Example: marketing

SOALAN LAZIM – SYARIKAT AM - hasil.gov.my

SOALAN LAZIM Percukaian - SYARIKAT Am SOALAN LAZIM SYARIKAT AM. 1. SYARIKAT BARU. S1: Sekiranya SYARIKAT belum memulakan perniagaan (tidak aktif), tetapi telah mempunyai nombor rujukan cukai, adakah SYARIKAT perlu menghantar Borang C? J1: Setiap SYARIKAT yang telah diperbadankan, sama ada dorman atau belum beroperasi perlu ada fail cukai pendapatan dan dikehendaki mengemukakan Borang C bagi setiap tahun taksiran. S2: SYARIKAT belum memulakan perniagaan tetapi ada menerima pendapatan lain (sewa/dividen/faedah). Perlukah SYARIKAT membuat pendaftaran dan menghantar borang C?

Soalan Lazim Percukaian - Syarikat Am Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM b) Pindaan Taksiran Tambahan Sila isi Borang Nyata Terpinda yang boleh diperolehi di portal rasmi

Tags:

  Soalan, Soalan lazim, Lazim

Information

Domain:

Source:

Link to this page:

Please notify us if you found a problem with this document:

Other abuse

Transcription of SOALAN LAZIM – SYARIKAT AM - hasil.gov.my

1 SOALAN LAZIM Percukaian - SYARIKAT Am SOALAN LAZIM SYARIKAT AM. 1. SYARIKAT BARU. S1: Sekiranya SYARIKAT belum memulakan perniagaan (tidak aktif), tetapi telah mempunyai nombor rujukan cukai, adakah SYARIKAT perlu menghantar Borang C? J1: Setiap SYARIKAT yang telah diperbadankan, sama ada dorman atau belum beroperasi perlu ada fail cukai pendapatan dan dikehendaki mengemukakan Borang C bagi setiap tahun taksiran. S2: SYARIKAT belum memulakan perniagaan tetapi ada menerima pendapatan lain (sewa/dividen/faedah). Perlukah SYARIKAT membuat pendaftaran dan menghantar borang C?

2 J2: SYARIKAT perlu mengemukakan Borang C kerana pendapatan tersebut adalah pendapatan yang layak dikenakan cukai. S3: SYARIKAT telah beroperasi tetapi masih belum mempunyai nombor rujukan cukai C. Bagaimanakah SYARIKAT boleh menghantar Borang C? Apakah yang perlu dilakukan? J3: SYARIKAT perlu membuat pendaftaran nombor cukai pendapatan sama ada: a) Secara online dengan menggunakan aplikasi e-Daftar di portal rasmi LHDNM; atau b) ke cawangan LHDNM yang terdekat sebelum mengemukakan Borang C. tersebut. Untuk mendapatkan borang pendaftaran fail cukai SYARIKAT , sila muatturun Borang CP600C di portal rasmi LHDNM di > Borang > Borang Nyata > Pendaftaran > CP600C : Sila kemukakan dokumen berikut bersama-sama dengan borang pendaftaran : i) untuk SYARIKAT Sdn.

3 Bhd. a) Borang 9 Perakuan pemerbadanan SYARIKAT sendirian Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM. SOALAN LAZIM Percukaian - SYARIKAT Am b) Borang 49 Daftar Pengarah, Pengurus & Setiausaha dan Perubahan Maklumat ii) SYARIKAT Berhad a) Borang 8 Perakuan pemerbadanan SYARIKAT awam yang telah disahkan b) Borang 49 Daftar Pengarah, Pengurus & Setiausaha dan Perubahan Maklumat iii) SYARIKAT Tidak Mastautin a) Borang 83 Sijil Pendaftaran SYARIKAT Asing b) Borang 79 Senarai & Butir-butir Pengarah SYARIKAT Asing S4: Bilakah tarikh akhir untuk mengemukakan Borang C?

4 J4: Tarikh akhir pengemukaan Borang C ialah 7 bulan dari tarikh akhir perakaunan SYARIKAT . 2. KOD PERNIAGAAN. S1: Bagaimana SYARIKAT boleh membuat semakan kod perniagaan? J1: Kod perniagaan baru boleh didapati di portal rasmi LHDNM. S2: Apakah kod perniagaan bagi SYARIKAT pemegang pelaburan? J2: Kod perniagaan bagi SYARIKAT pemegang pelaburan ialah 64200. S3: SYARIKAT telah mengisi kod perniagaan yang salah dalam Borang C, bolehkah SYARIKAT membetulkan kod tersebut dalam Borang C tahun hadapan? J3: Tidak boleh. SYARIKAT perlu mengemukakan surat makluman kepada cawangan yang mengendalikan fail cukai SYARIKAT untuk membetulkan kesilapan tersebut.

