan ? Jawapan 3 : i) Pertambahan beban kerja pemantauan baki tahun terdahulu. ii) Pemohonan Bayaran melalui invosi tanpa pesanan tempatan eSPKB jika penutupan akhir tahun tidak dibuat iii) Perancangan tahun semasa akan terjejas atau berkurangan berikutan berlakunya pembayaran AP 58 (a) di mana tangunggan tahun sebelumnya dibayar pada tahun semasa Soalan Lazim Bayaran AP58(a) Soalan 4 : Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan bagi kelulusan pembayaran AP58(a) ?

3 Jawapan 4 : i) Dua salinan sijil AP58(a) yang lengkap diisi dan dan ditandatangan asal. oleh pegawai yang bertanggungjawab. Huraian penuh mengenai kelewatan dan siapa yang bertanggungjawab perlu dinyatakan. ii) Satu salinan fotostat dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan. Soalan 5 : Apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi penyediaan baucar AP58(a)? Jawapan 5 : i) Penyediaan sijil AP58(a) a) Kod Jabatan, Kod PTJ, Kod Program/ Akitviti. Kod Vot, Nombor telefon/faks b) Perihal pembayaran c) Kod objek d) Baki peruntukan tahun perbelanjaan dan tahun semasa e) Huraian penuh sebab kelewatan berlaku f) Tandatangan asal pegawai-pegawai yang berkenaan iaitu pegawai yang bertanggungjawab dan pengesahan ketua jabatan/Pusat Tanggungjawab ii) Penyediaan Baucar Bayaran KEW304 dengan maklumat dan tandatangan yang lengkap.

4 Iii) Sila pastikan salinan fotostat dokumen sokongan dilampirkan bagi memudahkan pihak JANM Negeri Perak membuat semakan. iv) Sijil AP58(a) perlu dilampirkan bersama baucar Bayaran dan dokumen sokongan kepada JANM Negeri Perak bagi mendapatkan kelulusan Bayaran AP58(a) v) Nombor rujukan kelulusan AP58(a) akan dicatit di Sijil AP58(a) oleh JANM Negeri Perak sekiranya ia dilulus dan nombor rujukan ini perlu dicatit pada senarai semak eSPKB bagi persekitaran elektronik. vi) Sekiranya baucar Bayaran AP58(a) dikuiri oleh JANM Negeri Perak, Sijil AP58(a) akan dikembalikan semula untuk tindakan selanjutnya. Permohonan perlu dihantar segera ke JANM Negeri Perak bagi mempercepatkan proses pembayaran


Related search queries