5 Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM. SOALAN LAZIM Percukaian - SYARIKAT Am 3. PEMBUBARAN. S1: Bagaimanakah prosedur untuk memperolehi Sijil Penyelesaian Cukai bagi sebuah SYARIKAT yang di bawah pembubaran? J1: SYARIKAT hendaklah mengemukakan surat permohonan Sijil Penyelesaian Cukai kepada cawangan yang mengendalikan fail cukai SYARIKAT . S2: Bagaimana sekiranya SYARIKAT berkenaan tidak aktif (dorman)? J2: Bagi SYARIKAT tidak aktif (dorman), sila isi borang CP7 yang boleh diperolehi di portal rasmi LHDNM. CP7 ini juga perlu dihantar ke cawangan yang mengendalikan fail cukai SYARIKAT .

6 S3: Perlukah SYARIKAT dalam pembubaran menghantar Borang C? J3: Ya, Borang C masih perlu dihantar walaupun SYARIKAT adalah dalam proses Pembubaran. 4. RAYUAN. S: SYARIKAT ingin membuat rayuan ke atas Borang C yang telah dikemukakan, bagaimanakah prosedurnya? J: a) Pindaan Taksiran Kurangan SYARIKAT dikehendaki mengemukakan surat rayuan yang menerangkan dengan jelas pindaan yang hendak dibuat beserta dokumen berikut: i) Kepilkan bersama pengiraan cukai baru selepas pindaan. ii) Salinan Borang C yang telah dihantar beserta pindaan. Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM.

7 SOALAN LAZIM Percukaian - SYARIKAT Am b) Pindaan Taksiran Tambahan Sila isi Borang Nyata Terpinda yang boleh diperolehi di portal rasmi LHDNM. Semua dokumen diatas perlu dikemukakan ke cawangan yang mengendalikan fail cukai SYARIKAT . 5. TEMPOH ASAS. A. Perniagaan Baru Akaun Baru Kurang Daripada 12 Bulan S1: SYARIKAT baru memulakan perniagaan pada 01/4/2012 dan tempoh perakaunan berakhir pada 30/9/2012 hingga seterusnya. Apakah tempoh asas SYARIKAT dan tarikh akhir penghantaran Borang C & R? J1: Tahun Tempoh Asas Tarikh Akhir Taksiran Pengemukaan Borang 2012 1/4/2012 31/12/2012 30/4/2014.

8 2013 1/10/2012 30/9/2013 30/4/2014. Tarikh akhir pengemukaan Borang C ialah 7 bulan dari tarikh akhir perakaunan sesuatu SYARIKAT . Dalam kes ini, tarikh akhir pengemukaan Borang C bagi tahun taksiran 2012 dan 2013 ialah sama kerana terdapat pertindihan tempoh asas dalam tempoh perakaunan yang sama iaitu 1/10/2012 30/9/2012. Oleh itu, Borang C bagi tahun taksiran 2012 dan 2013 perlu dihantar serentak dalam tempoh 7 bulan dari 30/9/2013 iaitu selewat-lewatnya pada 30/4/2014. Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM. SOALAN LAZIM Percukaian - SYARIKAT Am B.

9 Pertukaran Tarikh Perakaunan - Akaun Baru Melebihi 12 Bulan S2: SYARIKAT yang biasanya menutup akaun pada 31/12 telah menukar tarikh perakaunannya kepada 30/4 dan menyediakan akaun seperti berikut: 01/1/2011 30/04/2012 (16 bulan) dan seterusnya pada 30/4 setiap tahun. Bilakah tarikh penghantaran Borang C bagi T/T 2011 & 2012? J2: Sekiranya akaun ditutup pada 31 Disember dan kemudian SYARIKAT menukar tempoh perakaunannya kepada tarikh lain, tempoh asas dalam tahun berlakunya pertukaran adalah tahun berakhir 31 Disember. Tempoh asas bagi tahun taksiran berikutnya juga adalah 31 Disember kecuali terdapat tempoh perakaunan mencukupi 12 bulan yang berakhir dalam tahun itu.

10 Tempoh asas adalah seperti berikut: T/T 2010 : 1/1/2010 31/12/2010. T/T 2011 : 1/1/2011 31/12/2011. T/T 2012 : 1/1/2012 31/12/2012. T/T 2013 : 1/5/2012 30/04/2013. Oleh kerana tempoh asas 2011 dan 2012 jatuh pada tempoh perakaunan yang sama iaitu tahun berakhir 30/4/2012, maka penghantaran Borang C bagi TT2011. dan TT2012 adalah selewatnya pada 30 November 2012. C. Tempoh Perakaunan Bagi SYARIKAT Di Bawah Pembubaran. S3: SYARIKAT menutup akaun biasanya pada 31/12 setiap tahun. SYARIKAT mula dibubarkan pada 31/08/2010. Bagaimana cara untuk menentukan tempoh asas SYARIKAT dan bilakah tarikh penghantaran Borang C?


Related search queries